Showing posts with label Tagging Game. Show all posts
Showing posts with label Tagging Game. Show all posts

Monday, December 6, 2010

hey hey hey ( hahaha aku da taleh nak pikir tittle lain dah ahaks)

Dua hari yang penuh dosa dah berlalu.Astaghfirullah..ape lah nak jadi dengan aku ni.

i just dont understand what;s going on..

Jangan pikir banyak-banyak menda remeh, nanti otak jadi biol. so malam ni kita buat tag. da lame tak buat. kali ni kena tag dengan akak Hanis yang mesti tengah berseronok cuti sekolah kat kampung tuh.
so here we go~

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?
Duit. Duit. Duit. Duit. Duit. Duit. Duit. macam mata duitan nau aku yek. hihih

2. Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
2 biji jambu batu kat pasar raya Terus Maju. sebab nak makan cecah kicap ngan gula. sedap woo.

3. Dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
Jawapan versi verangan : konsep fairy tale gitu. semua yang datang kena pakai baju warna putih cam angel. aku lak koya princess bersanding atas pelamin ngan prince charming. hambikk ko. memang verangan.
Jawapan logik akal:  kat rumah la. kampung's style. make it simple, small, dan paling penting tetamu datang meraikan tu doakan kesejahteraan perkahwinan aku kelak. aminnn..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
"no komeng..err plis off-record. saya tak suka kisah peribadi saya dijaja". kadang-kadang aku artis. korang ape tau? heh.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
as we long together :P kalo dah tak together, tak de makna aku nak cinta-cinta ko dah.hoho

6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
ade la dua tiga bijik novel aku beli online. a walk to remember-nicholas sparks tu boleh bikin mata masuk habuk.sobs.

7. Antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
ma ngan abah. mesra dua-dua. tapi dengan abah more to gedik. haha. aku manusia paling gedik dengan sesape saje yang aku rapat. dan kadang-kadang aku rasa aku nyampah dengan gedik diri sendiri. hehehe. 

8. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
Dia. Seyesly nak jumpa dia la.hekhek

9. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
mesti la basuh sendiri. tapi kekadang bile manja malas aku datang, ma atau kakak yang basuh. bukan satakat basuh , sidaikan, angkatkan  dan cantik terlipat di dalam wardrobe. pastu aku wat-wat terkejut 
"ma, sape basuh baju kite ni. kite boley basuh sendiri laaaa"
hikhik. pandai kan aku berdrama?

10. Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
syurga. Ya Allah, ampunilah dosaku dan jangan biarkan aku jauh tersasar.....

11. Pilih salah satu, peluk atau cium?
dua-dua. tamak aku nih :P

12. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
Kak Hanis :
1. Kakak Hebat
2. Cameron Highlands tu cantik kak. akak tak sejuk ke?
3. Jalan selut berlumpur-lumpur dan pandai naik moto. respek kakak!!!


14. 5 lagu yang korang suka dan selalu dengar?

1. White Horse - Taylor Swift
2. Salam Sejahtera - Samudera
3. U Belong With Me - Taylor swift
4. Andai Dapat Kuundurkan Masa-AXL
5. Billionaire-Bruno Mars

15. 3 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini ?
3. Follower yang baca. heh


LynnGudiGudiGurl: haha. dah tiga hari berturut-turu aku gila. kena g cek pakar kot aku nih :P

Wednesday, June 16, 2010

nanti saya cerita pasal bola..


Oh okay. projek 30 hari.

1. Your Favorite Song.
(i) Kangen Band-Yakinlah Aku Menjemputmu. dengar banyak kali pon memang tak bosan. kate pon feveret kan.dulu penah letak kat blog tapi remove balik sebab selalu sekat-sekat bila buka blog. sakit hati dengar. pastu terpikir, kalo saya sorang suka tak semestinya orang lain pon suka kan. 

(ii)  Samudera-Salam Sejahtera. hahaha. lagu ni kalo tanya housemates aku mesti tau dah betapa gila aku dengan lagu ni. tak tahu kenapa lah.ni mesti gara-gara layan Sinar FM malam-malam ganda 23 muah-muah (sape layan Sinar mesti tau aku bebel ape) =_=

Eh banyak lagi sebenarnya. banyak sangat. ni aku listkan yang sentiasa mendapat tempat di hati. sampai bila-bila. ehe.

Okeh . bebel sikit.

