Saturday, July 7, 2012

Melalueca Triple Up Collagen

Hari ni dah hari kelima try collagen ni.
Haraplah sangat beri perubahan positif pada parut jerawat ni :/.
Dah banyak kot melabur. Haiyaaa Pejam mata je lah bila ingat jumlah overall da lebih RM1K semata-mata nak cure jerawat nih. 
Bersabar je la banyak2. huh.


LynnTheGudiGudiGurl: Borink Sabtu. huuuuuuuuuuu

Friday, July 6, 2012

Doa Putus Cinta.

Pelik kan. Orang lain sibuk baca doa eratkan kasih sayang, teguhkan ikatan saya sibuk post yang ini. hint lagi lambat nak kawen la nih.
Awal Januari lalu, saya diuji lagi. :) Alhamdulillah biarpun dah pun berlalu, bila ingat balik,i still feel that pain. :')

Allah tidak akan turunkan sesuatu ujian beserta hikmahnya.
Permulaan ujian, saya tak nampak apa-apa hikmah. Saya sedih. Saya menangis. Macam orang bodoh pon ada. Akhirnya bila hati dah tenang dan kembali dengan janji dan qadakNya, saya mula lihat satu persatu hikmahNya. Alhamdulillah..Semoga hati saya terus teguh dengan janjiNya.




 :')
Semoga memberi ketenangan pada kalian.
Ingatlah andai rasa tak punya siapa-siapa di sisi, Dia tetap ada.


Terasa Mahu Berkongsi..

Terasa ingin kembali menulis. kadang-kadang menjengah juga ke blog ni. Baca balik catatan lama.
Senyum sendiri.
Baiklah.
Terlaluuuuuuuu banyak yang ingin dcurah di sini.
Terlaluuuuuuuu banyak kenangan yang tak sempat disimpan di sini.
Kadang-kadang rasa menyesal sebab tak istiqamah menulis. Bukan untuk siapa-siapa. Sekadar simpanan peribadi :)

Mungkin hari ini permulaan yang baik untuk menulis.
Salam Nisfu Syaaban.
Khabarnya  buku amalan lama diangkat ke sana dan buka buku amalan baru.
Mungkin ini permulaan yang baik untuk saya kembali menulis.
Dan paling penting permulaan untuk perubahan.
Saya rasa cukuplah waktu yang tersia selama ini.
Saya mahu berubah.
Banyak yang saya siakan sepanjang waktu terluang ini.

Ada orang hidupnya bertuah.
Ada orang hidupnya cukup berliku.

tapi, ingatlah janji Allah- Dia menguji tanda sayang. Tanda kita dalam perhatian. Insya Allah.



LynnTheGudiGudiGurl: Saya tak tahu saya menghitung hari untuk apa.............

Friday, June 29, 2012

Tersedar..

bahawa saya sangat malas. dan saya mahu hapuskan tabiat ini. titik.

Sunday, May 20, 2012

Ya Allah..jujur sy memang sedih tapi masih boleh tersenyum..

Saya sangkakan semuanya akan berjalan seperti yang dirancang dalam fikiran. sekurang-kurangnya.
Tapi lebih teruk lagi rupanya.
Kenapa Ya Allah?
Layak ke saya nak persoalkan?

Segalanya memang membuka mata saya.
Saya memang tidak layak.

Jangan menangis.
Jangan menangis.
Jangan menangis.

Saya sudah tiada daya rasanya....

Sunday, January 1, 2012

1.1 2012

Happy New Year Peeps

Good Bye 2011.
My 2011's closing are terrible. and i still cant believe all this happened to me. just like very easy just like only one click on ur phone.

someone please datang tampar saya dan sedarkan saya...





Friday, November 4, 2011

Jumaat 4.11 2011

Sepertinya sudah sampai ke penghujung tapi belum ada putusnya.
dan biarlah aku mengandai sendiri
tapi hati masih belum mahu menerima dan biarkan sahaja apa yang berlaku..


Padam, diam dan teruskan hidup macam biasa.
Ya Allah, kekuatan aku denganMu