Thursday, December 31, 2009

Transnasional dah jual tiket Ipoh-Kuantan-Ipoh. ni sayang lebih ni.

Selama ni kalo nak beli tiket balik Ipoh, jangan harap pergi kaunter transnasional sebab dah  tau Trans takde jual tiket one way pergi Ipoh. mesti kena transit kat KL dulu. tak suka pergi Pudu sebab otak dah set orang kat situ jahat-jahat. ahahah. adoi kena maki jugak kang ni... so semalam pergi tuju kaunter Utama Ekspres dulu tapi brother tu cakap tiket DAH HABIS. tapi tak tersangka pulak trans dah buat perjalanan Kuantan-Ipoh.



sepatutnya semua bas ekspres kena wat sistem online.

ni tiket Lan. bukan tiket aku. dia hantar aku balik Ipoh. ape baik benar  hantar aku balik nih? ahaha


Barang , bag tak packing pon lagi. Aku tak tahulah nak gerak balik Ipoh bila. Esok atau lusa. Kalau esok maknanya hari ni hari terakhir menikmati cuti di hari terakhir tahun 2009. Err maknanya esok aku akan tiada di rumah lagi? sebab hari ni mungkin hari last di rumah, aku bagi  can budak dua orang tu beli aiskrim yang lalu depan umah tuh. selama ni aku tak bagi Firdaus beli sebab aku rasuah otak dia kata dalam tangki aiskrim tu dia letak ular sawa. sebab tu lah aiskrim tu sejuk.. (sebenarnya masa aku kecik ma cakap benda ni kat aku pastu aku turunkan aje lah kat Firdaus) . Kalau tak cakap macam tu, setiap kali bunyi loceng aiskrim dia dah stand by depan rumah jerit "Berhentiiiiiiiiiiiiii".. Hehe. Kalau lama-lama lagi aku baby sitterkan Firdaus dengan Umairah mesti banyak lagi kisah dongeng  merapu yang aku rasa sampai mati pon diorang akan ingat. ehee. nanti ciksu simpan link ni bagi Aus baca ehh. wawawa.



 emak korang dulu tak pernah ke tipu kan korang aiskrim ni dengan ular sawa. tak tahu lah dalam banyak2 haiwan, ular sawa juga dipilihnya.


Semakin aku berblog, aku rasa semakin aku tak tahu kenapa aku berblog. dulu aku tetapkan niat tidak mahu blogging pasal personal life sebab aku rasa aku bukanlah someone special macam hartis yang orang akan baca every crappy words dia tulis tapi lately, entry aku semakin ke arah itu.. patutkah aku tulis ayat klise yang kadang-kadang aku annoying baca: blog aku, suka hati akulah nak tulis ape. entah aku tak suka kot dengan ayat tuh. ehehe sori eh.

Wednesday, December 30, 2009

dua hari menjelang tahun baru

Misi nak gemuk tak berapa nak menjadi. aku hilang lagi sekilo kat rumah. camaner  tuh? Aku rasa cuti ni macam semua orang bila jumpa aku akan tanya soalan yang sama."kenapa kurus sangat." "nak buat macam mana kurus mcm ni?". Malas tau nak jawab. Payah sangat  aku jawab je "Putus cinta" . Senang. Kalau jawab macam tu automatik aku jawabkan sekali untuk soalan bila nak tunang, kahwin. etc. Kalau pasal kurus-gemuk ni aku tak risau sangatlah. orang yang di sekeliling tolong risaukan. ahaks.

baiklah, aku ada misi lain. jahit baju. yeahhh tipu..yang ni aku ralat sangat. kenapa lah kuah tak tumpah ke nasik? ma aku pandai jahit. sepanjang aku hidup ni, baju kurung+kurung moden memang dia yang jahitkan. kalo tak sempat sangat baru aku upah Kak Pah tak pon nyonya kat pasar tu.. bukan tak penah belajar. penah lah. tapi setakat ni aku pandai potong+kelim je. kalo aku jahit mesti lengan pendek sebelah la. senget la ape la. sudahnya mesti ma aku jugak yang sudahkan baju tu. ehh jap. ade kot baju aku betul-betul buat sendiri. tapi semuanya ma yang tunjuk satu-satu. ehehe.

