Monday, October 22, 2012

Tips Menabung Cara Saya..

Sungguh la menyampah tips nak bagi. haha. Selama ni asyik baca orang lain bagi tips, tapi kali ni saya pulak berkongsi cara saya menabung..

Pernah dengar sistem sampul? Yup. itulah yang saya amalkan sejak dari zaman belajar. ASINGKAN DUIT DALAM SAMPUL IKUT  KEPERLUAN. Saya ingatkan cara saya ni agak kuno dan ketinggalan zaman tapi baru-baru ni terbaca ada tips yang bagi sebijik sama cara manage perbelanjaan dalam artikel dekat majalah mana tah. So, cara saya ni memang boleh digunapakai :p.

Caranya? Bile hari gaji, saya keluarkan hampir semua duit gaji saya dan saya asingkan ikut sampul masing-masing. Saya jenis tak boleh tengok ade duit dalam mesin ATM, rasa macam duit banyak lagi padahal duit tu dah memang ada kegunaannya setiap bulan. So, bila saya ambik semua duit saya asingkan baru saya nampak where my money go. Sobs. Bila dah buat macam tu baru disiplin sebab dah tahu mana duit tu mengalir. So saya ade empat sampul tetap sekarang (sampul tu saya guna angpau raya yang berlambak sekarang, hehe) sampul for petrol, sampul daily usage, sampul shopping, sampul saving bulanan (bile da banyak, transfer masuk akaun). Sejak saya buat macam tu, alhamdulillah saya jarang je terbabas setiap bulan.kadang-kadang je bila sampul shopping da kosong saya guna sampul petrol dengan niat nak ganti balik. tapi hampeh tak ganti-ganti. Bila saya buat macam tu, kerja saya jadi mudah. Saya tak perlu la nak rigid nak catat hari-hari saya belanja apa(tapi ini sangat digalakkan, tapi saya tak serajin itu huhu) cuma akhir bulan saya hanya cek sampul ade berapa banyak balance yang ada. Selalunya sampul for petrol je la yang ade balance yang lain non hadooo. haha.

Yang bayaran wajib lain macam sewa rumah, ASB, loan kereta, tak perlulah buat sampul sebab dapat gaji terus je masuk akaun diorang.

Lagi satu, cara menabung pun saya asingkan. saya ni jenis sistematik. Tak suka campur-campur. saya ada tiga tabung comel yang saya asingkan setiap tabungannya. hehe


Tabung ni khas untuk duit syiling saje. Tapi saya tak selalu menabung duit syiling. bila purse da berat sangat dengan syiling baru saya masuk dalam tabung. tapi tabung ni da nak penuh. Nanti nak pergi Ambank nak masuk dlm akaun. :)


tabung rice cooker saya beli dekat Mydin Kuantan. haha. dalam ni saya letak not RM1 sahaja. Kononnya dulu nak letak RM1 sehari tapi hampeh. Bile dalam purse byk sangat dengan RM1, barulah masuk tabung ni. Tabung ni kecik. Pun dah macam nak penuh.

tabung kesayangan. sebab kesayangan lah agaknya tabung ni x pernah penuh. hehe. sebenarnya tabung ni saya buat khas untuk tabung supplement. haih macam-macam kan. tiap bulan saya memang letak dalam tabung tu paling kurang RM20 supaya bila stock supplement saya da habis, saya boleh gunakan simpanan ni. Jadinya tak adalah saya terbeban sangat nak beli supplement serentak pada bulan tu. 


Saya suka tengok duit. Saya suka simpanan. Saya susah hati kalau saya tiada simpanan setiap bulan. Tapi saya punya keinginan kadang-kadang macam dinosour. Haih. Semoga lepas ni lebih berjimat-cermat. Azam setiap bulan. Poyo sangat aih. 

LynnGudigudiGurl: Esok nak keluarkan zakat pendapatan. biar gaji sikit tapi berkat :)

1 comment:

Che Cha said...

best pulakk!

aku pun ada pernah wat sampul2 asing duit, guna sampul raya. hehe bila tgk sampul penuh rasa hepi gileee!

tp akak aku tegur cara aku yang terlampo simpan duit sampai kategori kecil pon nk gi makan pon aku letak sampul aku sendiri. haha.

skrg ni aku x asing pon, just bayar hutang dulu, baru aku guna. :D

btw, terasa nk beli dua tiga tabung comel buat cam ko la. best jugak!! good idea!