Esok, tak-tau-pukul-berapa will heading to Kuantan-Neram untuk holidayyy..
Fuhh after 4 sick months dekat Kolumpo, i managed myself balik jenguk kampung halaman.
Finally.
dan istimewanya, selepas pujuk rayu abah, aku dapat balik kampung drive alone.for first time for a long distance journey. (ala KL-Kuantan tu considered as jauh la kan. hihi) tapi abah kata jangan drive laju2. yaaa itu sudah pasti. had laju highway mesti dipatuhi dengan taatnya. heheh
Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini dari segala mara bahaya. Amin..
Tapi, sekarang 3.24 am masih tak mampu nak tido. my bad sleeping habit.sigh. baru balik jalan-jalan dengan Joe dan housemates.
pergi Uptown Danau Kota n some places in KL.
ah okay. im yawning now. its better to go to sleep now.
ade lagi. babai Desa Pandan. helllo Bandar Sri Permaisuri. yes, im moved out :)
LynnGudiGudiGurl: dear you mohamad hafiz, dont go too far, too high. i worried we might fall down :(
baru nak update padahal tatau nak update ape tapi teringin nak update jugak
ni susah kalo mood rajin datang ni.
sehari sampai dua tiga kali update. hihi
harap-harap aku akan terus rajin dan boleh diiktiraf sebagai blogger.
kalo takat updet seminggu sekali just like old me jangan gatal2 nak ngaku blogger tegar.
Tahu tak kat mana Bukit Gambang tu? ahhaa. Kat Gambang Pahang. +- 30 minutes from Kuantan.
Aku tak tahu nak mula dari mana tapi disebbkan aku da pergi ke taman tema air yang lain, kecenderungan untuk membandingkan tempat-tempat ini adelah tinggi.
so pada aku BGWP adelah bes tapi Lost World of Tambun (Perak) is better :P
but its fun anyway since i went there with family and all the expenses adelah FOC :P
Oh ya, aku ade nasihat peribadi untuk sesiapa yang teringin nak pergi ke mana-mana taman tema air.
DONT GO DURING PUBLIC HOLIDAY/WEEKEND. kalau tak siap sedia la untuk melihat umat manusia yang selok nak main air. macam aku ari tu, beratur nak beli tiket saje dah dekat sejam. q sampai entrance. haihhh. terus hilang mood nak bersuka ria. pastikan pakaian anda sesuai. aku of cos la pakai bikini. bila lagi nak tayang body kan. ingat Fasha Sandha sorang je ke nak berbikini bagai. aku pon nak wawawa.
okela. untuk melengkapkan entry, terima la saya berbikini bergambar dengan kekasih hati..
*
*
*
*
*
*
aih. seb baik la aku bukan artis. kalo tak letih nak melayan gossip
hehehe
LynnGudiGudiGurl : gigih mencari petua awet muda. .wakaka
dua kawan saya punya. yang lain tu semua saya rembat. hehe
tengok. tengok novel yang saya beli hari tu. tapi baru sempat baca satu. biziiiiiiii.
lepas antar action research ni saya nak pulun novel-novel ni pulak. hehe
da penat da mata ni asyik ngadap laptop. sy nak kasi can mata menatap novel lak
hehehe
dulu, saya pernah jadi hantu buku/novel/magazines tapi sejak internet melanda dunia saya da tukar hobby pulak. hobby reading books dah jadi reading blogs pulak. hehe.. tapi sekarang saya nak switch balik hobby saya ni. saya nak kembali jatuh cinta dengan buku. ehem ehem. :P
dulu saya berkira nak beli buku tau. tapi sekarang saya buat-buat buta je keluar duit beli buku. beli mekap kasut baju tak pandai pulak nak berkira kan
LynnTheGudiGudiGurl: saya selalu salah mentafsir. saya ingatkan instinct saya betul tapi tak. maafkan saya. err atau saya yg sebenarnya terlampau lembut hati? emmm
saya baru balik menonton cerita Magika.
tadi sebelum nak tengok cerita tu siap osom ngan kengkawan sebab tatau nak tengok Magika ke Legend of Guardian.
hehehe
saya ingatkan cerita tu boring macam Hotel Mania
tapi..
saya gelak dari awal cerita sampai cerita habis
hehehe
so tak rugi kot.
err resident evil saya da tengok. saya jadik bisu tengok citer tu sebab.. sebab.. sebab.. hehehe :P
TheGudiGudiGurl: 19th days. i juz love the way you are. oke?
