Monday, January 14, 2013

Saya suka mekap : Review MAC Eye-Liner Kajal

Ok. definisi mekap bagi saya adalah eye liner. Bagi saya part terpenting bagi mekap adalah eyeliner selain dari foundation yang bagus. Muka da siap mekap cantik-cantik tapi tertinggal nak garis eyeliner kat mata terus akan ada kekurangan. oh my! kenapa serious benar saya bercakap neh? Ahaks.

Okay i love eyeliner even saya adalah sangat malas nak remove mekap eyeliner dari mata selepas itu. Tak apalah, nak cantik kenalah berkorban. oh my! bahasa apakah yang saya sedang gunakan ni? hahaha

okay proceed. oleh kerana saya dianugerahkan mata sepet, jadi saya perlukan keajaiban untuk membesarkan mata saya. Keajaiban itu bukanlah plastic surgery tetapi bantuan mekap iaitu eyeliner. Since my mata kategori small n bila pakai eyeliner macam tak pakai dan bila pakai banyak 2akan terkena di kelopak mata. ya Allah its hard to explaining rupanya.. so senang cerita mata saya sangat banyak songeh and i was so upset to find one eyeliner that suit me well. sobs. Antara eyeliner yang penah saya guna Maybelinne (sori kalau salah eja), 1n2it, Elianto, dan maybelinne yang guna brush tu. apa nama tah. yang tu pon bes jugak. will review later. hee

Berbalik pada MAC Eye-Liner Kajal. saya start pakai sejak 2011. dan lepas tu terus jatuh cinta. ewah. Kenapa? sebab smooth to apply, tahan berjam-jam lamanya, kalis air mata, air hujan dan juga peluh, tak comot dan saya hanya perlu gariskan sekali untuk hasil yang bes. Saya cadangkan pada yang baru nak berjinak-jinak nak pakai eyeliner dan rasa mampu for beginner, manelah tau dah pakai sekali taknak pakai dah (sila bagi saya, ahah) harganya RM65 sebatang dan can last for months sebab saya pergi kerja tak pakai mekap pon. pakai eyeliner bila keluar outing mahupun dating. ehehe. Saya tak rasa liquid eye liner sesuai untuk beginner terutama anda yang mempunyai penyakit shaking hand. nanti mata anda comot macam zombie. niat nak jadi lawa terus ke laut. hehehe

ah ade satu sahaja saya tak suka tentang eyeliner ni, hujung dia tak tajam so, bila nak buat finishing kat hujung mata tu, agak spoil sedikit. haruslah keratif serta membuat latihan yang banyak. practise make perfect :)

Dan baru-baru ini saya telah kehabisan eyeliner ini and i was at Kuantan at that time. MAC Store tak ada kat Kuantan so atas nasihat kawan yang sangat obses dengan eyeliner ni sarankan saya guna Maybelinne eyeliner yang comes with brush tu. dan saya sangat sukaaaa dan sangatttt jatuh cinta juga. nanti akan diceritakan lagi :)



rupa bentuk dia. saya cilok kat google. saya punya entah ke mana. kena cari tu. SA MAC kata nanti dapat 5% discount kalo bawak bekas eyeliner kosong to the store. kempen sayangi bumi katanya..

No comments: