Scary huh.
Hari ni masuk hari ke empat aku berdetox. Detox dengan ambil Juvanex 7 Days Program.
Sepanjang empat hari tu aku tak sentuh nasik langsung. Sungguh kental semangat aku. hoho
Tapi sepanjang empat hari tu memang banyak la dramanya.
Nak nasik nak nasik nak nasik nak nasik.
Hari-hari hadap buah, sayur, sup sayur.
Tapi anehnya, masuk hari keempat perasaan nak makan nasik hilang terus.
Rupa bentuk Juvanex. Rasa dia tekak aku tak boleh terima sangat. Tapi aku kentalkan hati.
Semua orang ingat aku nak diet. Tak ada maknanya badan sekeping nak diet
Ini semua kerana timbunan toksin dalam badan yang aku rasa agak melampau.
Sebabnya aku selalu sakit kepala, stress, jerawat xhenti-henti.
So, aku nekad nak ambik Juvanex.
Pastu barulah continue makan supplement yang berbotol-botol tu. Kate nak kawennn kann. ahaha
Fourth day.
Bangun pagi aku noticed ade jerawat baru kat muka. Banyak ok. Aku kira ada 8 ketul jerawat yang baru hendak kemerah-merahan. Teramatlah takut diri ini. Bayangkan kalau hari ini ur wedding day, bangun pagi jerawat berketul-ketul kat muka. Tobat aku nangis. huuu
Tapi aku tenangkan hati..Ni semua healing crisis. Katanya badan dah bertindak balas dengan detox aku buat tu. So kena kerap minum aku. Yes, aku admit, dua tiga hari ni water intake tersangat la kurang. Sebab aku malas nak ulang alik g toilet. Boleh gitu. hehehe
So, aku nekad nak teruskan program ni sampai habis. Hariz agaknya dah bosan agaknya, hari-hari aku mengadu teringin nak makan nasik tapi degil xmo makan nasik. hehehe
Lepas habis program detox, sambung makan vitamin C, vitamin E, vitamin B dan ESP Shaklee. dan juga Kordel;s evening primrose oil.
Please la muka. tolong la glowing menjelang hari bahagia ku nanti. Ahaks.
2 comments:
nnt nak tengok gambar.. hehe nak tengok perubahan :)
Insya Allah hehehe
Post a Comment