as i writing this, keadaan dalam bilik serta ruang tamu umah berkecah hebat.
Tengah packing barang nak mulakan hidup baru.
Yes, i am about a week fly (hekk) to Kuala Lumpur.
Bapak nye semangat kan.
Padahal nak pergi lagi seminggu.
Berkemas awal bukan la pilihan aku.
tapi start esok sampai 6hb aku busy amat. attend bff wedding, balik kampung, hang out ngn kekawan for last time, tuntut orang nak belanja :P, bla bla bla dan blah. haih.
tetiba rase semua benda penting dan nak angkut semua barang bawak g sana..
dan telah buat reseach online rate house rental kat sana. jawapannya : aku tak akn hidup kaya di sana T_T
okey lupakan yang itu.
okey menda lain.
yang buat aku terpikir panjang sebelum nak tidur semalam.
dia kata aku akan culture shock dan lupa semuanya,
haih.
dia lupa aku nih cikgu agaknya...
LynnTheGudiGudiGurl: malam tadi aku makan nasi 4 kali tambah. a record. phewww
mirror mirror on the wall,who the prettiest girl in the world?
the mirror : korang semua tak cantik. aku berkenan kat mamat belakang tu ha.
cehh!
saya ke Eye-Care Seminar For Teachers tadi. 10 pagi sampai 5 petang. sumpah bosan. tapi dia kata do something yang boleh lupakan dia and focus on something. saya da buat macam-macam. but still. youre the first person come in my mind when i open my eyes. its hardu know :(
Ya Allah, banyaknya keinginan dan kehendak saya belum tercapai. banyak sangat. kadang-kadang saya menangis tanpa sedar bila rasa saya tak mampu nak capai semua impian saya. loser kan?
saya dah puas didik hati saya suruh bersyukur dengan apa yang ada, tapi hati saya degil :(
LynnTheGudiGudiGurl : minggu ni banyak betul saya mengeluh..minggu depan? saya tak kuat da nak bersabar!
Dulu aku pernah beritahu sekali dekat blog yang aku terlalu tunggu (bahasa apekah ini? ah abaikan) bulan Mei. Jika ramai orang ternanti-nanti Februari kononnya bulan cinta, tapi bagi aku Mei lagi dahsyat. dan dengan sesuka hatinya aku umumkan Mei adalah bulan cinta. versi aku la. ehehe.
3 peristiwa penting dalam bulan Mei
Okay bermula dengan awal Mei sudah tentulah hari keputrian diri sendiri (walaupun diri sendiri tak merelakan pertambahan umur tapi alhamdulillah Allah panjangkan usia. still. :) dan sebenarnya sejujur-jujurnya ini besday aku yang paling tak bes. jujur ya, aku tak pernah harapkan lebih (suprise besday, presents or what else) tapi ini ingatan. aku tak dapat ingatan itu. tak dapat. menda lain dapat, tapi mende tu tak dapat. haihh ape benda aku mengarut nihhh..
kemudian sambutan Hari Ibu walaupon sekadar ucapan di angin lalu kepada bonda nun jauh di kampung halaman beserta permintaan kiriman wang kerana anakanda di perantauan dah sengkek. ekekeke. oke. tengah terpikir adiah apekah yang paling sesuai. KIV dulu.
Kemudian Hari Guru. dan sebetulnya hari guru tu esok. 16Mei kan? tapi kat fesbuk dah menggila dengan pelbagai wish untuk cekgu-cekgi. tengkiu. sebenarnya tak rasa pon diri ni cikgu lagi, so tak berapa nak feel la :P
minggu bosan bermula lagi. aku sedang berdepan dengan exam. grrrrrrrrr. doakan aku tak malas-malas ek. tapi aku pelik betul la, kenapa asal nk exam tu, hormon rajin nak masak, nak mengemas tu kemain lagi. haih.
Praktikum dah habis. dah dekat seminggu tapi kena kembali semula ke kelas. teruskan perjuangan yang tinggal lagi 6 bulan lagi tu. dah tak lama dah. aku harap baki 6 bulan ni dapat teruskan dengan hepi-hepi je. masa yang ade ni lah nak spend masa ngan kengkawan. lepas ni bawa haluan sendiri dah. 5 tahun setengah. bukan masa yang singkat tuh.
emmmm dah tetiba tak tahu nak tulis pe dah :B
aku rasa aku ade kecelaruan emosi sekarang. haha PMS syndrome maybe.