dulu mase sekolah subjek ERT kena buat baju sekolah kan. aku suruh ma aku yang buatkan. wahh. kemain lagi aku kena puji dengan cikgu.  dia ckp jahitan aku kemas la. dapat markah 95/100. nasib baik cikgu tak suruh demo.hehe
Tapi aku suka lah tengok orang menjahit. kalau ma aku jahit baju (nak-nak kalo baju aku) mesti aku tolong menyibuk sekali.  Aku rasa nak belajar betul-betul la. mane tau esok aku dah tak jadi cikgu dah. aku amik upah jahit baju. heeeee. pastu kan kat ruangan hobi nanti aku boleh isi menjahit baju. comel je. wakaka. tapi orang kata kalo tak minat tuh payah sikit nak pandai kan.



  baju aku tu. selagi tak siap selagi tu la aku dok menyeper kat situ


Nak kuar jap. pergi carik tiket balik Ipoh. hadoiiii. sungguh malas. lagi nak pergi carik birthday present Elis dan mahu pergi potong tali jam. kate dah kurus kan. terus jam dah longgar jadi macam gelang.

emm.. azam baru. banyak benda aku nak berubah. banyakkkkk tahu. semuanya ke arah kebaikan seiring dengan pertambahan usia la. malu la pulak nak heboh lebih-lebih kat sini. ngeeeeee.  insya Allah.

okay. got to go now. kuar lewat-lewat mesti payah nak dapat parking. tirulah macam aku. parking dekat Mydin kau jalan kaki dekat satu kilometer nak pergi Berjaya Megamall. ahaha. itu petua kurus dari aku padahal takut nak parking dekat sesak-sesak. ehe.



Sunday, December 27, 2009

........

Perasaan apekah ini?
Berkecamuk
Ya Allah jangan bagi aku rebah sebelum aku sempat berlari.
lawanlah hati. lawan.

Saturday, December 26, 2009

Candid Photo Contest

Hahaha. Dengan cuti berbaki beberapa hari ni aku nak menjoin segala contest yang terdapat di alam blog ni. kalau rajin.
Sementara mood rajin ni datang (kalo tak aku rajin bercucuk tanam atau menjaga zoo serta memberi pet makan kat Facebook saje lah. =P) eloklah aku terus join.

Contest pon senang je. carik gambar candid pastu post. btw, aku baru jumpa jer blog ni. segan je. tak pasal2 terus masuk contest. tak pe. cuti ader lagi so nanti pergi menyibuk kat blog anda yer encik halim =P

Okeh. The rules:




Sila tekan sini untuk ke contest beliau

1. Mesti jadi follower blog ini -done
2.  Namakan entry sebagai Candid Photo Contest-done
3. Copy gambar kat atas dan paste kat blog-done
4. Kemudian, postkan satu your own candid pic.-done


aku pilih pic ni. antara puluhan gambar candid yang semuanya stok fokus kat bibir aku tym muncung.  err. tidak mahu letak pics tu semua.  tapi pic ni.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

candid cam!


Olololo. kenapa memasing seperti itu? Dah hilang skill nak bagi pose gedik poyo kah? ahaha
Nak tau kenapa muka sensorang terkemut-kemut sampai macam tu sekali? Boys baling belon yang ada air elok je tym kitorang posing. Terus posing terencat. Pendengki!!!


Okeh. mission done.
harap encik penganjur menerima penyertaan ini. ehe.

Friday, December 25, 2009

Lubang jafahafanamfam *&^(I**&7^%$*r@!!!!




Pic tade kena mengena dengan cerita. aku dah pesan minah ni jangan over eksaited sangat. kan dah blur. 



Rabu lepas di Kuantan seorang penunggang motorsikal maut digilis lori kontena(?) sebab nak elak lubang.
Tak ingat bila, di Seri Bandi, Kemaman seorang pemandu terjatuh dalam parit sebab terlanggar lubang.
Semalam kawan aku datang rumah muka masam mencuka. Bila aku tanya sebab ape. “Kete aku langar lubang Berdentummm. Aku ingat cermin pecah dah” “ Dah tu.mende yang pecah?” "Tayar lahhh”. Oh kesian. Kereta dia bau kedai lagi, 

Dan semalam jugak kereta aku ( oh ok. Bukan keta aku sbb bukan aku byr. aku miskin takde duit la) langgar lubang . dan tayar dah bengkak. dan terasa bersalah sebab keta tu baru umo sebulan dan tak sempat 1st servis pon lagi, ..alahaii.dah la aku buat. Bukan tak nak elak. Dah elak. Tapi bas kat belakang poyo sangat dah bagi lampu bila aku brek elak lubang. Mentang-mentang kau besar gabak kau eksyen ek.

