Selama ni kalo nak beli tiket balik Ipoh, jangan harap pergi kaunter transnasional sebab dah tau Trans takde jual tiket one way pergi Ipoh. mesti kena transit kat KL dulu. tak suka pergi Pudu sebab otak dah set orang kat situ jahat-jahat. ahahah. adoi kena maki jugak kang ni... so semalam pergi tuju kaunter Utama Ekspres dulu tapi brother tu cakap tiket DAH HABIS. tapi tak tersangka pulak trans dah buat perjalanan Kuantan-Ipoh.
sepatutnya semua bas ekspres kena wat sistem online.
ni tiket Lan. bukan tiket aku. dia hantar aku balik Ipoh. ape baik benar hantar aku balik nih? ahaha
Barang , bag tak packing pon lagi. Aku tak tahulah nak gerak balik Ipoh bila. Esok atau lusa. Kalau esok maknanya hari ni hari terakhir menikmati cuti di hari terakhir tahun 2009. Err maknanya esok aku akan tiada di rumah lagi? sebab hari ni mungkin hari last di rumah, aku bagi can budak dua orang tu beli aiskrim yang lalu depan umah tuh. selama ni aku tak bagi Firdaus beli sebab aku rasuah otak dia kata dalam tangki aiskrim tu dia letak ular sawa. sebab tu lah aiskrim tu sejuk.. (sebenarnya masa aku kecik ma cakap benda ni kat aku pastu aku turunkan aje lah kat Firdaus) . Kalau tak cakap macam tu, setiap kali bunyi loceng aiskrim dia dah stand by depan rumah jerit "Berhentiiiiiiiiiiiiii".. Hehe. Kalau lama-lama lagi aku baby sitterkan Firdaus dengan Umairah mesti banyak lagi kisah dongeng merapu yang aku rasa sampai mati pon diorang akan ingat. ehee. nanti ciksu simpan link ni bagi Aus baca ehh. wawawa.
emak korang dulu tak pernah ke tipu kan korang aiskrim ni dengan ular sawa. tak tahu lah dalam banyak2 haiwan, ular sawa juga dipilihnya.
Semakin aku berblog, aku rasa semakin aku tak tahu kenapa aku berblog. dulu aku tetapkan niat tidak mahu blogging pasal personal life sebab aku rasa aku bukanlah someone special macam hartis yang orang akan baca every crappy words dia tulis tapi lately, entry aku semakin ke arah itu.. patutkah aku tulis ayat klise yang kadang-kadang aku annoying baca: blog aku, suka hati akulah nak tulis ape. entah aku tak suka kot dengan ayat tuh. ehehe sori eh.
12 comments:
baguslah senang sikit kan...
Dah Buat Bajet 2010?
Siapa Nak Jadi Cantik?
ais krim??
skrg naik bas Trans banyak yg da lawa2..bestkan?
ada je submarine direct kuantan-ipoh. ko xpenah naik ke?
ishishish...
...hyeee....
...urmmm, mmg la kamu bukan hartis, tp ni blog kamu...
...tulis jer aper yg kamu nak tulis...
=)
naik r fligt.
haha.
tempah 3bulan awal.
berbaloibaloi
lynn...eventho u r not an artist, ada je org yg ikut blog awak tu (macam i niha.. :))
tak salah tulis pasal personal life, maybe sedar atau tidak ada pengajaran setiap entry awak tu. just imagine, ada budak baru spm baca ur blog, pastu best, pastu terus pasang niat nak jadi cikgu...haaa, kan best tu.. :D
jgn jadi cam i nih, dah tua bangka baru nak berblog, tak dapat nak buat apa-apa..heheheheh
sharinginfoz:
aah. senang sikit nak balik kg =)
alifdalmim:
bas trans memang la lawa. nampak cam sistematik je kan
greenhall:
penah la. seronok gak weh. hahaha
lieya:
tahnx for dropping by.
=0
M-LEx:
ipoh takde airport lah
Aida Manap:
ehehe. ye ke kak.
thanx btw sudi buang masa di sini =P
Post a Comment