Showing posts with label Articles. Show all posts
Showing posts with label Articles. Show all posts

Wednesday, August 4, 2010

I am not agree!

Remaja perempuan 16 tahun dan remaja 18 tahun dibenarkan kahwin?
Oke. i am definitely NOT AGREE.
Reason?
Oh yea boleh kurangkan kes maksiat dan  pembuangan bayi. itu point nya. tapi sedarkah kita umur ini diorang tengah fight dekat sekolah dan there are so many things to learn except the household thingy? Kalo yang lelaki pulak, nak keje apa nak sara famili? hemm

Lagi pulak, saya rasa umur ni terlalu mentah nak fikirkan hal ehwal rumahtangga. umur tengah nak enjoy..
dan mungkin kadar penceraian pon akan meningkat dan tolong fikir anak-anak yang jadi mangsa penceraian.

Maksiat dan pembuangan bayi.
Sangat sinonim.
My dear girls (again, im begging) jangan la murah sangat.
Saya risau ni.
Sebab sekarang kalau tak hugs and kisses, itu bukan namanya bercinta?


Thursday, June 10, 2010

Lelaki memang suka menyusahkan hidup pompuan la ;P

"Hey ladies, believe it or not. the word Woman has Man in it. Mrs has Mr in it. Female has Male in it. She has He in it. Madam has Adam in it. Ever noticed how all women's problems start with MEN? MENtal illness, MENstrual cramps, MENtal breakdown, MENopause GUYnecologist and when we haf real trouble, it's a HISterectomy !!!" 

hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiii 


Sunday, May 16, 2010

sembahyang?? errr kejap lagi lahhh

Ketahuilah wahai umat Islam

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orangorang yang bersembahyang."
AlMudathsir:42,43)


Siksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Siksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Siksaan Ketika Di Dalam Kubur

Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Siksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.




..............artikel ni panjang lagi. aku amik yang ni je dulu.

Semoga kita dijauhkan dari orang-orang yang lalai........

Sunday, April 25, 2010

rumput yang paling cantik

Pada suatu hari di sekolah...

Seorng murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai 'kasih sayang'

Murid: "Cikgu macam mana kita nak pilih seseorng yang terbaik sebagai org yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu: "Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling CANTIK, bawa ke kelas"

Apabila murid itu pulang ke kelas, tiada rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?.

Murid: "tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling CANTIK. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING CANTIK, maka saya pun berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput paling cantik. Tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

Cikgu: "ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. kita patut menghargai orng yang berada dihadapn kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi, dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling CANTIK dan paling baik. Walaupn nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti RUMPUT tadi.....

SEKIAN~
 
 
 
artikel dipetik dari Fendi. tengkiu ya Fendi
 
 
 
11.05am-11.16am. 
Sudah satu hari. saya tahu dia sedang belajar melupakan....
saya harap saya juga boleh

Wednesday, December 23, 2009

Aku guna tajuk asal-Mengapa wanita istimewa?

Panjang kot citer ni. Pegi la amik jajan sambil baca. Dinasihatkan baca ea. Jangan baca ngelat skip-skip, ok.

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..ma letih la..dah lewat ni, nak tido lah….”

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi.. basuh jap… susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air… sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah… tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check...baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…
ternampak pulak beg g keje…emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…”..ma buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu...bukak almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang… la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..

”..ma dah ngantuk ni..msk bilik dlu la.." dalam pada nak masuk ke bilik…owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi....ok dah …

ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting.. ahh…boring. ..panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…pa dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….
So?? pengajarannye?? Hargailah wanita di samping anda- Ayat ni aku tak ubah. Hehe. Terasa berkempen mari menghargai wanita la pulak. ahaks.

*Cerita adalah dicuri dengan izin dari pemiliknya

**Situasi memang macam berlaku kan.Ok. Being fair. Taknak bias pada mana-mana pihak. Aku tersenyum baca komen yang kata papa tu tak salah tapi mama tu yang rajin sangat. haha. 
***Kalo lelaki kata perempuan complicated, suka nak buat menda remeh-temeh, yup aku mengaku, betulla tu. perempuan memang begitu. tapi sedar tak menda yang remeh-temeh tu lah yang akan jadi besar kalo dipandang mudah. contoh. kalo beli rumah..lelaki mesti lagi runsing pikirkan kos, keluasan, keselamatan etc tapi aku rasa pompuan lagi runsing perabot, langsir warna ape, colour umah macam mana dia nak beli untuk umah dia.err gitulah kot. tapi end up benda yang pompuan runsingkan tu kadang-kadang berasas juga.