P/S: Honda City. Giler. dah jatuh cinta tahap tengok dekat jalan raya mesti konpem toleh 2 kali atau tak berkelip-kelip. Saya mahu anda.
P/S 2 : Dah isi borang posting. taukah anda negeri mana yang menjadi impian?? hahaaha. rahsia. banyaklah aku nak rahsia2. pang sedass. tapi nak tau ke? tunggu 6 bulan lagi la.ehee
Begini, saya bukan mahu menukar anggapan kamu semua yang selalu sangat kata - kerja cikgu kerja yang paling mudah di dunia. cakaplah. masing-masing ada pendapat sendiri kan. setiap kali saya bercakap pon dengan orang yang lain bidang dengan saya pastinya begini jadinya.
"awak keje cikgu senang laa..."
"cikgu pukul 2 dah balik rumah.."
"layan budak-budak je kejenyaa..senang!"
"keje cikgu tak sibukk ponn.."
"keje mudah, gaji banyak. asyik naik gaji jee..."
"keje cikgu mane ade pressure. buat menda yang sama ari-ari!"
kalau dulu, saya sangat suka menepis kata-kata mereka kini dan akhirnya geram sendiri. kini saya mula mempelajari sesuatu, tiada gunanya saya berapi pertahan sebab kamu semua tak pernah tahu apa yang kami semua rasa dan penat cakap pon nanti hati jugak yg geram. heh!
dan selalunya sekarang memang saya jawab dengan belagak sekali
"aah memang pon. da la keje senang. xde pressure langsung. apesal ko tak mintak cikgu je?? kesian aku tengok ko ni. busy sampai tak de life"
kejam? dah ko kejam dulu, aku balas balik la. =_=
dan biasanya kalo saya mengeluh dengan rakan senasib, begini pula jadinya
"sabarlah. biar la ape orang kata. buat keje iklas2. banyak pahala tuu"
eheh. sejuk hati saya =)
erk. saya kan tak terniat lagi nak tulis pasal ni tapi tiba-tiba tangan tertaip (bapak la ngok nyer alasan) sebab minggu depan empat kali kena observe. sangat la penat weh. cepat la habis praktikummmm...
kalo saya jadi lelaki, saya tak mahu bini saya cikgu, saya nak bini saya suri rumah tangga. tapi malangnya, saya bukan lelaki.=_=
aku harap aku tak perlu jawab soalan tu. kot. nak-nak kalo yang bertanya tu mengaku tak makan babi serta tak pegang hanjing. erk.
ha. tapi betul la. panas. semalam sepagi di padang melatih budak berkawad (HAHA. menipu. aku tak reti lah. sia-sia dapat pangkat Leftenan Muda KRS T__T) okay yang sebenarnya aku menyibuk saja kat padang tapi tetap terkena tempias panas. padahnya pening. tapi seronok dapat pening sebab sepanjang praktikum hanya malam tadi dapat tidur pukul 10.30 malam tapi macam tak berbaloi sebab terpaksa bangun 5 pagi pula semata-mata mahu menulis lesson plan. tak ape lah. ( tak ape, tapi kenapa mahu tulis dalam blog? eh sebab aku kan pompuan, menceceh kan hobi utama)
lepas tu petang tadi, ke Maybank. pergi mengadu pada kaunter yang card bank sudah tidak dapat digunakan. tapi kaunter cakap (?) account sudah tak aktif, padanlah card tak boleh guna. selepas dikemaskini, sekarang card itu sudah boleh guna. akaun sudah aktif balik. tapi jumlahnya sahaja yang pasif T__T
kemudian meronda-ronda kawasan perindustrian tasek. mencari pusat servis perodua. untuk servis si puteh yang sudah dirawat parutnya. kali ini sahaja. servis selepas ini bukan lagi di sana sebab ah, buat ape buang duit pergi servis dekat yg mahal, awk dah besar setakat pegi workshop tukar minyak hitam ape laa sangat kan? dah jangan nak manja sangat habis benda nak hadap pada perodua cekik darah .
tapi sebagai aku, kalo tak sesat dan tak ingat jalan memang bukan akulah tu. serius. aku perlukan blackberry gps dengan kadar segera. dengan bantuan housemate sampai juga di depan perodua servis lantas digamit dengan mesra oleh abang pekerja. hasrat di hati hanya mahu tengok-tengok jalan saja tapi terpesona dengan layanan mesra abang(kah?) terus set appointment. gagaga. isnin ni jumpa lagi ya bang hahahaha. itu pon kalo aku ingat jalan lah. ouh isnin ni sekolah aku bercuti sebab hari sukan. HORAY.
