Showing posts with label Going Places. Show all posts
Showing posts with label Going Places. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Pertama Kali ke Petaling Street

Tipuu..
dah banyak kali pergi padahal.
tapi pergi naik kereta awal pagi sebab sesat nak pergi sekolah. entah macam mana boleh ter-redah sampai Petaling Street.
itu dululah. masa awal-awal dekat KL.

Tapi kali ni pergi sebab nak carik barang. benda. sesuatu.
tapi bile dah disogokkan dengan cerita tak best pasal Petaling Street, terus macam takut-takut.
tapi keinginan nak pergi tu atasi segalanya.

so here we go.
Seriusly aku sangat blur how to go there? where to park the car?
so me and Wanie(my sweet hosmet) decided nak park kereta dekat Hentian Puduraya and walk to Petaling Street. tak jauh. 7 minutes walking distances.
Ohh.. Hentian Puduraya change 360. bila masuk situ rasa oh maiii goddd ni tempat hape nih???
theheheheeh sungguh teruja.
terus rase nak beli tiket nak balik kampung. perghh
btw thanks to kerajaan Malaysia okay yang dah upgrade n renovate HP tuh. lepas ni tak payah la aku basah ketiak segala tunggu bas dekat Hentian Puduraya sebab da ade ekon. kekekeke

okey..Petaling Street. All i can say: syurga fake designer bags. LV, Coach, Gucci, Solvatore Feragamo, Marc Jacobs, Christian Dior, Jimmy Choo, Juicy Couture.. hah ape lagi? Just name ittttttt!!
Hadoiii..

Esok-esok bile dah feeling mak datin, konpem aku datang sini sambar coach satu. kekeke
sekarang tak mungkin sebab even kalau aku beli yang original sekali  pon orang akan pertikai itu adalah fake.
hellooo awak tu cikgu je kot. tiga bulan gaji baru dapat sebijik Coach idaman hati. sobsob.

lagi apa ya?
Petaling Street tak adalah seburuk yang digambarkan. kena pukul dengan penjual sebab tak beli?? no no no.
tak lah. bukan macam tu. aku rase kes pembeli yang datang kena pukul tu mungkin sebab dia dah tawar harga barang bagai nak rak, pastu blah macam tu je. mestilah yang jual tu hangin. pulak tu aku tengok semua penjual kat situ muka macam taiko je. aish.

Kes kena pukau kat Petaling Street?
Oh. yang ni agak bahaya. so aku dengan Wanie dah siap-siap tanggalkan bracelet kat rumah.
wanie tinggalkan card bank dalam kereta. so. kitorang ke sana just bawak duit saje. okay? mungkin ini korang dapat ikut langkah-langkah keselamatan kitorang buat.hehe

LynnTheGudiGudiGurl : i went soooooo far with him..takutnya :(

Monday, November 30, 2009

Cuti-cuti Terengganu....kah?

Kejadian berlaku semalam. Lan memberi idea bernas untuk ke Kemaman sebab ada urusan dengan bank. Kuantan kan cuti umum ari Ahad. Senang kan jadi warganegara Malaysia yang ada dua kenegerian ni. Pahang boleh, Ganu lagi lah boleh =P. (ahaha sesuka hati aku je nak declare sendiri)
so gigih nak ke Kemaman jugak. tapi sebab kitorang cerdik terlebih, tak teringat langsung terengganu pon tengah cuti raya haji lagi. So semua bank adalah tutup. meloponglah kami di depan CIMB.
Sekali lagi Lan memberi idea bernas .

