Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

Resepi Home Made Pizza. Nak kawen kena pandai masak . hehehe :P

Seorang diri kat rumah.
Housemates kuar g dating. Saya jugak la melepek kat rumah. Kerja banyak. Esaimen banyak sangat.
Tapi tak datang mood nak buat. hehehe

So mari buat pizza. Ni second attempt sebenarnya. Buat sekali kat rumah kat kampung, semua puji sedap (kekekek) baru bleh wat lagi.

Tapi kali ni tak buat doh untuk kulit pizza. Sebab malas nak uli dan nak tunggu sampai naik. Solutionnya beli je doh kulit pizza yang ready made kat Giant. Bahan inti je saya sedia . hehehe
Puas hati okay buat sendiri sebab boleh letak sebanyak mana pon bahan kamu nak. Walaupun cost nak buat sebiji pizza home made lagi mahal sebiji Dominos saiz kecik sy tetap puas hati. ehehe


Taraa pizza versi saya dengan limpahan keju dan sos dan juga inti yang melampau lampau banyak nya. Kalah Dominos dan juga pizza hut. ahahaha


Yang pasti kena bagi Hariz try. Nak dengar dia komen. hehehe 
Jarang masak untuk dia. Dia pon tak pernah request. Hai ingat sy tak reti masak ke hape? ahaha.

Aik mane resipinya?
Haa ade ke orang nak? Lau ade orang nak, bitau kat comment yek. nanti saya wat entry lain.
Nak masuk dapaor dah. nak masak untuk buka pose. Haihh bulan Ramadhan esok luse mula lah kelam kabut nak ganti pose. Typical me. !

Saturday, August 7, 2010

today. it is!

banyak benda nak buat hari ni. tapi i wanna share something.
Rahsia susu.
haha. tak ada rahsia sebenarnya cuma aku nak bgtau info yang baru aku tau ni
if you're below 30  and never consume milk/susu, u better drink now. before 30!
kenapa sebelum 30?
sebab kalo anda minum after 30, da tak bagi ape-ape effect kat korang punya body dah . emm.
so disebabkan takut terus aku laju-laju stat keta pegi giant beli susu. ehehe. dan ingat ye, susu tak menggemukkan!

kalo anda sayang tulang dan gigi anda, marilah kita minum susu bersama-sama.


dan kali ni aku beli Dutch Lady!

kenapa tak beli Anlene? sebab Anlene kat umah ade lagi tak habis dan bakal dibakulsampahkan sebab da expired date kot. hee. nanti aku bagitau Dutch Lady sedap ke tak sebab Anlene aku  da bosan rasa dia. =_=


LynnTheGudiGudiGurl : saya merindui ramadhan. saya pernah mengenali seseorang di blog ini ramadhan lalu. entah dia masih baca blog saya atau tidak. hehe

Thursday, August 5, 2010

hey kamu di sana


rindu nak masak-masak weh.
da masuk ramadhan esok, nak rajin balik la masuk dapur.
saya memang la tak pandai  masak patin masak tempoyak,
tapi saya reti buat paprik ayam okeh!
pic kat atas tu paprik ayam buat masa bulan ramadhan tahun lepas.
tahun ni tak penah buat lagi. maksud saya kat rumah ni la.
ishk ishk

tak. saya masak tak penah pon orang kena food poisoning. mind you!


LynnTheGudiGudiGurl: imy imy imy :(  im just waiting u make the effort. i will not. saya da byk kali mengalah.

Sunday, July 11, 2010

Ai rajin tau

Ewah tetiba terasa berkobar-kobar nak mengupdet blog. fuh semoga mood ni berterusan sehingga entry ini dapat dipublish dengan jayanya :P kalo tak terperuk kat draft. 