Oke . Aku paham lah kot sekarang musim ujan. Jalan pon tak cantik. Tapi bila dah ramai orang kompelin bahkan dah libatkan nyawa pon tolong la buat something. Pengguna jalan raya yang berkereta mungkin terpaksa pertaruh wang ringgit tapi pengguna motorsikal mereka pertaruhkan nyawa bila langgar lubang-lubang maut ni..

Ini ke jaringan jalan raya terbaik di Asia Tenggara dan sistem lebuh raya terbaik di Asia. (geog PMR aku A. tu pasal aku ingat sangat fakta yang auta ni)
Wahhhh terbaik la sangat. Sesape nak pegi Trg cuba la drive ikut highway Jerangau-Jabor sekali. Aku konpem korang mencarut istighfar banyak-banyak. seperti menunggang unta di padang pasir.  eh? lantak la tak relevan ponn.

Mana JKR?
Bila korang nak datang turap lubang-lubang puaka tu?
Takkan nak tunggu Najib nak lalu jalan tu baru nak datang turap kot?
hangin weh!




 



Thursday, December 24, 2009

shopping !



Yea..Yes bakal melabuhkan tirainya. Aku tak faham kenapa asal sale, aku pokai? Asal sale je aku papa kedana, asal sale je aku kering? Padahal memang pokai tiap hari2 pon. Senang citer T____T
Selepas selongkar bawah  tilam, kasut, celah kain batik, dalam bekas sabun,  dalam tin biskut, dalam balang gula (yg ni memang tipu melampau) terjumpa saki baki rezeki yang ada. Terus semangat YES membara. Here, I list down things yang dah berjaya melicinkan saving kawin aku.


1.     Tudung nur barakah. Tu ek nama dia? Tapi kenapa ko mahal sangat. Tak mampu den nak menyakan.  Ni pon bukan cap ariani. Kalo tak aku gigit jari je la jawabnye. Tapi kalo murah cam shawl pon aku still tak mampu. Still. Adoiiiii. Awatla hidup cheq menderita sampai  lagu ni?
2.     Sepasang wedges yang aku aim nak pakai masa practicum. Lantak tak kira nak pakai juga walo dah tau takleh pakai.
3.    Sebuah purse yang sungguh girly. Pink urghhh. Takkan aku  nak beli hijau kot. tak masuk dek akal sungguh.  Bukan Carlo Rino. Bukan Guess. Bukan Bonia. Bukan juga Esprit. Elle apetah lagi. Tapi cap Parkson yang apekebenda punya brand pon aku tak tahu.
4.   Bag .yang aku beli mesti akak aku kata cantik. “eaa macam Carlo Rino lah " padahal Roberto Carlos. Hahha. Tidak la. Tidak ada brand puas aku kelebet bag tu still tak jumpa apa-apa tag. So bag saya adalah brandless. . Aikkk  kata hari tu nak beli bag bla b la bla. Dah sudah. Stop complaining.  Orang kat Somalia tu jangan kata nak beli bag, nak makan pon tak mampu kau tahu takkk??
5.    Beau product.  (er ada org nasihat stop consume Felisa. Teruskan je ngan Herbalife tapi masalahnya aku dah pokai. Sempat ke muka aku jadi permukaan bulan sebelum dapat order HL nih?)trrr..trrr..trrrr > ini adalah efek takut yer. Harap maklum.
6.    Air mineral Guardian sebab tercekik tengok sale merata-rata. Sabo anok pokmat, sabo 
7.    A birthday present for Chot. Nasib baik on sale jugak. 50% tuh. Ehee. Aku rasa Chot suka kot present dia kali ni sebab aku pon bleh tumpang sekaki. Apekah itu? Tak leh upload kat sini nanti dah  tak seperais.
8.     A present for Nur Qaseh Sara, anak buah saya. Rasa nak gigit2 budak tuh. Geram ok. Tapi Lan asyik inspect je anak dia. Tak boleh dracula ni nak gigit. Kehkehkeh. Tengok la satu hari nanti. Tengok lah
9.    A shirt from Kamdar. Kenapa selama ni aku tak perasan kamdar adalah best la jugak?  Sebab tak penah masuk macam mana nak perasan? Ok aku jawabkan sendiri.

