Sunday, January 31, 2010

Esok bangun awal



sebab esok dah kena pergi sekolah
nak pegi didik anak-anak bangsa jadi orang berguna

kalo orang masih kata kerje cikgu mudah aka gampang
aku dah malas nak kate ape dah.


yea. bermula esok dan tiga bulan berikutnya, warga sk w*ira jaya, sila hadap muka ini.
nak taknak tolong terima. ehe.

ini praktikum ketiga. pertama dan kedua aku dah tempuh dengan berbagai rasa. ketawa dan air mata. penat-lelah jangan cerita la. ehh bukan mengungkit. haha drama sungguh.. tolong eh partner/housemates kali ni kita jgn buat peel lama. takkan tiga bulan kot kita tanak tido malam-malam buat lesson plan, teaching aids? aku dah insap kot. hee =D


doa-doakan ek. moga aku tak tersasar.

pesan saya pada cikgu classmate saya pastinya:
cikgu-cikgu, awak jangan nakal sama naik dengan budak eaa. malu sikit

p/s: black beauty kat atas sanggup xpakai simpan nak  pergi sekolah. haha. dari kecik sampai ke tua besar, nak masuk sekolah mesti nak ada barang baru. at least pemadam baru sebijik  pon tak ape. haha. sampai pencen la aku bawak habit nih =D

Saturday, January 30, 2010

Ari ni berkabung tidak mahu menyanyi

Tadi.
masa mahu keluarkan kereta dari garaj,
saya terlanggar pasu jiran. dan pecah
bukan pasu itu yang  nak dikecohkan.
pecah berapa bijik pon saya tak kesah.
maksud saya, saya sanggup ganti.

tapi

ini kereta.
kereta yag abah bagi untuk setahun ni.
sudah terguris terkena pagar
masih ade kesan calar walau jiran dah bagi car polish
baikkan jiran saya, dah pecahkan pasu pon masih mahu menolong.


saya tak panik pon. hah yer la tuh.
cuma saya menulis entry ini dengan hati pecah lapan, calar-balar, remuk-redam,

 awak sudah hilang hensem sikit. bukan yang kuning. tapi yang putih tu. =_=


selagi kesan calar tu ade, selagi tu aku takleh pandang keta. biar pon joe kata takyah hantar kedai , aku tetap nak hantar jugak T___T.

Monday, January 25, 2010

aku taktau nak letak tajuk ape. lepastu aku rasa tajuk entry panjang-panjang camni style la pulak. lol











 gigit kang haa






yerlah.
nak senyum lah ni.





super duper bizi.
penat  berganda
aku rasa aku dah stat benci sem ni.
tanak buat proposal unt PSM boleh?
aku nak tunggu org dtg propose je. T__T

Saturday, January 23, 2010

teka-teki

clasmates main teka-teki ni. dari kelas bawak ke fb.
bengang betul la sampai ke sudah taktau jawapan.xphm konsep sebenarnya.
kebenda tah.


kereta 2 ringgit.
moto 2 ringgit.
basikal bape ringgit?

jawapan: 3 ringgit



spek 10 ringgit.
topi keledar 11 ringgit.
selipar jepun bape ringgit?

jawapan: 12 ringgit



pisau 4 ringgit.
pasu 3 ringgit
lampu bape ringgit?

jawapan: 4 ringgit



weiii.. ape nii??? geram nak tau jawapan. tapi malas nak pikir. ade sape tau tak? diorang belagak taknak bagitau +___+



#happy weekend ppl! minggu ni aku tak ade weekend siottttt. hari ni kelas, esok pon kelas macam biasa.aku ikhlas kot esok pegi kelas. ikhlas. ye lah. ikhlass. tskkkk



Thursday, January 21, 2010

Mata.Eye.Ainun


Dah. Tiga bahasa tu je sempat belaja

Mata aku sepet. Tah ikut generasi mana tah.  Ikut belah ma kot. bila aku risik ngan ma keturunan dia di zaman dahulu kala dia kata ada cina sikit, india banyak.  Tu pasal kot aku bila pandang sekali cina, pandang dua kali india, pandang tiga kali , tak pandang-pandang dah.  Dah. Merepek benda ape ni?So aku andaikan yang cina tu ada bau-bau bacang ngan Jackie Chan dan yang yang India tu ada kena sipi-sipi dengan Shah Rukh Khan. wawawawawa.
Aku dah ulang-ulang fakta auta ni kat housemates sampai diorang dah hapal  beserta menyampah tahap dewa dengan aku.  hahahaha.