 ****Blogging war? Tak habis2 lagi ke eh?





Friday, December 4, 2009

Kaum wanita macam saya patut baca kot...

Dirogol orang tidak dikenali?
Dirogol orang  yang dikenali dan kita tidak langsung menjangkakannya?
Dunia sekarang macam-macam.
Mungkin kita tidak ingin menjadi mangsa syaitan-syaitan bertopengkan manusia ini.
Andai kata diri sudah dilengkapi dengan ilmu pertahanan diri, tak salah rasanya kalo kita amalkan ini pula =)

Artikel ini saya petik dari sini.

DOA KHUSUS : ELAK ROGOL DAN AMALAN HARIAN


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan. 
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
 


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
 

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
 

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya. 
 

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda. 
 

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.
 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008 

p/s: artikel ini dibenarkan copy oleh pemiliknya. so, guys. respons.  

Monday, November 23, 2009

Apa maknanya ni? cinta? simpati?

Lets all the pics do the talking











Credit




Kalau benar ini cinta, aku respect pasangannya..
lelaki, apa kata kamu?

Saturday, November 14, 2009

Mula-mula pegang tangan lepas itu cium.....

Dont feel like blogging but still, nak posting something.Tak taulah korang punya pandangan macam mana.

kalau anda rasa pernah terbaca, yup dis article from website ini.



SAYA gadis berumur 24 tahun dan masih belajar. Saya berkenalan dengan lelaki berumur 29 tahun melalui ruangan sembang di Internet dan selepas seminggu ‘berchatting’, kami ambil keputusan untuk berjumpa.

Kini, usia perkenalan kami lebih kurang sebulan. Masalahnya, setiap kali keluar dating, dia pasti melakukan perkara yang tidak pernah saya buat selama ini.

Mula-mula dia hanya pegang tangan saya, kemudian dia peluk dan cium pipi saya. Saya cakap pada dia, saya tidak selesa jika dia buat begitu. Paling akhir, dia mencium bibir saya. Saya terkejut dengan perbuatannya.

Namun, dia memang pandai memujuk dan berkelakuan seolah-olah perbuatan itu tidak pernah berlaku. Sebenarnya, saya tidak kisah sangat jika dia memegang tangan, memeluk dan mencium pipi saya sebab saya pun bukan gadis yang sangat mengikut peraturan.


Saya selalu ingin mencuba sesuatu yang baru. Saya memang dah mula mengenali dan memahami dia. Perasaan sayang juga timbul di hati ini, tetapi disebabkan dia mencium bibir saya, saya mula terfikir apakah tindakan dan niat dia seterusnya.

Saya takut jika dia membawa saya sehingga melakukan zina, nauzubillah. Bagaimanapun dalam masa sama, saya ada niat untuk mengubah dia. (hahaha, ko memang lucu la pompuan!!)

Dang Setia, saya penah dikecewakan sebelum ini, menyebabkan saya tidak mahu mempercayai lelaki lagi. Saya tidak mahu membenci mereka, tapi keadaan yang membuatkan saya jadi begini.

Saya tidak mahu menjadi gadis liar dan mempermainkan lelaki disebabkan perkara yang lelaki pernah lakukan pada saya pada satu ketika dulu.

Saya tahu perkara itu haram dan salah. Apa jalan terbaik harus saya lakukan supaya semuanya baik dan normal untuk saya?




Aku taknak share ape kata kaunselor terhadap masalahnya tadi.

Cuma pandangan peribadi aku` pompuan ni saja carik masalah, carik nahas. Dah terang-terang lelaki itu bukan spesies lelaki baik (read: baru sebulan kenal dah berani buat macam-macam)tapi still nak teruskan hubungan KONONNYA NAK UBAH DIA PADAHAL DIA SENDIRI TERKONTANG-KANTING!!! MACAM MANA KO NAK UBAH KALO KO SENDIRI PON LEBIH KURANG SAMA JER? (read:Sebenarnya, saya tidak kisah sangat jika dia memegang tangan, memeluk dan mencium pipi saya sebab saya pun bukan gadis yang sangat mengikut peraturan) APA NI? APA KO CAKAP NI POMPUAN? APE BENDA KO NAK PON AKU TAK PAHAM!!!