Tu  je. Tu pasal aku tak beria sangat.   Haa again! Cubalah bawa bersyukur sikit. Orang dekat Palestin tu bukan kata nak keluar shopping, nak pegi sekolah pon takut kena bom. Yerlah. Insap.(walopon aku tak paham kaitan bom dengan shopping)

Yang pasti senarai di atas dibeli bukan dengan sekali harung.  Beli satu , balik umah korek tabung lagi.  Pastu kalo ada orang ajak pegi window shoping, cek celah sarung bantal pulak. Ada sisa tak lagi. Gitu lah alkisahnya.  Sadis kan? Jeles kot kuar dengan member yang dah keje. Sibuk nak cek gaji dah masuk ke belum. Berbulu ai okeyy..berbuluuuuuu!!!! Nak2 bila aku tarik bank card nak draw duit terus sound “ olohh..tak payah cek la. Loan tak masuk lagi tuhhh.hahaha” . Cissssss. Sabo anok pokmat, sabo.
Lepas ni sesaper ajak kuar terutama sekali dengan tujuan pegi teman shopping ke ape ke, tidak. Nehi. Anok pokmat ni dah surrender.



tetapiiiii kannn saya ternampak ini during doing my shopping. ehee
1.      Elle purse sangat lawa. Sangat lawa. Sangat lawa. Sangat lawa. Sangat lawa. Ok dah la tuh. Orang paham kot lawa dia macam mana.
2.     Carlo Rino handbag.  In white color. Seolah –olah memanggil2 aku menyentuh, mencuba, menggamit salegirl, mencatat resit dan dibawa ke kaunter cashier.  Come on girl, bag Roberto Carlos aku tu pon ok whattt!! Ahaks.
3.     A dress in black n white. Sangat suit with my dinner color code. Tapi masalahnya dinner tu tahun depan punya occasion. Hohohoho

Terus I berkata dengan yakin.” Hello sweetie. We will meet again…er rr  next year’s YES  maybe?( tu pun kalo aku sempat selit sekupang dua dalam botol bedak laa) sambil I senyum kambing gurun  memeluk bag Roberto Carlos tersayang….



Motip entry?
Sajer nak suruh korang pegi shopping. Treat yourself ppl!takyah la berkira sangat.  bkn unt org lain. untuk awak jugak =)

**tetibe teringat dekat satu kedai perabot tuh. dia tulis harga promosi dgn ayat yang sungguh  lawak tak leh blah HARGA PENING, HARGA RUNSING, HARGA DEMAM, HARGA POKET SAKIT., HARGA  SEMUT HURUNG  haihh macam2. aku agak owner tu mesti agak mental. ahaha

Wednesday, December 23, 2009

Aku guna tajuk asal-Mengapa wanita istimewa?

Panjang kot citer ni. Pegi la amik jajan sambil baca. Dinasihatkan baca ea. Jangan baca ngelat skip-skip, ok.

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..ma letih la..dah lewat ni, nak tido lah….”

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi.. basuh jap… susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air… sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah… tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check...baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…
ternampak pulak beg g keje…emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…”..ma buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai tonerpakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu...bukak almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang… la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok bajugantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..

”..ma dah ngantuk ni..msk bilik dlu la.." dalam pada nak masuk ke bilik…owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram japcheck jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi....ok dah …

ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarmsetkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting.. ahh…boring. ..panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…pa dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….
So?? pengajarannye?? Hargailah wanita di samping anda- Ayat ni aku tak ubah. Hehe. Terasa berkempen mari menghargai wanita la pulak. ahaks.

*Cerita adalah dicuri dengan izin dari pemiliknya

**Situasi memang macam berlaku kan.Ok. Being fair. Taknak bias pada mana-mana pihak. Aku tersenyum baca komen yang kata papa tu tak salah tapi mama tu yang rajin sangat. haha. 
***Kalo lelaki kata perempuan complicated, suka nak buat menda remeh-temeh, yup aku mengaku, betulla tu. perempuan memang begitu. tapi sedar tak menda yang remeh-temeh tu lah yang akan jadi besar kalo dipandang mudah. contoh. kalo beli rumah..lelaki mesti lagi runsing pikirkan kos, keluasan, keselamatan etc tapi aku rasa pompuan lagi runsing perabot, langsir warna ape, colour umah macam mana dia nak beli untuk umah dia.err gitulah kot. tapi end up benda yang pompuan runsingkan tu kadang-kadang berasas juga.

 ****Blogging war? Tak habis2 lagi ke eh?





Sunday, December 20, 2009

Potonggg...potongggg...potonggggg

Firdaus, anak buah aku yang lima tahun tu kata dia nak berkhatan. Semua orang tak nak bagi lagi tapi dia degil nak jugak. ma aku memang tak berkenan buat awal sebab dia kecik lagi so susah nak jaga dia nanti. dah la budak tu tidur ganas ngan buas gila.