"Jom kita pergi Mesra Mall. Bank kat situ buka tiap-tiap hari"

Memandangkan Mesra Mall baru je launch beberapa hari yang lalu, tak salah rasanya kami pergi menyokong pembangunan . tapi langsung tak terpikir bahawa rakyat jelata Terengganu tengah rakus/mengganas/menggila
di Mesra Mall sebab tengah cuti raya haji+gaji baru masuk+musim cuti sekolah.So dari luar lagi tengok lot parking sesak gila sampai aku pon rasa sesak napas sekali. dalam mall tak payah cakap la, tolak troli langgar-langgar bontot, boleh???


tengok..sesak macam ni memang memeningkan kepala




Setelah Lan selesai merompak sejuta dua di CIMB serta mengadakan sesi shopping secara berhemah (mmg berhemah pon. datang jauh-jauh aku betul seketul sabun jerr) time to back.
Aku memberi idea terbernas sekali
" kita balik ikut highway Jerangau-Jabor. Jalan tadi jammed. nanti sampai malam"
Tanpa menyedari antara kami tiada seorang pon rupa-rupanya tahu jalan. sesi menjelajah Terengganu bermula. buat malu betul la. ngaku org terengganu tapi sesat kat negeri sendiri. adoiii. Aku suruh Lan berenti tanya orang tepi jalan tapi dia taknak sebab malu.
"kalo plat ni plat wilayah aku tanya la..ni dokk"
Haiihh inilah gamaknya orang kata malu bertanya sesat jalan.
Dahlah jalan teruk giler berlubang-lubang aku tensen terus tido sebab dah pening-pening lagipon sakit hati campur kesian dekat boyfriend jugak. sayang gila aku kat dia woahhhhhhhhhh =(


Sampai umah dekat tengah malam.
Sempat aku perli Lan baik punya.
"nape kita tak pergi Besut terus tadi ehhh??. Boleh jumpa sedara mara terus."
Ehehe.



p/s: i switch my beau regime product from Nourifusion Herbalife to Felisa. Tapi baru cuba facial soap je. dah dua tahun setia dengan Herbalife akhirnya terpaksa tukar sebab gerun jerawat naik sebijik-sebijik secara konsisten. risau aku. siapa2 ada pengalaman dengan Felisa tak? Aku bantai redah je ni.








Sunday, April 19, 2009

Lets Call It...A Great Weekend!

Wahh lamer giler rasanya tak holiday ngan besties. Kononnya every sem kena spent time/money pergi holiday. Tapi sem ni tak sempat pegi mana-mana since sangat lah sibuk dengan asenmen serta tak de tarikh baikk punya. Betul la sem sungguh tough-pergi JJ ngan IP pon boleh kira!!


Since Isnin ni Perak cuti, we had extra weekend. My classmate dah planned nak ke sana ke sini. aku tak kesah je pon pegi maner. tak pegi maner2 pon tak ape je sebab operasi kemas bilik tak siap-siap(macam mana nak siap, mulanya pon blom.. hohoho) We all dah tatau dah nak redah mana lagi kat Perak ni, rasanya semua tempat besh dah pergi. akhirnya dek tak ada idea sangat nak pegi mana-mana tapi still gigih nak pergi holiday we all pergi Bukit Merah Lake Town- 2nd time for me! hermmmmmmm...


Disebabkan dah penah pegi, kadar keterujaan tu rendah la sikit. rasa cm nak ngelat tak nak pergi pon ada hihihi. tapi aku tak la sekejam tu. dah plan kan. aku kan spesis manusia yang tak suka hampakan orang LOL.

Lets the pictures do da talking yah. moi penat. ceh macam ler i drive all the way dari ipoh ke Taiping. pic tak byk pon..







meet us!


Mr.Button the clown.cuba teka mana satu yang baju belang pink atau hitam hahaha



oppss...bes pic of the day mesti ade..

exclusive!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*

tak senonoh =P

Saturday, August 2, 2008

A basi Holiday!