My fairy tale story just begin.
saya harap, biarlah ia jadi permulaan yang baik.
saya tidak mahu kehilangan pelangi ni.
walaupun masih kabur dengan apa yang bakal berlaku di kemudian hari,
saya akan simpan hari ini sebagai hari yang paling bermakna..
macam mana ya, saya tidak mahu kehilangan tapi belum bersedia dengan komitmen.
TheGudiGudiGurl: eh eh pics hari raya. saya tak ada gambar. sedih. ishk ishk
insyaAllah saya akan berkongsi di sini kelak berita itu.
doakan hati saya terbuka nak bercerita :P
oh ya. perjalanan balik kampung. alhamdulillah semua selamat kecuali kejadian silap jalan dan mendaki genting hingga ke puncak! nasib baik puasa kalo tak harus dah berpoyapoya dulu baru turun.
hmmm saya dan sesat jalan memang tak dapat dipisahkan kot. haih.
saya beria-ia nak buat kuih raya tapi emak saya tak kasi .katanya takut tak 'menjadi' dan tak sedap. dah membazir. ewahh. tercabar saya tau. sudahnya, saya buat jugak kuih tu. tapi bukan kat umah la. tapi kat Taman Kerang, Kuantan. 3 bekas RM50. wohhooo. (pegi beli masa malam raya lagi bes kot, diorang jual longgok je tapi malam raya saya bizi di dapor. ewahh)
LynnTheGudiGudiGurl : menu feberet raya saya nasi impit ngan kuah kacang. tade benda lain tak kesah tapi kalo benda dua ni tak ada di pagi raya rasa macam nak merajuk pegi beraya kat London. huuu
im in good mood
so nak updet blog dengan riang ria. yeahh
blog saya miskin/kedekut gambar? ehe. sebab owner dia ada kesabaran yang sikit nak tunggu upload pic. so sekarang saya kat sekolah. mari lihat kehebatan wifi sekolah beraksi. hehehe.
Pics taken past few weeks during our short vacation (hahaha) at Lumut, Telok Batin n Kellie Castle.
Pics are so random. sorry tak sempat nak susun. saya nak pegi relief kelas . kang budak2 bertumbuk dalam kelas.
emm all i can say :
I LOVE KELLIE CASTLE!!
nak pegi lagii.
tapi for wedding shoot. kekekee
Dear friends ( i know u read this)
Thanx for always be there
Thanx for always make my day
Thanx for the happiness
Thanx for the joy
hugs n kisses
sob sob sob. sebab saya tetiba saya emo nak pisah ngan korang lagi empat bulan. saya tambah lagi pics. heee
and u.
please.
idontwanttoletyougo.
taknak.
:(
okey, da start nak emo lagi. tapi tanak upload pics lagi dah cuma saya cuma mahu beritahu kalian:
memang benar hidup tak penah adil.
saya berada dalam ketidakadilan itu.
dan mungkin kamu juga.
tapi saya mahu menghargai kehidupan. walau dengan apa cara. dan kamu juga ya.
InsyaAllah.
err syud..saya belum jadi cikgu. saya belum bekerjaya. saya belum ade gaji. saya belum boleh shopping susuka hati. dan paling sedih, saya masih mintak duit dengan famili. haih!!!
memetik kata-kata blogger yang kini sangat kagumi semangatnya (and everything she have), sis Arni,
percayalah sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Pandang sesuatu dengan positif dan kalau kita bersyukur, lebih banyak yang kita akan dapat. Let the feeling goes with an open heart.
......and enjoy the moment you have. You are one of the tough cookies and you'll make it through.
enjoy the moment you have.. yes. it is.
yeahh. saya sedang menikmati hidup dengan cara sendiri wuwuwuwuw
go-kart 6 laps main laju-laju. pening. tapi bes,
kalau saya berjaya harungi ujian ini, saya tahu saya makin kuat. yeahhh
Pernah tak kamu keluar shopping/membeli dengan bestie, rumet, hausmet segala benda yang kamu beli mesti nak sama. sebab nanti kalo tak sama nanti balik jeles kenapa kau punya cantik dari aku? ehe. aku sokmo lah terjadi. ini semalam punya citer. balik umah lepas test segala benda baru beli (wajib) baru perasan hampir semua barang adalah sama T___T.
tema shopping kali ni : jimat sehabis boleh. buat-buat tak nampak benda tak perlu dipraktikkan dengan sehabis daya. aihhh. kalaulah trip to bandung tu dikensel.
