Showing posts with label babyblog. Show all posts
Showing posts with label babyblog. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

STATUS TERKINI: BERKAHWIN. ANAK SEORANG

What a looooooooooooooooong hiatus. 
tahap bersawang beranak pinak labah-labah dah.

saya rindu blog saya
saya rindu menulis
saya rindu kawan-kawan maya saya

saya terlalu sibuk denga urusan dunia
suami
anak
kerja

dan begitulah pengulangan cerita saya.

tunggulah. satu hari saya akan kembali. walaupun saya tau saya tak punya pembaca lagi.

oh ya, anak saya yang seorang itu lelaki. comel dan bijak. 
Muhammad Farrish namanya :)

Monday, November 29, 2010

menulis lagi..

rindu pada blog.

tunggu sy betul2 bersedia untuk kembali menulis,
malam ini mungkin :)

Tuesday, August 3, 2010

im just an ordinary girl.

I'm just an ordinary Girl
Sometimes I'm Lazy, 
I get bored,
I get scared,
I feel ignored,
I feel happy,
I get silly,
I choke on my own words,
I make wishes,
I have dreams,
And I still want to believe,
Anything can happen in this world
for an ordinary girl 
 
LynnTheGudiGudiGurl:  i think i like my blog's new look. so im gonna stick on it.
 
 

Tuesday, June 15, 2010

projek 30 hari saya

yess akhirnya saya terpaksa melakukan sesuatu  sebab tanak blog ini kurang kasih sayang. so saya tertarik dengan 30 Days Project yang ade kat blog Taz nih. tapi awal-awal lagi saya tau saya TAK AKAN dapat buat projek ni 30 hari berturut-turut. alah tak pela. asal buat.

Day 01 — Your favorite song
Day 02 — Your favorite movie
Day 03 — Your favorite television program
Day 04 — Your favorite book
Day 05 — Your favorite quote
Day 06 — Whatever tickles your fancy
Day 07 — A photo that makes you happy
Day 08 — A photo that makes you angry/sad
Day 09 — A photo you took
Day 10 — A photo of you taken over ten years ago
Day 11 — A photo of you taken recently
Day 12 — Whatever tickles your fancy
Day 13 — A fictional book
Day 14 — A non-fictional book
Day 15 — A fanfic
Day 16 — A song that makes you cry (or nearly)
Day 17 — An art piece (painting, drawing, sculpture, etc.)
Day 18 — Whatever tickles your fancy
Day 19 — A talent of yours
Day 20 — A hobby of yours
Day 21 — A recipe
Day 22 — A website
Day 23 — A YouTube video
Day 24 — Whatever tickles your fancy
Day 25 — Your day, in great detail
Day 26 — Your week, in great detail
Day 27 — This month, in great detail
Day 28 — This year, in great detail
Day 29 — Hopes, dreams and plans for the next 365 days
Day 30 — Whatever tickles your fancy.


Baiklah . esok saya akan stat. *berkobar-kobar*. sape nak join rajin. meh lah.

Wednesday, September 30, 2009

Ak belum mati lagi..

Seminggu agaknya tak menjenguk di sini. Bukan tak jenguk langsung. tapi tak updet. Online tiap-tiap hari, tapi tiada hati nak menulis walopon banyak yang ingin diabadi di sini.alam maya ni. bukan malas tapi tapi..tapi sebab ape eh? Tiada rasa kot.
Aku ni bukan blogger tegar la kiranya.

Tiba-tiba terfikir untuk membuat blog lebih bersifat ilmiah.
Tapi bukan di sini la.
Di sini tempat mengarut aku.

Tolong doakan niat suci aku ni.

Tak tahulah apa nak kata kalo lecturer aku tu tahu kewujudan blog ni.
Tak boleh nak kutuk IPIP lagi
Tak boleh nak komplen pensyarah lagi
Tak boleh nak bebel-bebel esaimen.

Nasib baik.