Emm mana nak mula ek.oke lah kita cerita-cerita personal la. ehehe. ari ni aku puasa. puasa ganti lahh. dan aku rasa semua awek+mak awek tengah gigih nak habiskan puasa ganti ni. dah tak lama dah nak masuk Ramadhan.
tadi tak bangun sahur. tu la kau, tak kejutkan aku bangun pagi tadi. dah hari ni dah lemah rasa nak terbaring je. pening. nak bangun lipat baju pon tak larat..heeee. 
golongan pakwe pon ape kata korang join puasa sekali. support awek sikit. tym tengok bola buleh je awek  korang support hobi. ni dapat pahala lagi . hehe

ehh ehh tengok .aku da tertido tym type entry ni. huhuhu.
lain nak cerita. lain yang jadinya.
oke nak get ready countdown waktu  maghrib. (lambat lagi padahal)
buka pose nak makan ikan bakar+limau ais terbaik kat  Ipoh. yeahhhh
 

Thursday, May 20, 2010

Puasa dah ganti belom???

soalan ni bukan kt pompuan je, tapi yang lelaki-lelaki juga
Dah habis ganti dah????

kalo dah, tahniah. bagus :P
sebab saya dan seisi rumah sedang buat persedian puasa Ramadhan nanti. heeeeee


okey. 6.15pm.
saya rasa buke pose karang nak makan cendol, ABC, murtabak, kepok lekor, ayam percik, nasik kabu, nasik beriani, kebab melawati, jagung,banana cake secret recipe, apple pie mcD, ayam goreng KFC 
okeee ENOUGH

nak satu je. cendol. pleaseeeeeeee






p/s: im in good mood. Alhamdulillah. saya tahu saya dah silap dan saya sedang betulkannya. =))




Monday, March 15, 2010

Resepi Sup Cendawan Campak


Saya masak sup cendawan. resepi rahsia. haha. banyak la rahsia. resepi adalah campak-campak mengikut gerak hati. tapi tak tersangka menjadi pujian abah tersayang. wahahaha. sebetulnya abah saya selalu tak berkenan dengan masakan saya. masin la. manis la. masam la. jadi penghargaan gila la tuh. jadi saya berbesar hati berkongsi rahsia resepi sup cendawan saya.


Resepi sup cendawan campak.(hidangan 4 orang)

Bahan-bahan:
1. 2 ketul drumstik ayam dipotong kecik. 
2. 500g cendawan di potong sekadar tak tercekik bila makan
3. bawang merah 3 ulas. perlukah aku bagitau perlu dikupas kulitnya?
4. bawang putih 2 ulas.
5. sesudu kecil lada hitam ditumbuk sampai lumat.
6. sebatang kulit kayu manis.
7. sup bunjut adabi.

Cara membuat.

Rahsianya : campak beserta perasaan kasih sayang. wtf plat keta suhana.
1. campak ayam dalam periuk ada air sampai mendidih.
2. pastu campak bawang putih + bawang merah
3. campak lagi cendawan.
4. campak lada hitam dan kulit kayu manis
5. campak sup bunjut adabi.
6. kacau sampai segala benda tu sebati.
7. campak garam. aha. jangan memandai-mandai nak tambah ajinomoto. tak elok!

CAMPAK OKE. CAMPAK

INGAT! garam letak last sekali. ni petua masakan konon2 nak cegah darah tinggi tapi xde guna kalo korang letak sesenduk garam. agak-agak la hokey.

Simple. sihat. dan sedap. eceh. 
konfident aku bold word sedap


Pastu angkat dan hidang. 
ma tanya : "ni sape ajar ni buat macam ni. senangnya keje dia." saya jawab: "adalah orang ajar". padahal resepi spontan tiba-tiba muncul akibat malas nak meramas segala bagai santan nak buat masak lemak cendawan. aku tunggu sampai kul 12 malam ni. kalo tak ada siapa sakit perut, selamat untuk dicuba. kehkehkeh.