Long cardi. sama.
wedges. sama.
s/sleve shirt. sama.
lain kaler je.
foundae. eyeliner. sama.
alah. pattern lain sikit je. tapi color macam sama. so sama jugak.
dan ini yang paling takleh blah.
sehingga mineral water pon nak sama. gigih pergi carik mineral water ni kat Popular sebab bottle dia comel. .haha.
eh ader lagi. pikir jap nak upload ke tak payah?
tak payah la.
eheee
housemate, ingat jangan pakai sama di hari, di waktu yang sama. ingat tu.
aku ternampak a set of Sophie Kinsella's shopaholic novel dekat Popular. siyesli aku nak sangat. plis nak sangat. nak sangat. nak sangat. nak sangat. nak sangat. nak sangat. weiiihh kalau lah sem ni xde praktikum, xde trip to anywhere. tak sukaaaaa hidup kesian macam ni. =(
okeh. sekarang dah masuk dalam wishlist. dah berjela dah kot listnya. aihhhhhh
Saya sudah tiba di Ipoh. Alhamdulillah safe journey. New year start. New semester begin.New life? Oh tidak. life masih sama seperti dulu lagi cuma ruang-ruang yang kosong tu mahu isi dengan perkara lebih baik. ehem.
Aku mahu tinggalkan jauh-jauh segala yang buruk kat belakang mahu mulakan dengan semangat baru.
ha tengok tengok.. tak ke semangat dengar tu. =D
Hidup jangan sedih-sedih. Tak berbaloi tau.
Walau payah dan besar halangan atau cabaran kita kena kuat.
Lagi, jangan pernah sakit hati dengan kebahagiaan orang lain.
Walau kamu kata masa remaja ni lah nak enjoy pon, nak cuba segala benda yang orang umur 50 tahun tak boleh buat, jangan pernah sesekali lupa pada DIA.
Tak salah kita bahagiakan orang lain walaupun kita sendiri pon tak tahu ape itu bahagia sebenarnya. hermmm
Err.. aku menulis tanpa rasa. tanpa perasaan. tanpa tujuan. titik.
Selama ni kalo nak beli tiket balik Ipoh, jangan harap pergi kaunter transnasional sebab dah tau Trans takde jual tiket one way pergi Ipoh. mesti kena transit kat KL dulu. tak suka pergi Pudu sebab otak dah set orang kat situ jahat-jahat. ahahah. adoi kena maki jugak kang ni... so semalam pergi tuju kaunter Utama Ekspres dulu tapi brother tu cakap tiket DAH HABIS. tapi tak tersangka pulak trans dah buat perjalanan Kuantan-Ipoh.
sepatutnya semua bas ekspres kena wat sistem online.
ni tiket Lan. bukan tiket aku. dia hantar aku balik Ipoh. ape baik benar hantar aku balik nih? ahaha
Barang , bag tak packing pon lagi. Aku tak tahulah nak gerak balik Ipoh bila. Esok atau lusa. Kalau esok maknanya hari ni hari terakhir menikmati cuti di hari terakhir tahun 2009. Err maknanya esok aku akan tiada di rumah lagi? sebab hari ni mungkin hari last di rumah, aku bagi can budak dua orang tu beli aiskrim yang lalu depan umah tuh. selama ni aku tak bagi Firdaus beli sebab aku rasuah otak dia kata dalam tangki aiskrim tu dia letak ular sawa. sebab tu lah aiskrim tu sejuk.. (sebenarnya masa aku kecik ma cakap benda ni kat aku pastu aku turunkan aje lah kat Firdaus) . Kalau tak cakap macam tu, setiap kali bunyi loceng aiskrim dia dah stand by depan rumah jerit "Berhentiiiiiiiiiiiiii".. Hehe. Kalau lama-lama lagi aku baby sitterkan Firdaus dengan Umairah mesti banyak lagi kisah dongeng merapu yang aku rasa sampai mati pon diorang akan ingat. ehee. nanti ciksu simpan link ni bagi Aus baca ehh. wawawa.
emak korang dulu tak pernah ke tipu kan korang aiskrim ni dengan ular sawa. tak tahu lah dalam banyak2 haiwan, ular sawa juga dipilihnya.
Semakin aku berblog, aku rasa semakin aku tak tahu kenapa aku berblog. dulu aku tetapkan niat tidak mahu blogging pasal personal life sebab aku rasa aku bukanlah someone special macam hartis yang orang akan baca every crappy words dia tulis tapi lately, entry aku semakin ke arah itu.. patutkah aku tulis ayat klise yang kadang-kadang aku annoying baca: blog aku, suka hati akulah nak tulis ape. entah aku tak suka kot dengan ayat tuh. ehehe sori eh.
