bila dah letakkan sebelah kaki dalam dunia cikgu ni
aku dah warn awal-awal pada diri sendiri.
kena kuat. kena sabar.
banyak benda aku nak bisingkan kat blog.
pasal lecturer yang observe practicum aku kali ni. dia hensem tapi sinikal. ni yg aku lemah main sinis-sinis ni.ape motif nak bagitau dia hensem? hakss
pasal lecturer yang observe subject minor aku adelah yang agak anti dengan aku dan partner. ahah. macam mana dia tak anti tym dia mengajar aku ngn elis sembang+main manjang. kali ni nak selia aku mengajar. mampos.
pasal GB, penolong kanan yang awet muda. sumpah. kalo korang tengok menangis tengok body cam anak dara. hehh
pasal aku bangun AWAL PAGI SANGAT-SANGAT sebab nak rush pergi sekolah.
pasal hidup aku dah mula kacau-bilau. makan tak berapa nak menentu. semalam laundry untuk seminggu buat pukul 2 pagi sebab dah tau waktu lain lagi bz. housemate aku lagi kesian. mengigau nak pergi sekolah. pukul 4 dah siap mandi nak pergi sekolah tapi pelik tengok kat luar gelap lagi. hadoiiiii.
pasal makanan kt kantin tu tak best. pakcik kantin tu pon macam tak kisah hygine sangat. lalat depan mata hinggap kat kuih pon tanak halaukan. hemm
pasal hari sukan dah stat . aku dah pegi train budak dah pon.
pasal murid moral aku yang cuma 9 orang je. 3 orang asli, 3 india dan 3 singh. rasa macam senang kot nak 'tekel' diorang.
pasal aku pergi borong tudung ekin banyak-banyak sebab senang nak pakai pergi sekolah if ditakdirkan aku terlambat bangun. so far tak ade lagi la terlambat. tapi tanak la wehhhhh.ehee.
pasal cikgu kat sekolah tu kannnnn opppppppp ngumpat ngumpat tak baik. hahhaa .....
ahh banyak lagi laa. baru seminggu tu.
lain masa cerita.
okeh. nak pergi wat keje
two lesson plans to go
penatnyaaaaa....
pagi-pagi aku selalu ikhlaskan hati. seikhlas-ikhlas nya.
supaya penat aku ni, penat berbaloi. dunia dan akhirat. amin.
How about your first daya at school?
Tanak cerita pasal first day kat sekolah sebab semalam balik sekolah terus terjelupuk pengsan.
Aku nak masuk contest lah. contest yang en mie yang buat. blog dia dah lama aku follow. sejak dia kat mesia. pusing dunia naik kapal pastu balik mesia balik. sebab katanya dia nelayan. seingat aku lah, dia yang kata macam ni. bukan aku yang kata. bes kan nelayan sekarang? pergi tangkap ikan sampai pergi habis keliling dunia. kalo camtu la kan aku pon nak. aku tak tau lah kot2 sekarang dia dah tukar propesyen jadik ketua lanun ke pulak hohoho.
so sekarang dia bermurah hati nak buat contest. senang pulak tu. so sape2 nak join ikut jelah syarat2 kat bawah. join jela weh. bukan susah pon. tak patah kot jari korang wat entry ni pasal contest ni.
#xkisah la sama ada hendak follow atau tidak blog ni, janji ada blog.... tapi dalam entry anda, sila nyatakan referrer anda....
#postkan banner atas ni pada entry &sidebar blog dan link kat blog aku!!!sila tinggal link entry kat bahagian comment....
#tarikh tutup pada 13 February 2010 (before chinese new year)
# 2 hadiah untuk cabutan bertuah &1 hadiah untuk referrer terbanyak (ajak la member2 join skali) so, sila tulis souvenier dari negara mana yang dihendaki!!!pilih satu sahaja, antaranya....
@japan
@barbados
@korea
@egypt
@france
@USA
baru jenguk semalam dah banyak orang join tapi saya tetap mau join. dah name pon lucky draw. sape luck dapat la.
