Thursday, August 20, 2009
Saya Tak Suka Cikgu Azlin Kerana.......
Minggu ni minggu last di sekolah.
Teringat masa kecik dulu, ada cikgu praktikum kat sekolah. Bila cikgu tu dah nak abis mengajar , dia mintak kami keluarkan satu kertas dan buat dua kolum. Satu kolum dia suruh tu tulis SAYA SUKA CIKGU DINA KERANA….. dan satu kolum lagi SAYA TAK SUKA CIKGU DINA KERANA…..
Katanya untuk kami menilai dia dari mata seorang murid. Bukan lecturer je boleh nilai. Murid pon boleh nilai jugak. Malah aku rasa penilaian mereka lebih innocent sebab mereka lagi dekat dengan kita. Bukan lecturer. kan?
So, mengambil pendekatan yang sama, aku buat juga kat murid aku juga. (Cikgu Dina, terima kasih)
Masih guna cara yang sama. Satu kertas buat kolum dua. Mind you..kelas aku kelas hujung, jadi aku tak harapkan mereka menulis bahasa sastera bunga-bunga cuma tulis dengan jujur. JUJUR. Jangan nak bodek aku sebab nak hadiah. Tulis saja apa yang kamu rasa suka dan tak suka dengan aku. (wehh, aku tak cakap aku-kau la ngan murid.)
Dah banyak kali pesan kamu tulis saya suka cikgu bukan cikgu cikgu lawa ke, baju cikgu cantik ke, cikgu baik ke. Tu ayat bodek tu.
Tapi..diorang buat jugak..Adoii. Apelah sangat budak 11 tahun boleh fikir kan.
Dalam 32 orang murid, tak satu pon cakap aku tak baik. Alahai. Tak payah cakap la, cikgu tau cikgu baik =). Kalo nak tulis semua sini, mau pitam aku. Dah la aku suruh buat dua kolum, dibantainya buat kad ucapan siap bunga-bunga, otromen, segala. Sabar jer lah. So aku ringkaskan sajer.
Saya suka Cikgu Azlin kerana :
1. Cikgu baik.
2. Cikgu tak garang
3. Cikgu peramah
4. Cikgu baik hati
5. Cikgu cantik
6. Baju cikgu kemas dan cantik
7. Cikgu comel
8. Cikgu selalu ketawa bersama saya.
9. Cikgu sayang kami walaupun kami bising
10. Cikgu penyayang
11. Cikgu nak balik maktab, sedihla.
Banyak jugak yang tak menjawab soalan. Malas nak taip kat sini. kang kontroversi.ahaha.
Saya tak suka cikgu Azlin kerana:
1. Bila cikgu marah.
2. Cikgu naik angin.
3. Cikgu pilih kasih
4. Cikgu tak bagi saya berjalan dalam kelas.
5. Tak ada
6. Tak ada
7. Tak ada sebab saya memang suka cikgu.
Malas la aku nak komen part saya suka cikgu Azlin tu. Bodek sungguh. Mentang-mentang dah tau aku nak bagi hadiah, kemain lagi yer korang memuji yer.
Satu jer yang buat aku terpaku..”Cikgu saya tak suka cikgu pilih kasih”. Sebenarnya inilah yang aku mahukan daripada mereka. Pengakuan jujur seperti ini. Dan aku tahu nota itu ditulis oleh murid perempuan. Eh aku pilih kasih? Nampak sangat ke? Mungkin murid tu murid yang jarang sekali disebut namanya dalam kelas.
Aku pernah main2 dalam kelas. Biasanya kalo aku mintak murid baca petikan dalam teks, diorang berebut-rebut nak baca. So aku terpaksa pilih secara halus
“Okey, cikgu nak murid yang paling cikgu sayang bacaaa….”
Semua diam. Terpaku. Tunggu siapa yang kena sebut nama. Aku seronok betul kelas senyap. (ingat senang ke kelas 5P nak bagi diam??) dan terlupa ayat aku tadi rupanya makan dalam..
“Azirullll”
Serentak, diorang mengeluh…
“Alaaaaaaa..cikgu sayang Azirul sorang jer.”