Masa aku kecik dulu, aku sangat suka satu permainan ni. aku tak pasti korang pernah tengok/main atau tak. ala permainan patung kertas yang kita boleh tukar-tukar baju ngan eksesori tu. aku puas pikir ape nama permainan ni tapi tak ingat-ingat jugak. aku pun pelik kenapa Firdaus boleh ada permainan ni sekarang. aku usik dia kata dia nak jadi perempuan eh main benda ni terus dia malu dan bagi aku mendalah tuh. kalu 15 tahun lalu mungkin aku akan bersorak, melompat keriangan dan mungkin akan jatuh cinta dengan Firdaus tapi sekarang xdo maknonyo ehh.
ini lah rupa patung permainan kertas tu. sebelum kita
pakaikan baju ngan mekap-mekap.
yang ni pulak eksesori patung tu. boleh mix n match. comeii2.
tapi kenapa tak teruja macam dulu??? faktor penuaan barangkali.
okay. dah siap pakai baju dan comel...pastu namakanlah patung korang dengan nama
kegemaran masing-masing.
sekarang aku masih tertanya-tanya apakah nama mainan ini?????
Menjadi kanak-kanak zaman sekarang adalah tidak seronok kalo dibandingkan dengan zaman kegemilangan kanak-kanak aku. menjadi kanak-kanak yang membesar dalam suasana kampung menjadikan kami kuat, kreatif, bijak menggunakan apa sahaja yang ada di sekeliling untuk main. yang penting seronok!!!!. police sentri, zero point, masak-masak, kawen-kawen(pasangan kawen aku dulu dah kawen pon. tapi bukan dengan aku. hukhuk. sampai hati curang, tak setia =P), panjat pokok, aci sorok, bla bla bla....macam-macam lah. dan waktu bermain adalah bermusim. kalo musim ni musim orang main layang-layang je semua budak kampung aku kena main layang-layang. pastu esok main galah panjang pulak. tulat panjat pokok. . dan yang penting adalah semua permainan tidak melibatkan kos langsung.
tapi sekarang, nak tengok budak-budak main benda-benda tu semua kat kampung aku adalah mustahil. dan pelaburan untuk permainan untuk budak-budak sekarang adalah tinggi.
Aku cukup gerun kalo masuk mall ternampak both jual toys, keta kontrol, game.. ada dua pilihan je. belikan saja untuk Firdaus dan lupakan niat sebenar nak shopping atau buat-buat bodo dan bersedia untuk malu bila semua orang tengok budak tu dah meraung-raung. kadang-kadang aku pilih pilihan kedua. glemer u ols semua orang tengok. bila lagi nak gleme kan =P
haihhhhhhh
Firdaus berjaya memeras ugut motosukal mainan yang entah keberapa dah. dia nak yang ada kontrol tuh tapi aku tipu aku terlupa nak ambik dia punya kontroller =P
Raya korban tahun ni tak buat korban.tahun lepas pon. Tapi harapkan tak ramai orang hantar daging lembu korban sebab tak sanggup nak tengok/bau lauk daging tiap-tiap hari. muak. Tahun ni dah tiga tahun sy tak sentuh langsung daging gara-gara muak melampau dengan daging korban. rugi kan T___T
abah the rock, lynn thegudigudi, ma the gorjes, aus the notty, umairah the supernotty, sista the ugly (hakhakhak, dia taktau aku ader blog yeahh!!) **Lan the beast, Yan the cranky is not in the pic.
Okeylah, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha dan Maaf Zahir dan Batin.
Terutama kepada yang membaca blog ini yang dekat dengan saya yang semestinya saya banyak berdosa dengan anda. ahaks.( kutuk-mengutuk, pangkah-memangkah, ejek-mengejek dah jadi azali dalam fesbuk mahupun realiti. aku dah maafkan dosa korang walaupun aku tau korang pasti buat lagi)
Para blogger juga,terima kasih menjadi rakan maya saya. even tak kenal, even tak pernah bertegur sapa. .i luv dis relationship, indeed!
Tak lupa juga sesapa yang pernah menegur/chat dengan saya secara personal di blog ini. sori kalau terkasar bicara sehingga terguris hati =P
Assalamualaikum =)
p/s: again!!!!saya terpublish entry tak siap serta terdelete previous post. my pleasure ..hahaha