Friday, March 26, 2010

Saya bukan cikgu terlampau, saya biasa-biasa je

Begini, saya bukan mahu menukar anggapan kamu semua yang selalu sangat kata - kerja cikgu kerja yang paling mudah di dunia. cakaplah. masing-masing ada pendapat sendiri kan. setiap kali saya bercakap pon dengan orang yang lain bidang dengan saya pastinya begini jadinya.

"awak keje cikgu senang laa..."
"cikgu pukul 2 dah balik rumah.."
"layan budak-budak je kejenyaa..senang!"
"keje cikgu tak sibukk ponn.."
"keje mudah, gaji banyak. asyik naik gaji jee..."
"keje cikgu mane ade pressure. buat menda yang sama ari-ari!"

kalau dulu, saya sangat suka menepis kata-kata mereka kini dan akhirnya geram sendiri. kini saya mula mempelajari sesuatu, tiada gunanya saya berapi pertahan sebab kamu semua tak pernah tahu apa yang kami semua rasa dan penat cakap pon nanti hati jugak yg geram. heh!

dan selalunya sekarang memang saya jawab dengan belagak sekali
"aah memang pon. da la keje senang. xde pressure langsung. apesal ko tak mintak cikgu je?? kesian aku tengok ko ni. busy sampai tak de life"

kejam? dah ko kejam dulu, aku balas balik la. =_=



dan biasanya kalo saya mengeluh dengan rakan senasib, begini pula jadinya

"sabarlah. biar la ape orang kata. buat keje iklas2. banyak pahala tuu"

eheh. sejuk hati saya =)






erk. saya kan tak terniat lagi nak tulis pasal ni tapi tiba-tiba tangan tertaip (bapak la ngok nyer alasan) sebab minggu depan empat kali kena observe. sangat la penat weh. cepat la habis praktikummmm...



kalo saya jadi lelaki, saya tak mahu bini saya cikgu, saya nak bini saya suri rumah tangga. tapi malangnya, saya bukan lelaki.=_=


Wednesday, March 24, 2010

maca sialll baiii!!

Rindu dekat blog.
Duh de, wa banyak keje ah beb.
Jeles sial tengok lu orang tak de keje.
wa da penat sangat-sangat ni de.



Hakhak. sangat bes jadik rempit.
patut ah ramai gelepor nak jadi mat rempit.
bahasa nak ganasss je. hoh


Sebenarnya nak cakap. aku rindu korang. bukan blog ni.
dah. tu je. bye.

Thursday, March 18, 2010

Firdaus

mase  dia kecik. dia comel



dan manja


dan menjadi kesayangan siapa-siapa pon



walopon kadang-kadang menyakitkan hati


sudah besar pon kamu.
sampai tak terasa 6 tahun dengan kehadiran kamu dalam keluarga =_=




malah sudah punya adik yang sebijik potostat perangai abang
MASAK CIKSU, MASAKK

tolong jadi abang yang baik


kadang ciksu garang nak mati dengan kamu


dan gaduh dengan kamu macam ya Allah ciksu siapalah matang sangat ni. berebut channel tv sampai meraung-raung. hek. bukan aku. Firdaus lah. ahaha


cuma, walaupon dan lepas 3 hari, ciksu akhirnya ade peluang mahu buat entry khas ini semata-mata mahu mengucapkan. ciksu dia ni bz macam Sharizat Abdul Jalil sibuk nak protect wanita malang akibat penindasan dan penganiyaan (!) :

Selamat Hari Lahir, Aus

walaupun kehidupan kanak-kanak kamu tidak sesempurna macam Miyaki, Udin, Alia, Firdaus Kecik, Epul, Najmi, Apiq, Balqis ( ciksu ingat nama2 ni jer) tapi  kami semua sayang sangat dengan Aus.
ciksu takkan biar awk rasa tersisih dan rendah diri. aus ada kami semua, okay?




untuk hadiah harijadi, dia minta teddy bear as present. fuhhhhhh selamat duit aku. nasib baik bkn heli control. selamattttttttt





Monday, March 15, 2010

Resepi Sup Cendawan Campak


Saya masak sup cendawan. resepi rahsia. haha. banyak la rahsia. resepi adalah campak-campak mengikut gerak hati. tapi tak tersangka menjadi pujian abah tersayang. wahahaha. sebetulnya abah saya selalu tak berkenan dengan masakan saya. masin la. manis la. masam la. jadi penghargaan gila la tuh. jadi saya berbesar hati berkongsi rahsia resepi sup cendawan saya.