Saya mahu Japan!
p/s: weh korang, kalo pergi Giant pastu barang korang penuh satu troli jangan pergi bayar kat kaunter 10 ITEMS AND BELOW okey. tolong kesian sikit kat manusia tak berduit macam aku ni. dahlah beli sikit nak tunggu engkau orang bayar sampai rasa nak merusuh. panas betul la.
sebab esok dah kena pergi sekolah
nak pegi didik anak-anak bangsa jadi orang berguna
kalo orang masih kata kerje cikgu mudah aka gampang
aku dah malas nak kate ape dah.
yea. bermula esok dan tiga bulan berikutnya, warga sk w*ira jaya, sila hadap muka ini.
nak taknak tolong terima. ehe.
ini praktikum ketiga. pertama dan kedua aku dah tempuh dengan berbagai rasa. ketawa dan air mata. penat-lelah jangan cerita la. ehh bukan mengungkit. haha drama sungguh.. tolong eh partner/housemates kali ni kita jgn buat peel lama. takkan tiga bulan kot kita tanak tido malam-malam buat lesson plan, teaching aids? aku dah insap kot. hee =D
doa-doakan ek. moga aku tak tersasar.
pesan saya pada cikgu classmate saya pastinya:
cikgu-cikgu, awak jangan nakal sama naik dengan budak eaa. malu sikit
p/s: black beauty kat atas sanggup xpakai simpan nak pergi sekolah. haha. dari kecik sampai ke tua besar, nak masuk sekolah mesti nak ada barang baru. at least pemadam baru sebijik pon tak ape. haha. sampai pencen la aku bawak habit nih =D
Tadi.
masa mahu keluarkan kereta dari garaj,
saya terlanggar pasu jiran. dan pecah
bukan pasu itu yang nak dikecohkan.
pecah berapa bijik pon saya tak kesah.
maksud saya, saya sanggup ganti.
tapi
ini kereta.
kereta yag abah bagi untuk setahun ni.
sudah terguris terkena pagar
masih ade kesan calar walau jiran dah bagi car polish
baikkan jiran saya, dah pecahkan pasu pon masih mahu menolong.
saya tak panik pon. hah yer la tuh.
cuma saya menulis entry ini dengan hati pecah lapan, calar-balar, remuk-redam,
awak sudah hilang hensem sikit. bukan yang kuning. tapi yang putih tu. =_=
selagi kesan calar tu ade, selagi tu aku takleh pandang keta. biar pon joe kata takyah hantar kedai , aku tetap nak hantar jugak T___T.
clasmates main teka-teki ni. dari kelas bawak ke fb.
bengang betul la sampai ke sudah taktau jawapan.xphm konsep sebenarnya.
kebenda tah.
kereta 2 ringgit.
moto 2 ringgit.
basikal bape ringgit?
jawapan: 3 ringgit
spek 10 ringgit.
topi keledar 11 ringgit.
selipar jepun bape ringgit?
jawapan: 12 ringgit
pisau 4 ringgit.
pasu 3 ringgit
lampu bape ringgit?
jawapan: 4 ringgit
weiii.. ape nii??? geram nak tau jawapan. tapi malas nak pikir. ade sape tau tak? diorang belagak taknak bagitau +___+
#happy weekend ppl! minggu ni aku tak ade weekend siottttt. hari ni kelas, esok pon kelas macam biasa.aku ikhlas kot esok pegi kelas. ikhlas. ye lah. ikhlass. tskkkk
Mata aku sepet. Tah ikut generasi mana tah. Ikut belah ma kot. bila aku risik ngan ma keturunan dia di zaman dahulu kala dia kata ada cina sikit, india banyak. Tu pasal kot aku bila pandang sekali cina, pandang dua kali india, pandang tiga kali , tak pandang-pandang dah. Dah. Merepek benda ape ni?So aku andaikan yang cina tu ada bau-bau bacang ngan Jackie Chan dan yang yang India tu ada kena sipi-sipi dengan Shah Rukh Khan. wawawawawa.
Aku dah ulang-ulang fakta auta ni kat housemates sampai diorang dah hapal beserta menyampah tahap dewa dengan aku. hahahaha.
Mata sepet ni ade pro ngan kontra nye.