Kemudian, memandu dengan tenang (setelah berhempas-pulas mencari jalan keluar) ke Giant. kali ini melangkah yakin ke Giant tanpa tag nama cikgu di dada jadinya tak perlulah menolak dengan manis pelawaan pasang astro di rumah, cikgu?, set dapur di rumah, cikgu? atau pun senyuman-marilah-masuk-ke-kedai-emas-saya oleh promoter Tomei. kali ni tak payah. tengok lah. ketidakadilan di mana-mana. masa aku selekeh ni tak ada siapa nak pandang tapi bila aku dress up secara gomen barulah. diskriminasi betul. tapi ape nak kisahkan. aku sebagai ape sekalipun, aku ini masih tiada bergaji. tiada pendapatan. tiada kemampuan. malanglah kamu semua yang beria mempromosi. (mak aih. ada irama)
dan selesai urusan di Giant. misi di Giant hanya membeli sepotong ayam yang kemudian terpaksa direbus terlebih dahulu untuk melambatkan jangka waktu busuk sebab kat rumah itu tak ada freeze. sekarang kalian paham kenapa anak dara berlima ini sangat jarang memasak. (kalo memasak pon sekadar yang instant sahaja) leceh oke. kesimpulan awal di sini : apabila berkeluarga esok, perkara pertama perlu didahulukan adelah freeze. paham?
kemudian, pulang ke rumah. berlegar-legar dalam perumahan mencari ABC. dan sekali lagi aku sesat. dalam taman sendiri T__T. ha kan. kalaulah aku ada blackberry gps, masalah ni pasti boleh diatasi.
Tiba di rumah. mandi. solat . dan teringat hari ini hari jumaat. cepat-cepatlah potong kuku. kuku sekarang panjang yang diibaratkan kalo TERcubit murid sudah boleh diberi liputan meluas hingga ke muka depan Harian M*etro. GURU CAKAR MURID GUNA KUKU DRAKULA. Harian M*etro kan sukaaaaa gampak-gampak ni. dah lepas maghrib karang sudah dikira hari Sabtu. hari sabtu tak elok potong kuku. nak tunggu hari Isnin lambat lagi tu. haha. bab-bab potong kuku ni, aku sangat particular. kena potong hari Isnin, Khamis dan Jumaat sahaja biarpon kuku dah macam mak lampir. kata pon sunat. dah benda sunat lain susah nak buat, yang sunat paling mudah ni tak kan tak terbuat??
Baiklah. sudah tamat entry ini dengan peringatan di atas.
p/s : wahh. menjadi mudah sedih dua tiga hari ini. bukan gejala pms. tapi ini sindrom mengada-ngada macam eh awk perempuan ada hak nak sedih-sedih menangis pastu heboh kat blog. serius wtf *00* ! ini plat num keta Suhana. =P
bila dah letakkan sebelah kaki dalam dunia cikgu ni
aku dah warn awal-awal pada diri sendiri.
kena kuat. kena sabar.
banyak benda aku nak bisingkan kat blog.
pasal lecturer yang observe practicum aku kali ni. dia hensem tapi sinikal. ni yg aku lemah main sinis-sinis ni.ape motif nak bagitau dia hensem? hakss
pasal lecturer yang observe subject minor aku adelah yang agak anti dengan aku dan partner. ahah. macam mana dia tak anti tym dia mengajar aku ngn elis sembang+main manjang. kali ni nak selia aku mengajar. mampos.
pasal GB, penolong kanan yang awet muda. sumpah. kalo korang tengok menangis tengok body cam anak dara. hehh
pasal aku bangun AWAL PAGI SANGAT-SANGAT sebab nak rush pergi sekolah.
pasal hidup aku dah mula kacau-bilau. makan tak berapa nak menentu. semalam laundry untuk seminggu buat pukul 2 pagi sebab dah tau waktu lain lagi bz. housemate aku lagi kesian. mengigau nak pergi sekolah. pukul 4 dah siap mandi nak pergi sekolah tapi pelik tengok kat luar gelap lagi. hadoiiiii.
pasal makanan kt kantin tu tak best. pakcik kantin tu pon macam tak kisah hygine sangat. lalat depan mata hinggap kat kuih pon tanak halaukan. hemm
pasal hari sukan dah stat . aku dah pegi train budak dah pon.