Satu hari tu masa potong kepok leko nak goreng aku panggil Aus.
"Ausss,,macam nilah dia potong yang Aus punya " sambil aku cincang-cincang kepok lekor dengan pisau sampai hancur. hahaha.
"Tipuuuuuuu" Muka dia tak puas hati sungguh.
"Iyerrrrrrr. tengok ni haaaaaa." Aku ulang tayang sambil gelak kaw-kaw punya.
"Pastu Aus tak leh kencing dah. haaaa. nanti kena kencing ikut mulut." (bapak la ngokngek aku bagi contoh)
"Bodolah ciksu ni." (hahaaha. kena aku sebijik)

Muka dia masa tu tak payah cakap la. Kalo aku usik sikitttt lagi konpem nangis guling-guling.

Sampai sekarang tak sebut-sebut dah nak potong. Jangan sampai ke besar nanti sudahla. hahahaha.


#Aku ngan Firdaus memang tak kamceng lah. Asyik nak gaduh jer. Kadang-kadang aku pon tak teringat yang aku ni tua berganda-ganda dari dia. ehe.

Thursday, December 17, 2009

Mad. bukan gila. tapi marah

xmdjfmkasjx dsiu xqUW198 ax mzxnaskjcnsc @^%#U^B)(*&&^$%bxcxxxcnc hbcd vcbk.cx,nv lcx,.msx.cj ddksssssssssssss ndji wo xsax   nasjdx hdq dhq xd;auwdl;awo saiu dys xas ydnw cna[xmsijduncgaz,xkxnsy*&%A$#P(M B  cb abbc dyu,,,kau xsghf s ajjjjj beu   sk is  zkdjsiudirc vfhcdicbznc kzsdcndskfheialslc nzllckmdofkjwa;o cjpakdwoefkeiohvdn vdksdhjiuryshdalskfhlaskcx;

Maaf
Aku tak reti nak marah dalam bahasa melayu
kalo marah jugak kang terlebih cantik bahasa.
So, baik jangan.


Kalaulah aku tahu sakit diperlekeh, dipermain, dijadi-bahan-gelak sesakit ini, aku berjanji InsyaAllah aku tidak mahu mengulanginya. kepada siapa-siapa pon.

Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu salah.
Tapi bila orang tegur, kita melenting.
Aku lah tu.

Kadang-kadang kita sedar yang kita buat salah.
tapi tidak mahu mengaku dan minta maaf.
Aku lah tu

Kadang-kadang kita sedar depan kita banyak kesilapan, kesalahan yang dah teranng-terang salah,
tapi tak berani bersuara atas nama menjaga hati
Aku juga lah tu.




Sunday, December 13, 2009

Hoh hambik sebutir!

Kuiz Ganung


1. breseng rambut mu wang..breseng tu ape?
2. kanja aku tadi mase jupe babi litah tgh jalang...kanja tu ape??
3. aku kuca rama2 kang baru tahu...kuca tu nape??
4. jangan gok nyeper sining....nyeper tu ape dia?
5. siang ke mung...bekok cobong dahi mung...bekok cobong tu??

 

Hahaha aku tabik la saper boleh jawab kuiz ganung yang aku cilok dari dari facebook ni. aku jawab sambil gelak guling-guling.hohoho. korang terer kot kalo boleh jawab tanpa merujuk geng-geng kepok leko.


Emmmm...yang ni pon aku ambik kat facebook jugak.




 ini untuk kamu. kamu. kamu. kamu. kamu. kamu. kamu. kamu dan kamu. dan kamu. dan kamu lagi. hoh ramai rupanya......

 

#Aku nak pergi berhibernasi sambil fikirkan azam untuk tahun depan. selama ni asyik buat azam  baru dan laksanakan pada awal tahun ikut kalendar orang putih (ikut mak aku cakap) tapi kali ni nak start ikut bulan Islam I Muharram. Mana tau lebih berkat terus azam-azam tercapai dan terlaksana dengan jayanya.ehehe.  nak buat azam yang relevan dan masuk akal,ada wawasan ,matang (serius benci sebut perkataan ni rasa dah berumur sangat-sangat =(  )  tak macam tahun lepas punya ni.




Saturday, December 12, 2009

Saya pernah main ni. .awak semua pernah ke??

