Aaaaaaa takotnyaaaaa lagi 4 months nak gaji tapi barang hantaran satu pon tak beli lagi.
Kononnya nak beli masa sale raya tapi malangnya semuaaa tak mendapat tempat di hatiku.
Semalam ke Midvalley. Sebab utama nak pergi tengok handbag dekat Charles n Keith. Satu pon aku tak berkenan.
Bila dah kat Charles n Keith semuanya tak cantik, then where to go? Aku da start serabut.
Kemudian masuk
Guess- tak lawa
Zara- tak lawa
Mango- tak lawa. lagipon remaja sangat brand nih
Renoma-tak lawa
Sembonia- Agak lawa. Buleh dijadikan optional. Tapi masalahnya over the budget :(. Seyesly i wont spent large amount (for me la) untuk bag hantaran since aku paham sangat kualiti beg pvc sekarang. Pakai dua tiga kali terus menggelupas. I hate this. Lainlah beli leather. Tapi kau mampu keee? Sobs.
Carlo Rino: Aku pon tak paham kenapa aku tak minat sangat dengan carlo rino . mungkin sebab cikgu-cikgu memang suke pakai carlo rino jadi macam aku pon da tak minat nak beli. Boring weh pakai brand sama dgn orang. Amboi tak nak sama ngan orang, pergilah beli Michael Kors sebijikk. kihkihkih
Elle : Dalam senarai jugak. Tapi tak jumpa yang berkenan lagi
Lepas raya kena hunt lagi. Mintak-mintak la ade la yang berkenan di mata dan berkenan di poket. haha
Bila dah rase macam susah2 camni aku rase nak tukar hantaran handbag dengan menda lain. Tapi apekahhh?? Alahai.
Jam tangan. Pon macam tu jugak. Masih tak jumpa apa yang dihajati. Taste nak tinggi tapi nak yang murah. Banyak cantek muka haku kan. kehkehkeh.
Fossil, Guess, Elle. Masih tak jumpa yang cantik. Pening wehh
Mungkin sebab aku puase semalam mempengaruhi mood nak beli. Ape kaitan pon aku tak paham hahah
Ok la. Lepas raya aku kena betul-betul kena beli dah. Jangan nanti main rembat je. Menangis laaa jawabnya
3 comments:
gud luck dear...huhu.ada masa lagi tu.
wah kena cpt2 cri.. jgn mcm fiqa, tgl lg 48 hari je tp kasut hantarn en tunang tak cri lg nih huhu
Beg dr cardin lawa lynn..harga pun ok ok...cntik2 plak tu
Post a Comment