Monday, March 8, 2010

entry ayaq liuq

 abah menelefon bertanya mahu makan ape bila aku balik bercuti. lantas aku senaraikan ini:



-bubur lambuk



-kerabu pucuk paku



-sayur lemak nangka



-ikan kerisi goreng


-BUDU! 


pics digoogle. sumpah mengganggu emosi tengok pics.

bukan sebab kat Ipoh tak ada, tapi tak sama. sama lah seperti lelaki Utara tak sama dengan dengan lelaki Pantai Timur. ataupun lelaki Selatan memang tak sama dengan lelaki Pantai Barat. 
menyampah kan kaitan aku buat? haha

P/S: ari ni aku berjaya sampai ke perodua servis  dan kembali ke rumah tanpa sesat. hahaha. keterujaan yang sangat tinggi dengan kebolehan diri . babai blackberry. saya tak perlukan anda buat masa sekarang. yes aku berlagak ni.

P/S: kawan aku sudah kahwin malangnya tak dapat hadir. sebagai pengganti ketidakhadiran aku, kenalah beli hadiah. tapi  dia awal-awal lagi dan warning tidak mahu pinggan mangkuk, cawan, gelas, periuk belanga. nasib baik kawan sejak kecik kalo tak aku  memang saje je kan nak demanding ni. err any idea? bagilah idea yang tak merabakkan poket, please?



Saturday, September 19, 2009

Cerita Dari Kampung...

Saya selamat tiba di kampung halaman. Perjalanan balik kampung aku rasa macam smooth je. Ingatkan stuck dalam traffic jammed tapi non-ado. Hehehe seronot i.

Aku bantai tido tak hengat sampai berpuluh missed calls ngn msgs. Bukannya tak sedar tapi punya la malas nak capai telefon. Pastu bila dah agak2 dah kesian kat pemanggil mamai-mamai angkat telefon tak sempat tekan butang hijau terus lekap kat telinga, “haa..heloo??” .perasan akak kat sebelah seat pandang semacam terus tersedar dan termalu pada diri sendiri. Teeheeee. Puasa you!!

Okey sebut pasal puasa ni aku teringat sesuatu. Masa berhenti di satu R&R, bas qku berhenti betul-betul depan satu booth jual buah, minuman, jajan etc. Aku rasa penumpang dalam bas tu x de la pulak pergi beli.
Tetiba…(pulak dah… dah ader effeck misteri)


....datang sorang pemuda. Aku agak baya-baya aku juga la. Melayu. Sihat tubuh badan. Xde la pulak aku tengok orang papah dia. Selamba capai sandwich ngan air tin. Lepastu selamba jer ngap. Takde segan silu dah. Mamat tu laju je pegi bawah pokok tempat geng2 diorng berkumpul.
wahlaweiiii diorang buat rumah terbuka hape kat bawah pokok di bulan Ramadhan ni? Siap boleh hembus-hembus rokok lagi tu. Sabau je lah.

Yer, diorang berhak untuk skip puasa sebab musafir. Nanti kang kalo eksiden sebab mengantuk, salahkan pulak kat puasa tak boleh smoking ngan makan gula-gula+minum 100plus. (tengok betapa memahaminya aku) Tapi tak payahlah korang gunakan keistimewaan musafir tu nak makan kat khalayak ramai macam tu. Tengah-tengah highway dengan kenderaan berpusu-pusu. Korang xde perasaan malu ke?

Ewah..macam bagus je kan nak sakit hati tiba-tiba kat orang tak puasa. Aku marah bukan sebab diorang tak ajak aku join same ke hape tapi tolongla jaga kemuliaan Ramadhan ni. boleh?










Orang lain sibuk buat kuih raya, aku sibuk buat dadah. selalu je nak berlawan arus .Ahaa. dadih la tapi akak aku panggil dadah. Nanti bila orang datang raya kat umah, aku nak paksa diorang makan dadah aku, mesti diorang ngeri nak datang lagi sebab aku pon tatau apa rasa dadah aku tu. Percubaan pertama oke!! Ehehe

Dadah aku ni tak beku pon lagi. Aku buat dari pagi tadi lagi ni dah petang. Err apakah itu tandanya percubaan pertama tak berhasil? alaaa aku buat betul2 ikut instruction kat belakang palstik tu. Haii dadah pon pandai nak dengki ngn aku jugak ke??

Anyway, to all my blog readers, friends aku ucapkan selamat berhari raya. maaf jika dalam penulisan bisu ni, aku ada terkata, terguis hati siapa-siapa.
Eh, entry sebelum ni aku delete.....