pasal murid moral aku yang cuma 9 orang je. 3 orang asli, 3 india dan 3 singh. rasa macam senang kot nak 'tekel' diorang.
pasal aku pergi borong tudung ekin banyak-banyak sebab senang nak pakai pergi sekolah if ditakdirkan aku terlambat bangun. so far tak ade lagi la terlambat. tapi tanak la wehhhhh.ehee.
pasal cikgu kat sekolah tu kannnnn opppppppp ngumpat ngumpat tak baik. hahhaa .....
ahh banyak lagi laa. baru seminggu tu.
lain masa cerita.
okeh. nak pergi wat keje
two lesson plans to go
penatnyaaaaa....
pagi-pagi aku selalu ikhlaskan hati. seikhlas-ikhlas nya.
supaya penat aku ni, penat berbaloi. dunia dan akhirat. amin.
sebab esok dah kena pergi sekolah
nak pegi didik anak-anak bangsa jadi orang berguna
kalo orang masih kata kerje cikgu mudah aka gampang
aku dah malas nak kate ape dah.
yea. bermula esok dan tiga bulan berikutnya, warga sk w*ira jaya, sila hadap muka ini.
nak taknak tolong terima. ehe.
ini praktikum ketiga. pertama dan kedua aku dah tempuh dengan berbagai rasa. ketawa dan air mata. penat-lelah jangan cerita la. ehh bukan mengungkit. haha drama sungguh.. tolong eh partner/housemates kali ni kita jgn buat peel lama. takkan tiga bulan kot kita tanak tido malam-malam buat lesson plan, teaching aids? aku dah insap kot. hee =D
doa-doakan ek. moga aku tak tersasar.
pesan saya pada cikgu classmate saya pastinya:
cikgu-cikgu, awak jangan nakal sama naik dengan budak eaa. malu sikit
p/s: black beauty kat atas sanggup xpakai simpan nak pergi sekolah. haha. dari kecik sampai ke tua besar, nak masuk sekolah mesti nak ada barang baru. at least pemadam baru sebijik pon tak ape. haha. sampai pencen la aku bawak habit nih =D
Dah tahu sekolah nak pergi posting praktikum. dekat SK Chep*or, Chemor.
Bukan dekat Ipoh.
Jauhhh tu.
Petang tadi dah pergi tengok sekolah.
40 minutes plus berenti tepi jalan tanya orang jalan nak pergi sana.
Jalan bengkang-bengkok dan sempit dan sunyi juga.
So bila sekolah makin jauh dari rumah, banyak benda kena korbankan. expenses juga makin meningkat.
Takpe, we take it as challenge.
Alah, apelah sangat kalo nak dibandingkan dengan tempat posting kak Hanis. SK Lemoi Cameron Highlands. Katanya SK Lemoi adalah sekolah yang paling sukar laluannya di Semenanjung. Tiada kenderaan lain yang boleh membawa mereka ke sana kecuali motor yang sudah dimodifikasi ( hah kau ayat!) untuk mengharung lumpur separas lutut...untuk baca kisah inspirasi dan juga tragis kak Hanis, boleh klik sini.
Aku baca dengan pelbagai rasa. kagum, takut, cemas, risau dan bangga.
Bagaimana kalo aku juga menjadi insan terpilih itu?
Dah sudah. taknak pikir. Lambat lagi tu.
Buat Kak Hanis, tabah ya.
#Dulu aku tak layan Anak Betong, tapi sebab bosan kat rumah aku tengok citer Cucu Betong. Asal aku rasa nak lempang je malika dengan ratu tu sekali. nak tercekik aku tengok diorang bercakap. hahaha.
## Aku rasa aku dah matang banyak sekarang. banya benda aku rasa aku buat dengan pertimbangan akal =P
hahaha tajuk sayu hiba ala-ala tajuk cekerama kat tibi.
tapi aku bukan nak cerita pasal cerekarama lah. ini lain. eh kejap saper tengok cerita taubat nasuha maser raya ari tuh. aku emo terlebih sampai meleleh-leleh air mata air hidung pastu cover pura-pura sejuk amik selimut nangis dalam selimut. ahahaha. ini pengakuan menjatuhkan kecoolan/kemachoan/kestedian aku. teheheee. . quote masa last cerita tu kita akan menghargai apabila kita kehilangannya adalah tajam menikam jiwa raga hati sanubari ok.