Lelaki selalu kata mereka tak berkenan pompuan gelak berdekah kah kah kah. kononnya tak sopan.
dan saya pon sama jugak.
saya tak suka lelaki gelak melampau-lampau sampai boleh bilang semua gigi dalam mulut. hilang macho korang tau. nak- nak sampai tampar peha member sebelah pastu tertendang-tendang meja sampai tumpah air atas meja. macam saya (ahaha over saya bagi contoh :P )
 gelak sikit-sikit dah la. kan? heee

P/S: malam ni nak bangun tengok bola. barulah support hobi kan. cehcehcehceh tak ade maknanyaaa. huuuuu. malam ni biar blackout satu mesia biar padan muka korang takleh tengok bola.

Tuesday, February 23, 2010

25 Fakta Bosan Diri Sendiri

Saya teringat. Saya ditagged oleh Syud si owner dimple yang cukup saya adore.

Rules: once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 10 people to be tag :





  • Saya tidak suka refill ink printer. tau tak perkara paling sakit hati bila kita dah siap buat asenmen pada pukul 4 pagi  dan dah ready nak print pastu ink habis. lepastu kita pon terpaksa refill ink. biasalah dah pukul 4 pagi mulalah sindrom blurr terjadi sampai ink tertumpah kat tangan sampai nak makan nasik pon geli dan ink juga tumpah atas lantai. masa tu rasa nak hentak-hentak kaki sambil berikrar "tobatlah aku tanak beli dah ink refill. aku nak bei ink ori....huuuu". tetapi, bila tiba masa nak beli ink, mesti akan guna ayat ni" buat ape nak membazir. beli yg refill sudah la." dan tak teringat dah insiden pukul 4 pagi. itu sebab orang kata melayu mudah  lupa kot.haihhh
  • Tahukah anda kertas A4  mana-mana brand pon adelah bahaya? sy berkata begitu kerana saya sudah banyak kali menjadi mangsa ketajaman kertas itu. bunyinya macam lucu kan? iya. saya cakap betul ni. sepanjang siapkan fail MQA tu dah banyak kali kertas tu hiris tangan. dan rasa pedih itu berganda apabila terkena sabun apabila mandi atau membasuh baju. sabo je lah.housemates pon kena weh. so ini fakta.
  • i love tea. hot tea. ice tea. ice lemon tea. green tea, jasmine tea, chrysanthemun tea (bapak payah nak eja. ape susah sebut teh bunga kekwa je??)
  •  im nasik lover. tekak adelah sangat melayu ok. kalo satu hari tu tak hadap nasi jangan paksa nak makan burger, spagheti,macaroni, ciken chop ape kebenda tah tu.
  •  i am homely person. konsep rumahku syurgaku sangat saya praktikkan walau rumah bersepah macam dilanggar taufan. alah bukan selalu rumah kitorang sepah. critical tym je. lagi satu pada saya biar lah rumah sepah daripada berbau busuk. sama juga macam kereta. kat luar bersih berkilat oleh betulkan tudung pada kilauan cat kereta tapi bila masuk dalam omaigoimaigodomaigod...campuran air freshner dengan asap rokok tak wangi oke?
  • suka Yakult. Iklan cakap "saya minum dua untuk perut" tapi saya bantai empat. so perut saya akan sihat berganda-ganda. kan? heeee"
  • kat taman rumah sewa saya ni, ader pasangan suami isteri yang jual jambu potong. tapi sejak kitorang dengar isteri dia panggil suami dia 'yang' (merujuk pada sayang) terus kitorang panggil kedai itu ' kedai jambu yang'jugak. sengal
  • saya khatam quran ketika berusia 10 tahun atau 11 tahun. lambat kan? sebab zaman saya dulu tiada kelas iqra' macam sekarang. firdaus, anak buah saya yang umur 6 tahun tu lagi sikit nak khatam quran. sistem pendidikan kita makin hebat, kan? alhamdulillah.
  • saya ex-smka. yer. im proud to confess this. walaupun saya produk yang tak berapa nak menjadi saya cuma  bangga menjadi sebahagian warga smkatj. apa yang saya belajar banyak pengaruh dan corakkan hidup saya walaupun tidak banyak. alhamdullillah saya bersyukur (psst.. Bahasa Arab Tinggi aku 3B tau. salah langkah sikit je. kalo tak dah jadik ustazah ajar allughatul al'arabiah dah ni.heh )
  •  saya tak penah makan char keow teow goreng sepanjang-panjang saya hidup ni. tengok. ejaan pon aku belasah je betul ke tak. tak minat dan tak tahu rasa dia macam mana. sedap ea?
  •  oblong tu ape? saya tahu tu sejenis makanan. tapi apekah itu? secara terengganunya natang gape tuh? secara kelantannya nate gapo tu?, secara kedahnya menatang pa tu? holoh comel sungguh rakyat Malaysia ni. kan? err berbalik pada soalan. oblong tu ape benda?
  • word sayang/rindu. yup easy word but deep meaning. saya malu nak sebut words ni. pada siapa-siapa lah. panas muka. so jangan paksaa. hahahahahaha.
  •  im not gadget lover. tak penting kot. cewah. padahal tak mampu. tahukah kalian semua gadget (hp, laptop, printer, digital cam) saya usianya sudah dianggap old skul? ini juga bukti yang saya pandai jaga harta benda =P.
  • Finally. saya hampir menyiapkan tag panjang ini. fakta terakhir. sebenarnya saya nak buat entry khas  pasal ni. kononnya kesinambungan entry bajet tu. tapi dah alang -alang ni saya bagitau kat sini je lah. Lelaki kidal adalah adorable. okey. saya merujuk pada anak buah saya, Firdaus. dia kidal. kalau tulis nombor 5 mesti terbalik. so bila dia mula menulis 1, 2, 3, 4 dan sampai pada nombor 5 dia akan tukar tangan, tulis dengan tangan kanan sebab taknak bagi nombor lima dia terbalik =_= dan dia kelihatan sangat kesian bercampur comel bila dia terpaksa sedaya upaya makan dengan tangan kanan. mind u, budak tu baru 6 tahun =)