*Update*
Buat Ramalan Ahli Nujum ni kat Facebook:

Lynn mendapat ramalan Ahli Nujum dan ramalan itu berbunyi:

Kekasih ko, nama dia ada huruf A dan N, kalau ada orang yang nak rapat ngan ko dan tak der huruf A dan N dalam nama dia, baik ko reject awal-awal..


hehehhehehehehhehehehhehehehe
panjang gelak aku.

Sunday, September 6, 2009

Aku Dan Blog

Sebenarnya aku dah teringin lama dah kemas-kemas (betul ke ayat aku ni) blogger list aku ni. Tengok. Kan bercampur lelaki ngan perempuan tu. Mana boleh campur bukan muhrim. Hohoho. Lagi satu, banyakkkkkk sangat blog-blog yang aku follow aku tak link. Tak sempat. So aku selalu termiss cerita diorang (eh... aku kan suka menyibuk, kalo tak menyibuk sehari tak lengkap idup =P). dan aku sangat malas nak sign in blogger semata-mata nak tengok updet kat dashbord. Lagi satu kalo kamu perasan, kat blog aku semua yang asas-asas sahaja sebab aku tak reti la nak ader bling-bling, karton-karton tu semua. Lagipun bukan jiwa aku tu =)

Eh kamu yang berbling-bling tu, go on. Kita masing-masing juga punya citarasa yang berbeza kan. Aku tak kata aku tak suka, cuma aku tak suka aku yang begitu. Aku suspect blog yang ceria berbling kalerful bagai tu seceria orangnya. Kalo punya masalah pon masih ceria seceria blognya. Sekurang-kurangnya, kalo aku semak dengan blog sendiri, bolehlah aku tumpang ceria di blog mereka. =P

Lagi satu gaya bahasa. Hehheee. Aku nak gelak kejap. Kata seorang teman, blog aku ni bukan diri aku yang sebenar. Pendek kata, aku bukan bawa karekter aku di dalam blog sendiri. Okay. Mari sini aku nak terangkan. (Ni kalo dalam kelas ni, aku suruh budak-budak pandang muka aku kalo aku nak terang sesuatu. Kamu pon macam tu la. Ahaks) Jika dilihat pada penulisan, nampak macam aku ni agak tak de life, kaku dan 'baik-baik' selayaknya seorang cikgu. Hohoho. TAPI GENG GEGEDIKS, BETUL KE AKU BEGITU? TOLONG EXPLEN SIKIT KENGKAWAN. MUAHAHAHAHA! Eh cikgu tak boleh gelak setan, tak sesuai. wakakaka. Sebenarnya, aku rasa melalui blog nilah, aku create diri aku yang agak matang dan apa sahaja yang aku tulis di sini mungkin dari sisi berbeza aku.

Aku tidak puitis. Malah tak reti pon nak puitis-puitis. dalam hidup aku, bahasa puitis yang pernah aku buat pon adalah kerja rumah sajak masa mula-mula masuk maktab.Sebenarnya tak buat pon tapi bila lecturer suroh baca sorang-sorang, baru gelabah-gelabah buat. ITUPUN KALO DIKIRA PUITISlah. hehehe.
Lagi, aku tidak reti nak gedik-gedik dan manja-manja auwww dalam blog. KAREKTER LUAR LAIN CERITA. NI DALAM BLOG JER. NI KANG KALO CLASSMET BACA MESTI KATA MENIPU PUNYA MCLYNN, CAKAP TAK GEDIK CISS :P
Maksud aku kat sini bahasa aku bahasa agak standard.kononnya la kan. ala tapi tak la skema gila macam nak jawab exam penulisan BM masa SPM tuh. tapi tak ke kamu tepuk dahi bila buka blog aku esok pagi tetiba :

ariii niey kannn, lynn rasew nak ceritew pasal lynn pegi berbukew poseww dengan bf mucukk lynn. seronotttttttt sangat.kat bawah nieyy gambar lynn dengan bf mucuk lynn. tomeii kan kamiii???

