Tuesday, July 17, 2012

Tabah

Sebenarnya berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Tahun kedua memulakan kerjaya yang amat mencabar dan terlalu meletihkan.
Diposting ke sebuah sekolah cina yang mempunyai ibu bapa yang berpengaruh dan pentadbiran yang sentiasa mahu menjaga 'nama' dan kredibiliti buat saya penat berganda.
Paling haru diarah mengajar empat kelas corot yang punya bilangan murid tak kurang dari 35 orang yang rata-rata terdiri murid malas, biadap, tak hormat guru, langsung tak tahu berbahasa kebangsaan, namun punya ibu bapa yang cerewet yang apabila keputusan peperiksaan keluar datang ke sekolah bertanya guru kenapa anaknya harus mendapat markah demikian, demikian. .

Saya tahu, saya masih baru. Terlalu banyak pengalaman yang perlu saya kumpul sebelum saya melayakkan diri menjadi seorang guru yang betul-betul guru.


No comments: