Hehehe. Tajuk sudah menggambarkan segala apa yang aku nak tulis.
Minggu lepas dengan semangat membara nak survey barang kawen, aku bangun awal pagi sediakan breakfast. Ahaha buat sandwich je padahal. Kejutkan Hariz dan ready nak pergi survey.
Konon nak pergi pagi pukul 12 jugak geraknya. So tempat pertama yang dituju haruslah ke Wangsa Walk sebab nak pergi tempah cincin Hariz kat situ hajat nya. Tapi malangnya kedai emas Refa itu sudah ditutup. Haaaaihhhh. Patutlah aku berpusing-pusing cari tak jumpa. So kami pon masuklah ke Poh Kong.
Rupa-rupanya memang susah nak cari cincin lelaki ye. Design kat Poh Kong satu pon aku dan Hariz tak berkenan. Kalo berkenan pon size tak ada dan perlu ditempah.
Oh ye rate harga cincin silver kat Poh Kong bermula RM 199- RM499 camtu la. Harga tak boleh negotiable. Fixed price.
Aku ade berkenan sebentuk cincin kat situ tapi tak ada size Hariz tanya pada salesman boleh tempah dalam sebulan siap. Nasib baik lah aku dikira masih awal juga mensurvey cincin nikah ni. Tapi aku tak tempah lagi. Masih lagi semangat nak mensurvey. Hehehe.
Kemudian, kami gerak ke Sogo. Ya Allah ramainya manusia. mungkin weekend last sebelum ramadhan orang pakat ambil kesempatan nak beli barang raya. Abaikan yang itu sebab aku tak niat nak beli apa-apa pun kat situ. Masuk Pok Kong kat Sogo. Design cincin kat situ pon lebih kurang sama yang ada kat Poh Kong Wangsa Walk. Dah nama pon kedai sama kan. Haiyaaaa. ahaha
Kemudian terus ke Pertama Kompleks. Kat situ ade kedai emas-tak-tau-nama . Aku masuk. Cina kat situ tunjuk cincin untuk lelaki. Katanya ade campuran emas putih. Ingat ye, lelaki Muslim tak boleh pakai campuran emas even itu emas putih. So konfem-konfem la tak boleh beli.
Kemudian pergi Cincin Emas Sirih Pinang kat Semua House. Kat sini aku rase nak gelak. Cincin rege asal RM999 pastu katanya ada sale 50% +20 % so rege cincin tu jadi RM3++. Hahahah apesal tak tak taruk je harga tu. Macam-macam cara nak tarik pembeli. Hadoiii.
So, servey cincin nikah pending dulu.
Aku ade like kat FB page AnggunKlasik yang buat cincin ni. Macam lawa dalam pic tapi aku jenis tak percaya kalo tak tengok sendiri. Kedai dia ada kat Shah Alam kalau tak silap. Insya Allah lepas raya ni nak ajak Hariz pergi tengok sendiri lah.
Nak tempah cincin couple pon boleh. Material dia silver.
Tapi harga tak tahu berapa -__-
Design ni aku macam dah berkenan tapi yang nak pakainya Hariz. so kena tanya bossss
Tengah serabut-serabut fikir pasal cincin tu, Hariz called mak dia. Katanya TAK PAYAH BELI CINCIN MAHAL-MAHAL KAT HARIZ SEBAB HARIZ TAK PAKAI. ahahahahahah terbaikla mother in law.
Kang aku beli cincin siver kat booth cincin silver tu je kang haaa. hahah.
Hariz pon tak beria sangat pasal cincin sebab katanya lepas kawen dia tak nak pakai cincin sebab rimas tapi aku wajib pakai cincin. BANYAK CANTEKK !!
Ah tak kira wajib dua-dua pakai cincin pas kawen.nanti orang ngorat !
Aku pon jenis cepat rimas pakai cincin. Cincin kat jari paling lama bertahan seminggu pastu aku simpan masuk kotak ehehehe.
Lagi, servey perfume dan jam tangan. Kata Hariz jam kat Pertama Kompleks murah. Aikk murah tu sebab tak ori ke? Gred AAA ke? TAK NAK pelis !. Barang hantaran kawen beli yang fake? NO WAY!
Tapi aku g survey dan tanya kat owner kedai jam rupa-rupanya jam kat situ memang murah sebab harga sewa kedai yang murah berbanding mall. Koleksi jam pon tak banyak sebab dia memang ambik sikit untuk satu-satu brand. AKu focus kat Fossil ngn Elle je. Lain-lain brand tak mendapat tempat di hati. Mungkin Guess akan masuk senarai. Design kat Fossil outtt. Langsung aku tak berkenan. Sama jugak dengan Elle. Tak ada rupa ciri-ciri jam nak dibuat hantaran pon. Sigh.
Perfume. Same jugak macam jam. Aku pada mulanya ragu-ragu perfume kat situ ori ke? Haih. Untuk hantaran, Hariz dah request Gucci Flora sebab wangi kataya. hehehe. Kena beli ikut cita rasa bakal laki. dia yang nak bau. eeeee gedik kakakakakaka. Untuk Hariz, aku request CK. Bau dia tak strong sangat macam CK yang dulu-dulu. Tapi kami tak beli lagi. Nama pon servey kan.
The next day. Aku keluar sorang-sorang naik lrt pergi Semua House semata-mata nak servey dulang hantaran dan bunga. Too bad, apa yang aku nak semua tak ada kat situ. huhuh. Nampak gayanya kena cari kat lain. Banyak lagi kedai kat KL aku tak terjah ni. ehehe.
So far, aku dah lega sikit sebab at least dah buat servey sikit-sikit. Tak lah lost sangat bila time nak g beli nanti. Untuk handbag, kalau aku rajin lepas sekolah nak pergi MidValley nak tengok handbag. Niat di hati nak Coach sebijik hahaha tapi apakan daya den tak mampu. So Charles n Keith jadi pilihan. Harap-harap ada yang berkenan. Nanti nak survey online dulu kat Charles n Keith..:)
Oh ya, tengkiu pada blogger b2b yang singgah kat sini. Nakkkk sangat berkunjung ke blog korang n link kat blog aku nih tapi mase tak mengizinkan sangat-sangat. Akan buat. Janji !
So sesapa yang tersinggah kat sini, tengkiu n welcome. Gud Luck yer dear :)
p/s: aku dah tempah goodies bag n buku doa untuk tetamu.percuma kad kawen pada harga yang murahhhhh sangat. Nanti aku updet later. :)
4 comments:
wah bagusnye byk yg dh survey ye bagus2.. fiqa ni lg sebulan lebih je doorgift pn xsiap lg huhu
husband syud pakai cincin RM20 je. haha. tapi siap carving nama kitorang dekat dalam dia :)
alasan dia; "lelaki takyah pakai cincin mahal2. perempuan tak apa. dah macam mahar untuk isteri"
sorry nyibuk, xniat nak promote pun, tapi dilema kite sama dulu. haritu ade tgk2 kan utk tunang saya, ade amik ilham kat sini https://www.facebook.com/tempahcincin
tapi cost diorang agak mahal dan diorang bertapak kat melaka. last2 kitorang beli online jek yang murah sbb cincin silver senang nak cari.
Yang sedang mencari cincin kawin,,kunjungi cincinkawin20.com
Post a Comment