saya nak tagged:

1. ayuni yang  suka tukar-tukar lagu kat blog. rajin dia .
2. malay mok apabila diterjemah ke BM jadi Melayu Mok?? err
3. kak aida yang dah ader bisnes online jual tudung skrang.
4. zue anak sudin yang tiba-tiba aku rasa macam mahu buat juga : lynn anok pok mat.
5. asada ryuto yang aku pon sudah berbelit2 mahu tulis namanya
6. ain nia yang entry dia cenonet2 dan buat pembaca diselubungi misteri
7.greenhall yang namanya johan adam. baru tau.
8. Saerah nun jauh di Besut.
9. dieha bakal lawyer
10. Ahmad Syahril. kalo nak buat lah sebab sy rasa blog dia bukan kategori personal kot. ehe

err maaf. tak sempat mahu link blog kamu semua. masa mencemburui saya.


p/s: lama gila nak siapkan tagged ni tahu. sehari buat satu fakta. so aku peram entry ni kat draft dalam 25 hari lah. itu pun kalo korang nak percaya. hehe

p/s: aku menyampah tengok entry ni pnjang sangat, terus edit jadi pendek. sikit. lah. haha

Tuesday, November 24, 2009

Buat juga =)

Aku rasa tak ramai yang suka buat tag kan. dulu aku pon tak berapa gemar.nak-nak kalo soalan yang survey berunsur peribadi/pasal diri sendiri-rasa macam bagi peluang orang lain menghakimi diri kita dengan jawapan merapu sendiri.(padahal tak sedar, dengan menulis pon org dah boleh baca peribadi kita, erkk?)

Tapi,since dah jadi blogger ni, tag ke ape ke harus dibuat juga. dah nama pon hidup dalam komuniti maya kan? komuniti maya? rasa mcam di alam bunian ler pulokk.

dulu,masa zaman tag dengan award tgh menggila di arena blog, aku tak terkecuali terkena tempias. tapi kannnn...tag tu sampai sekarang aku tak buat2. hehehe. i sibuk uolzzz..eh aku ader gak la buat. sikit-sikit. tak habis lagi.
so today..here we go. yg ni seb baik soalan sikit (ada satu lagi tag. yang tu bapak mencekik soalan 100 facts about urself.huhu alahai sikitnya. asal tak buat 1000 terus??


1)Beside your lips,where is the favourite spot to get kissed?

Err entah?

2)How did you feel when you woke up this morning?

Tak sempat pikir ape2. Terus bangun subuh n tengok breakfast dah sedia hidang. bila masa diorang bangun ni?? cantik kan perangai aku? Mungkin boleh dimaafkan sebab aku offer buat air milo =P. i love u kakakkk hahaha

3)Who was the last person / people you took photo with?

