Semalam, aku, Ros, Joe, Kcid, Bazlin, ktiq luang masa ke JJ demi untuk menyokong industri perfileman negara. Aku sendiri tak paham kenapa asal nak tengok wayang jer, mesti kena kumpul sekelas atau paling kurang separuh kelas baru la plan on. Pelik gak aku walaupun hakikat sebenar bukannya kitorang berjalan bersama-sama pun. Seronok la kot tengok kerusi lam panggung tu sederet ngan kitorang sahaja.
macam semalam, aku, Ros dan Joe melepak bersama sementara yang lain-lain tu aku tak tahu maner diorang pergi. oleh kerana show start lambat tapi we all dah terpacak 2 hours early, kami merayap tak ketahuan. Merayap tanpa membeli. Dan sempat ke pameran Honda Civic kat ground floor. Merasa la aku feeling hebat sekejap; drive Civic walopon tak bergerak :P.. Civic baru sangat mengancam. Aku nak satu la..ngehngeh
Kemudian sejam berikutnya kami ke Secret Recipe untuk lunch yang sungguh lewat. around 3 pm.walaupun aku teringin nak mati KFC, tapi kenangkan mereka di sana yang menderita, aku pendamkan dulu. tunggula bila dah reda2 sikit. ok aku boikot apa yang aku tau sajer dan yang aku tatau/terpaksa beli aku terpaksa lupakan isu boikot :( . aku makan spagetti meatball chicken yang tak sedap ngan frosty lemon tea. lepak situ sambil bergossip (itu lumrah bukan?)sampai show nak start. cerita pasal gadget(kami inginkan gadget baru! be it hp,pda), kereta(pastinya civic!), praktikum, kelas, elaun blaa bla blaa
4.45 kumpul depan TGV. Kami berenam berderet masuk. Mostly yang masuk adalah famili yang bawak anak. hanya kami berenam tiada mak ayah untuk dipau popcorn+coke. Dapat seat berderet- boleh gelak sesuka hati tanpa rasa bersalah dan malu. Itu la untungnya masuk berjemaah..
Sesaper si kaki wayang yang ader rancangan nak tengok Geng Upin&Ipin tu pergi la..berbaloi ok. nak-nak untuk orang kedekut-nak-spent-duit-kat -wayang cam aku ni. hehe. Memang cerita tu boleh pecah panggung. Tak buang masa tengok. Awal cerita sampai separuh aku gelak manjang, pastu aku beku-sejuk tak tahan wei..
Sebelum balik, aku tetiba rasa teringin menjadi seorang yang cintakan alam sekitar. tak pasal-pasal pegi beli beg ni-dengan ini aku umumkan beg ini bakal menjadi beg shopping aku kelak. sungguh pencinta alam kan. go green okey. hoho.
No comments:
Post a Comment