Saturday, December 12, 2009

Saya pernah main ni. .awak semua pernah ke??

Masa aku kecik dulu, aku sangat suka satu permainan ni. aku tak pasti korang pernah tengok/main atau tak. ala permainan patung kertas yang kita boleh tukar-tukar baju  ngan eksesori tu. aku puas pikir ape nama permainan ni tapi tak ingat-ingat jugak. aku pun pelik kenapa Firdaus boleh ada permainan ni sekarang. aku usik dia kata dia nak jadi perempuan eh main benda ni terus dia malu dan bagi aku mendalah tuh. kalu 15 tahun lalu mungkin aku akan bersorak, melompat keriangan dan mungkin akan jatuh cinta dengan Firdaus tapi sekarang xdo maknonyo ehh.




      ini lah rupa patung permainan kertas tu. sebelum kita
pakaikan  baju ngan mekap-mekap.




yang ni pulak eksesori patung tu. boleh mix n match. comeii2.
tapi kenapa tak teruja macam dulu??? faktor penuaan barangkali.






 okay. dah siap pakai baju dan comel...pastu namakanlah patung korang dengan nama
kegemaran masing-masing.


sekarang aku masih tertanya-tanya apakah nama mainan ini?????


Menjadi kanak-kanak zaman sekarang adalah tidak seronok kalo dibandingkan dengan zaman kegemilangan kanak-kanak aku. menjadi kanak-kanak yang membesar dalam suasana kampung menjadikan kami kuat, kreatif, bijak menggunakan apa sahaja yang ada di sekeliling untuk main. yang penting seronok!!!!. police sentri, zero point, masak-masak, kawen-kawen(pasangan kawen aku dulu dah kawen pon. tapi bukan dengan aku. hukhuk. sampai hati curang, tak setia =P), panjat pokok, aci sorok, bla bla bla....macam-macam lah. dan waktu bermain adalah bermusim. kalo musim ni musim orang main layang-layang je semua budak kampung aku  kena main layang-layang. pastu esok main galah panjang pulak. tulat panjat pokok. . dan yang penting adalah semua permainan tidak melibatkan kos langsung.

tapi sekarang, nak tengok budak-budak main benda-benda tu semua kat kampung aku adalah mustahil. dan pelaburan untuk permainan untuk budak-budak sekarang adalah tinggi.
Aku cukup gerun kalo masuk mall ternampak both jual toys, keta kontrol, game.. ada dua pilihan je. belikan saja untuk Firdaus dan lupakan niat sebenar nak shopping atau buat-buat bodo dan bersedia untuk malu bila semua orang tengok budak tu dah meraung-raung. kadang-kadang aku pilih pilihan kedua. glemer u ols semua orang tengok. bila lagi nak gleme kan =P

haihhhhhhh


Firdaus berjaya memeras ugut motosukal mainan yang entah keberapa dah. dia nak yang ada kontrol tuh tapi aku tipu aku terlupa nak ambik dia punya kontroller =P

10 comments:

4.z.L.i.N.4 said...

hehehe cutenyeee
lame gile xtgk patung ni..
igtkan dh xwujud.. heheh
mmg kite sezaman la lynn. na dlu gile main benda ni. tapi xde la main lyg2, pnjt2 sume mcm lynn main tu..
heheh sbb na dok quarters. xramai bdk2.
xtauu jgj pe name bnd tu.. patung kertas je kot. ke ade nama saintifik ;p

Unknown said...

naa:
ehehe. panjat pokok, layang2 x main. tgok abang main. kira main la tu kan?
ehehehe.

rasa macam ada nama la patung tu tapi geramnya tak ingat. alahaiiii

greenhall said...

bijaksana sungguh ko. kesian si firdaus kena tipu idup2. haha..

kalo korang main patong kertas tu, budak laki lak main bola kertas. erk,maksud aku sume player buat dari kadbod/kotak.. then atur dlm padang.
ala.. yg lipat dua tu. nk tendang je, push bucu kotak yg blipat tu. haha..

btl,zaman skrg dah xda yg main gasing, layang2 sume tu..

yg dorang kenal, ps2 je. celaka punya sony!

KIDbrush® said...

aaaaa...... haku x pnh maen daa. Kecik x pnh maen, dh besar pjg neh pon x pnh gak ( haku sook a maen dlm semak lastik ekor burung.. adventure la katakan heh heh)

Carol fcp said...

mesti la pernah :D
tapi bila dah kenal barbie tak main tros mende 2 :(
rindu la masa kecik2 dulu..

s.c.h.u.l.t said...

paperdoll! nama dia paper doll. ^___^

oh miss this so much. HOHO

Unknown said...

greenhall;
ehh aku tau2
hahaha
gleme main kat skolah kan.
ehehe

Unknown said...

KIDBrush:
ish..main nak ganas2 jer.
cubalah main kawen2 ke
boleh praktik bile dah beso. ehehe

Unknown said...

Carol-fc:
hahah zaman tuh Barbie tak berapa nak gleme sangat lagi. ehe

Unknown said...

schult:
ouh itu dalam omputeh. ni dalam melayu punya. ada nama lain kot.hadoiii sampai ke sudah tak ingat