Monday, October 21, 2013

Dugaan sebulan nak kawen : Kena kayap :(

Astahfirullahalzim...
Dugaan Allah bagi  macam-macam cara. Sekarang ni aku selalu diuji dengan masalah kesihatan. Selalu sangat penat,  sakit kepala dan paling terbaru..kena kayap :(

serius aku tak tahu pun tu kayap bila naik merah-merah kat kawasan peha. Sikit je merahnya tapi sakitnya pelik. Panas, pedih dan sebelah badan kanan aku rasa lenguh dan teramat sakit. even nak sapu badan dengan tangan pon rasa sakit sangat.

Akhirnya ke klinik. Doktor sahkan kayap. Aku terkejut sangat2. Tak pernah terpikir akan dapat sakit tu. Doktor cas RM 185 untuk painkiller, antivirus dan ubat cream.

Balik rumah makan ubat, esoknya kat peha merah-merah makin banyak dan makin sakit tubuh. aku pegi klinik lain. Doc cas RM 56..

Atas nasihat kawan-kawan, aku balik berubat kampung.
abah bawak jumpa kawan dia yang boleh berubat kayap. Kata pakcik tu memang musim kayap sekarang. huhu
dia baca doa pada sireh n air. Disebabkan kayap aku tu kat kawasan peha , dia tak boleh ubatkan. So abah la yang kena makan sireh tu and sembur kat kawasan kena kayap tu. Terima kasih abah :)

dan ade dia bagi bedak sejuk dan suruh cari tiga jenis daun kampung (tumbuk dan sapu pada kayap) aku tak ingat dah daun ape huhu..

Tapi lepas dua hari, kawasan kena kayap tu dah kering. Alhamdulillah.
Usaha cara moden dan kampung dengan izin Allah. 
cuma badan masaih lagi bisa2 :(
Kuat sungguh penangan kayap ni. Memang dia attack segala saraf kat tubuh. :(

untuk b2b sila la jaga kesihatan ya korang. Tak guna wat preparation kemain tapi bila hari bahagia korang jatuh sakit sebab xjaga kesihatan. tapi ditakdirkan jatuh sakit tu di luar kawalan kita. Banyak-banyak doa :)

7 comments:

shaFazie said...

semoga cepat sembuh yerk lynn..
azie pun tk brp sht nie asyik demam..hari makin dekat nie ..risau lak

Amy A. said...

biase la tu! org dlu nk kawin 2bln lps bertunang tiba2 ade sakit kulit, lps tu g klinik doctor kata ade ekzima..tiba2 boleh ade slme ni xde..huhu...tp lps kawin Alhamdulillah hilang..hormon stabil org kata...

Krimmutiarabumi said...

Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk kayap. Disapu pada kayap terasa sejuk saja. Hilang rasa gatal dan pedih. Dalam masa 1 @ 2 hari insyaAllah kering, kulit boleh dikoyak keluar tnggal kulit baru. Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi. Harganya cuma 12.00 saja..Hj Man 013438413..T kaseh. 

Nuriesya Nadia said...

Semoga cepat sembuh. Dugaan nak kawen. Huhuhu.

p.s : singgah BW dan follow. :)

Krimmutiarabumi said...

Hp hj man yg betul 0134389413..cubalah hrganya sgt murah cuma rm12.00 satu celepa 100gm..tk

yolanda diego said...

jd skrg mcmne? dh selamat kawin ke ni? kayap dh ok?

twinscraftlife said...

안녕하세요! Hi~! this is twinscraftlife^^ We sell handmade crafts^^ pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요^^ twinscraftlife.blogspot.com