Friday, July 6, 2012

Terasa Mahu Berkongsi..

Terasa ingin kembali menulis. kadang-kadang menjengah juga ke blog ni. Baca balik catatan lama.
Senyum sendiri.
Baiklah.
Terlaluuuuuuuu banyak yang ingin dcurah di sini.
Terlaluuuuuuuu banyak kenangan yang tak sempat disimpan di sini.
Kadang-kadang rasa menyesal sebab tak istiqamah menulis. Bukan untuk siapa-siapa. Sekadar simpanan peribadi :)

Mungkin hari ini permulaan yang baik untuk menulis.
Salam Nisfu Syaaban.
Khabarnya  buku amalan lama diangkat ke sana dan buka buku amalan baru.
Mungkin ini permulaan yang baik untuk saya kembali menulis.
Dan paling penting permulaan untuk perubahan.
Saya rasa cukuplah waktu yang tersia selama ini.
Saya mahu berubah.
Banyak yang saya siakan sepanjang waktu terluang ini.

Ada orang hidupnya bertuah.
Ada orang hidupnya cukup berliku.

tapi, ingatlah janji Allah- Dia menguji tanda sayang. Tanda kita dalam perhatian. Insya Allah.



LynnTheGudiGudiGurl: Saya tak tahu saya menghitung hari untuk apa.............

Friday, June 29, 2012

Tersedar..

bahawa saya sangat malas. dan saya mahu hapuskan tabiat ini. titik.

Sunday, May 20, 2012

Ya Allah..jujur sy memang sedih tapi masih boleh tersenyum..

Saya sangkakan semuanya akan berjalan seperti yang dirancang dalam fikiran. sekurang-kurangnya.
Tapi lebih teruk lagi rupanya.
Kenapa Ya Allah?
Layak ke saya nak persoalkan?

Segalanya memang membuka mata saya.
Saya memang tidak layak.

Jangan menangis.
Jangan menangis.
Jangan menangis.

Saya sudah tiada daya rasanya....

Sunday, January 1, 2012

1.1 2012

Happy New Year Peeps

Good Bye 2011.
My 2011's closing are terrible. and i still cant believe all this happened to me. just like very easy just like only one click on ur phone.

someone please datang tampar saya dan sedarkan saya...





Friday, November 4, 2011

Jumaat 4.11 2011

Sepertinya sudah sampai ke penghujung tapi belum ada putusnya.
dan biarlah aku mengandai sendiri
tapi hati masih belum mahu menerima dan biarkan sahaja apa yang berlaku..


Padam, diam dan teruskan hidup macam biasa.
Ya Allah, kekuatan aku denganMu

Sunday, September 25, 2011

Sudah beli La Tahzan Jangan Bersedih..

I am officially a teacher. yes sudah tujuh bulan mengajar sebenarnya. tujuh bulan yang penuh suka dan duka. banyak duka sebenarnya. entahlah. tapi alhamdulillah akhirnya dah ada kerja. dan yang pastinya duit sendiri  ;)

banyak sangatttt nak cerita kat sini tapi tak tercerita. sebabnya malas nak mengupdate.
semalam pegi The Curve/Ikea..dan singgah di MPH. lama sangat tak menyinggah ke bookstore sejak dah keje nih. so dan cari buku La Tahzan : Jangan Bersedih. Buku ni dah lama sangat berada kat pasaran tapi lately baru tergerak hati nak beli.
sebabnya lately asyik dirundung duka dan terasa ingin mencari sesuatu yang hilang dalam diri ini...

salah satu petikan buku tu. tak sempat baca habis pun lagi. cuma yang ni sangat memberi inspirasi 

 Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya
~Kita tak perlu menilik masa depan sendiri. Masa depan kita masih dalam genggaman Allah. Kenapa perlu bersedih dengan masa depan yang kabur?~

InsyaAllah semoga mendapat sesuatu yang hilang itu kelak.....
p/s: you, will be here for work. im not hoping for anything.. :)

Friday, August 26, 2011

Balik kampung

26 Ramadhan 2011
Blog tak update berkurun-kurun.
Hilang followers.
Earning nuffnang tak berganjak-ganjak

sebab saya malas :P

saya akan mula menulis lagi. bila semua keadaan tenang nanti.

esok perjalanan ke kampung dari kolumpo.
jumpa di highway ye :)