Thursday, November 26, 2009

Tahun ni tak buat korban.

Raya korban tahun ni tak buat korban.tahun lepas pon.
Tapi harapkan tak ramai orang hantar daging lembu korban sebab tak sanggup nak tengok/bau lauk daging tiap-tiap hari. muak.
Tahun ni dah tiga tahun sy tak sentuh langsung daging gara-gara muak melampau dengan daging korban. rugi kan T___T




abah the rock, lynn thegudigudi, ma the gorjes, aus the notty, umairah the supernotty, sista the ugly (hakhakhak, dia taktau aku ader blog yeahh!!)
**Lan the beast, Yan the cranky is not in the pic.


Okeylah, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha dan Maaf Zahir dan Batin.

Terutama kepada yang membaca blog ini yang dekat dengan saya yang semestinya saya banyak berdosa dengan anda. ahaks.( kutuk-mengutuk, pangkah-memangkah, ejek-mengejek dah jadi azali dalam fesbuk mahupun realiti. aku dah maafkan dosa korang walaupun aku tau korang pasti buat lagi)


Para blogger juga,terima kasih menjadi rakan maya saya. even tak kenal, even tak pernah bertegur sapa. .i luv dis relationship, indeed!

Tak lupa juga sesapa yang pernah menegur/chat dengan saya secara personal di blog ini. sori kalau terkasar bicara sehingga terguris hati =P

Assalamualaikum =)


p/s: again!!!!saya terpublish entry tak siap serta terdelete previous post. my pleasure ..hahaha

Tuesday, November 24, 2009

Buat juga =)

Aku rasa tak ramai yang suka buat tag kan. dulu aku pon tak berapa gemar.nak-nak kalo soalan yang survey berunsur peribadi/pasal diri sendiri-rasa macam bagi peluang orang lain menghakimi diri kita dengan jawapan merapu sendiri.(padahal tak sedar, dengan menulis pon org dah boleh baca peribadi kita, erkk?)

Tapi,since dah jadi blogger ni, tag ke ape ke harus dibuat juga. dah nama pon hidup dalam komuniti maya kan? komuniti maya? rasa mcam di alam bunian ler pulokk.

dulu,masa zaman tag dengan award tgh menggila di arena blog, aku tak terkecuali terkena tempias. tapi kannnn...tag tu sampai sekarang aku tak buat2. hehehe. i sibuk uolzzz..eh aku ader gak la buat. sikit-sikit. tak habis lagi.
so today..here we go. yg ni seb baik soalan sikit (ada satu lagi tag. yang tu bapak mencekik soalan 100 facts about urself.huhu alahai sikitnya. asal tak buat 1000 terus??


1)Beside your lips,where is the favourite spot to get kissed?

Err entah?

2)How did you feel when you woke up this morning?

Tak sempat pikir ape2. Terus bangun subuh n tengok breakfast dah sedia hidang. bila masa diorang bangun ni?? cantik kan perangai aku? Mungkin boleh dimaafkan sebab aku offer buat air milo =P. i love u kakakkk hahaha

3)Who was the last person / people you took photo with?

Elis The Mafia. Sori yunkk tak leh attend wedding abang ko. wedding ko nanti aku datang.

4) Would you consider yourself spoiled?
Selalu jugak.nak2 bila masalah bertimpa-tapi tapi tak reti nk solve sendiri

5)What are you listening now?

if i were a boy-beyonce knowles. lagu ni kat blog azam. dah ulang patplohpat kali. aku taknak tutup.

6)Do you want someone to be dead?

dulu aku nak sangat George W.Bush mati.

7) What does your last text message say?

Salam. keje x? kalo x keje balik umah. cik ani ada ni. dia nak tgok Qaseh- to my bro Lan tapi haram tak balas. Ouh rupa-rupnya dia demam.

8) What are you thinking right now?
nothing. aku taknak benarkan otak aku berfikir ape2 tym cuti ni. hahaha

9) Do you want someone to be with you right now?

My sister.balik la. banyak sangat nak gossip ni.

10) What was the time you went to bed last night?

12 ++. Ingat nak marathon novel yang beli ngan sis Aida ni.tapi terpaksa mengalah pada cuaca sejuk.

