Fail BIG belum compile. Refleksi penanda aras belum buat. Presentation BMM belom prepare. Tapi, pening laaaa
Pening kepala. Ni bukan pening biasa-biasa tapi tahap pening kalo korang buat lawak super gaban pon nak senyum pon tak larat. Melampau kan. Tak suka.
Agaknya body dah tak tahan sangat pressure. Aku rasa start praktikum awal tahun dulu sampai sekrang, aku dah immune betul dengan tido sampai 3, 4 pagi atau kadang-kadang langsung tak tido 24/7. So, semalam aku merajuk kat diri sendiri.
So, kesian kat diri sendiri, paksa tido kejap tapi mana mungkin boleh lena pikir keje tak siap tambah hantu empat orang tu terpekik-pekik. Amenda tah yang seronok sangat. Tiap-tiap hari nak happy sokmo. Dalam sehari tak payah gelak boleh tak?? Nasib baik aku ni penyabar orangnya. Kalo tak, aku pasang surah Yaasin, biar mati panas. Tak pasal-pasal nak bengang orang nak hepi. kalo aku sihat sejahtera malam tadi, harus tambah sorang lagi hantu. eheeee
2.30 am. Dah bangun tido pon pening lagi. sampai muntah. abis keluar balik nasik dagang kak jie =P. emm. uhh.. dah lama tak rasa macam ni.dah lama tak rasa kena macam ni. Mahu tak mahu terpaksa telan panadol walopon dah janji xnak amik panadol kalo pening sikit-sikit. ingat boleh sambung tido tapi tengok keje tak siap, sambung buat. ni kalo ma tau, mesti marah ni. tapi bila tengok fail BIG berkecamuk entah hape-hape, terus makin pening. terus muntah lagi. kalo ma tau ni, mesti dia sedih ni.
Tapi bila pikir class start lambat esok, gigih buat lagi. konon lepas subuh ada can nak membuta.(oke, jangan tiru) tapi pagi-pagi dapat call "Tau kan, kelas start pukul 8 pagi". uhuk. musnah impian.
Bila camni, mula la rasa sedih tak tentu pasal. Tak nak dah jadik cikgu. ahahaha tetibe.
Motif entry?
Entah. Blog gadis-gadis (eeewwww) memang macam ni kot. Happy sikit nak tulis dalam blog. Sedih sikit nak cerita dalam blog. Sakit sikit nak mengadu kat blog. ni nasib baik je tak snap pic muka tengah sakit tampal kat blog.
Menyampah kan?
4 comments:
dah ni blog awk... tulis je apa2 yg awk nak... cuma jgn smpai cetus kontroversi dah laa... hehehe...
p/s: hati2 sbb kita bertanggungjwb atas penulisan kita...
Ahmad Syahril:
ehee
kadang-kadang terlupa yg ada org bc tulisan kita.
Gadis-gadis memang mcm ni la Laynn...Tapi ada baiknya kita cerita semua apa yang kita rasa. At least kalau tension, ada yang tolong redakan...Kalau happy,ada yang sudi berkongsi ke'happy'an itu :)
na shari:
hehehe
betul jugak tu gak.
at least ade tempat hilang tensen.kan?
Post a Comment