Mahu begitu?? Lupakan saja laaaa. mahu muntah hijau bolehlah buat gitu. =P

Lagi satu, aku rasa blog-blog cikgu, bakal cikgu jarang je aku jumpa yang agak gedik macam bahasa aku kat atas tu. Contoh terdekat, blog akak Hanis ni.
Entah lah aku seperti aku kata tadi, lain orang lain caranya.

Blog juga katanya satu cara mengekspresi diri. Tapi tidak bagi aku. Aku berblog sebab aku bosan. sebab untuk sebuah kenangan. sebab aku tak ada diari. sebab aku bayar broadband bulan-bulan, rugi weh kalo tak buang masa kat blog =P. sebab blog memang tengah in sekarang, memang tak cool la tak de blog. macam facebook jugak. tapi aku tak reti berfacebook, jadinya aku memang tak cool huhuhu.

Tapi, hari hari aku mesti singgah blog ini dan blog ini. Tak penah aku tinggalkan blog mereka ni tanpa gelak guling-guling (tipu) atau paling kurang senyuman. Terbaikkkk!!

Adoii malas gila nak buat asenmen. Padah betul broadband ni. Baru jer nak start buat, tetiba nak YM la kejap, nak cek komen kat friendster la. Macam sekarang la, patutnya aky nak buat asenmen tapi alih-alih post entry. Aku rasa nak cabut broadband ni sorok bawah bantal je.

yeah, ari bukak pose kat sate kajang lagi. warga ipoh jom la yeoppp!!

Thursday, May 21, 2009

Terima Kasih.....Ini Baru Betul =P

Thanx Sis Qayz!!!
Bantuan akak sangat dihargai..Meh nak peluk sikit
=)
Tengok blog aku dah berubah wajah.
TERUS RASA SAYANG SANGAT KAT BLOG DAN RASA NAK UPDET HARI-HARI
=)
Ok..excuse tanak study sebenarnya.kikiki
Ala..tahu tak cantik jugak.
Tapi better than before..kan
Sebab tiba-tiba rasa nak perubahan dalam hidup =P
Dulu aku bukan tak nak tukar skin blog tu tapi AKU TAK RETI
diulang TAK RETI..
Oke pengakuan, aku penah tukar dua kali layout dan dua-dua kali tukar segala mak nenek widgets tuh hilang...
Terus merajuk tanak tukar layout dah =P
Tak puas hati lagi ngan layout ni. masih tak kena ngan jiwa. tapi tak larat lah nak cari. bersyukurlah dengan apa yang ada.




Entry Ke 100 dan Gatal Main Coding

Ya..entry hari ni yang ke-100. Memang aku tak produktif kan?


Dalam diam, aku menulis hampir 100 entry merapu yang kadang-kadang bila aku baca balik menyampah gila dan terpikir aku ke yang tulis ni? Hahaha tak malu baca blog sendiri. Eleh korang pon wat benda yang sama kot. LOL.

Tapi sekurang-kurangnya aku puas. Aku puas kerana aku menjadi diri sendiri. Tak payah nak berpura-pura jadi best gila walopon hakikatnya diri tak best pon semata-mata nak puaskan hati orang lain atau nak senangkan hati yang membaca.

Tak perlu.

Aku tak perlu semua tu.

Kadang-kadang aku kesian dengan blog-blog wannabe yang publish kisah indah-indah mereka. Kisah-kisah yang tiada namun diadakan. Kelakar pon ada. Bukan sekali dua aku terserempak blog cam ni malah berkali-kali. Blog plagiat tak usah cerita lah. Ada seorang manusia tu sangggup plagiat sebiji-biji blog orang lain dan admit tu lah kehidupannya. Hoh! Sungguh tak ader life mereka ini. Kesian.