Resepi sup cendawan campak.(hidangan 4 orang)

Bahan-bahan:
1. 2 ketul drumstik ayam dipotong kecik. 
2. 500g cendawan di potong sekadar tak tercekik bila makan
3. bawang merah 3 ulas. perlukah aku bagitau perlu dikupas kulitnya?
4. bawang putih 2 ulas.
5. sesudu kecil lada hitam ditumbuk sampai lumat.
6. sebatang kulit kayu manis.
7. sup bunjut adabi.

Cara membuat.

Rahsianya : campak beserta perasaan kasih sayang. wtf plat keta suhana.
1. campak ayam dalam periuk ada air sampai mendidih.
2. pastu campak bawang putih + bawang merah
3. campak lagi cendawan.
4. campak lada hitam dan kulit kayu manis
5. campak sup bunjut adabi.
6. kacau sampai segala benda tu sebati.
7. campak garam. aha. jangan memandai-mandai nak tambah ajinomoto. tak elok!

CAMPAK OKE. CAMPAK

INGAT! garam letak last sekali. ni petua masakan konon2 nak cegah darah tinggi tapi xde guna kalo korang letak sesenduk garam. agak-agak la hokey.

Simple. sihat. dan sedap. eceh. 
konfident aku bold word sedap


Pastu angkat dan hidang. 
ma tanya : "ni sape ajar ni buat macam ni. senangnya keje dia." saya jawab: "adalah orang ajar". padahal resepi spontan tiba-tiba muncul akibat malas nak meramas segala bagai santan nak buat masak lemak cendawan. aku tunggu sampai kul 12 malam ni. kalo tak ada siapa sakit perut, selamat untuk dicuba. kehkehkeh.













Sunday, March 14, 2010

Malu tapi mahu

 pic editing by fendi. cantik. bukan aku. editing. heh!







mahu....tapi malu
kan dah rugi
 =_=








kuantan-kemaman sama gersang dengan ipoh. grrrrrrrrrrrrr

Friday, March 12, 2010

Review V3 Samseng Jalanan (yg ni betul punya)

baiklah, aku buat confession awal-awal. sebenarnya tak ada niat sedetik pon nak tengok cerita tapi sebab Alice In Wonderland sudah full.  terpaksa la. sebab dah tau kalo cerita macam ni mesti ada scene lumba-lumba, peluk-peluk awek, eksiden, darah-darah, tapi yang ni over sikit.  Aku tanak tengok Niyang Rapik sebab malam ni aku kat rumah sorang-sorang. T__T. cerita lain macam tidak berjaya menarik hati. so V3 Samseng Jalanan it is!

baiklah aku membantu kalian sama ada mahu menonton atau tidak. pilihan di tangan anda. kehkeh

1. kita bermula dengan pelakon. pelakon terpemes Malaysia lah. takkan dia nak ambik pelakon tak glemer kot. sesaper peminat setia Lisa Surihani tu yang teringin nak tengok dia jadik jahat hembus-hembus rokok muka takleh blah mencuka 24/7  bajet orang takut (KAHKAH) silakan pergi. oh ye, aku jadik meracau nak speaking Utara kes Bront Palare lah. comei dia cakap otara. cek suka. dan aku rasa cerita ni hidup pon sebab dia =_=

2. Jalan cerita. same je la macam cerita rempit lain. ader lumba. ader eksiden. ader orang jahat. ader pomen . ader workshop. ader road block. awek bertenggek kat motor. awek suma seksi nak mamp tapi muka tak cun  harap body je mantap (hahahaa aku jahatttt), ader orang jahat. ada satu je persoalan di sini : kenapakah orang jahat selalu muka berparut?? So lelaki sekalian, tolong jangan muka anda kena jahit nanti orang ingat anda taiko atau orang ganu kata bos jahhat.

3. Part paling benci ditonton adalah aksi awek/gundik/pompuan simpanan melayan si jahat. errk. belah baju kat dada tak boleh luas lagi kah??? mangkuk betulla. malu ai tawwww.

4. Satu-satunya perkara yang menyentuh hati adalah kisah persahabatan antara Farid Kamil dengan Bront. aku tak leh sikit kalo cerita yang berkait dengan sahabat, member, kawan ni. nak jee emo. hoh

5. Part lawak. aku rasa Farid Kamil banyak terpengaruh dengan cerita hindustan. hero lepas jatuh motor, kena belasah boleh lagi dia bangun sambung race semata-mata dengar awek dia nak diapa-apakan. fuhyooooo. okey dimaafkan. kata pon hero kannn.

4. orang kata V3 ader tiru Adnan Sempit? mana? mana? mana? hahaha. ader la sikit tersama. part yang anta awek pegi meeting. tu ajer. lain tarak.