Elis The Mafia. Sori yunkk tak leh attend wedding abang ko. wedding ko nanti aku datang.

4) Would you consider yourself spoiled?
Selalu jugak.nak2 bila masalah bertimpa-tapi tapi tak reti nk solve sendiri

5)What are you listening now?

if i were a boy-beyonce knowles. lagu ni kat blog azam. dah ulang patplohpat kali. aku taknak tutup.

6)Do you want someone to be dead?

dulu aku nak sangat George W.Bush mati.

7) What does your last text message say?

Salam. keje x? kalo x keje balik umah. cik ani ada ni. dia nak tgok Qaseh- to my bro Lan tapi haram tak balas. Ouh rupa-rupnya dia demam.

8) What are you thinking right now?
nothing. aku taknak benarkan otak aku berfikir ape2 tym cuti ni. hahaha

9) Do you want someone to be with you right now?

My sister.balik la. banyak sangat nak gossip ni.

10) What was the time you went to bed last night?

12 ++. Ingat nak marathon novel yang beli ngan sis Aida ni.tapi terpaksa mengalah pada cuaca sejuk.

11) Where did you buy the tee you are wearing now?

Sogo back in 2005.

12) Is someone on your mind right now?
No one. sambil lagu no one leona lewis bergema di otak. boleh ke?

13) Who was the last person who text you?

Elis The Mafia: Aku chat ngan gigi besi! Sumpah tak tipu.
Cehhhhh tak insaf2. sabauuuuu je la haha

Ten LUCKY person to do this quiz.-
semua dah buat kan? atau ader yang terlepas. nahh buat ni. asenmen musim sejuk =P
haaa kamu yang membaca nii. jangan ngelatt. chek kat feedjit nanti. huhuhuhu
xde la. sy memahami.nak buat dipersilakan tanak buat tak pe. baik kan hati sy.


p/s: matahari kuar hari ni. kuantan-kemaman ceria hari ni =)

Tuesday, September 1, 2009

Misi Mencari Murtabak Sedap

Aku kini tidak lagi mengharapkan keajaiban orang kenet dalam hidup sebabnya aku kini sudah menjadi rajin. Berkat Ramadhan. =)
Kejap. Nak buat tag ni dulu. Jap lagi sambung. Tengoklah. Rajin sungguh kan.

Okey semuanya EMPAT sahaja. Tapi aku sesuka hati jerlah nak taruh berapa. Degil.

Four most important dates in your life.
1. 01/05
2. 1 Ramadhan
3. 1 Syawal


Four things you've done in the last 60 minutes.
1. Terawih 8 rakaat
2. Lipat telekung
3. Membebel kat celcom. Line mcm 6%5q%$Tfvd*&^!
4. Jawab call
5. Tutup kipas ngan lampu.
6. Makan buah rambai. kelantan mari oh.

Four ways to be happy.
1. Korang buat lawak. Aku gelak.
2. Muzik/ Lagu. Aku agak pelik kalo orang tak suka muzik.
3. Movies.
4. Internet.

Four of your favorite hobbies
1. Online
2. bloghopping. Sanggup tido lewat sebab nak menyibuk kat blog orang. tapi secara silent la. aku ni kan low profile, sopan lagi pulak tu.hohoho
3. Sembang.
4. Baca. novel, majalah, paper. dah nama pon bakal cikgu, hobi kena akademik sikit =P

Four places or country you want to go for vacation.
1. Paris. Kota cinta katanya. Tunggu aku kaya
2. Japan. Makan hati betul!!
3. Mecca. hei orang pegi wat ibadat bukan vacation. tak pe. dua dalam satu.
4. Perlis. Aku tak jejak perlis lagi laa



Four favorite drinks
1.Hot tea
2.Slurpee 7E


Four things always found in your bag.
Bag apa ni? Bag kuliah ke bag jenjalan g JJ?
1. henpong
2. Purse yang kdang-kadang kembung kadang-kaang kempis. T__T
3. Bunch of keys yang selalu nyorok celah-celah resit, tisu bla-bla pastu carik tak jumpa. Benci.
4. Tisu
5. Girl's things..tapi tadelah nak bawak satu beg. ingat aku mekap artis hape. paling penting lip balm. mati kering kalo tader.
6. digi cam tapi hampeh malas nak guna. asyik interprem kat camera org lain jek.



