Showing posts with label Skincare. Show all posts
Showing posts with label Skincare. Show all posts

Friday, May 17, 2013

Healing Crisis Shaklee Produk.. Memang Dahsyat !!

Sakit tekak.
Nak demam.
Pening kepala.
Panas.
Nak demam
dan
jerawat.
Amboi melampau betul aku punya healing crisis ni haih. Part paling menyampah adalah jerawat. Astaghfirullahalazim...mengucap panjang tengok muka aku sekarang. Macam jalan tar okeh. Sangat teruk. Aku rasa sekarang ni lah muka aku paling horror sekali. Tapi aku tabahkan hati. dan terus kan baca testimoni-testimoni berkaitan healing crisis kalau ambik shaklee produk terutama Alfalfa.
Ade satu testimoni kata jerawat makin teruk tapi dinasihatkan terus consume Shaklee dan tingkatkan pengambilan air. Dan selepas itu,  muka akan ok, insyaAllah.

Harapnya begitulah. Sebab jerawat yang naik kat muka sekarang ni memang pelik. Tak macam jaerawat biasa yang serang time period tu. Jerawat ni kemerahan dan sangat sakit bila dipegang dan tak boleh dipicit. Maknanya kena biar je jerawat tu bertapak kat muka tu sampai hilang sendiri. Tensen hokeh. Dah la banyak.
nak dating pon tak lalu.
Sekarang ni pergi sekolah atau pergi mana-mana memang muka bogel. Cuci muka, letak toner je. Sungguh sedih. Ya Allah cepatlah habis derita nih. Tak sanggup da nak tengok cermin. huuuuuuuuuuuu

Thursday, December 24, 2009

shopping !



Yea..Yes bakal melabuhkan tirainya. Aku tak faham kenapa asal sale, aku pokai? Asal sale je aku papa kedana, asal sale je aku kering? Padahal memang pokai tiap hari2 pon. Senang citer T____T
Selepas selongkar bawah  tilam, kasut, celah kain batik, dalam bekas sabun,  dalam tin biskut, dalam balang gula (yg ni memang tipu melampau) terjumpa saki baki rezeki yang ada. Terus semangat YES membara. Here, I list down things yang dah berjaya melicinkan saving kawin aku.


1.     Tudung nur barakah. Tu ek nama dia? Tapi kenapa ko mahal sangat. Tak mampu den nak menyakan.  Ni pon bukan cap ariani. Kalo tak aku gigit jari je la jawabnye. Tapi kalo murah cam shawl pon aku still tak mampu. Still. Adoiiiii. Awatla hidup cheq menderita sampai  lagu ni?
2.     Sepasang wedges yang aku aim nak pakai masa practicum. Lantak tak kira nak pakai juga walo dah tau takleh pakai.
3.    Sebuah purse yang sungguh girly. Pink urghhh. Takkan aku  nak beli hijau kot. tak masuk dek akal sungguh.  Bukan Carlo Rino. Bukan Guess. Bukan Bonia. Bukan juga Esprit. Elle apetah lagi. Tapi cap Parkson yang apekebenda punya brand pon aku tak tahu.
4.   Bag .yang aku beli mesti akak aku kata cantik. “eaa macam Carlo Rino lah " padahal Roberto Carlos. Hahha. Tidak la. Tidak ada brand puas aku kelebet bag tu still tak jumpa apa-apa tag. So bag saya adalah brandless. . Aikkk  kata hari tu nak beli bag bla b la bla. Dah sudah. Stop complaining.  Orang kat Somalia tu jangan kata nak beli bag, nak makan pon tak mampu kau tahu takkk??
5.    Beau product.  (er ada org nasihat stop consume Felisa. Teruskan je ngan Herbalife tapi masalahnya aku dah pokai. Sempat ke muka aku jadi permukaan bulan sebelum dapat order HL nih?)trrr..trrr..trrrr > ini adalah efek takut yer. Harap maklum.
6.    Air mineral Guardian sebab tercekik tengok sale merata-rata. Sabo anok pokmat, sabo 
7.    A birthday present for Chot. Nasib baik on sale jugak. 50% tuh. Ehee. Aku rasa Chot suka kot present dia kali ni sebab aku pon bleh tumpang sekaki. Apekah itu? Tak leh upload kat sini nanti dah  tak seperais.
8.     A present for Nur Qaseh Sara, anak buah saya. Rasa nak gigit2 budak tuh. Geram ok. Tapi Lan asyik inspect je anak dia. Tak boleh dracula ni nak gigit. Kehkehkeh. Tengok la satu hari nanti. Tengok lah
9.    A shirt from Kamdar. Kenapa selama ni aku tak perasan kamdar adalah best la jugak?  Sebab tak penah masuk macam mana nak perasan? Ok aku jawabkan sendiri.