Kontra:
1.Macam aku, ramai dah kot orang kata mata aku garang. .sekali jeling ha tertanggal jantung tak bleh masuk balik dah. . tak pe aku suka. Ehee. Siap la kau laki student aku esok-esok. . hari-hari la kutip jantung.
2.Lagi kalo pompuan masalahnye dengan mekap la. Tau tak mata sepet susah nak mekap??? Tak kira la ko tonyoh banyak mana eye shadow ke ape, still tak nampak ape-ape. Rugi. So buat je macam aku. tak yah pakai pape. Sonang. Pakai ke tak pakai ke sama je. Hahaha padahal dah give up sampai ke sudah tak reti sampai dah nekad nak masuk kelas mekap satu hari nanti. Kehkehkeh, terbocor satu azam 2010.
TIPS: Bila dah mata sepet, jangan pakai eyeliner waner itam. Nanti muka jadik super gothic.. Tapi pakai waner dark brown takpon white. Cam pelik kan?
Ahaha. Padahal aku pon tak pakai. Ade hati nak suro orang pakai.
3.Mata yang sepet selalu disalah anggapkan sebagai tido/pejam kalo ketika berbaring. Aku banyak kali kot kena. Selalu sangat aku layan tv sorang-sorang kat ruang tamu pastu selamba sahaja abah aku tutup tv walhal aku tengah focus gila kat tv.
“abah, kan ke kita tengah tengok ni”
“lahhhh..ingat tido.”
Uhukuhukhuk.
Pro:
1.Walau dah berapa hari aku tak tido (aku penah tak tido 3 hari straight gara-gara Nescafe. Macam mayat hidup.) aku still tak dapat eye bag. Tak dapat mata panda ponnn.ehe. belagak. orang lain aku tak tau plak cane.
2.Em lagi, kalo si sepet-sepet ini menangis sebab layan movies sedih atau terbuat movie sedih dengan kekasih hati tak guna, memang ajaib orang tak perasan yang kita dah nangis malam tu. Boleh simpan air liur untk menjawab pertanyaan orang yang concern atau busy body.
3.Yang ni mungkin bonus bagi lelaki sepet.pompuan adelah suka lelaki bermata sepet. Ini adalah kajian rawak ke atas beberapa responden. Comel katanya. Tapi aku berkecuali. BERKECUALI. sebab entah. Sebab tanak gugur jantung kot. lol.
4.Korang boleh belagak engko adalah anak campuran Korea belah mak dan Jepun belah ayah. Tapi kalo orang tanya aku aku ade darah cina ke rasa nak tampar je. dah nampak kulit ala-ala nak rentung. Lagi mau tanya ke. Agak-agaklah weh.
5.Alasan paling jitu kalo nak mengelak dimarahi sebab kecuaian diri sendiri. Contoh: kenapa kau langgar lampu merah tu haa?sape nak bayar saman ni? Jawablah dengan sedih: mata aku sepet. Tak nampak. Hohohoho.
So, kalo korang nampak banyak sangat typo dalam entry2 aku. aku mintak mahap. Mata aku sepet. View dia tak luas . hahahahahaha.
Okelah, tak kiralah mata korang sepet ke bundar, buntang ke, bersinar bak bintang kejora ke, hargailah nikmat Allah ni. tak semua orang yang beruntung memiliki nikmat ni..
Dan aku paling sayang mata sepet aku sebab mata aku tidak rabun. Itu fakta yang sangat membanggakan anugerah paling aku sayang (walaupon aku selalu gatal pakai spek tipu sebab nak cover tudung tak jadi =P). Aku adelah manusia clumsy. Tak dapat bayangkan betapa kelam-kabut hidup kalo dengan spek. Inikan tanpa spek pon dah selalu kelamkabut. Haih.
Tapi, kadang-kadang aku suka je tengok org dgn spek. Nampak mcm bijak. .aha. tak ke bangga tuh?
Petua jaga mata-bc Quran, lihat pokok, makan carrot, titiskan eyemo. Yang tu je aku tau. Ade lagi tak?
UPDATED: hadoiii, aku remove semua gambar. that man from mars sudah perli. dan sy sudah panass. ahaks. sori!