Mata sepet ni ade pro ngan kontra nye.
Kontra:
1.Macam aku, ramai dah kot orang kata mata aku garang. .sekali jeling ha tertanggal jantung tak bleh masuk balik dah. . tak pe aku suka. Ehee. Siap la kau laki student aku esok-esok. . hari-hari la kutip jantung.
2.Lagi kalo pompuan masalahnye dengan mekap la. Tau tak mata sepet susah nak mekap??? Tak kira la ko tonyoh banyak mana eye shadow ke ape, still tak nampak ape-ape. Rugi. So buat je macam aku. tak yah pakai pape. Sonang. Pakai ke tak pakai ke sama je. Hahaha padahal dah give up sampai ke sudah tak reti sampai dah nekad nak masuk kelas mekap  satu hari nanti. Kehkehkeh, terbocor satu azam 2010.
TIPS: Bila dah mata sepet, jangan pakai eyeliner waner itam. Nanti muka jadik super gothic.. Tapi pakai waner dark brown takpon white. Cam pelik kan?
Ahaha. Padahal aku pon tak pakai. Ade hati nak suro orang pakai.
3.Mata yang sepet selalu disalah anggapkan sebagai tido/pejam kalo ketika berbaring. Aku banyak kali kot kena. Selalu sangat aku layan tv sorang-sorang kat ruang tamu pastu selamba sahaja abah aku tutup tv walhal aku tengah focus gila kat tv.
“abah, kan ke kita tengah tengok ni”
“lahhhh..ingat tido.”
Uhukuhukhuk.

Pro:

1.Walau dah berapa hari aku tak tido (aku penah tak tido 3 hari straight gara-gara Nescafe. Macam mayat hidup.) aku still tak dapat eye bag. Tak dapat mata panda ponnn.ehe. belagak. orang lain aku tak tau plak cane.

2.Em lagi, kalo si sepet-sepet ini menangis sebab layan movies sedih atau terbuat movie sedih dengan kekasih hati tak guna, memang ajaib orang tak perasan yang kita dah nangis malam tu. Boleh simpan air liur untk menjawab pertanyaan orang yang concern atau busy body.
3.Yang ni mungkin bonus bagi lelaki sepet.pompuan adelah suka lelaki bermata sepet.  Ini adalah kajian rawak ke atas beberapa responden. Comel katanya. Tapi aku berkecuali. BERKECUALI. sebab entah. Sebab tanak gugur jantung kot. lol.
4.Korang boleh belagak engko adalah anak campuran Korea belah mak dan Jepun belah ayah.  Tapi kalo orang tanya aku aku ade darah cina  ke rasa nak tampar je. dah nampak kulit ala-ala nak rentung. Lagi mau tanya ke. Agak-agaklah weh.
5.Alasan paling jitu kalo nak mengelak dimarahi sebab kecuaian diri sendiri. Contoh: kenapa kau langgar lampu merah tu haa?sape nak bayar saman ni? Jawablah dengan sedih: mata aku sepet. Tak nampak. Hohohoho.
So, kalo korang nampak banyak sangat typo dalam entry2 aku. aku mintak mahap. Mata aku sepet. View dia tak luas . hahahahahaha.

 Okelah, tak kiralah mata korang sepet ke bundar, buntang ke, bersinar bak bintang kejora ke, hargailah nikmat Allah ni. tak semua orang yang beruntung memiliki nikmat ni..
Dan aku paling sayang mata sepet aku sebab mata aku tidak rabun. Itu fakta yang sangat membanggakan  anugerah paling  aku sayang (walaupon aku selalu gatal pakai spek tipu sebab nak cover tudung tak jadi =P). Aku adelah manusia clumsy.  Tak dapat bayangkan  betapa kelam-kabut hidup kalo dengan spek. Inikan tanpa spek pon dah selalu kelamkabut. Haih.
Tapi, kadang-kadang aku suka je tengok org dgn spek. Nampak mcm bijak. .aha. tak ke bangga tuh?

Petua jaga mata-bc Quran, lihat pokok, makan carrot, titiskan eyemo. Yang tu je aku tau. Ade lagi tak?
UPDATED:
hadoiii, aku remove semua gambar. that man from mars sudah perli. dan sy sudah panass. ahaks. sori!

Saturday, January 16, 2010

i told you..im cool enough

muka panas
tekak sakit
hidung berair
kepala berdenyut

....aku  rasa aku dah demam.

tapi...
aku masih buat loundry sendiri
aku masih boleh buat  kerja
aku masih boleh gelak-gelak


sebab
i am not a spoilt 12 -years-girl anymore.

yang kalo demam sikit menangis macam esok dah nak mati
yang kalo sakit sikit melepek atas katil macam orang kena strok

tapi, secretly i wish my mom is around to pamper me ;(

dan aku tak telepon pon dia sbb aku tau ending dia macam mana
Aku nangis atau dia yang nangis.
Haihhhh
aku rasa aku dah tough gilerrrrr!

Friday, January 15, 2010

Tengkiu Gugel

Aku tak pernah guna gugel translate secara serius. tapi bila ada orang suggest guna google kalo nak translate dengan sepantas kilat, aku pon cuba pulak tu esok nak kena present barulah malam tu terguling-guling translate 150 pages tulisan haluih kecik2 saiz 10. Sebab pikir ader google translate tu tak risau sangat.

Cost savings achieved at annual rate of more than £20
million per year against baseline costs. Quality gains not easily
assessed, though both parties believe them significant.


Penghematan biaya yang dicapai pada kadar tahunan lebih dari £ 20
juta per tahun terhadap kos awal. High keuntungan tidak mudah
undian, meskipun kedua belah pihak percaya signifikan.


Baru translate introduction, aku dah mengalah..sangat pahammm!!
Gugel translet adalah macam hantu. macam subtitle DVD pirate. baik aku translate sendiri. ceh!