Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Kongsi.

tengok wayang pertama kali kat KL. wah. kena masuk diary neh
saya tengok wayang dekat Viva Home-mall yang baru buka dekat Cheras tuh. 
orang tak ramai pun even pergi weekend.so dah dapat port lepak tengok wayang kat Kolumpo neh.
even cinema bukan cinema favourite GSC macam biasa tapi kira ok la dari langsung tak dapat tengok.
pergi Mid Valley. Full house.
cek kat Wangsa Walk. Full house
so Viva Home la jawapannya. 

dan tadi dah buat keputusan yang agak besar dalam hidup. eceh. da buat ASB loan dengan RHB untuk 20 years. wah. gile lama kan. xpe. ni jelah satu-satu nya cara nak disiplinkan diri dari buat saving. kalo tak memang aku suka menderma. aku memang  suka buat amal jariah kat mall nih. haihhhh..

Next.
aku harap aku boleh jaga diri aku. sebaik-baiknya.
Ya Allah.lindungi hambaMu ini dari maksiat dunia.
:(
 
semoga aku dan kamu berkongsi rasa yang sama. 



Saturday, January 22, 2011

Khurafat

Baru pulang dari menonton Khurafat bersama bonda. ya anda tak tersilap baca. menonton Khurafat bersama bonda dan seorang teman lain. 
Kali ni memilih menonton di Teruntum. First time aku tengok kat Teruntum. hehe
Dan ini first time tengok wayang ngan ma. Pelik jugak at first. ma pun tanak pegi tapi dipujuk dengan ayat power
barula nak pergi. 
diam je mak aku tgok wayang.suka la tu. konpem lepas ni ajak lagi. huahuahuahua

Okey. seperti biasa. review secara peribadi

1. Filem hantu versi Melayu terbaik setakat ni. mind you, aku adelah peminat setia cerita hantu, seram. so aku boleh buat perbandingan dengan telus sekali.

2.Biasanya dalam citer hantu biasa, kita cepat dapat predict sape jahat sape baik..tapi kali ni sampai dekat habis baru tahu sape jahat..hmmm..credit..tepuk sikit...

3. Hantu dia keluar dari setiap ceruk. kiri kanan atas bawah. hekkk laaa. aku sampai peluk kuat2 pop corn takut tercampak. adoiii..

4. shamsul yusof tak kontrol macho langsung tapi dia macho secara semula jadi dlm citer tuh. terjatuh cinta la pulak..shamsul. jum kapel nak?

5. aku ngntuk laaa. penat nk review. pergi tgok sendiri boley???
wawawawaw



LynnTheGudiGudiGurl: rase nk meletup. jelesssssssssss uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

Friday, September 24, 2010

Saya sudah tonton Magika

saya baru balik menonton cerita Magika.
tadi sebelum nak tengok cerita tu siap osom ngan kengkawan sebab tatau nak tengok Magika ke Legend of Guardian.
hehehe
saya ingatkan cerita tu boring macam Hotel Mania
tapi..
saya gelak dari awal cerita sampai cerita  habis
hehehe
so tak rugi kot. 


err resident evil saya da tengok. saya jadik bisu tengok citer tu sebab.. sebab.. sebab.. hehehe :P


TheGudiGudiGurl: 19th days. i juz love the way you are. oke?

Sunday, July 18, 2010

Mantra. Review Secara Peribadi

Tak bess.
sanggup book ticket malam semata-mata nak feel takut tapi tarak.
ni aku type entry dlm gelap.
umah sunyi sepi
cuba gak imagine part takot citer tadi
tapi...

wehhh aku still tak rase pape. heeeeeeeeee

Friday, March 12, 2010

Review V3 Samseng Jalanan (yg ni betul punya)

baiklah, aku buat confession awal-awal. sebenarnya tak ada niat sedetik pon nak tengok cerita tapi sebab Alice In Wonderland sudah full.  terpaksa la. sebab dah tau kalo cerita macam ni mesti ada scene lumba-lumba, peluk-peluk awek, eksiden, darah-darah, tapi yang ni over sikit.  Aku tanak tengok Niyang Rapik sebab malam ni aku kat rumah sorang-sorang. T__T. cerita lain macam tidak berjaya menarik hati. so V3 Samseng Jalanan it is!

baiklah aku membantu kalian sama ada mahu menonton atau tidak. pilihan di tangan anda. kehkeh