Okay dah. balik semula cerita asal. masa hari raya aidilfitri hari tu, batch SPM03 ex-sekolah aku ada buat reunion. dah nama pon reunion mestilah matlamatnya nak satukan balik kitorang, nak rapatkan hubungan yang jauh terpisah . tapi sayangnya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan aku tak dapat attend.
rugi-rugi.
padahal ni la masa terbaik nak korek citer masing-masing. nak jumpa klik-klik lama. tapi mujur bff, Long sanggup gadaikan kredit melaporkan setiap apa yang berlaku pada hari kejadian. mekasih daun keladi. ehehe
seperti yang aku jangka majoriti diorang dah pon melangkah ke alam pekerjaan. paling kurang pon sekadar tunggu masa nak grad je (haiihhh aku je sorang terkedek-kedek nak habis study!!) tak kurang yang dah bertunang dan yang dah kahwin. errr kenapa ye kawan-kawan aku yang agak 'baik-baik' ni kawin awal. cinta diorang berkat kot?? hahaha tu nak meroyan nak kata cinta sendiri tak berkat la tuh.
So aku pon paksa Long bagitau kekawan aku semua tu buat ape sekarang. Malas nak telek fesbuk diorang.
Long: mu nak tahu saper?
Aku: semua-semua la.
Long: Okeh. geng kita aku tak sebut eh. aku sebut yang aku tahu je. Madi kat US, Sue buat medik kat Jepun, Ct Madiyah jadi ustazah, Hazwan kat UK buat engineering kot, Taufik kat France, Suzie kat UIA, Aienna bakal lecturer kot tengah wat master, ida dengan Yuni dah keje. Gee keje kat MQF, Danial dah jadik pilot kat TUDM, Natrah kat Indon, Mastura buat master nak jadi surgeon, dia kat UIA buat pharmacy lagi.. bla bla bla blaaaa.
Aku: siapa yang jadik cikgu weh?
Long: hahaha. aku rasa geng kita je kot.
Aku: kita layak jadi cikgu je kot. huhuu
Long: aku rasa ni adalah pembalasan..*wahahahahaah sambil gelak macam jin. sakit telinga aku*.
Aku: explain.... tak paham.
Long: yer ah. zaman study dulu kita kan cemerlang. tym cikgu ngaja tido, sembang, tiru homeworks pasni konpem anak murid kita buat benda sama. what you give, you get back bebb.
Agaknya, apa yang dikatakan si kawan aku itu betul. DIA takdirkan aku jadi cikgu supaya dapat rasa apa yang cikgu aku rasa masa mengajar kau dulu. hukhukhuk. macam la jahat sangat. sikit-sikit je.eheh. so peringatan kat diri sendiri jangan tensen dapat anak murid degil sebab awak dulu pon sama jerrrrrrr.
mereka di hari kejadian. aku tiada di sini.
mereka ini pernah berkongsi toilet dengan aku kerana ponteng kelas prep. hohoho
L to R teacher dida, cikgu yani, cikgu sara, miss eyena, cikgu najwa
amaran: kamu semua pon bakal dapat student sama peel macam kamu nanti. sila bersabar. ehehe
Aku rasa tajuk entry dah relevan kot ngan content. =P
Aku sebenarnya malas nak risau. Study pon tak habis lagi dah risau pasal posting. tapi dalam tak risau tu tetap pikir nasib masa depan.pulak tu tarikh kononnnya posting guru dibekukan 2010-2012. Elok aku habis study 2011 which means aku mengganggur setahun tak keje. macam tu?
Er..tak risau. Boleh lagi gelak-gelak. melawak bodoh dengan housemates pikir nak keje ape setahun tak posting. nak keje butik, nak tanam pegaga, nak jual salak, nak jahit baju....mulala buat lawak sengal padahal nak sedapkan hati sendiri. tapi dalam konon tak risau, housemates pakat telepon KPM/ BPG sebab masing-masing dah cuak. yer cuak..
Tapi..tiada jawapan pasti. Tunggu dan lihat. Bila dah kecoh-kecoh macam ni, mula la keluar ayat pasrah. "tak pe la antar Sabah Sarawak, tak pe la potong elaun..tapi yang penting nak postinggggg.."
Tolong pikir aku nak keje ape setaun tu. perancangan kena awal dan jelas. kan? aku tak bergurau ni. serius dalam sedih =(