Tu  je. Tu pasal aku tak beria sangat.   Haa again! Cubalah bawa bersyukur sikit. Orang dekat Palestin tu bukan kata nak keluar shopping, nak pegi sekolah pon takut kena bom. Yerlah. Insap.(walopon aku tak paham kaitan bom dengan shopping)

Yang pasti senarai di atas dibeli bukan dengan sekali harung.  Beli satu , balik umah korek tabung lagi.  Pastu kalo ada orang ajak pegi window shoping, cek celah sarung bantal pulak. Ada sisa tak lagi. Gitu lah alkisahnya.  Sadis kan? Jeles kot kuar dengan member yang dah keje. Sibuk nak cek gaji dah masuk ke belum. Berbulu ai okeyy..berbuluuuuuu!!!! Nak2 bila aku tarik bank card nak draw duit terus sound “ olohh..tak payah cek la. Loan tak masuk lagi tuhhh.hahaha” . Cissssss. Sabo anok pokmat, sabo.
Lepas ni sesaper ajak kuar terutama sekali dengan tujuan pegi teman shopping ke ape ke, tidak. Nehi. Anok pokmat ni dah surrender.



tetapiiiii kannn saya ternampak ini during doing my shopping. ehee
1.      Elle purse sangat lawa. Sangat lawa. Sangat lawa. Sangat lawa. Sangat lawa. Ok dah la tuh. Orang paham kot lawa dia macam mana.
2.     Carlo Rino handbag.  In white color. Seolah –olah memanggil2 aku menyentuh, mencuba, menggamit salegirl, mencatat resit dan dibawa ke kaunter cashier.  Come on girl, bag Roberto Carlos aku tu pon ok whattt!! Ahaks.
3.     A dress in black n white. Sangat suit with my dinner color code. Tapi masalahnya dinner tu tahun depan punya occasion. Hohohoho

Terus I berkata dengan yakin.” Hello sweetie. We will meet again…er rr  next year’s YES  maybe?( tu pun kalo aku sempat selit sekupang dua dalam botol bedak laa) sambil I senyum kambing gurun  memeluk bag Roberto Carlos tersayang….



Motip entry?
Sajer nak suruh korang pegi shopping. Treat yourself ppl!takyah la berkira sangat.  bkn unt org lain. untuk awak jugak =)

**tetibe teringat dekat satu kedai perabot tuh. dia tulis harga promosi dgn ayat yang sungguh  lawak tak leh blah HARGA PENING, HARGA RUNSING, HARGA DEMAM, HARGA POKET SAKIT., HARGA  SEMUT HURUNG  haihh macam2. aku agak owner tu mesti agak mental. ahaha

Monday, November 30, 2009

Cuti-cuti Terengganu....kah?

Kejadian berlaku semalam. Lan memberi idea bernas untuk ke Kemaman sebab ada urusan dengan bank. Kuantan kan cuti umum ari Ahad. Senang kan jadi warganegara Malaysia yang ada dua kenegerian ni. Pahang boleh, Ganu lagi lah boleh =P. (ahaha sesuka hati aku je nak declare sendiri)
so gigih nak ke Kemaman jugak. tapi sebab kitorang cerdik terlebih, tak teringat langsung terengganu pon tengah cuti raya haji lagi. So semua bank adalah tutup. meloponglah kami di depan CIMB.
Sekali lagi Lan memberi idea bernas .

"Jom kita pergi Mesra Mall. Bank kat situ buka tiap-tiap hari"

Memandangkan Mesra Mall baru je launch beberapa hari yang lalu, tak salah rasanya kami pergi menyokong pembangunan . tapi langsung tak terpikir bahawa rakyat jelata Terengganu tengah rakus/mengganas/menggila
di Mesra Mall sebab tengah cuti raya haji+gaji baru masuk+musim cuti sekolah.So dari luar lagi tengok lot parking sesak gila sampai aku pon rasa sesak napas sekali. dalam mall tak payah cakap la, tolak troli langgar-langgar bontot, boleh???


tengok..sesak macam ni memang memeningkan kepala




Setelah Lan selesai merompak sejuta dua di CIMB serta mengadakan sesi shopping secara berhemah (mmg berhemah pon. datang jauh-jauh aku betul seketul sabun jerr) time to back.
Aku memberi idea terbernas sekali
" kita balik ikut highway Jerangau-Jabor. Jalan tadi jammed. nanti sampai malam"
Tanpa menyedari antara kami tiada seorang pon rupa-rupanya tahu jalan. sesi menjelajah Terengganu bermula. buat malu betul la. ngaku org terengganu tapi sesat kat negeri sendiri. adoiii. Aku suruh Lan berenti tanya orang tepi jalan tapi dia taknak sebab malu.
"kalo plat ni plat wilayah aku tanya la..ni dokk"
Haiihh inilah gamaknya orang kata malu bertanya sesat jalan.
Dahlah jalan teruk giler berlubang-lubang aku tensen terus tido sebab dah pening-pening lagipon sakit hati campur kesian dekat boyfriend jugak. sayang gila aku kat dia woahhhhhhhhhh =(


Sampai umah dekat tengah malam.
Sempat aku perli Lan baik punya.
"nape kita tak pergi Besut terus tadi ehhh??. Boleh jumpa sedara mara terus."
Ehehe.



p/s: i switch my beau regime product from Nourifusion Herbalife to Felisa. Tapi baru cuba facial soap je. dah dua tahun setia dengan Herbalife akhirnya terpaksa tukar sebab gerun jerawat naik sebijik-sebijik secara konsisten. risau aku. siapa2 ada pengalaman dengan Felisa tak? Aku bantai redah je ni.