1. kita bermula dengan pelakon. pelakon terpemes Malaysia lah. takkan dia nak ambik pelakon tak glemer kot. sesaper peminat setia Lisa Surihani tu yang teringin nak tengok dia jadik jahat hembus-hembus rokok muka takleh blah mencuka 24/7  bajet orang takut (KAHKAH) silakan pergi. oh ye, aku jadik meracau nak speaking Utara kes Bront Palare lah. comei dia cakap otara. cek suka. dan aku rasa cerita ni hidup pon sebab dia =_=

2. Jalan cerita. same je la macam cerita rempit lain. ader lumba. ader eksiden. ader orang jahat. ader pomen . ader workshop. ader road block. awek bertenggek kat motor. awek suma seksi nak mamp tapi muka tak cun  harap body je mantap (hahahaa aku jahatttt), ader orang jahat. ada satu je persoalan di sini : kenapakah orang jahat selalu muka berparut?? So lelaki sekalian, tolong jangan muka anda kena jahit nanti orang ingat anda taiko atau orang ganu kata bos jahhat.

3. Part paling benci ditonton adalah aksi awek/gundik/pompuan simpanan melayan si jahat. errk. belah baju kat dada tak boleh luas lagi kah??? mangkuk betulla. malu ai tawwww.

4. Satu-satunya perkara yang menyentuh hati adalah kisah persahabatan antara Farid Kamil dengan Bront. aku tak leh sikit kalo cerita yang berkait dengan sahabat, member, kawan ni. nak jee emo. hoh

5. Part lawak. aku rasa Farid Kamil banyak terpengaruh dengan cerita hindustan. hero lepas jatuh motor, kena belasah boleh lagi dia bangun sambung race semata-mata dengar awek dia nak diapa-apakan. fuhyooooo. okey dimaafkan. kata pon hero kannn.

4. orang kata V3 ader tiru Adnan Sempit? mana? mana? mana? hahaha. ader la sikit tersama. part yang anta awek pegi meeting. tu ajer. lain tarak.

5. lawak-lawak dalam cerita ini berjaya buat aku gelak la. tidak kaku. tidak dibuat-buat.

6. banyak jugak adegan belasah-belasah. haku tak sokaaa.!!!

7. aku tak suka betul la ending yang tiba-tiba keluar tulisan :...Karim meninggal dunia akibat peristiwa itu dan Rudi pula koma dan masih tidak sedarkan diri.. pastu THE END  alaaa.. tunjuk la woiii. tunjukkk. takat tulis tu aku pon leh predict camne. huhu

8. err Radhi OAG berlakon jugak. buruk benor peel perangai dia dalam citer tu. tak berkenan betul aku tengok. terkinja sana terkinja sini. eh kat luar pon cam tu jugak ehh? padanlah kalo si syazlin takmo dah kat dia. kehkehkkeh. terwujud ruangan gossip la plak.

9. mase dok berlumba tu depa dok pasang lagu Pawana-Search. hingaq tak hengat baq hang!

10. aku suka bront palare. dia cakap utara sweet @_@


dah la. aku bagi 3 daripada 5 bintang. err aku rushing ni. nak pegi jaga budak exam. pegi lah menonton. aku dah wat review dah niiiii

Thursday, March 11, 2010

Review V3 Samseng Jalanan

meh nak habaq hang:

pi tengok ja la. 
aku rasa tak dak rugi aihh.




nanti la. kalo rajin aku review semula. penat. muka berlengaih lagi dah hadap komputa. mati kena ligan kalu orang tua tau ni.
dak pun kena piat linga.
hahah. aku terer noh speaking utara. noohh???

Sunday, November 8, 2009

Review Pisau Cukur Secara Gedik

Ouh My Dior!!
Ouh My Prada!!
Ouh My Jimmy choo!!
Ouh My Gucci!!
Ouh My Louis Vouitton!!
Ouh My Coach!!
*dialog-dialog gedik fazura*

Eh ada lagi tak tertinggal? Kalo aku la kan director film ni, aku tambah lagi Ouh My Chanel!, Oh My Armani! biar bertambah gedik. ahahaha

Aku pernah ke buat review pasal any muvie aku tengok? Tak pernah kan.sebab selalu sangat pergi tengok masa citer dah basi or langsung tak tengok atau last-last beli fake CD kat pasal malam. ehee. pergi tgok citer ni pon unplanned tapi berbaloi.