5. lawak-lawak dalam cerita ini berjaya buat aku gelak la. tidak kaku. tidak dibuat-buat.

6. banyak jugak adegan belasah-belasah. haku tak sokaaa.!!!

7. aku tak suka betul la ending yang tiba-tiba keluar tulisan :...Karim meninggal dunia akibat peristiwa itu dan Rudi pula koma dan masih tidak sedarkan diri.. pastu THE END  alaaa.. tunjuk la woiii. tunjukkk. takat tulis tu aku pon leh predict camne. huhu

8. err Radhi OAG berlakon jugak. buruk benor peel perangai dia dalam citer tu. tak berkenan betul aku tengok. terkinja sana terkinja sini. eh kat luar pon cam tu jugak ehh? padanlah kalo si syazlin takmo dah kat dia. kehkehkkeh. terwujud ruangan gossip la plak.

9. mase dok berlumba tu depa dok pasang lagu Pawana-Search. hingaq tak hengat baq hang!

10. aku suka bront palare. dia cakap utara sweet @_@


dah la. aku bagi 3 daripada 5 bintang. err aku rushing ni. nak pegi jaga budak exam. pegi lah menonton. aku dah wat review dah niiiii

Thursday, March 11, 2010

Review V3 Samseng Jalanan

meh nak habaq hang:

pi tengok ja la. 
aku rasa tak dak rugi aihh.




nanti la. kalo rajin aku review semula. penat. muka berlengaih lagi dah hadap komputa. mati kena ligan kalu orang tua tau ni.
dak pun kena piat linga.
hahah. aku terer noh speaking utara. noohh???

Tuesday, March 9, 2010

Lagi pasal cikgu



Errr..baiklah!!!!!









felda tu considered as luar bandar la kan?
heeee

Monday, March 8, 2010

entry ayaq liuq

 abah menelefon bertanya mahu makan ape bila aku balik bercuti. lantas aku senaraikan ini:



-bubur lambuk



-kerabu pucuk paku



-sayur lemak nangka



-ikan kerisi goreng


-BUDU! 


pics digoogle. sumpah mengganggu emosi tengok pics.

bukan sebab kat Ipoh tak ada, tapi tak sama. sama lah seperti lelaki Utara tak sama dengan dengan lelaki Pantai Timur. ataupun lelaki Selatan memang tak sama dengan lelaki Pantai Barat. 
menyampah kan kaitan aku buat? haha

P/S: ari ni aku berjaya sampai ke perodua servis  dan kembali ke rumah tanpa sesat. hahaha. keterujaan yang sangat tinggi dengan kebolehan diri . babai blackberry. saya tak perlukan anda buat masa sekarang. yes aku berlagak ni.

P/S: kawan aku sudah kahwin malangnya tak dapat hadir. sebagai pengganti ketidakhadiran aku, kenalah beli hadiah. tapi  dia awal-awal lagi dan warning tidak mahu pinggan mangkuk, cawan, gelas, periuk belanga. nasib baik kawan sejak kecik kalo tak aku  memang saje je kan nak demanding ni. err any idea? bagilah idea yang tak merabakkan poket, please?



Friday, March 5, 2010

why people so into blackberry ???



sana sini orang mengeluh cuaca panas kan.
tapi bila ader yang bertanya
"u tak panas ke bertudung?"
aku harap aku tak perlu jawab soalan tu. kot. nak-nak kalo yang bertanya tu mengaku tak makan babi serta tak pegang hanjing. erk.

ha. tapi betul  la. panas. semalam sepagi di padang melatih budak berkawad (HAHA. menipu. aku tak reti lah. sia-sia dapat pangkat Leftenan Muda KRS T__T) okay yang sebenarnya aku menyibuk saja kat padang tapi tetap terkena tempias panas. padahnya pening. tapi seronok dapat pening sebab sepanjang praktikum hanya malam tadi dapat tidur pukul 10.30 malam tapi macam tak berbaloi sebab terpaksa bangun 5 pagi pula semata-mata mahu menulis lesson plan. tak ape lah. ( tak ape, tapi kenapa mahu tulis dalam blog? eh sebab aku kan pompuan, menceceh kan hobi utama)

lepas tu petang tadi, ke Maybank. pergi mengadu pada kaunter yang card bank sudah tidak dapat digunakan. tapi kaunter cakap (?) account sudah tak aktif, padanlah card tak boleh guna. selepas dikemaskini, sekarang card itu sudah boleh guna. akaun sudah aktif balik. tapi jumlahnya sahaja yang pasif T__T