Tuesday, April 21, 2009

Kenapa Suku Sakat Jerawat Suka Aku?


Geram lah. Kenapa jerawat makin suka kata aku ni. Sesuka hati diorang pakat-pakat naik atas dahi la, pipi lah. Aku tak pasti lah sebab apa diorang minat sangat ngan aku ni. Eii tensenlah. Memula memang aku biarkan. Aku rasa it’s normal lah having seketul dua jerawat. Barulah meced. LOL. Tapi diorang ni memang kejam. Mentang-mantang aku tak buat apa-apa tindakan, habis suku sakat diorang diajaknya bermastautin secara tetap kat muka aku ni. Whiteheads, blackheads, acne, pimples -sungguh muhibbah muka aku sekarang. Hoh!



memang muhibbah kan? sigh



Tapi aku rasa aku ada buat silap besar. Dua tiga bulan lepas, masa tengah online memang tak sah la kalo tak merayap ke blog skincare, beauty product, health product etc. kan. Being a girl la katakan. cis tu lah padahnya. Kalo dapat internet bukannya rati nak mencari bahan/asenmen tapi habis diredahnya mende-mende merepek yang buang masa dan duit. Okeh..aku membebel.



Nak dijadikan cerita, aku telah TERjumpa satu produk ini-katanya boleh melenyapkan segala jenis masalah kulit dalam masa 3 minit. Malas aku nak inform produk pe nanti diorang tak boleh carik makan plak =P . bila aku baca testimonials diorang, lagi lah aku semangat nak beli. Masa tu muka aku ok lagi. Jerawat sumer tu segan lagi nak naik.biasa ler, kalo dah nama manusia tu, bukannya reti nak bersyukur. Aku beli. Mahal nak mampuih. RM70 untuk seketul sabun besar kiub Knorr tu. Aku ingat bila mahal plus produk internasional ok la resultnya tapi hampehhh..bermula la episod duka dalam hidup aku..tsk tsk.


Ok lah aku berprasangka baik. Kulit aku tak sesuai kot. Dah lah. benci….



Aku pergi Guardian. Rasa macam terdesak sangat. Aku beli benda alah ni. Kalo dulu, jangan kata nak pandang, jeling pon tak nak kat pimple treatment cream yang bersusun kat rak tuh. Aku tak rasa akan selesaikan masalah tapi aku kena beli sebab nak puaskan hati. hohoho



Biar je lah. Tak serius sangat kot tapi bila tengok latest pic taken during holiday ari tu (close up) aku rasa nak hantuk kepala kat dinding tak pon terjun lombong…waaaaaaaaa

Wednesday, September 3, 2008

My HL-NouriFusion Testimonial


Pic taken last two weeks.

I’ve been using NouriFusion about 1 month++.
I really don’t know either it work on my skin or not but I feel very comfortable with ‘em.
Simple and easy.
What I need just cleanser+toner+moisturizer.
As easy as ABC.
Tak payah nak tempek macam-macam kat muka.
Tapi I really sakit mata tengok my open pores.
Macam kulit roti andd my sunburn..oh plishhh..
i really need to do something on my face before it getting worse.
Any idea ppl?
But plis don’t ask me to change my skincare product. Sayang OK!
Or mebi I’ve to wait until this NF set finish then I ‘ll see the result?

Thursday, July 24, 2008

My Nourifusion HL Testimonial

Huhhh..finally, saya dapat jugak skincare NouriFusion tu setelah hampir dua minggu menunggu. Dah pakai pon, of coz ler tak nampak paper kesan lagi. Just wait and see..

Saturday, July 5, 2008

Im Gonna Using Herbalife..

Err..i think everybody pernah dengar sal dis global brand rite? yes..im gonna to use it by this week. im not using that to kecikkan my body..sy guna skincare nyer sajork..giler pening nak pakai skincare ape last2 terpengaruh dengan somebody soh try HL..Sy dah pedap dengan local skin care. Seriously!! Dulu sy pernah guna Sendayu Tinggi..ok la tapi tetiba jer kua berita kat paper product diorang ada guna hidrokuinon..terus stop..Lepas tu i realized semua produk tempatan (yg glemer2 la such as NV, Natasya, BML, Felisa..etc etc) sangatlah suka kuarkan produk yang boleh memutihkan muka dlm tempoh masa yg singkat...sy pernah baca dlm satu artikel, kalo produk ni boleh cerahkan muka dalam tempoh yang singkat cam gitu, ada lah yang tak kena tu..hehehe anda semua beware!!