Ehhh...ehhh sebelum aku marah melampau batas, aku nak nasihatkan. tinggalkan je lah lelaki eh bukan jantan tak guna satu sen pon tu. Bukan ape, aku tanak statistik pembuangan bayi meningkat lagi. Tolong lahh!!!!!




credit

"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". -Imam Malik-

Saturday, October 31, 2009

Ini Ustajah Lynn

Student kat uni mesti tgh tergolek-golek sebab exam kan? Kat IPG/institut/maktab belum start lagi. Masih attend kelas seperti biasa walopon pergi separuh hati tapi tym-tym macam ni la lecturer bagi hint exam. Makanya, minggu ni masih boleh henjoy yer. Henjoy di sini bukanlah berpoya-poya ke sana kemari sebab kami kat rumah pon boleh je henjoy parti buih sambil mabuk-mabuk air masak. (read: mencuci bilik air yer rakan-rakan).

So minggu depan adalah study week aku. Mungkin aku akan bersara dari arena blog/internet untuk memberi laluan kepada hala tuju masa depanku (acecece) tapi aku adalah manusia yang tidak boleh dipercayai. Tambahan pula aku ada tanggungjawab sosial yang harus aku tunaikan. Lagi, aku kena on YM 24/7 sebab nanti senang clasmet nak buzz spot exam, senang buka conference wat discussion. Dan paling utama, aku pasti akan kesian pada laptop ngn broadband yang pasti akan terasa diabaikan. Aku ni berjiwa penyayang, tahu? Hahhaha. Pandai tak aku bagi alasan?

Err. Aku menulis tanpa tujuan ni. Tak tahu pun nak tulis ape sebenarnya. Aku nak bagi tazkirah lah. Haa, laju tangan kau nak pegi butang pangkah bila aku sebut tazkirah. Ni ustazah nak marah niiiiii.

Sebab tak layak nak jadik ustazah, so ustajah pon ok lah. Ustajah lynn. Halamak. Comel la pulak panggil aku ustajah. Kihkihkih.

Ustajah nak tanya. Pernah tak korang kirim salam kat orang? Pernah kan? Tapi macam mana korang kirim salam tu? Kalau ikut cara ustajah, ustajah guna cara ni

“Nanti tolong kirim salam kat dia tau”.

Tapi sebenarnya salah. Ustajah tau ramai je dah tau cara tu salah kan. Tapi kalau dah tau, kenapa buat jugak?.*shoot tepat kat batang hidung sendiri*. Sepatutnya cara yang betul camni:

“Nanti kirim salam Assalamualaikum kat dia tau”.

Haa macam tu lah. Ustajah pon tengah praktis buat lah ni. Tapi selalu terlupa =P. Walaupon kadang-kadang ustajah bantai kirim salam macam ni. biasalah nama pon ustajah, bukan ustazah.

“nanti kau krim salam maut kat dia”.

Walopon niatnya bergurau hukumnya dosa tau. Kita ubah sama-sama ek.


Okey seterusnya tazkirah kedua. Mengantuk ke? Ustajah tanya sebab ustajah ngantuk ni. teheehee.
Oke. Penggunaan Assalamualaikum dalam msg/YM. Jangan singkatkan jadi Akum tapi gunakan salam atau salam ‘alaik. Ustajah agak la dah dekat tiga tahun ustajah tak guna Akum ni lepas tau tak boleh. Ustajah tertanya-tanya juga, kenapa tak boleh? Kan maksudnya sama. Sebab tak puas hati ustajah pon google. Teruk betul ustajah ni, Ustajah hanya tau tak boleh guna tapi tak tahu sebab kenapa. Kalo tahu pon tak jelas. So, katanya begini

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Waaaa.. nasib baik kita tersedar awal kan? Kalo tak dah banyak mana kita membinatangkan orang.

Okeh. Itu saja tazkirah kita hari ni. Jangan lupa dua perkara ni. nampak remeh tapi ramai je lagi yang tak ambik berat. Macam ustajah la. Oke penat jadik ustajah nak jadi aku balik. =P

Semua aku bebelkan kat atas adalah bersumber dari Sahabatmusleem Pegi lah melawat ke sana. Layan juga lagu kat blog dia pagi-pagi buta ni. Sayu je rasa.

