Terasa macam rugi kalau tak menulis di hari pertama 2013. Sikit pun jadi la hehe.
Sebenarnya tahun ni memang ada menanam azam. Azam paling nak buat sekali adalah bangun awal dan mandi awal setiap kali di hujung minggu. Ya , ini serious punya azam nih. :P
Ok. Bertambah lagi setahun umur. Makin menginjak usia. Ada beberapa matlamat nak dicapai tahun ini.
1. Sambung master. InsyaAllah. Sedang menunggu keputusan. Kalau ada rezeki dan diizinkan Allah, insyaAllah bulan Februari ni. Mudah-mudahan.
2. Memaafkan dan melupakan beliau dengan ikhlas. Saya tahu hati ini masih belum terbuka menerima ketentuan dan takdir ni dengan redha. Mulut senang menyebut tapi hati yang menanggung. Buktinya, tatkala kisah beliau dibicarakan, hati ni masih sakit, masih rindu, masih sayang dan masih belum mahu melupakan. Tapi Alhamdulillah, rasa makin tenang kini. Biar lah dia jauh dari ini, ya Allah.aku mohon.
3. Quality time with family and friends. :)
4. Nak berjimat cermat dan ada tabungan yang banyak/cukup sebelum kahwin insyaAllah.
5. Tukar CCM? hmmmmm
6. Nak pergi kerja dengan senang hati dan tak nak cmpur aduk masalah peribadi dan kerja. !
No comments:
Post a Comment