Golongan yang patut pegi tengok:
1.Sesaper yang rasa taknak serabutkan kepala,
2.jenis daya fantasi/daya imaginasi tinggi. asyik berangan nak pakwe complete zahir batin termasuk dalam jenis ni.
3.jenis gedik-gedik (sikit je la),
4.jenis tak suka baca buku tebal-tebal,
5.jenis buat esaimen copy paste je,
6.jenis nak enjoy sokmo-sokmo,
7.jenis esok nak exam, hari ni baru terkebil-kebil baca nota pastu kompelin eh kita pernah belajar ea tajuk ni???,
8.jenis tengok jejaka hawt pastu cakap "haaa, yang tu aku punya, aku cop dulu",
9.jenis blajar masak sebab konon-konon nak seprais kat bf,
10.jenis kalo alami bad hair day/bad tudung day terus tak ada mood satu hari,
11.jenis kalo baca paper, berebut nak baca bi-pob/pancaindera dulu,
12.jenis tengok couples yang pakwenya hensem tapi awek tak berapa nak lawa terus tersentap jiwa raga(yea cik elis afia binti osman, aku merujuk kepada anda. hahaha siap nama penuh aku bagi)
13. jenis yang dalam wishlistnya memang tiada langsung menda-menda kearah akademik

jenis yang...okay dah penat dah type jenis banyak2 kali ohh...

Jenis-jenis yang disenaraikan di atas,anda semua amat dialu-alukan untuk menonton. pilih salah satu jenis-jenis anda kat atas. What??? Ada lebih dari satu???. Anda adalah digesa atau
dipaksa terus membooking tiket. hohoho


Yang tak tersenarai dalam kategori aku nyatakan kat atas pon boleh pergi tengok. tapi bersedia untuk loya dan mengelak dari berkata "cerita apa ni, tak ilmiah langsung",

Ehhh aku tak perli orang lahhhhhhhh.

Okey review ringkas:
Fazura . menjadi gila dow dia punya gedik. kalo tak ada dia aku rasa cerita ni langsung tak best.er tersuka la pulak kat dia.
Maya Karin. oke-oke je. tapi dia memang sweet lah. err dia memang pandai menari eh?jeles aku.
Aaron Aziz. tak payah cakap. aku tak reti nak kutuk. nampak yang elok2 je. ahaks
Liyana Jasmay: masih comel macam biasa
Nas-T: watak dia terhad sangat. tapi okay lahh.
Faqir*taktau nama betul*: ouh mamat ni la yang korang rebutkan tu? ishkkk. okay takpe. rebut la. aku pergi mengorat Enrique Pecah Gelas sekarang jugak

review aku tak membantu? hahhaa. dah tau. tu sebab aku memilih untuk menjadi cikgu daripada menjadi wartawan.
oke byee

Friday, October 16, 2009

Nur Kasih dan Poligami

Saper layan Nur Kasih?
hahaha. tau.ramai yang tengok kan. elelele yang lelaki malu-malu pulak nak angkat tangan mengaku. kalo tanya, tengok ke Nur Kasih? Jawapan biasa diorang
"Ape barang layan Nur Kasih. Nur Amina tu asyik tak nak je kat Adam.... dengan Katrina pon ok ape..blaa..blaa.blaa.."
EH? cakap tak tengok. Ni kenapa tau watak-watak dalam Nur Kasih ni? haa kan dah kantoi.

kalo kat rumah ni, hari Jumaat je tv kecik tu jadi rebutan, dambaan, idaman etc. kalo waktu-waktu lain, tak ada saper nak hadap tv tu. dah la kecik. dah la itam putih. dah la henfon kena letak jauh2 kalo tak tv lari siaran.. tapi mujur gak tv tu kecik, tader saper nak tengok kalo tak mesti bil letrik melambung =)

Dah dapat agak kan apa yg cuba nak disampaikan Khabir Bhatia dalam cerita tu. Cinta. unsur keagamaan. dan paling nampak sekali ialah poligami. Betul tak?
Start episod hari ni, terus je housemates dah mula rasa menyampah nak tengok Nur Kasih sebab Katrina dah balik. maknanya kena bermadu la. heh! Dan nampak macam pasrah je kan dua-dua nak kena bermadu. dalam cerita boleh la.

Yer. saya faham. Poligami tu tak haram. malah sunat pon... yang lelaki jangan la senyum dulu. untuk yang berkemampuan saja. ok. yang tak ada kemampuan tu tak payah nak sibuk-sibuk. eh,nak jugak madu? degil betul.ok la. pegi minum madu campur telo ayam kampung. tu petua tok ti jaga suara. tak pon beli je kat kedai. bersepah orang jual madu. beli lebih empat pon tak ada saper nak marah. dah kemaruk sangat nak madu kan. ehee.

entah. aku susah nak menulis panjang-panjang pasal poligami ni. takut terbabas merepek. kalo banyak ke arah kontra, nanti dikata aku menolak hukum, menolak sunah. kalo pro sangat kan, takut di sound dengan akak-akak garang yang dah lama makan garam dari aku,
"hamboi-hamboi. kemain lagi kamu sokong poligami yer. esok kamu dah kawen terkena batang idung sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah."