P/S: Aku x niat menghina ustajah/ustazah tau. ke kau rasa ada? kalo ada, mintak maap dulu. bye. salam. kirim salam assalamualaikum pada kawan-kawan walopon diorang tak kenal aku. See, aku sedang praktis. kamu bila lagi???????

Thursday, June 25, 2009

Aku Makan Babi?

Sejujurnya, aku tak begitu amik berat sal makanan yang aku makan. Pendek kata, aku memang malas nak baca nutrition fact kat plastik makanan tu. Sebab kalo dah nama pon jajan/chocs banyak mana la kan nutrien dlm tu. Baca pon buang masa. (Sekadar pandangan kurang bernas dari aku) Hahaha. Nampak sedap aku terus grab. Paling tidak aku hanya cek logo HALAL jer.

Tapi semasa bershopping makanan bersama rumet di Giant, terjumpa dengan 2 orang clasmet aku yang tekun giler menelek setiap makanan yang tersusun kat rak. Bila terjumpa aku, terus dia cek makanan yang kitorang dah amik dan hah kau....ada babi! Bukan ader seekor babi yang dibungkus(hohho) tapi ada lemak babi dalam kandungan makanan tu. BIAR BETUL?
Ye..inilah hakikat yang aku kena terima..dia maklumkan begitu banyak penggunaan lemak babi dalam makanan namun dilabel dengan kecik sekali untuk mengaburi mata orang ramai, Muslim khasnya. Antara lemak babi tersebut :

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Sebenarnya, isu lemak babi ni dah lama, cuma aku yang kurang peka. Sob3x. Dulu seingat aku gelatin babi banyak yang terdapat dalam supplement pills. Ni tak sangka lemak ni banyak guna dlm produk makanan plak =(
Selepas membuat pemerhatian secara rapi bersama rumet, BANYAK jajan/chocs peferet ternyata mengandungi senarai lemak di atas.
=(

Aku tatau dah banyak mana mendalah tu dah berternak dalam badan aku. padanlah selalu malas nak study, sedar pagi dah kul 6 tapi taknak bangun tunggu 6.45 br bgun subuh haihhhhhhhhh.

=(

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah : 169)




Okey, jom kita pakat cek makanan betul2 sebelum beli. Chocs yang telah dikenalpasti ada lemak di atas adalah Cadb**y dan Van Hou*en.
Adalah kalian semua ada info mengenai perkara ini atau ini sekadar khabar angin untuk memboikot mereka. Tolong la share. Nanti tym tension nak exam atau PMS, aku nak makan chocs apa lagi?



Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul Bloggie!

Assalamualaikum

Aku terpaku dengan artikel yang diambil dari sis Na Shari ni. Thanx a lot. Seperti kata beliau, sharing is caring. so, demi cinta dan kasih aku pada Junjungan Besar entry sempena Maulidur Rasul ni aku share artikel ini bersama untuk renungan.

Nabi Muhammad SAW adalah sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.
Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.
Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu.
Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad SAW yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini.
Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja.
Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci.

Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda SAW

*Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
*Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
*Seandainya kamu melihat Rasulullah SAW, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
*Aku pernah melihat Rasulullah SAW di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah SAW jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
*Rasulullah SAW seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah SAW.
*Apabila Rasulullah SAW berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
*Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
*Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
*Wajahnya seperti bulan purnama
*Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
*Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
*Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
*Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
*Mulut baginda sederhana luas dan cantik
*Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
*Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya*Janggutnya penuh dan tebal menawan
*Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
*Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
*Rambutnya sedikit ikal
*Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
*Rambutnya terbelah di tengah
*Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
*Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa*Seimbang antara kedua bahunya
*Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
*Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah SAW.
*Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
*Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
*Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
*Warna kulitnya putih tapi sehat
*Kulitnya putih lagi bercahaya
*Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
*Badannya tidak gemuk
*Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
*Perutnya tidak buncit
*Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
*Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.
Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah SAW.

Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda SAW.

Thursday, July 24, 2008

Rahsia Roti Canai

Saya terjumpa article ni..dan rasa agak menarik untuk dikongsi bersama..Pasal roti canai. Since saya pun selalu makan roti canai..Nampak remeh tapi saya tak pernah terpikir kannya..

