Sunday, April 25, 2010

rumput yang paling cantik

Pada suatu hari di sekolah...

Seorng murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai 'kasih sayang'

Murid: "Cikgu macam mana kita nak pilih seseorng yang terbaik sebagai org yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu: "Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling CANTIK, bawa ke kelas"

Apabila murid itu pulang ke kelas, tiada rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?.

Murid: "tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling CANTIK. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING CANTIK, maka saya pun berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput paling cantik. Tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

Cikgu: "ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. kita patut menghargai orng yang berada dihadapn kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi, dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling CANTIK dan paling baik. Walaupn nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti RUMPUT tadi.....

SEKIAN~
 
 
 
artikel dipetik dari Fendi. tengkiu ya Fendi
 
 
 
11.05am-11.16am. 
Sudah satu hari. saya tahu dia sedang belajar melupakan....
saya harap saya juga boleh

3 comments:

zue anak sudin said...

sob3...... sy suke post ni.. :)

mie said...

oh!!!!
kalo cari untuk spare..
boleh ke cikgu??
hehehee

AiSyAh HuMaIrAh said...

ske ssgt =)