Kalo tengok pada keadaan Malaysia sekarang ni, aku rasa mungkin poligami patut diterima secara damai oleh wanita (ehehehehe. *taip takut-takut*)sebabnya pasaran lelaki berkualiti di Malaysia adalah semakin pupus. (Read: bukan penagih, perompak, penyamun, mat rempit).
dan jawapan paling murah lelaki bagi alasan nak poligami walaupun tak mampu ialah nak elak maksiat.err hello. dah tau menda nak bawa maksiat, xpayah la dekat. tak gitu?


Dah tu, aku ni pro ke kontra?
uhukk*batuk* saya x suka kongsi........ kot. uhukk *batuk*
:D

Paling penting, kalo dah mampu sangat tu, mampu ke jadi adil?

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja” [An-Nisa : 3]

tepuk dada, tanya iman.

Thursday, May 28, 2009

Aku Tak Reti Cakap Utara....

....walopon dah lima taun aku kat sini..satu-satunya perkataan utara yang paling aku terer sebut ialah "hang" merujuk kepada kamu/anda..hehehe


Aku rasa kalo aku cakap utara, bunyinya sangat tak asli dan sangat uduh.
Tapi seorang kawan aku ni, orang Kedah tapi terer cakap Terengganu. Memang perfect bunyinya hingga boleh tertipu..hehehe. selalunya kalo ada call dari unknown number, dia selalu je menyamar..sebijik.



Tahukah anda kedondong disebut ambra di utara?

.......Tak de motif entry ditulis. Tetiba terasa nak terer cakap Utara





Aku tengok movie Syurga Cinta semalam. Cerita biasa tapi semalam tiket sold out 3.20 terpaksa amik 5.20 membuktikan cerita ni agak meletup. jalan cerita macam novel dan boleh agak tapi mungkin tarikan kehenseman Awal kot..Syabas la Awal hingga aku rasa peminat Awal ni angau tak tido malam. Tapi dia ensem sungguh la kalo tak pakai eksesori SERBAN ikat leher boleh?Aku nyampah..nyampahhhh


P/S: Hampon saper2 dressing gtu, Aku merujuk pada Awal sajork..heheheh

P/P/S : Jangan berkabung fan Man U..kuikui

Sunday, March 1, 2009

Hantu..

Pernah tengok hantu?
Kena usik ngan hantu?
atau korang memang hantu?

erk..

aku memang hantu..
hantu movie seram..
Sejak bergelumang dengan movie hantu tu, macam 2 jenis nama hantu aku tau
kuntilanak la, hantu jerut purut la, tali pocong perawan la, suster ngesot la..
tapi serius..aku tak pernah tau rupa hantu itu sebenar-sebenarnya
Bila hantu keluar, aku tutup muka, tutup mata..

hehehe

dan semalam aku dan members lepak tengok movie hantu lagi.
CD haram beli kat pasar malam la. Seperti biasa, movienya mestilah seram dari Indon. Kalau tak seram tak syok. Cerita kali ni Bangku Kosong. Citer dah lama tapi hanya tu yang ada.
Tengah melepak tengok CD, tetiba aku boleh terlelap.

Dan aku taktau aku mimpi ke hape tapi aku tiba-tiba tak boleh bergerak dan bercakap.
Kaku dan bisu.
Aku jerit tapi suara tak keluar.
Mati-mati ingat diorang mainkan aku.
Aku terjaga tengok CD dah pon habis dan aku siap boleh tanya citer ni caner?
Sebab malam dah lewat, aku diamkan saje.
Aku takut kalo aku cerita, tak pasal-pasal kena berkampung kat bilik Chot
Padahal asenmen banyak gila lagi.

Paginya, aku bagitau Ros..
"Aku kena tindih weiii......"
Ros senyap..
"tak..mainan perasaan tu"
Aku tatau itu jawapan ikhlas atau saja nak kaver takut =P

Persoalannya,
Err..apekah itu peristiwa ditindih?
Aku tatau sebab tak pernah kena
Atau malam tu aku memang ngantuk?
Namun, serik ke aku?
tidak kot.
Satu CD lagi tak tengok.
Lepas anta esenmen EDU, kita bukak panggung lagi Ok!

