Misi nak gemuk tak berapa nak menjadi. aku hilang lagi sekilo kat rumah. camaner tuh? Aku rasa cuti ni macam semua orang bila jumpa aku akan tanya soalan yang sama."kenapa kurus sangat." "nak buat macam mana kurus mcm ni?". Malas tau nak jawab. Payah sangat aku jawab je "Putus cinta" . Senang. Kalau jawab macam tu automatik aku jawabkan sekali untuk soalan bila nak tunang, kahwin. etc. Kalau pasal kurus-gemuk ni aku tak risau sangatlah. orang yang di sekeliling tolong risaukan. ahaks.
baiklah, aku ada misi lain. jahit baju. yeahhh tipu..yang ni aku ralat sangat. kenapa lah kuah tak tumpah ke nasik? ma aku pandai jahit. sepanjang aku hidup ni, baju kurung+kurung moden memang dia yang jahitkan. kalo tak sempat sangat baru aku upah Kak Pah tak pon nyonya kat pasar tu.. bukan tak penah belajar. penah lah. tapi setakat ni aku pandai potong+kelim je. kalo aku jahit mesti lengan pendek sebelah la. senget la ape la. sudahnya mesti ma aku jugak yang sudahkan baju tu. ehh jap. ade kot baju aku betul-betul buat sendiri. tapi semuanya ma yang tunjuk satu-satu. ehehe.
dulu mase sekolah subjek ERT kena buat baju sekolah kan. aku suruh ma aku yang buatkan. wahh. kemain lagi aku kena puji dengan cikgu. dia ckp jahitan aku kemas la. dapat markah 95/100. nasib baik cikgu tak suruh demo.hehe
Tapi aku suka lah tengok orang menjahit. kalau ma aku jahit baju (nak-nak kalo baju aku) mesti aku tolong menyibuk sekali. Aku rasa nak belajar betul-betul la. mane tau esok aku dah tak jadi cikgu dah. aku amik upah jahit baju. heeeee. pastu kan kat ruangan hobi nanti aku boleh isi menjahit baju. comel je. wakaka. tapi orang kata kalo tak minat tuh payah sikit nak pandai kan.
baju aku tu. selagi tak siap selagi tu la aku dok menyeper kat situ
Nak kuar jap. pergi carik tiket balik Ipoh. hadoiiii. sungguh malas. lagi nak pergi carik birthday present Elis dan mahu pergi potong tali jam. kate dah kurus kan. terus jam dah longgar jadi macam gelang.
emm.. azam baru. banyak benda aku nak berubah. banyakkkkk tahu. semuanya ke arah kebaikan seiring dengan pertambahan usia la. malu la pulak nak heboh lebih-lebih kat sini. ngeeeeee. insya Allah.
okay. got to go now. kuar lewat-lewat mesti payah nak dapat parking. tirulah macam aku. parking dekat Mydin kau jalan kaki dekat satu kilometer nak pergi Berjaya Megamall. ahaha. itu petua kurus dari aku padahal takut nak parking dekat sesak-sesak. ehe.
8 comments:
wah..saya suka tips awak parking jejauh lepas tu jalan kaki sebab malas nak bersesak-sesak tu...sbb definitely, saya pun macam tu hokeh!!!!
and silalah belajar jahit baju, nanti senang nak hantar kat awak, kasik discount ok nanti? :D
jgn mengobesitikan diri anda.
haha~
naik lar kenderaan awam
aida manap:
hahah. bukan malas nak bersesak kak tapi takuttt. ahaha
belajar jahit? emm masuk list azam taun baru
M-LEx:
obesiti kadang2 comel dipandang =)
mesti dah ilang kan 6 pack kat perot ko? ishishish..
chubby la paling enak dipandang. hehehe
ah bestnya dah kurus! jelessss T____T
(saya sudah gemok kembali. sobsob)
psstt..sungguh bertuah ma ada masa dan pandai menjahit. saya tak merasa Bonda jahitkan baju. :)
greenhall:
tak. sekarang ada lagi lah
schult:
itulah. sedang mahu belajar ni. so tak le rugi kan
Post a Comment