Mungkin sebab itu juga aku dikatakan pilih kasih. Ingat aku sayang Azirul sorang saja. Tapi bagus juga. Si Azirul, murid yang kononnya aku sayang tu memang baik betul dalam kelas lepas tu. Sebelum ni memang dia nakal. Kejenya asyik nak berjalan dalam kelas je. Peneguhan positif =)
“Azirul ni kan, rajin lah. Cuma nakal sikittttttttt je”
“Alamakkk..cikgu cakap saya rajin laaa”
Dan-dan tu juga buat latihan yang aku bagi dan murid pertama siap. Tengok..bagus kan?
Tapi takkan aku nak puji semua murid dalam kelas kot?? Plastik lah tu. Tapi kelas ni jujur aku katakan separuh nakal sikit, separuh nakal banyak, separuh nakal melampau dan yang betul-betul baik senyap seorang dua saja. Hebat betul aku bertahan dua bulan dengan diorang.
=P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Salam…Meh kita cuba formula yang dirumus oleh Dr. Wan Mahani Serologist/Clinical Research Development yang 100% suci dan asli…ia mampu mencegah dari H1N1…Botol kecil 5ml hanya RM20 termasuk pos dan Botol Besar 100ml hanya RM150 termasuk pos.. siap ada lab test no (Lab Testing No: QD2363-1 - Dijamin Suci) kalau sapa2 x percaya..
Tolong hebahkan pada sesiapa… lebih baik kita utamakan produk keluaran bumiputera yang terbukti halal dan suci.. Saya dah try pada keluarga..membantu meredakan masalah pernafasan..
Kalau minat klik pada http://miela77.blogspot.com
atau email pertanyaan pada Miela.77@gmail.com
Ikan pekasam Perlis RM28 (5bungkus termasuk pos) .. order di Miela.77@gmail.com
Salam,
Saya pun nak komen juga ler kat cikgu Lin...
1. Cikgu pakai baju kaler cerah jer sepanjang masa....
2. Anyway good luck...be the best cikgu..
3. Selamat berpuasa..
hey lynn name kita hampir sama..heheh teringin nk jmp lynn one day..
=)
salam.
lynn. akak pun nak buat macam itu jugaklah. hehehe...
lagi 3 minggu nak habis praktikum neh. nanti jumpa kat maktab oke. hehehe...
keristamingsari a.k.a Shah:
Wsalam:
hehehe
Selamat berpuasa juga!
naa:
yerr nama kita hampir sama.
jumpa kat besut la.baru syiokkk
hanis:
wsalam.
3 minggu. lamer lagi tuh..hee
teringt kasih lama...dah tua ..huhu(kiddin)
erm...kalo la bdk2 tahun satu boleh berfikiran series mcm bdk2 tahun 5 kan best...nk je sy wat muhasabah mcm tu...
actually sy ada je wat pilih kasih kt bdk2 nih..tapi sy taw diaorg taw sy ada wat pilih kasih..tp, diaorg tak penah pilih kasih dgn sy..adoi...jahatnya aku!!
lynn,
akak pun kadangkala asyik panggil nama budak yg sama,
tp tak bermaksud akak pilih kasih...
semuanya akak sayang...hehe
haha, bila baca nih teringat jugak cikgu2 kt skolah dulu..
Lynn,
Kalau ingat zaman persekolahan, rasanya memang nak kembali ke zaman tu, tiada masalah, tak perlu fikir nak cari duit, happy memanjang...pendek kata zaman persekolahan memang indah....apalagi cikgu yang mengajar...baik gitu....he..he..
SHAIKH:
ingat kisah lama atau kasih lama? heee
Alif Dal Mim:
hehehe kalo buat kat thn 1 rasanya lagi merepek diorang buat..hee
pilih kasih ni rasanya tak leh elak la..bkn semua nak ingt nama budak tu. yg selalu sebut pon mesti yang over nakal @ baik je..
heeee
cahayaqaseh:
tu la kan kak..pulak tu kita kejapje kat sekolah tu..
tapi lec ckp kalo nak menang hati budak, kena ingat nama diorang.
=)
jefry:
ahaaa mesti cikgu tu buat menda yang sama.
ni kaki bodek ke tak ni??
heee
keristamingsari
uh betul tu..wah rindu betul nak jadi budak sekolh balik..tak payah pikir aper2 dh
haha, sy bukan kaki bodek dlm kelas, tp kaki tdo..
Post a Comment