Masa aku kecik dulu, aku sangat suka satu permainan ni. aku tak pasti korang pernah tengok/main atau tak. ala permainan patung kertas yang kita boleh tukar-tukar baju  ngan eksesori tu. aku puas pikir ape nama permainan ni tapi tak ingat-ingat jugak. aku pun pelik kenapa Firdaus boleh ada permainan ni sekarang. aku usik dia kata dia nak jadi perempuan eh main benda ni terus dia malu dan bagi aku mendalah tuh. kalu 15 tahun lalu mungkin aku akan bersorak, melompat keriangan dan mungkin akan jatuh cinta dengan Firdaus tapi sekarang xdo maknonyo ehh.




      ini lah rupa patung permainan kertas tu. sebelum kita
pakaikan  baju ngan mekap-mekap.




yang ni pulak eksesori patung tu. boleh mix n match. comeii2.
tapi kenapa tak teruja macam dulu??? faktor penuaan barangkali.






 okay. dah siap pakai baju dan comel...pastu namakanlah patung korang dengan nama
kegemaran masing-masing.


sekarang aku masih tertanya-tanya apakah nama mainan ini?????


Menjadi kanak-kanak zaman sekarang adalah tidak seronok kalo dibandingkan dengan zaman kegemilangan kanak-kanak aku. menjadi kanak-kanak yang membesar dalam suasana kampung menjadikan kami kuat, kreatif, bijak menggunakan apa sahaja yang ada di sekeliling untuk main. yang penting seronok!!!!. police sentri, zero point, masak-masak, kawen-kawen(pasangan kawen aku dulu dah kawen pon. tapi bukan dengan aku. hukhuk. sampai hati curang, tak setia =P), panjat pokok, aci sorok, bla bla bla....macam-macam lah. dan waktu bermain adalah bermusim. kalo musim ni musim orang main layang-layang je semua budak kampung aku  kena main layang-layang. pastu esok main galah panjang pulak. tulat panjat pokok. . dan yang penting adalah semua permainan tidak melibatkan kos langsung.

tapi sekarang, nak tengok budak-budak main benda-benda tu semua kat kampung aku adalah mustahil. dan pelaburan untuk permainan untuk budak-budak sekarang adalah tinggi.
Aku cukup gerun kalo masuk mall ternampak both jual toys, keta kontrol, game.. ada dua pilihan je. belikan saja untuk Firdaus dan lupakan niat sebenar nak shopping atau buat-buat bodo dan bersedia untuk malu bila semua orang tengok budak tu dah meraung-raung. kadang-kadang aku pilih pilihan kedua. glemer u ols semua orang tengok. bila lagi nak gleme kan =P

haihhhhhhh


Firdaus berjaya memeras ugut motosukal mainan yang entah keberapa dah. dia nak yang ada kontrol tuh tapi aku tipu aku terlupa nak ambik dia punya kontroller =P

Friday, December 11, 2009

Psst..ini rahsia....

Passttt: Ini rahsia antara kita-kita je tau. Tolong jangan bagitau famili aku terutama sekali si Lan. nanti mati kena bebel 40 tahun tak henti-henti.

Semalam kan...masa aku drive aku tak turunkan handbrake. sampai Shell nak isi minyak dan nak tarik handbrake..aiyorrrrkk baru sedar handbrake dah sedia terangkat pon dan terbau hangit sikit. takut..takut..takut..takut..takut...takut..

Aku dah cuak gila. keta tak rosak kot kan?? korang tolong jawabkan weh. aku tak tahu. wawawawa. kalo aku msg tanya Lan konpem terkantoi.

err..korang jangan bagitau diorang ek.

p/s: selamat pengantin baru selama-lamanya kepada saudara Ahmad Syahril

Tuesday, December 8, 2009

Ini cerita perempuan yang lelaki pon patut tahu...

PMS? Pre Menstrual Syndrom. Semua orang tau kan. Selalu sangat bila perempuan mengamuk tak tentu pasal  mesti orang (lelaki la selalunya) kata "haa nak period la tu” . Ada wanita akan gunakan kelebihan PMS ni sebagai modal nak mengamuk tiap-tiap bulan. haha tak baik tu. Dan mungkin lelaki akan terasa  wanita hanya akan menggunakan alasan ini semata-mata nak mempergunakan lelaki sebagai tempat melampiaskan amukan mereka.

Mari dengar komen jujur aku pula. hohoho

Aku cuma nak merungkai misteri di sebalik PMS. Hahaha misteri la sangat. Tapi serius la, bagi aku PMS ni  sangat lah misteri. Misteri sebab kau pun tak paham kenapa la tiba-tiba kau akan dapat  sakit  mendalah ni walau kau dah bersedia dengan menelan evening primrose oil tiap-tiap hari.

Err kejap. Semua dah tahu ke sebenarnya PMS ni apa? kang penat cerita nanti tak paham pulak. ala senang cerita perubahan hormon wanita sebelum period yang  libatkan perubahan  emosi  dan fizikal. (perubahan emosi:marah, sedih, risau, sakit hati, benci etc. Perubahan fizikal: nafsu makan menggila, x lalu makan, pening, loya, sakit pinggang etc) Gila macam pregnant kan? Aku dah bagi ringkasan dah tuh bagi senang paham. Tak paham jugak pegi google lahhh.