Four favorite colors.
1. Hijau
2. Hijau jugak
3. Hijau lagi
4. Ok la. Putih pon suka jugak =P

Top four hangouts.
maksud kamu?hangouts with or where? Tak jelas. Aku belasah jawab.

1. Emak
2. Housemates yang cakcibau
3. Classmates yang cakcibau
4. cikgu usop.hohohoho


Top four you love so much.
Eishh kamu la.

Top four 'things' special to you.
1. Laptop uzur
2. broadband. tanpamu aku buntu. ceh ayat!
3. Gifts/cards dari students.
4. Err semua benda aku punya aku sayang weh.


Okey sambung cerita rajin.
Lepas kelas tadi balik umah. Ada misi hari ni. Misi rajin yang harus dicatat dalam Sejarah Hari Ini. Weolz pegi library uolzz. Carik bahan asenmen katanya. Gigih petang-petang orang syok membuta kami berlima paksa hati pegi library. Bukan kat maktab tapi nun di Ipoh. oh kalau takat library maktab, tak payah susah aku masuk dalam blog. ni perpustakaan awam. paling aku terharu, kat library tu bahannya adalah terlaluuu sikit. Baik pegi libary maktab. woh, rugi masa tidur aku. huhuhu

Tapi tetap mahu umumkan aku sudah rajin.






berbalik cerita entry.
aku nak makan murtabak DAGING/AYAM bukan murtabak BAWANG. Ipoh mana mau dapat eh? Eh jangan la bagi cadangan buat sendiri.

Thursday, August 13, 2009

Maaf La..Terlepas Pandang

Saya berjanji mahu update dengan lebih rajin /tiap-tiap hari walau hanya dengan sepatah ayat. bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri sendiri jugak.

Occay entry menipu. Abaikan.

Rupa-rupanya aku ada berderet list tagging game yang tak buat dalam draft. Bila selongkar balik, mak aii banyaknya tak buat..hee sori mesti dah serik nak tagged aku. Oke mungkin start entry ni, aku buat sikit-sikit since bosan asyik cerita pasal sekolah je kan.

Aku ditagged oleh seseorang yang aku dah tak ingat dah saper. LOL. Tak pe la kan. Aku buat juga akhirnya. hehe

Random questions.

1) apa perasaan sekarang?
1. Geram pada line celcom...karang saya curang kat wimax baru tahuu!!
2. Risau..mata kanan saya sakit tapi tak bengkak..dalam kepala dah fikir bukan-bukan.


2) saya nak makan?
SR banana choc. orang tu ckp nak belanja kalo tolong dia rakam suara nak mengajar esok..

3) saya tak suka?
Listerine yang warna hijau tu. Pedas lah. boleh terbakar mulut tahu??

4) impian saya?
Kawen dengan guru besar. apa? kawen dengan si Perancis tu? lupakan saja.
Ok. Serius la. Bahagiakan ma dan abah saya sehingga ke hujung nyawa saya..

5) haiwan yang saya tidak suka?

banyak betul. tapi tak sampai hati nak tulis kat sini. kesian dia kalo baca kat sini terasa hati. Ape benda aku merepek ni?

6) saya harapkan?
bangun pagi esok, mata tak sakit dah. dannnn
Tiada lagi kes H1N1. Sungguh. Risau betul saya. Lagipun saya dah penat pakai mask.

7) jika boleh diputarkan masa?
saya buat betul2 masa SPM tu. tak main2. saya sedih betul tak dapat study kat Jepun.ehehe

8) saya pada 10 tahun akan datang?

tetap begini juga. tidak mahu tua. boleh?


9) hp saya adalah
shining blue. sangat tidak minat warna itu. paksa brother kedai enset tu carikkan warna lain tapi dia kata dah habis.nak tak nak kena ambik jugak. housemate saya pon beli yang sama juga. dua tiga hari kemudian, Arip si budak UPSI bergegas beli yang sama juga. Kadang-kadang mahu ketawa juga bila jalan-jalan dengan rumet/housemet semua benda nak sama. Kalo tak sama nanti saling jeles menjeles. Ok stop. Orang tanya pasal hp sebok nak cerita pasal rumet sekali.

10) saya pernah bercinta sebanyak?
safayafa benfencifi befetulful lafa oforangfang tafanyafa mafacamfam nifi!!