Thursday, February 26, 2009

Kalah Si Kecik!

Semalam, aku, Ros, Joe, Kcid, Bazlin, ktiq luang masa ke JJ demi untuk menyokong industri perfileman negara. Aku sendiri tak paham kenapa asal nak tengok wayang jer, mesti kena kumpul sekelas atau paling kurang separuh kelas baru la plan on. Pelik gak aku walaupun hakikat sebenar bukannya kitorang berjalan bersama-sama pun. Seronok la kot tengok kerusi lam panggung tu sederet ngan kitorang sahaja.


macam semalam, aku, Ros dan Joe melepak bersama sementara yang lain-lain tu aku tak tahu maner diorang pergi. oleh kerana show start lambat tapi we all dah terpacak 2 hours early, kami merayap tak ketahuan. Merayap tanpa membeli. Dan sempat ke pameran Honda Civic kat ground floor. Merasa la aku feeling hebat sekejap; drive Civic walopon tak bergerak :P.. Civic baru sangat mengancam. Aku nak satu la..ngehngeh

Kemudian sejam berikutnya kami ke Secret Recipe untuk lunch yang sungguh lewat. around 3 pm.walaupun aku teringin nak mati KFC, tapi kenangkan mereka di sana yang menderita, aku pendamkan dulu. tunggula bila dah reda2 sikit. ok aku boikot apa yang aku tau sajer dan yang aku tatau/terpaksa beli aku terpaksa lupakan isu boikot :( . aku makan spagetti meatball chicken yang tak sedap ngan frosty lemon tea. lepak situ sambil bergossip (itu lumrah bukan?)sampai show nak start. cerita pasal gadget(kami inginkan gadget baru! be it hp,pda), kereta(pastinya civic!), praktikum, kelas, elaun blaa bla blaa


4.45 kumpul depan TGV. Kami berenam berderet masuk. Mostly yang masuk adalah famili yang bawak anak. hanya kami berenam tiada mak ayah untuk dipau popcorn+coke. Dapat seat berderet- boleh gelak sesuka hati tanpa rasa bersalah dan malu. Itu la untungnya masuk berjemaah..


Sesaper si kaki wayang yang ader rancangan nak tengok Geng Upin&Ipin tu pergi la..berbaloi ok. nak-nak untuk orang kedekut-nak-spent-duit-kat -wayang cam aku ni. hehe. Memang cerita tu boleh pecah panggung. Tak buang masa tengok. Awal cerita sampai separuh aku gelak manjang, pastu aku beku-sejuk tak tahan wei..


Sebelum balik, aku tetiba rasa teringin menjadi seorang yang cintakan alam sekitar. tak pasal-pasal pegi beli beg ni-dengan ini aku umumkan beg ini bakal menjadi beg shopping aku kelak. sungguh pencinta alam kan. go green okey. hoho.

Sunday, February 22, 2009

Tolong Sedarkan Aku

Macam mana ni. Sindrom malas menyerang segala urat saraf. Asenmen dah stat berlonggok-longgok beratur di submit. Tapi serious cakap tak ader hati lagi nak buat. Rasa cam blur jer. Tatau nak stat mana dah.. Mula-mula berkobar-kobar susun buku segala nak wat asenmen. bila dah depan laptop mula la taktau nak stat ngan subjek aper.


At last, layan Korean movie dah la movie lamer.abis belasah tengok ulang-ulang..Dalam dok risau kerja menimbun ni boleh aku layan cerita-cerita ini. sungguh tak sedar diri.
  1. Too Beautiful Too Lie

  2. My Boyfriend is type B- rewatch kali ke 3

  3. 100 days with Mr Arrogant-rewatch kali ke 3

  4. A Millionaire First’s Love- rewatch kali ke 3

  5. Love So Divine

  6. He is gorgeous He is Cool-betul ke tak tajuk tu


dan sekarang aku tengah marathon Lovely Samsoon 16 episode. Aku konfem marathon movie ni hanya kerana makhluk Tuhan bernama Hyun Bin. Alahaaiii..tolonglah sedarkan aku...

