Sunday, September 6, 2009

Aku Dan Blog

Sebenarnya aku dah teringin lama dah kemas-kemas (betul ke ayat aku ni) blogger list aku ni. Tengok. Kan bercampur lelaki ngan perempuan tu. Mana boleh campur bukan muhrim. Hohoho. Lagi satu, banyakkkkkk sangat blog-blog yang aku follow aku tak link. Tak sempat. So aku selalu termiss cerita diorang (eh... aku kan suka menyibuk, kalo tak menyibuk sehari tak lengkap idup =P). dan aku sangat malas nak sign in blogger semata-mata nak tengok updet kat dashbord. Lagi satu kalo kamu perasan, kat blog aku semua yang asas-asas sahaja sebab aku tak reti la nak ader bling-bling, karton-karton tu semua. Lagipun bukan jiwa aku tu =)

Eh kamu yang berbling-bling tu, go on. Kita masing-masing juga punya citarasa yang berbeza kan. Aku tak kata aku tak suka, cuma aku tak suka aku yang begitu. Aku suspect blog yang ceria berbling kalerful bagai tu seceria orangnya. Kalo punya masalah pon masih ceria seceria blognya. Sekurang-kurangnya, kalo aku semak dengan blog sendiri, bolehlah aku tumpang ceria di blog mereka. =P

Lagi satu gaya bahasa. Hehheee. Aku nak gelak kejap. Kata seorang teman, blog aku ni bukan diri aku yang sebenar. Pendek kata, aku bukan bawa karekter aku di dalam blog sendiri. Okay. Mari sini aku nak terangkan. (Ni kalo dalam kelas ni, aku suruh budak-budak pandang muka aku kalo aku nak terang sesuatu. Kamu pon macam tu la. Ahaks) Jika dilihat pada penulisan, nampak macam aku ni agak tak de life, kaku dan 'baik-baik' selayaknya seorang cikgu. Hohoho. TAPI GENG GEGEDIKS, BETUL KE AKU BEGITU? TOLONG EXPLEN SIKIT KENGKAWAN. MUAHAHAHAHA! Eh cikgu tak boleh gelak setan, tak sesuai. wakakaka. Sebenarnya, aku rasa melalui blog nilah, aku create diri aku yang agak matang dan apa sahaja yang aku tulis di sini mungkin dari sisi berbeza aku.

Aku tidak puitis. Malah tak reti pon nak puitis-puitis. dalam hidup aku, bahasa puitis yang pernah aku buat pon adalah kerja rumah sajak masa mula-mula masuk maktab.Sebenarnya tak buat pon tapi bila lecturer suroh baca sorang-sorang, baru gelabah-gelabah buat. ITUPUN KALO DIKIRA PUITISlah. hehehe.
Lagi, aku tidak reti nak gedik-gedik dan manja-manja auwww dalam blog. KAREKTER LUAR LAIN CERITA. NI DALAM BLOG JER. NI KANG KALO CLASSMET BACA MESTI KATA MENIPU PUNYA MCLYNN, CAKAP TAK GEDIK CISS :P
Maksud aku kat sini bahasa aku bahasa agak standard.kononnya la kan. ala tapi tak la skema gila macam nak jawab exam penulisan BM masa SPM tuh. tapi tak ke kamu tepuk dahi bila buka blog aku esok pagi tetiba :

ariii niey kannn, lynn rasew nak ceritew pasal lynn pegi berbukew poseww dengan bf mucukk lynn. seronotttttttt sangat.kat bawah nieyy gambar lynn dengan bf mucuk lynn. tomeii kan kamiii???

Mahu begitu?? Lupakan saja laaaa. mahu muntah hijau bolehlah buat gitu. =P

Lagi satu, aku rasa blog-blog cikgu, bakal cikgu jarang je aku jumpa yang agak gedik macam bahasa aku kat atas tu. Contoh terdekat, blog akak Hanis ni.
Entah lah aku seperti aku kata tadi, lain orang lain caranya.

Blog juga katanya satu cara mengekspresi diri. Tapi tidak bagi aku. Aku berblog sebab aku bosan. sebab untuk sebuah kenangan. sebab aku tak ada diari. sebab aku bayar broadband bulan-bulan, rugi weh kalo tak buang masa kat blog =P. sebab blog memang tengah in sekarang, memang tak cool la tak de blog. macam facebook jugak. tapi aku tak reti berfacebook, jadinya aku memang tak cool huhuhu.

Tapi, hari hari aku mesti singgah blog ini dan blog ini. Tak penah aku tinggalkan blog mereka ni tanpa gelak guling-guling (tipu) atau paling kurang senyuman. Terbaikkkk!!

Adoii malas gila nak buat asenmen. Padah betul broadband ni. Baru jer nak start buat, tetiba nak YM la kejap, nak cek komen kat friendster la. Macam sekarang la, patutnya aky nak buat asenmen tapi alih-alih post entry. Aku rasa nak cabut broadband ni sorok bawah bantal je.

yeah, ari bukak pose kat sate kajang lagi. warga ipoh jom la yeoppp!!

1 comment:

Anonymous said...

teruskan blog
dengan bahasa kamu ini.
gaya kamu yang bersahaja
sinis
lucu
serius
marah

dan saya sudah jatuh cinta dengan dengan penulisan kamu

-Mr F-