I spent my precious time with visiting Cameron Highlands!!. I was about 2 months ago but baru sekarang duk terkedek-kedek cari pics n post dis entry..ekeke lagipon my babyblog is newborn blog rite.Since I’ve nothing much idea to write, so I want to share dis =) It’s really exciting although my classmate said me can’t find any spesel places there. Hmmm..fakta yang agak sedih for me because it was my first visiting…Telling the truth, saya tak pernah pegi lagik Cameron Highlands..hehehe..So me with my besties Syok, Ayu, Makcik, Elis keraskan hati nak pergi jugak..Peduliklah apa orang kata, yang penting kami enjoy! Dahlah travel guna transport awam dan SEMUA di antara kami belum lagik menjejakkan kaki ke situ. (nasib baik gak diorang tak penah pegi lagi, kalo tak for sure diorang tamao pegi jugak). Pasni kalo orang tanya dah penah pegi kew CH, so sy dengan kembang idungnya dapat menjawab dah!! (tapi pada umo sy yg dah 22 tahun) Hohoho. Disebabkan masalah pengangkutan itu, kami pon sebulat suara untuk travel by CSL travel yang tawarkan tourist guide ke empat tempat menarik kat CH tu. Diorag bawak ke buttrefly park, rose garden, strawberry farm, tea plantation..err ape lagi eh? Luper lah. Dah lamer kan =P

Sebenarnya kitorang dah planned every semester, kena pergi holiday. Tempatnya tak kisah ler kat mana yang penting tak le jauh sangat dari Ipoh dan most important affordable..Yelah..kalo nak melancong jauh-jauh mau kena saving lebih...Pergi CH ni pun kekonon tak mau beli pape tapi bila sampai sana sumer gelap mata. Teh yang berlambak kat supermarket kat sini pon borong sakan. Tu tak masuk ngan souvenirs untuk diri sendiri..Hahaha..Semua ni akibat balas dendam sebab tak dapat shopping kat Sarawak itu hari..kekekke. Overall, agak best la jugak. Alaa ok la tu untuk student sengkek_elaun_ciput cam kitorang ni. Walaupun boys kat class tu ala-ala kutuk kemain, kami tetap enjoy..Okeh now ,memasing pikir sem depan nak pegi maner plak. Mine macam dah ternampak-nampak Langkawi..hihii


P/S: Entry tak bergambar..hihi when it comes to upload pichas, i'm really lazy to edit lots of them.nak2 kalo guna photoshop. sangat penat wokeh. err is there any way to make the work easier?LOL

Tuesday, July 29, 2008

BIG

Date =24-27 July 2007
Venue: De Awra Camp Site, Kuala Kurau Taiping
Occasion: BIG Program

To all teacher_to_be ni mesti tahu pasal Bina Insan Guru (BIG). Kan?kan?. Since sekarang saya di sem 4, saya dah melalui 3 kali program BIG yang merangkumi camping, program anak angkat dan com service. Before dis, i had my BIG at Pangkor, Taiping Hosp, Rumah Anak-Anak Yatim, Pusat Perlindungan Haiwan. Dan sem ni we all pilih yang dekat ngan kolej sajork. Yours truly memang takde hati+malas giler nak pi camping kali ni. Pulak tu musim-musim ujan camni. Leceh weh. Seb baek 3 hari jer. Dan hanya semalam sahaja bermalam di khemah selebihnya tido kat umah famili angkat. Tapi yang speselnya, we all dapat family angkat kat sana. Me wit Azam are adek beradik angkat. Mak+ayah angkat saya sungguh baik sekali dan sangat terharu dengan layanan dorang. Terima kasih mak ngan ayah =P Dan...saya sangat teruja dengan Kampung Air Hitam, Batu Kurau. 3 hari kami berada di sana, hari-hari ada kenduri sampai tatau nak sumbat makanan kat mana. Sebut pasal makan-makan ni, paling spesel di Batu Kurau semestinya buah durian. Ya Rabbi, saya melantak durian tak hengat. Serius saya tak pernah mentekedarah durian sebanyak itu seumur hidup saya. Buah durian kat sana memang superb larh. Tu belum lagi masuk buah rambutan, manggis, langsat, star(kundang), memang bersepah-sepah kat sana. Saya sungguh teruja!! Tak pernah dalam idup ni tengok buah-buah banyak-banyak camtu.btw, saya memang ORANG KAMPUNG tapi kampung saya takde buah-buah gila banyak camtu!! Sungai kat sana pun best!! Aktiviti makan durian+mandi sungai takleh luper hiihii. Here a pic..satu je larh sbb malas nak upload banyak2+malas edit+internet slow amat =P