Thursday, September 3, 2009

Weolzz Masak Uolzz!

Buka blog orang lain, mesti paling tidak ada satu entry pasal juadah berbuka. Aku nak buat jugak lah. Tak nak kalah tu. Hohoho. Lagi plak, juadah berbuka puasa hari ni special. Weolzz masak uolzz. Aura rajin semalam terus terbawa ke hari ini. Alhamdulillah. =)

Semalam kat kelas, bila terdengar cerita kawan-kawan rumah lain sibuk memasak untuk bukak pose, yang rumah sana masak nasik ayam, yang rumah itu masak tomyam, rumah kami? Errr bazaar ramadhan mari..serta ditambah bebudak lelaki siap mintak resepi sebab nak masak, kami pon eish ni tak boleh jadi, tak payah tunggu hujung minggu lah, hari ni jugak kita masak. TAK NAK KALAH

Korang takat masak makan sendiri-sendiri, kitorang siap masak siap kasik cikgu jiran sebelah umah. MASIH TAK NAK KALAH. Hahhaa padahal dah segan bekas ngan pinggan jiran sebelah yang kasi kuih SEBULAN yang lepas tak hantar lagi. Tu pon niat asal nak beli jer kuih kat bazaar ramadhan pastu bagi kat jiran sebelah. Hahaha.

Menu hari ni tak payah nak gempak-gempak. Buat simple-simple je. Dahlah pegi beli barang nak masak pukul 5.15 pm, janganlah berangan nak makan macam-macam. Balik beli bahan basah terus pungpangpungpang kat dapur. Bukan aku sorang lah. Bersama. Bersekutu bertambah mutu. =P Pukul 7.00 pm dah boleh hantar kuih ngan lauk ke rumah sebelah. Cepat kan? Macam mana nak cepat kalo masak mende ni je.:



sebab dah tau lambat nak beku, agar-agar ni Ros buat mula-mula sekali. ingat dah tak sempat keras nak kasi kat jiran sebelah tapi sempat jugak. Tapi agar-agar ni memang betul-betul resepi tangkap muat. Guna milo 3 in 1 ok. tak masuk susu pulak tu. tengok rupa pon dah tau kan. tapi rasanya sedap lagi yang jual kat bazar. kot. ehehe




Paprik ayam yang sesuai untuk pesakit darah tinggi. ahahaa.kurang garam lah. haiih camner lah si Ayu ni rasa cakap dah ok. Rasa sekali terus kata ok. Nasib baik bulan puasa, kalo tak mesti jiran sebelah kata kitorang tak reti masak. dahlah agar-agar milo warna gelap gelita, paparik tawar. padahal dia taktau, kitorang dah pakat nak bukak restoran nanti T__T





lauk yang tak penah miss. tak paham aku.korang paham?


nasib baik ader benda ni. cover lauk paprik kurang garam.

dan paling penting...kena ada ni. tak ke terharu dah siap masak segala, buka periuk tade ni..


Simple je kan. Jomlah masak wei. Jimat betul. Weeolz spent tak sampai RM3 je sorang tadi. Terus insaf nak masak hari-hari. KONONNYA la. Antara malas ngan rajin jer.

OKey.. dah lebih 10 hari puasa. Tak nak cari lailatulqadar kah? Gandakan ibadat. Sebut pasal ibadat bulan puasa ni, aku terpikir sesuatu. kenapa hanya nak buat ibadat di bulan Ramadhan jer. Bulan lain, belasah je? Eh jangan lah macam tu.

Saturday, August 15, 2009

Makan Sate!



Meraikan hari bebas di Sate Kajang. bukan di Kajang nun, Ipoh ni jer.