Setiap makhluk yang bernyawa memerlukan makanan untuk hidup, itulah fitrah kehidupan. Haiwan dengan seleranya dan manusia dengan selera manusia. Bagi kita orang Islam, makanan itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu makanan halal dan makanan haram. Makanan haram telah kita sedia maklum seperti yang kita belajar disekolah dahulu.
Adapun yang halal dan haram itu terdapat juga makanan yang shubhah ataupun makanan yang was-was halalnya, maka dituntut kita menjauhi dari memakan makanan itu. Dalam Al-Quranul Karim juga menjelaskan "daging yang tumbuh dari sumber yang haram, api nerakalah layak untuknya".Saudara yang dikasihi sekalian, ramai yang tidak sedar setiap hari kita memakan makanan yang haram walaupn dari segi zahirnya nampak halal. boleh dikatakan sebahagian besar orang melayu menggemari makanan ini, termasuk juga mereka yang bergelar ustaz.
Apakah makanan itu??.... Makanan yang saya maksudkan itu adalah roti canai dan murtabak. Izinkan saya menerangkan kenapa ianya haram. Setahu saya, pembuat roti canai ini berminyaktangannya, apabila dipesan "Roti telor satu"... maka dengan tangan berminyak itu juga dicapainya telor dan dipecahkan telor kemudian dengan tangan itu juga dia mengibarkan tepung roti canai. Sedarkah kita bahawa telor itu tidak dibasuh terlebih dahulu??.. Telor yang tidak dibasuh akan berserta taik ayam dipermukaan kulit telor tersebut. Maka tangan yang basah berminyak tadi memegang kulit telor yang bernajis dan dilenyek bersama roti itu tadi, ini bermakna roti tersebut sudah terkena najis. Oleh itu memakan roti tersebut samalah memakan najis, memakan najis adalah HARAM hukumnya. Jadi roti canai tadi juga HARAM dimakan.
Nasihat saya kepada saudara sekalian, maka berhati-hatilah dengan benda makanan ini, pastikan telor itu dibasuh terlebih dahulu. Nasihat saya kepada pembuat roti canai pula, basuh lah telor dahulu sebelum anda menghidang kepada pelanggan anda. Perlulah diingatkan apabila makanan yang haram anda jualkan, maka rezeki anda juga HARAM. Nasihat saya ini bukan kepada sajian roti canai sahaja, malah semua makanan yang bersumberkan telor hendaklah dibasuh terlebih dahulu, kerana bila memecahkan telor tersebut pastinya akan berserta apa yang melekat dikulitnya, samada kelihatan atau tidak.
Mulai dari sekarang ubahlah cara kita menyediakan makanan, pastikan anda membasuh telor sebelum menyediakan apa sahaja hidangan. Ingatlah Allah itu Maha Penganpun lagi Maha Pemaaf bagi mereka yang tidak tahu.
So lepas ni..nak makan roti canai tak? hehehe

Friday, July 18, 2008

Rahsia Bulan Kelahiran

Izzit true?? tapi hampir 60% kena mengena dengan hidup saya. Betul lah kot. takkan lah orang nak kaji pulak kan???



MEI
* Keras hati & tegas.(saya tak berapa reti nak tegas ni...keras hati tu yer kot)

* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.(tak jugakk sebab kena motivate dulu!!)

* Pemikiran yang tajam.(kenkadang tu.hehehe)

* Mudah marah apabila tidak dikawal.(yepp..exactly true!!)

* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .(ermm..iyer ker?)

* Perasaan yang amat mendalam.(yesss...betul!!)

* Cantik dari segi mental & fizikal.(wahlaaaa..tatao nak explen. kang kata haku poyo plaks =P)

* Tidak perlu dimotivasikan.(tak betul..nak motivate esp from my parents)

* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.(betul2 aku senang noh ikut orang)

* Mudah dipujuk.

* Bersikap sistematik (otak kiri).

* Suka berangan.(alahai..yang ni hobi weihh)

* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.

* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.

* Daya khayalan yang tinggi.

* Permikiran yang tajam.

* Pandai berdebat.

* Fizikal yang baik.

* Kelemahan sistem pernafasan.( yang ni betul..slalu jer sesak napas tak pasal2)

* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.

* Tidak berapa suka duduk di rumah.(ouh no way..rumahku syurgaku ok!)

* Tidak boleh duduk diam.

* Tidak punya ramai anak.(erkkk???!!)

* Rajin dan bersemangat tinggi.

* Agak boros. (I do some saving!!)



Hermm..ada lah sikit kena ngan saya.