11) saya suka pada?
Listerine yang warna biru tu. Tak pedas lah. Ehh kenapa asyik nak cerita pasal Listerine ni?

12) kawan-kawan saya?
perangai supo bokbong sore-sore. gode ke baghu tau..
Saper boleh translet saya belanja Slurpee 7E.

13) pernah dikhianati?
apa plak tak pernah. sajer je kan nak jawab belit-belit. kalo jawab pernah terus kan senang =P

14) apa yang hendak dilakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?

bunuh terus

=P

Biarkan dia. saya tak berhak nak hukum orang.

15) senaraikan 8 orang untuk di tag...

..........Kamu Yang Follow Saya............

Saturday, May 9, 2009

Selesai Hutang

hehehe..lama kan main nak boleh buat tag ni

1. nyatakan usia blog anda (bg la tarikh yg specific)

hallamakk ni aku lemah ni..bab kira mengira ni aku menyerah kalah..aku tatau lah tarikh specific tapi aku starat pada 6 July 2008
thee hehee

2. terangkan kenapa anda berblogging..(kalu ada cite disebalik ksiah anda mula berbloging nie pun..citekan jer..)

  • sebab blog kan trend yang tengah in skrang. bila orang tanya eh..ko ada blog? ader...(berlagak jer jawab) tapi bila orang nak URL blog aku akan mengelat..hahaha takut diorang komen merapu..hahah aku faham sangat la peel diorang semua tuh! hahaah kidding..
  • ok jawapan serius..aku berblogging bukan kerana trend, bukan kerana nak ikut-ikut orang, bukan kerana nak feeling best ke apa tapi tujuan sebenar aku menulis sekadar menulis kenangan bes/tak berapa bes untuk dikenang. tapi seriusly, aku tak menulis 100% pasal aku di sini sebab aku tak selesa berkongsi terlalu peribadi apa saja tentang aku. so blog aku adalah open to readers dan tidak akan diprivate kerana tiada benda2 peribadi aku di sini. hehehe..okeh panjang dan lebar sekali penarangan aku..

3. nyatakan blog pertama yg anda bace (kalu masih ingt)
  • seorang awek yang menggelarkan dirinya awek hati tisu.. Blog dia very girly tapi sekarang aku tak tahu apa jadi ngan blog tu. tak pernah buka dah..
  • seorang mamat yang sudah berfamili, nak-anak comel giler, ada kerjaya mantap, kehidupan bahagia,hidup senang lenang, bijak bestari, dan hensem kacak bergaya(pada firasat aku walopon dia tak penah publish pics dia) dan bila aku baca blog nya seolah-olah hidupnya dalam drama kat TV. very perfect!!....tapi aku dah tak baca blog dia sebab hati aku terdetik mungkin dia salah orang manusia yang suka berfantasi lalu menterjemah fantasinya ke dalam blog lalu menipu manusia-manusia naif seperti aku..LOL jahat tak aku?hahaha
4.letakkan n3 pertama dlm blog anda..(means ur 1st n3 la)

Why I’m blogging? Aku pun terpikir gak soalan ni sebelum aku buka account ngan blogspot ni. Others said, main menda2 camni bahaya lar, buang masa lar, nak show off personal life at the public la and bla..bla.bla.. Dulu pun aku slalu bagi comment negative camni BUT since aku selalu aje terjumpa blog2 yang menarik mase browse net, aku rasa melalui bog ni kiter boleh berkongsi dengan orang lain tanpa kita perlu kenal mereka dan paling penting aku SUKA DENGAN APA YANG AKU BUAT.

5. huraikan entry tersebut (cite la sikit knp tulis n3 tue)

adat la kan..1st entry..kena la gtau pesal aku blogging..

6. letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda

sukaaa..semua tu tangan-tangan manusia yang rapat dengan aku..hehehe

7. harapan anda (terhadapa dunia blog la kot)
  • terus rajin mengupdet blog (aku dah mula malas mengupdet!!!)
  • jumpa lebih ramai teman2 blogger yang sudi berkongsi idea, pandangan, impian, harapan blablablabla
  • blog aku diterima seadanya. aku belum terima komen mengkritik lagi mungkin blog aku tidak memprovok sesape.. hahah low profile oke!
8.pas tag nie pada sape yg anda nk..
Aku tak pasti sama ada diorang dah buat belum..kalo dah buat abaikan..kalo tak buat lagi sila buat..hahah tak de paksaan. aku tau korang malas...