Hampir sebulan bersama berkongsi hidup di rumah tercinta, baru hari ni dapat keluar bersama-sama. Maksud aku, kami keluar berlima. Lihat, betapa kebizian berpraktikum mencuri masa kami bersama =(

Praktikum belum habis. minggu depan habis lah. tapi kami sudah diobserve akhir oleh lecturer masing-masing. lega. lega sangat-sangat. harap tiada lagi tidur lewat hingga 4,5 pagi. harap tiada lagi muka monyok RPH, BSPP tak siap..harap tiada lagi rumah sepah-sepah alasan tak de masa nak kemas, HARAPNYA lah..dan untuk diri sendiri harap dapat makan banyak-banyak sebab hati sekarang dah tenang =)

Mood untuk blogging, online makin kurang.entah mengapa. tapi gagahkan juga untuk tatapan hari tua. ceh ceh ceh.

Sunday, July 19, 2009

Sibuk Pun Sempat Masak Ape?

Tapi lepas seminggu masuk la. To be honest, dapur kat umah baru berasap. Bukan malas tapi sibuk. klise kan. tau tapi tu je alasan yang ada. Niat memang ada (murninya hehehe) plus ni je peluang ada nak asah bakat memasak. eleh. masak. semua orang boleh buat. antara sedap ngan tak sedap je. haha berlagak.


Tomyam, telur dadar, kangkung terlebih belacan. konpem laki i tak kebulur esok-esok
=P

Thursday, June 25, 2009

Aku Makan Babi?

Sejujurnya, aku tak begitu amik berat sal makanan yang aku makan. Pendek kata, aku memang malas nak baca nutrition fact kat plastik makanan tu. Sebab kalo dah nama pon jajan/chocs banyak mana la kan nutrien dlm tu. Baca pon buang masa. (Sekadar pandangan kurang bernas dari aku) Hahaha. Nampak sedap aku terus grab. Paling tidak aku hanya cek logo HALAL jer.

Tapi semasa bershopping makanan bersama rumet di Giant, terjumpa dengan 2 orang clasmet aku yang tekun giler menelek setiap makanan yang tersusun kat rak. Bila terjumpa aku, terus dia cek makanan yang kitorang dah amik dan hah kau....ada babi! Bukan ader seekor babi yang dibungkus(hohho) tapi ada lemak babi dalam kandungan makanan tu. BIAR BETUL?
Ye..inilah hakikat yang aku kena terima..dia maklumkan begitu banyak penggunaan lemak babi dalam makanan namun dilabel dengan kecik sekali untuk mengaburi mata orang ramai, Muslim khasnya. Antara lemak babi tersebut :

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Sebenarnya, isu lemak babi ni dah lama, cuma aku yang kurang peka. Sob3x. Dulu seingat aku gelatin babi banyak yang terdapat dalam supplement pills. Ni tak sangka lemak ni banyak guna dlm produk makanan plak =(
Selepas membuat pemerhatian secara rapi bersama rumet, BANYAK jajan/chocs peferet ternyata mengandungi senarai lemak di atas.
=(

Aku tatau dah banyak mana mendalah tu dah berternak dalam badan aku. padanlah selalu malas nak study, sedar pagi dah kul 6 tapi taknak bangun tunggu 6.45 br bgun subuh haihhhhhhhhh.

=(

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah : 169)




Okey, jom kita pakat cek makanan betul2 sebelum beli. Chocs yang telah dikenalpasti ada lemak di atas adalah Cadb**y dan Van Hou*en.
Adalah kalian semua ada info mengenai perkara ini atau ini sekadar khabar angin untuk memboikot mereka. Tolong la share. Nanti tym tension nak exam atau PMS, aku nak makan chocs apa lagi?



Tuesday, June 2, 2009

Maaf Saya Busy..


Busy lah sangat. Tapi serius sampai tak sempat nak updet sampai berhari-hari. Bila dapat online, tak de mood nak blog.ehehe nak blog pun kena ada mood ke?
Seminggu dua ni bila online, rutin tetap hanyalah cek emel, dan kenkadang on YM melihat maner2 makhluk yang boleh diajak bersembang. hehehe.

Cuti kali ni mungkin cuti yang tak seronok. Yeaa tak seronok sebab banyak peristiwa tak diduga jadi kat famili aku. Aku tak bersedia nak bercerita di sini tapi cukuplah ..aku tak nak peristiwa tu berulang lagi. Titik.