As for me, walau macam mana kau nak elak sekalipun mesti akan kena tempias jugak. Tak banyak pon mesti ada sikit. Selalunya libatkan perubahan emosi la. Rasa sedih, marah, risau, sakit hati, bimbang datang silih berganti.  Rasa sedih dan marah  tu pulak adalah  yang tak masuk akal. Contohnya tiba-tiba rasa bergenang air mata tengok orang dah grad. tak pasal-pasal. dan yang paling diorang suka ejek aku masa tengok movie dulu. Diorang ajak tengok pukul 9.30 tapi tiba-tiba awalkan jadik 9.15 terus aku sentap dan rasa geram gila terus tarik muka tak bercakap-cakap sepanjang movie.  Paling tak leh blah boleh meraung sakit hati sebab salah beli barang padahal dalam  game pet society je pun. Haha.

Dan aku percaya perkara ni bukan berlaku kat aku sorang je. Korang pun kan. Kot2 lagi merapu dari aku. Tauuu. Xyah sorok. Huhuhu.



So, guys jika tetiba gf/wife /adik wat perangai tiba-tiba tu, layankan ajelah. Ala sebulan sekali je. Cubalah memahami, ok. Tapi kalo hari-hari buat perangai tuh sampai melalak hentak-hentak kaki kat lantai tu, yang tu bukan PMS dah. Tu peel hudoh namanya.  Atau yang tu dinamakan gedik mengada syndrome. Anda dibenarkan  mencari gf lain kot. Ahaha.

And girls, amaran keras jangan sesekali gunakan alasan ni nak pergunakan mereka sewenang-wenangnya. Sikit-sikit dah lah. Ahaks.  Kalo lebih-lebih kang, memang stok nak kena madu la tuh. Haa takut tak? Takut tak?. Haha tak la. Kalo rasa tak leh kawal emosi sangat tu, banyak-banyak la istighfar oke.


Harap artikel ini dapat membantu pasangan yang suka bergaduh.


#Hosemate aku tuh kan, bila dia PMS, mesti dia jadik benci gila kat tunang dia. Eii seram betul la ko punya PMS.


Monday, December 7, 2009

Karut kot.





Seronoknya jadi budak.
nak makan nangis
nak tido nangis
nak main nangis
salah sikit nangis

tapi tader orang menyampah pon

agak-gak kalo aku meraung tiba-tiba nih ada orang datang lempang tak?
Tak boleh ke orang besar nak  nangis sajer-sajer. bukan sedih. tapi saja 'cuci' mata. boleh kot kan.





rasa hati tak tenang la. tak tahu kenapa.
hermmm




#year end sale dah lama start tapi aku fobia nak pegi mall tym poket kering macam ni. takut kena sawan tarik. ape ke benda sawan tarik pon tahu. pandai sebut je. sawan barbie tu tahu la huhuhu


#Oh ya, sebelum terlupa. aku baru jer tau pasal insiden kereta hempap student kat KBMall tu dari Metro tadi. Tak sempat dengar berita. Takziah kepada keluarga mangsa. Kecut perut aku.dah lah sekarang baru nak asah balik driving skill. dah lama sangat tinggal.
Ingat! Lalai sesaat membawa padah
Semoga kita dijauhkan dari segala kecelakaan.
Amin.

Sunday, December 6, 2009

Sampah Masyarakat

Definisi sampah masyarakat menurut pendapat saya

1. Penagih dadah yang mencuri duit mak bapak sebab nak menagih.
2. Perompak
3. Perogol bersiri yang aku rasa konpem layan web lucah malam-malam.
4. Peragut
5. Perosak anak dara yang langsung tak terpikir nasib kakak, adik pompuan serta anak gadisnya esok-esok.
6. Perokok.
7. Pembuli jalan raya. eh ko pon dulu pon penah tampal P kat kereta ape!!!!!!
8. Perosak rumahtangga orang.
9. Penggoda.
10. Pendera wanita dan kanak-kanak.
11. Penzina kemudian lahirkan bukti cinta kononnyalah dalam tong sampah, toilet?
12.Perosak hati wanita
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Sila isikan jawapan di tempat kosong mengikut citarasa sendiri.

Friday, December 4, 2009

Kaum wanita macam saya patut baca kot...