1. Kak Qaseh
2. Carol
3. S.c.h.u.l.t (hadooiii tergeliat tangan nak eja nama ni) hahaha
4. Mie
5. Kak Qayz
6. Cik Syazni
7. Anna_Fauziana
8.Eyena
9.Misz Farah
10.Princess Liyana

Eii nak je aku tulis semua yang ada dalam blog list aku =P.Ok tak pe..Lain kali yer yang tak terkena tu.

Babai..sile lah buatttt

Wednesday, May 6, 2009

Hutang Tag Akan Dibayar

Im quite busy lately.
Bukan buat-buat lupa tag kamu semua tu
hehehe
oh ya..kamu yang lain
saya tak akan benar bersenang lenang
saya akan cari kamu nanti
sila tunggu di rumah masing-masing
hauhauhauhau
(gelak jahat)
Orang lain semua dah start balik kampung n bercuti, aku kat sini baru start study week
adoiiihh..jeles jeles jeles jeles

Thursday, April 16, 2009

Aku Jawab Tag!


Okey..ader satu tag lagi tak buat tapi yang tu susah serta malas sikit (hehhe) nak buat. yang ni sonang ..tempek gambar jer..so here we go :

1. tampal gambar korang

anggap jer la manusia kat atas tu dua-dua tu aku.kekeke

harap paham la yek kenapa makhluk tu menyengih kat situ

=P

2. explain kenapa korang pakai baju dalam gambar tersebut
aku dan rumet tetiba teringin nak jadi detective.
sengal tak?
Siapa yerk pencipta tag ni. heran aku.
Eh satu keje pulak nak pikir
Ok aku pass tag ini pada :
1. Naa
2. ChEnta_tiEha
3. Cik Aida
4. Putera
5. Afun
6.Influenza
...dan sesiapa nak buat

Thursday, February 26, 2009

Jom la buat Tag!

Rules: Use the 1st letter of your name to answer each of the following…

* They must be REAL places, names, things…NOTHING made up!

* If you can’t think of anything, skip it.

* Try to use different answers if the person in front of you had the same 1st initial.

* You CAN’T use your name for the boy/girl name question.

Your name: Lynn-the gudigudigurl

1. Food: Lamb chop
2. 4 letter word: Love
3. Street name: Lorong haji Taib
4. Color: Luxury red.
5. Gifts/presents: Lingerie. Gila xde hadiah lain nak bagi.kikikih
6. Vehicles: Lorry
7. Tropical Locations: Lost Word Of Tambun.banyak pokok is consider as tropical la kan?
8. Song : Lucky by Jason Mraz.
9. Dairy Products: Love Letter from Munchys. Aku hentam sajork. Reti makan jer =P
10. Things in a Souvenir Shop : Lamp
11. Boy Name: Lan. Cilok namer abang sendirik
12. Girl Name: Lola
13. Movie Titles: Lenjan. Automatically teringat dowh!
14. Alcohol: -Tah-tatau
15. Occupations: Lecturer
16. Flowers: Lily
17. Celebrities: Leona Lewis
18. Magazines: Life & Style
19. Malaysia Cities: Lumut
20. Pro Sports Teams: Lompat galah
21. Something Found in a kitchen: Lempeng pisang.err yummy
22. Reason for Being Late : Lambat bangun.
23. Something You Throw Away: Lollipop’s stick..buat aper nak simpan kan?
24. Things You Shout: laahhhhh…continue with blabber…
25. Cartoon Character: Lilo n stich
26. Tag, you are it !:
Lynn’s rumet : Elis
Lynn’s blogger friend 1: Miss_Z
Lynn's blogger friend 2: Naa
Lynn's blogger friend 3: Miss_Zaza

Hoihhh penat otak pikir..