Malas lah nak spoil mood ingat menda2 tak best ni. Nak citer yang best jer.
Cuti ni aku rajin tau..Aku rajin sebab selera makan aku sekarang merepek-repek. Nak makan tu la, nak makan ni la. DAHLAH DEMAND NAK MAKAN YANG HOME MADE PUNYA BUKAN BELI KAT KEDAI
Yea..tadi aku merapu nak makan bubur lambuk. Tak pasal-pasal teringat bulan pose. pose ganti tak habis lagi ada hati nak makan bubur lambuk cam bulan puasa. hohoho

Sebab merepek sangat nak makan macam-macam, mak seret ke dapur jugak. Tapi peliknya, semua makanan yang aku craving giler adalah makanan-selalu-jumpa-tym-bulan-pose. Tah. Kemaruk nak raya agaknya aku ni.


Tengok..tengok..tengok aku buat tu tapi di bawah pengawasan rapi bonda tercinta.huhu.kang ada yang masuk spital ngan air tangan aku (acecece)



Proudly presenting.....kuih tako. Nak makan kuih ni sebab tingat citer Seputeh Qaseh Ramadhan yang main mase bulan poser ari tuh. hehe Tak tahu utara panggil apa..huhu. Tak payahlah korang selidik pesal kuih tako aku ada yang slim ada yang chubby. Aku tak reti nak lipat mendalah daun pandan tu jadi cantik-cantik. Ok tak jadi sangat at least tade yang masuk spital. Firdaus tak nak makan sebab dia kata geli. Cis!





Badak berendam. Tapi kuih badak ni tak sempat berendam lagi dalam kuah aku dah snap gambar. Tapi tak de lah rupa macam badak kuih aku tu.hohoho. Name kuih ni aku rasa macam-macam pesen. ada yang panggil asam gumpal, kuih sagu. Entah lah. Apa pon kuih ni aku tak suka sangat tapi since ramai kat umah tu suka, aku RAJIN buat/belajar. Rumit la nak buat kuih ni. Lain kali malas la nak buat.huhu. okay, abah i kata sedap(malu..malu nyorok bawah selimut)LOL. Fidaus tak nak sentuh jugak kuih ni sebab dia kata kuih ni uduh. Cis2x!



Okay. ni inti karipap. Ada gambar inti je. Gambar karipap tak sempat nak snap sebab habis kena ngap dulu baru teringat nak amik pic. hiks. Firdaus suka plak karipap ni. Siap ada pesanan penaja.
"Ciksu, esok buat lagi karipap. Aus suka karipap"
"Tak hinginnnnn..Esok suroh atuk beli kat kedai."

...Ini antara sebab aku tak ada masa mengupdet. Hahhaa. Eh ada lagi..Lain kali sambung. Lan nak guna tenet. Mesti dia kata aku poyo nih. Ah lantakk kau la bedah..huuhu


Buhbye


Sunday, October 12, 2008

im good in cook *wink*

harus bangga pada diri sendiri ..wahhaha

A week at home.
Don’t say I don’t do anything.
Jangan fikir saya mengular 24/7.
No. Salah tu.
Saya sangat rajin turun ke dapur =)
Bukan untuk makan+minum yer tapi agenda menolong ibu di dapur =P.
But masak nasik+lauk pauk ni i don’t reallyyy interested and not my thing too.
Lagipon, tak suka tadah telinga bila my family especially abah n Lan komen saya masak.
Ni masin lah, yang tu pedas lah...
Err, nak sedap-sedap masak sendiri, tqvm.
Tapi menda alah ini saya sangat suka buat sebab i love jelly.
Agar-agar sirap+laici.

Simple giler tapi sedap=P.

Hoho me not poyo kay..Kejap jerk abis.

Ermmm…seronot sangat kalo apa kita masak orang habiskan.
Sedap tak sedap ker lain citer lah. Now baru i tau how my mum felt if i tak selera makan masakan dia.
Err..actually I never tak selera with her cook but sometimes sindrom mengada-ngada tu datang. Hiks!!