Monday, October 20, 2008

Ramblings In the Evening

I reallly want to update my babyblog as frequent as I can
But the student title that I hold rite now and another 2 years,
it would be impossible.
Busy or wat-wat busy?hihi
Plus..the internet connection at my college/hostel is REALLY poor
Penat tau dengan wire-less ni.kejap laju, kejap macam siput sedut
Haihhhhh

Tak suka lar..
Benci tol L
The wireless connection at my hostel is under construction.
Tak lamer lagi ok larh kut.
Yippiee
Tapaya dah nak usung lappy g café or class after dis.
Tapi kalo dah malas tu, juz blame on me larh..hihi

Okeh..cut the crap.

Dah tengok KAMI The Movie?
Movie separa-basi kat panggung tu finally dapat tengok
Yess! Sukehati!Sukehati!Sukehati!
I love the part Abu and Ali cakap Kelantan tuh
Cam sweet giler .hihi
I’ve watched KAMI the series yang main kat TV tuh from 1st episode til the last episode
Thanx to my clasmet yg gigih download citer tuh.
Memang besh lah. Reality life of urban teenage
Dah tengok series tu, haruslah kena tau ending dia camneh kan

Hurmm
Seriously, I am not a kaki-wayang person..
Spent RM6/RM8 for a movie?plus pop corn + coke lagi..
Kalo movie best cam KAMI ok larh tapi kalo hampeh cam 9 September?
What a waste!Baik aku beli fake CD kat flea market!
Hahahaha

Eh reason tengok wayang kali ni?
It because of Ali (Syarul Ezani) laa *kenyit mata sket*
He’s damn cute!
People with dagu lekuk ni memang cute ah =P
He being very cool in the movie
Alahai angau sat ngehngeh
How I wish pasni ada KAMI The Movie 2 lagi.
For the sake of Ali, I support tengok kat cinema
Muahahaha

Ah better stop before y’all geli tekak
hahaha

Monday, July 7, 2008

Beranak Dalam Kubur

Wohhhoo..the entry sounds little bit scary =P..okey..itu tajuk movie Indon. Dah lamer dah nak tengok but baru sekarang we all buka panggung. (READ : tengok CD haram).hihi.Hadoih buang masa ok tengok itu movie. Cam haram..i dunno larh izzit that movie is sooo hampehh or me not in mood that night. Oh-ho I got my peod so my mood so not stable. I knew my horror_muvie team- Haniza and Makcik noticed me not very happy even tak bercakap pun during the show...hahaha.Alkisahnya we all set time kul 10 nak tengok CD tapi cam lewat sangat-takut ngantuk I changed the time to 9.30. but tengah haku tengah syok layan lagu diorang ajak tengok la-la tu jugak..Maunya haku tak hangin..hahahha padahal tak pe jer pon sebab dat time pon about 9.15.kihkih.sajer jer nak ngamuk tak tentu pasal.ngehngeh..=P Tapi kalo mood aku hokey pon, I won’t watch dat movie, indeed!! Hantu dia asyik kuar jer..Dah tak suspens dah..
btw, we all nyer hobbie tym xde asenmen+exam selain daripada gossiping adalah menjerit sambil menonton cerita hantu. All of us sangat takut pada hantu ( sy tak pernah tengok hantu..bila part antu kua, I’ll close my eyes!!) so bila orang tanya antu tu caner, sy tatau nak jawab caner..hihihi.Err actually we all baru jer kumpul CD2 hantu ni. We all preferred hantu from Indon n Thai coz more realistic than omputeh. Start gila ngan citer horror ni sejak classmate pasang citer ni kat class last sem..So sy dengan rajinnya telah mengelist movie yang ditengok. Here we go..
  1. Hantu Jerut Perut
  2. Kuntilanak
  3. Kuntilanak Part 2
  4. Jangan Pandang Belakang
  5. Suster Ngesot The Movie
  6. Lagenda Sundel Bolong
  7. Lawang Sewu Dendam Kuntilanak
  8. Suster N Dendam Suster Ngesot
  9. Hantu_Telaga Setra Wingit
  10. The House ( Thai)
  11. Lantai 13
  12. Congkak- Tengok kat cinema.
  13. Beranak Dalam Kubur
  14. Long Khong 2
  15. Cintaku Forever…hahha camner boleh sesat tah citer ni ( Yusry and Bawang Putih as the hero n heroin) andddd the list will go on………Dalam banyak2 cerita tu aku paling suka Kuntilanak.Memang seram maut la. Saper sakit jantung dilarang sama sekali tengok citer ni. Ini pada my personal review yer..lain orang lain citarasa!! Yang lain2 tu ok larhh...

p/s : im reallyyyyy in good mood now =P krana sy br pulang dr driving skul..the best part is..sy tak jatuh titi lagi tadi..hehehehe