kemudian meronda-ronda kawasan perindustrian tasek. mencari pusat servis perodua. untuk servis si puteh yang sudah dirawat parutnya. kali ini sahaja. servis selepas ini bukan lagi di sana sebab ah, buat ape buang duit pergi servis dekat yg mahal, awk dah besar setakat pegi workshop tukar minyak hitam ape laa sangat kan? dah jangan nak manja sangat habis benda nak hadap pada perodua cekik darah
tapi sebagai aku, kalo tak sesat dan tak ingat jalan memang bukan akulah tu. serius. aku perlukan blackberry gps dengan kadar segera. dengan bantuan housemate sampai juga di depan perodua servis lantas digamit dengan mesra oleh abang pekerja. hasrat di hati hanya mahu tengok-tengok jalan saja  tapi terpesona dengan layanan mesra abang(kah?) terus set appointment. gagaga. isnin ni jumpa lagi ya bang hahahaha. itu pon kalo aku ingat jalan lah. ouh isnin ni sekolah aku bercuti sebab hari sukan. HORAY.

Kemudian, memandu dengan tenang (setelah berhempas-pulas mencari jalan keluar) ke Giant. kali ini melangkah yakin ke Giant tanpa tag nama cikgu di dada jadinya tak perlulah menolak dengan manis pelawaan pasang astro di rumah, cikgu?, set dapur di rumah, cikgu? atau pun senyuman-marilah-masuk-ke-kedai-emas-saya oleh promoter Tomei. kali ni tak payah. tengok lah. ketidakadilan di mana-mana. masa aku selekeh ni tak ada siapa nak pandang tapi bila aku dress up secara gomen barulah. diskriminasi betul. tapi ape nak kisahkan. aku sebagai ape sekalipun, aku ini masih tiada bergaji. tiada pendapatan. tiada kemampuan. malanglah kamu semua yang beria mempromosi. (mak aih. ada irama)


dan selesai urusan di Giant. misi di Giant hanya membeli sepotong ayam yang kemudian terpaksa direbus terlebih dahulu untuk melambatkan jangka waktu busuk sebab kat rumah itu tak ada freeze. sekarang kalian paham kenapa anak dara berlima ini sangat jarang memasak. (kalo memasak pon sekadar yang instant sahaja) leceh oke. kesimpulan awal di sini : apabila berkeluarga esok, perkara pertama perlu didahulukan adelah freeze. paham?
kemudian, pulang ke rumah. berlegar-legar dalam perumahan mencari ABC. dan sekali lagi aku sesat. dalam taman sendiri T__T. ha kan. kalaulah aku ada blackberry gps, masalah ni pasti boleh diatasi.

Tiba di rumah. mandi. solat . dan teringat hari ini hari jumaat. cepat-cepatlah potong kuku. kuku sekarang panjang yang diibaratkan kalo TERcubit murid sudah boleh diberi liputan meluas hingga ke muka depan Harian M*etro. GURU CAKAR MURID GUNA KUKU DRAKULA. Harian M*etro kan sukaaaaa gampak-gampak ni. dah lepas maghrib karang sudah dikira hari Sabtu. hari sabtu tak elok potong kuku. nak tunggu hari Isnin lambat lagi tu. haha. bab-bab potong kuku ni, aku sangat particular. kena potong hari Isnin, Khamis dan Jumaat sahaja biarpon kuku dah macam mak lampir. kata pon sunat. dah benda sunat lain susah nak buat, yang sunat paling mudah ni tak kan tak terbuat??


Baiklah. sudah tamat entry ini dengan peringatan di atas.



p/s : wahh. menjadi mudah sedih dua tiga hari ini. bukan gejala pms. tapi ini sindrom mengada-ngada macam eh awk perempuan ada hak nak sedih-sedih  menangis pastu heboh kat blog. serius  wtf *00* ! ini plat num keta Suhana. =P


Tuesday, March 2, 2010

DIA lebih mengetahui

Banyak sangat kejadian tak terduga berlaku sehari dua ni. Manis dan pahit. Adil.
Hidup saya sangat adil. Diuji dengan dugaan itu, namun saya masih boleh tersenyum dengan kurniaan ini.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah: 216)

Hati saya terpujuk dengan janjiNya.
Tentu sahaja Allah yang maha mengetahui apa sahaja yang terbaik bagi hambaNya.





Emmm.. ouh saya tidak berniat mahu menulis pasal anak itu. tapi bila saya terbayang penderitaan arwah sebelum detik akhir nafasnya, saya menjadi terlalu marah dan kecewa dengan syaitan itu.
al-fatihah buat allahyarham Syafia Humairah Sahari. buka mata lah masyarakat. bersekedudukan?. memang Malaysia sudah setaraf Hollywood.