Seperti yang ditetapkan oleh hati sendiri dan family, plan untuk warna tema kawen saya iaitu Yellow Mellow diteruskan. Disebabkan majlis saya bulan 11 kelak, so saya terpaksalah memberi tahu lebih awal kepada seluruh kaum kerabat bahawanya saya mahu mereka memakai pakaian kuning. Biar silau orang memandang family saya pada hari tersebut. heee
Saya sebagai pengantin sengkek hanya dapat mensponsor untuk ma, abah dan adik beradik sahaja. Makcik, pakcik, sepupus sepapat sorilah pengantin tak cukup budget :P
So untuk pakaian family lelaki saya tak kisah sangat. Nanti time sale kat Sogo (lagi-lagi nak raya nanti !) boleh lah saya merembat sepasang dua untuk mereka. Eh jap, saya hanya ada abah, abang dan abang ipar sahaja lah. HAHAHA. Nasib baik abang-abangku bukanlah kaki demand nak Armani Exchange, Topman, Gap mahupun Zara. Kalau dibelikan Renoma, Polo mahupun Padini masih mahu dipakai. Legaaaaaa di situ :)
Yang saya kisahkan adalah untuk kakak-kakakku ini. So terpaksa mencari kain pasang lebih awal sebab nak tempah jahit lagi, nak tampal lace lagi dan kalau rajin nak buat beadings (kalau rajin tapi saya sure sangat mereka sangat malas macam saya ) so bermulalah pencarian kain pasang berwarna KUNING.
Untuk kain pasang, family saya memang suka membeli di kedai-kedai india di jalan pasar besar, Kuantan.
Kalau anda orang Kuantan mesti perasan ada deretan kedai kain depan KFC Jalan Pasar tu.
Since kami memang regular customer kat situ, senang la nak bargain harga.
Contohnya untuk semeter kain pasang plain (alaaa tak ingat nama) RM10 tapi atas dasar regular customer dapat RM 7 semeter. Banyak kan dapat penjimatan di situ :)
Saya tak tahu pesen baju nak dibuat tapi masing-masing ambil 4 meter setengah seorang. Katanya nak buat mermaid skirt. Haii jangan jadi kain dugong sudahhh. hahaha
So total untuk kain pasang kakak-kakak saya RM 91.
Dan saya membelikan untuk diri sendiri warna hijau lumut untuk dipakai hari raya kelak. heee (psst: baju raya tahun ni 36 hengget sepasang sajaaa, wakakaka. Tapi nak deco sampai nampak 236 hengget. tudiaaaa. kekekek)
Lace untuk tampal kat baju diorang saya tak bagi beli lagi sebab biar siap dulu baru ukur berapa banyak nak guna. Nanti membazir kalau lebih. Hahaha mentang-mentang guna duit sendiri habis menda aku monitor.
The kain pasang. Kuning itu taik gigi. kata abah. haih apa-apa jelah -_- |
Yup seperti saya tegaskan sebelum ini, saya bukan impikan perkahwinan yang gilang gemilang pon tapi since ini adalah yang pertama dan terakhir (insyaAllah dengan izinNya) dalam hidup saya tak mahu majis saya ala kadar dan nampak rongak sana sini. Biarlah majlis ini jadi kenangan paling indah untuk dikenang oleh saya dan bakal suami.
Walau apapun, saya harapkan barakah dan sakinah dalam perkahwinan ni. Sesuatu yang dituntut agama pastilah ada hikmah di sebaliknya bukan :)
Lain orang, lain citarasa. Lain pendapat. Ada orang sanggup berhabis sehabisnya untuk majlis kawen supaya nampak gah namun saya tidak lah sampai macam tu. Life after marriage lagi penting kan.
Saya harap saya masih berada di landasan yang betul.
5 comments:
tol tu life after marriage lagi penting
tak perlu berhabis sangat
cukup ala kadar je
jemput meriahkan blog saya ye
umielman.blogspot.com
xpe slow2 bln 11 lmbt lg ada masa hehe
Lynn, kaen tu jenis kaen ap ek?
Sya xde idea g nk beli kaen ap utk fmly.. huhu
BTW, Sya br foLLowblog Lynn. Nnti follow Sya jugak ek~
sya-orked.blogspot.com
norlidawati: kan ..hehheh nanti sy follow :)
feyqa: itulah. tpi rase mcm mase da xcukup sngt huhu
sya: tq. sya.. tak pasti la kain jenis pe tapi macam satin+ lycra. kain die lembut n jatuh. cantik jugak walopon murah :). surveyla kat kedai kain hehe
kuning itu taik gigi =____=
Post a Comment