Saturday, November 15, 2008

Tagged Again

Kenapa neh suka main tag-tag neh?
Cik Na have tagged me, so begitu berbesar hati membuatnya untuk cik na
You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog,tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

  • Orang cakap muka saya macam sombong, garang, kerek, dan yang sewaktu dengannya..kalo orang tak kenal la tapi in person, saya tidak lah seperti itu sebenarnya. Jangan takut yer. Hihihi. Ok mungkin sebab saya susah nak senyum kat orang or rumet kata saya selalu buat muka taik. Hahaha...kadang-kadang saya sangat malas nak senyum dekat orang tak kenal. Peel huduh! Tapi bila dah kenal, ya Rabbi tak boleh nak tulis kat sini. Seram!!
  • Cepat terasa tapi tak akan luahkan pada sesiapa. Pernah cuba untuk berkongsi tapi rasanya tak serasi dengan diri ini. Ntahl a. biar la kutanggung duka ini sendiri..chewwahh
  • Suka mengira dalam hati kalo buat sesuatu kerja. Ermm contohnya kalo tengah gosok gigi ke,cuci muka saya akan kira 1-20 kali pastu tukar posisi. Then kira lagi sampai puas hati/bersih. Tapi saya hanya kira sampai 20. pastu ulang balik.kalo rush pun gitu gak tapi kira laju-laju sampai 20 kali. Habit ape tah.
  • Sangat concern pasal kesihatan diri tapi tak pernah praktik dengan disiplin.Tahun depan nak azam nak makan sayur banyak2X
  • Tak reti nak show love kat orang tersayang . tapi please la anda-anda semua(my famili, my buddies) i love y’all so much. Kalaulah anda tahu betapa anda semua begitu penting dan berharga…
  • Masa form 1, 2 penah membenci lelaki. Tak tau nape. Hormone maybe.
    Berjauhan dari famili sejak umur 13 tahun. So im not manja-kededek altho im the youngest in famili. Btw, saya sangat mengharap dapat ditugaskan ke kampung halaman kelak. Nak tebus masa dengan familli...

Tatau nak tag sesaper.tak nak tag bleh?

Tuesday, September 16, 2008

Tagging Game

Hi, Miss Zaza tagged me with this tagging game thingy. I've been all excited to do it since I haven't been tagged by anyone.(haruslah kan..i’m still budak mentah dalam blogland ni, rite?) but the questions all about zaman-gilang-gemilang-remaja sekolah-lima-tahun-lampau.. Haa nak buat ni ni mau kena bukak diari lamer..muehahaa.

So...let us just proceed with these survey. it is all about u in school


these 7 questions will bring u back to the school memories enjoy!!!



1) 5 tabiat buruk anda time skolah
  • Tak suka school prefect.dan tak penah ader klik pon golongan-golongan ini..suka nyebok hal orang! (ampon ya pengawas-penngawas sekolah semua!)
  • Tak suka bawak segala jenis buku teks ke sekolah. konon dah matured. pe kellas bawa buku besar gabak tu. tapi sekarang kalo bakal student i wat camni..haruslah i marah *grrr*
  • suka rebel kalo ader peraturan baru dikuatkuasa
  • tak suka warden. suka denda jalan itik.tapi i ok je kena denda. tak kecoh sampai nak keluar paper...tak cam dak 2 sekarang.



2) 3 favourite subject anda...kenapa?
  • Kimia- cekgu sempoi giler!
  • Ekonomi Rumah Tangga Form 3-ingat lagi cikgu puji i sebab pandai jahit baju kurung padahal ma i yang wat wahhaha..
  • Biology-tapi tak score A pon tym SPM..sob3x


3) 3 subjek yang anda tidak suke..kenape
  • sejarah-cikgu bapak bekeng. dah lah suka main soal2 dalam kelas..eii tak suka ar
  • Bahasa Arab- satu haram pun tak paham ustaz/ustazah cakap pe
  • Fizik- tak pandai
  • Nak tambah satu lagi- Add Math-Sumpah tak nak belajar AddMath lagi. Scary giler!

(4) Menarik pada kamu...
Saya adalah seorang yang civic-minded. semua cikgu dan pengawas sekolah sayang saya!! i pon lebiu oll..hahahha


5) Kamu paling suka..
Ari jumaat-ader nasik ayam kat dewan makan..


6) Anda tidak boleh hidup tanpa..
My crazy friends- The Pink Solehah Metal (hohoho..nama tak boleh blah)

7) Setiap malam sebelum tidur,siapa yang anda hubungi
tym i dulu maner ader main call2 ni (student kan sengkek), missed call lagi glemer! Nak-nak berlumba tembak (missed call) sampai beratus-ratus kali. Sekarang ni tak koser nak wat tu sume. Tak de keje ok!

Ermm..err seem everyone dah buat neh..so im tagging everyone yang bacer entry neh..jangan ngelat!