11) Where did you buy the tee you are wearing now?

Sogo back in 2005.

12) Is someone on your mind right now?
No one. sambil lagu no one leona lewis bergema di otak. boleh ke?

13) Who was the last person who text you?

Elis The Mafia: Aku chat ngan gigi besi! Sumpah tak tipu.
Cehhhhh tak insaf2. sabauuuuu je la haha

Ten LUCKY person to do this quiz.-
semua dah buat kan? atau ader yang terlepas. nahh buat ni. asenmen musim sejuk =P
haaa kamu yang membaca nii. jangan ngelatt. chek kat feedjit nanti. huhuhuhu
xde la. sy memahami.nak buat dipersilakan tanak buat tak pe. baik kan hati sy.


p/s: matahari kuar hari ni. kuantan-kemaman ceria hari ni =)

Monday, November 23, 2009

Apa maknanya ni? cinta? simpati?

Lets all the pics do the talking











Credit




Kalau benar ini cinta, aku respect pasangannya..
lelaki, apa kata kamu?

Saturday, November 21, 2009

hujan hati, tak boleh lap..cuma tunggu ia kering. tapi sampai bila ya...

tak sangka pantai timur sesejuk ini.
hari-hari hujan.
tak nampak cahaya matahari walau untuk sekejap pun.
tiba-tiba rindu pada matahari
ma kata dah musim dia.....


mesin basuh kat umah rosak. tak boleh spin baju. aku boleh agak bgaimana meriahnya umah aku nanti dengan deretan baju-baju basah, separa basah.
adooiii ni yang aku lemah ni.
okey, aku nak tengok kehebatan downy, kononnya tiada masalah bau hapak. kita tengok nanti~
matahari, keluar la kejap...


tengok, kita selalu merindu sesuatu yang jauh dengan kita.......



##tengah bercuti. otak pon tengah cuti.



p/s: aku sedang menanti boyfriend pulang. entah bagaimana wajahnya. suspen aku. ehehe.harap-harap aku tiada masalah dengannya nanti.

p/s 2: mungkin biasa dengar ini- DIA bagi kita hujan..kita menangisi kehilangan matahari, dan tertanya-tanya mana hilangnya matahari tapi nanti DiA akan gantikan dengan pelangi.
tapi pelangi aku tak datang sampai ke sudah...atau sudah datang tapi aku tak perasan????

p/s 3: saat menulis ini, Aus dan Umairah tengah sakan bergaduh. sorang tgh menangis. sorang tengah terjerit-jerit. aku senyummmmmm je.dua tiga hari ni memang la aku biarkan dulu. dah lama-lama nanti, tak mustahil aku join sekali.

Tuesday, November 17, 2009

Kadang-kala, aku rasa aku dah bersedia, malah tak sabar














......menghadapi karenah anak murid berbanding berada di situasi sekarang.Ughhhhhhhhhhh i hate exam! I hate exam! i hate exam! i hate exam!!!!



Teringat kenangan mengusik kalbu (ahaha) exam terburuk aku, paper Add Math masa SPM. Aku jawab sambil menangis! Yea menangis sambil tekan-tekan kalkulator jawab soalan yang tak terduga itu.. memang beri kesan gila dlm hidup aku. Lepas exam Add Math, aku fobia dengan Add Math dan diam-diam aku tolak tawaran matrik sebab tak sanggup belajar math dan apa saja yang relate dengan math (aku dapat sains hayat btw, cehh musnah harapan mau jadi doktor. ehehe) (gila melampau kan?).



ok off topic

Aku tak tahulah entah ape dosa aku ngan orang kali ni. Aku study bagai nak rak, hafal point bagai nak gilerr bila dapat kertas soalan dan soalan pulak tu sejibik sama dengan spot aku boleh lupa dengan sewenang-wenangnya point2 itu. Penat aku tak tido, penat aku puasa tenet (heheh, i did it). penat tergolek-golek menghafal tapi tak berbaloi!
Emm kenapa ya?
Janganla kata ini petanda menopause =(

Aku penat. siyes.
Cepat lah masa..........

Monday, November 16, 2009

Puasa Internet

Sebab tidak mahu pisang berbuah dua kali,
sudah terhantuk baru terngadah,

paling penting tidak mahu jatuh ditimpa tangga,

Aku nekad berpuasa internet sehingga exam SEJBMM hari selasa ni selesai.

Harap-harap usaha aku ini tidak seperti hangat-hangat tahi ayam. Karang kan tak sampai sejam tutup laptop,mula la mengomel bosan la, ape la.

walaupun keputusan aku ini ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak sebab rindu nak menyibuk di blog orang, bertani di fv aku tetap gagahkan hati. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!!




p/s: Karam Singh Walia pon terpaksa mengalah ngan aku kali ni T____T

Saturday, November 14, 2009

Mula-mula pegang tangan lepas itu cium.....

Dont feel like blogging but still, nak posting something.Tak taulah korang punya pandangan macam mana.

kalau anda rasa pernah terbaca, yup dis article from website ini.



SAYA gadis berumur 24 tahun dan masih belajar. Saya berkenalan dengan lelaki berumur 29 tahun melalui ruangan sembang di Internet dan selepas seminggu ‘berchatting’, kami ambil keputusan untuk berjumpa.

Kini, usia perkenalan kami lebih kurang sebulan. Masalahnya, setiap kali keluar dating, dia pasti melakukan perkara yang tidak pernah saya buat selama ini.

Mula-mula dia hanya pegang tangan saya, kemudian dia peluk dan cium pipi saya. Saya cakap pada dia, saya tidak selesa jika dia buat begitu. Paling akhir, dia mencium bibir saya. Saya terkejut dengan perbuatannya.

Namun, dia memang pandai memujuk dan berkelakuan seolah-olah perbuatan itu tidak pernah berlaku. Sebenarnya, saya tidak kisah sangat jika dia memegang tangan, memeluk dan mencium pipi saya sebab saya pun bukan gadis yang sangat mengikut peraturan.


Saya selalu ingin mencuba sesuatu yang baru. Saya memang dah mula mengenali dan memahami dia. Perasaan sayang juga timbul di hati ini, tetapi disebabkan dia mencium bibir saya, saya mula terfikir apakah tindakan dan niat dia seterusnya.

Saya takut jika dia membawa saya sehingga melakukan zina, nauzubillah. Bagaimanapun dalam masa sama, saya ada niat untuk mengubah dia. (hahaha, ko memang lucu la pompuan!!)

Dang Setia, saya penah dikecewakan sebelum ini, menyebabkan saya tidak mahu mempercayai lelaki lagi. Saya tidak mahu membenci mereka, tapi keadaan yang membuatkan saya jadi begini.

Saya tidak mahu menjadi gadis liar dan mempermainkan lelaki disebabkan perkara yang lelaki pernah lakukan pada saya pada satu ketika dulu.

Saya tahu perkara itu haram dan salah. Apa jalan terbaik harus saya lakukan supaya semuanya baik dan normal untuk saya?




Aku taknak share ape kata kaunselor terhadap masalahnya tadi.

Cuma pandangan peribadi aku` pompuan ni saja carik masalah, carik nahas. Dah terang-terang lelaki itu bukan spesies lelaki baik (read: baru sebulan kenal dah berani buat macam-macam)tapi still nak teruskan hubungan KONONNYA NAK UBAH DIA PADAHAL DIA SENDIRI TERKONTANG-KANTING!!! MACAM MANA KO NAK UBAH KALO KO SENDIRI PON LEBIH KURANG SAMA JER? (read:Sebenarnya, saya tidak kisah sangat jika dia memegang tangan, memeluk dan mencium pipi saya sebab saya pun bukan gadis yang sangat mengikut peraturan) APA NI? APA KO CAKAP NI POMPUAN? APE BENDA KO NAK PON AKU TAK PAHAM!!!



Ehhh...ehhh sebelum aku marah melampau batas, aku nak nasihatkan. tinggalkan je lah lelaki eh bukan jantan tak guna satu sen pon tu. Bukan ape, aku tanak statistik pembuangan bayi meningkat lagi. Tolong lahh!!!!!




credit

"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". -Imam Malik-