Dirogol orang tidak dikenali?
Dirogol orang  yang dikenali dan kita tidak langsung menjangkakannya?
Dunia sekarang macam-macam.
Mungkin kita tidak ingin menjadi mangsa syaitan-syaitan bertopengkan manusia ini.
Andai kata diri sudah dilengkapi dengan ilmu pertahanan diri, tak salah rasanya kalo kita amalkan ini pula =)

Artikel ini saya petik dari sini.

DOA KHUSUS : ELAK ROGOL DAN AMALAN HARIAN


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan. 
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
 


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
 

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
 

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya. 
 

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda. 
 

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.
 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008 

p/s: artikel ini dibenarkan copy oleh pemiliknya. so, guys. respons.  

Thursday, December 3, 2009

Andai ini takdirNya...


hahaha tajuk sayu hiba ala-ala tajuk cekerama kat tibi.
tapi aku bukan nak cerita pasal cerekarama lah. ini lain. eh kejap saper tengok cerita taubat nasuha maser raya ari tuh. aku emo terlebih sampai meleleh-leleh air mata air hidung pastu cover pura-pura sejuk amik selimut nangis dalam selimut. ahahaha. ini pengakuan menjatuhkan kecoolan/kemachoan/kestedian aku. teheheee. . quote masa last cerita tu kita akan menghargai apabila kita kehilangannya adalah tajam menikam jiwa raga hati sanubari ok.

Okay dah. balik semula cerita asal. masa hari raya aidilfitri hari tu, batch SPM03 ex-sekolah aku ada buat reunion. dah nama pon reunion mestilah matlamatnya nak satukan balik kitorang, nak rapatkan hubungan yang jauh terpisah . tapi sayangnya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan aku tak dapat attend.
rugi-rugi.
padahal ni la masa terbaik nak korek citer masing-masing. nak jumpa klik-klik lama. tapi mujur bff, Long sanggup gadaikan kredit melaporkan setiap apa yang berlaku pada hari kejadian. mekasih daun keladi. ehehe

seperti yang aku jangka majoriti diorang dah pon melangkah ke alam pekerjaan. paling kurang pon sekadar tunggu masa nak grad je (haiihhh aku je sorang terkedek-kedek nak habis study!!) tak kurang yang dah bertunang dan yang dah kahwin. errr kenapa ye kawan-kawan aku yang agak 'baik-baik' ni kawin awal. cinta diorang berkat kot?? hahaha tu nak meroyan nak kata cinta sendiri tak berkat la tuh.

So aku pon paksa Long bagitau kekawan aku semua tu buat ape sekarang. Malas nak telek fesbuk diorang.

Long: mu nak tahu saper?
Aku: semua-semua la.
Long: Okeh. geng kita aku tak sebut eh. aku sebut yang aku tahu je. Madi kat US, Sue buat medik kat Jepun, Ct Madiyah jadi ustazah, Hazwan kat UK buat engineering kot, Taufik kat France, Suzie kat UIA, Aienna bakal lecturer kot tengah wat master, ida dengan Yuni dah keje. Gee keje kat MQF, Danial dah jadik pilot kat TUDM, Natrah kat Indon, Mastura buat master nak jadi surgeon, dia kat UIA buat pharmacy lagi.. bla bla bla blaaaa.
Aku: siapa yang jadik cikgu weh?
Long: hahaha. aku rasa geng kita je kot.
Aku: kita layak jadi cikgu je kot. huhuu
Long: aku rasa ni adalah pembalasan..*wahahahahaah sambil gelak macam jin. sakit telinga aku*.
Aku: explain.... tak paham.
Long: yer ah. zaman study dulu kita kan cemerlang. tym cikgu ngaja tido, sembang, tiru homeworks pasni konpem anak murid kita buat benda sama. what you give, you get back bebb.
Aku: ...............................................


Agaknya, apa yang dikatakan si kawan aku itu betul. DIA takdirkan aku jadi cikgu supaya dapat rasa apa yang cikgu aku rasa masa mengajar kau dulu. hukhukhuk. macam la jahat sangat. sikit-sikit je.eheh. so peringatan kat diri sendiri jangan tensen dapat anak murid degil sebab awak dulu pon sama jerrrrrrr.



mereka di hari kejadian. aku tiada di sini.
mereka ini pernah berkongsi toilet dengan aku kerana ponteng kelas prep. hohoho

L to R teacher dida, cikgu yani, cikgu sara, miss eyena, cikgu najwa
amaran: kamu semua pon bakal dapat student sama peel macam kamu nanti. sila bersabar. ehehe



Aku rasa tajuk entry dah relevan kot ngan content. =P