Dan aku juga selesa merahsiakan blog aku dari teman-teman rapat walapon dah tak rahsia sebab dua tiga manusia kat kolej diam-diam baca sebab bila aku menulis, aku kadang-kadang akan menjadi orang lain, sedikit emosi, agak skema, dan karekter yang sedikit berlawanan dengan kehidupan peribadi aku. Pernah aku memberi URL blog pada teman rapat yang kini jauh di mata namun dekat di hati supaya dia dapat mengikuti life aku.

Dia : Wehh..itu blog ko ke? Ko yang tulis tu?

Aku : Ye lah..takkan aku nak suroh mak aku tulis pulak..

Dia : Bapak skema ayat. Dah tak gila dah eh?

Oh aku gila ke dulu? Tak tahu pulak, huhu. Hoh. Dah normal aku rupanya sekarang T_T.

Itulah masalahnya. Diorang ragu-ragu aku yang menulis. Pelik aku. Bahasa aku skema sangat ke hah?

Aku janji yer kawan-kwan. Final year esok kita tukar-tukar link. Supaya kita tidak terlost kontek.hehehe

P/S :Sepatutnya saat ni aku bergelumang dengan nota-nota Morfologi, tapi kalau dah malas menyerang tu, otak dah buntu..buntu..buntu. Study last minute lagi, serve the rite lah..

P/P/S : AKu main-main coding tadik. tapi terus terpublish. terus orang terbaca dan terus ada orang terkomen. dan terus orang terkata aku gila agaknya..lah..hahaha
Gila gatal nak main coding lagi..waaaaa aku gila muak dengan layout blog. saper nak bagi tutorial pree kat aku nih..

Thursday, January 22, 2009

Saya Gigih!

I took 3 hours staight juz to do something new
to my babyblog..eden copek..
but i still don't 'like' with my blog skin yet.
too much colour isn't it?
but please..i really want to stick with dis blogskin for at least a year.haha(malas tahap gaban)
oh plise..im dizzy and hungry!!

Friday, November 7, 2008

Gotta New Look

I think i need to change a few things-especially backround color on my babyblog.
i seyesly 'penat' with the design. sangat serabut yet too green.
i do like green but not too rich juz like my old blog.it so greenlicious larh. saya nak tukar yg baru tapi being so0000000000 lazy la nak google yang maner besh. see how many lazy i am? haha
any idea tak.?
well sementara tu i guna yang classic jew.
simple yet chic. wakaka. tak ler berpinau mater ni.
kalau diikut tahap pemalas, nak guna yang ni forever.
melampau la tu kan..

Saturday, July 5, 2008

Where To Start?

I dunno how to start!! really dunno..hahahha..giler what.tatau nak tulis hape ni..but..instead NOBODY at may college noe i ade babyblog, so sy dengan senang hati dapat tulis entry pasal diorng, my busy life at college..ekekke..bukannya apa..kalo diorang tahu ni..sy bakal jadi bahan untuk digelak+dikutuk sepanjang hari esp the boys..ishh..sowile korang biler haku dah ready aku kasi can korang belek2 babyblogku ini. ekeke.. hokey le..since ini adalah pengalaman pertama sy mempunyai babyblog, of coz la sy tatau pape pun the rules pasal blogland..dan sy pasti sy bakal terima kritikan terutama otai2 kat sini..ok i confess..im not a good writer but as i said before...i have nothing to share here juz my really bored-but-sweet life..so sy dengan rendah hatinya kat sini asking for your couragement and do tell me if i do sumthing yg tak betol..

My Baby Blog..

Why I’m blogging? Aku pun terpikir gak soalan ni sebelum aku buka account ngan blogspot ni. Others said, main menda2 camni bahaya lar, buang masa lar, nak show off personal life at the public la and bla..bla.bla.. Dulu pun aku slalu bagi comment negative camni BUT since aku selalu aje terjumpa blog2 yang menarik mase browse net, aku rasa melalui bog ni kiter boleh berkongsi dengan orang lain tanpa kita perlu kenal mereka dan paling penting aku SUKA DENGAN APA YANG AKU BUAT.