sahabat yang seorang itu jauh di mata, kini jarang sangat bersapa, tapi sumpah yang sentiasa dekat di hati.
Sedang bersedih. Aku tahu lukanya dalam. Teramat dalam. Mana mungkin sembuh semudah orang menyebut dan meminta. Jika aku berada di tempat kamu pon aku tak pasti aku boleh bangkit kembali, teruskan hidup macam semua tak pernah jadi. Tapi aku tahu kamu kuat.Dan kamu harus kena kuat.
Kamu tahu kamu akan terus dalam kenangan dengan dia kalau kamu tak punya seseorang yang ganti tempatnya. Dan aku takut kenangan itu terus menghantui..Cakap senang. Cari pengganti dia. Ingat macam pilih baju dekat butik. tapi bagi aku itu sahaja cara paling mujarab. Sungguh. Selagi tak punya orang lain kita akan tetap kisahkan dia.
sebab aku pernah melalui. setahun buang masa untuk orang yg waktu itu sedang gembira sedangkan aku macam orang gila stalk life orang. Dan aku rasa ini normal. stalk life ex. tapi aku harap kamu tak ambik masa yang panjang macam aku. setahun yang sia-sia. setahun yang bodoh. setahun yang macam orang gila.
kalau kamu baca coretan ini aku pohon cari orang lain. (ya betul, jgn lupa tuhan, letakkan Dia no 1 dan biarkan saja jodoh datang sendri)
ingat. jodoh tak datang kalau tak cari.
tak salah pun kalau kamu pegi tegur/chat org kamu suka tu dulu. Jangan nak jual mahal sangat lah !
aku doakan kamu. Aku nak kamu bahagia.
No comments:
Post a Comment