Sunday, April 12, 2009

Aku Tak Suka Bila Orang Cerita Pasal Hantu...

dalam seminggu dua ni isu histeria dan hantu masih belum reda di kolej.
bermula dengan sekumpulan junior aku kena histeria (pertama kali dalam sejarah hidup ku menyaksikan sendiri apa itu histeria dan aku sangat takut!)
kami tak henti-henti bercakap pasal tu sehingga kini seawal jam 9 malam
masing-masing dah takut tak ke toilet sensorang!

dan malam tadi, masa dinner di gerai yummy-yummy topik utama perbualan masih lagi cerita yang sama-hantu dan histeria. Aku masih lagi cool dan bersikap eleh-tak de-pape la.
Tapi, hakikatnya aku tak cool. memang tak cool langsung.


10.30 pm
Tetiba aku rasa sakit perut. okey aku tak takut. aku ke toilet. Ramai lagi manusia kat toilet.hehehe


12.00 am
Sakit perut datang lagi. Kali ni aku memang confirm tak akan ke toilet lagi. kolej dah sunyi sepi. manusia-manusia yang suka bergayut di telefon pon langsung tak kelihatan malam tadi. pelik aku. Rumet pon dah lama ke alam mimpi. tapi kalo diberi pilihan pon aku tak akan kejut manusia penakut tahap gaban tu. aku tak boleh imagine lah kalo dia teman g toilet.

ini tak boleh jadi. takkan aku nak tunggu sampai pagi.
aku cuba beranikan diri. tapi bila melangkah keluar dari dari je pintu bilik, serentak 25 CD hantu yang telah kutonton terbayang depan mata. gile lah!!! aku masuk bilik balik tarik selimut dan tido..yea dalam keadaan sakit perut gila!!!

4.30 am
Aku terjaga. Masih lagi sakit perut. kolej masih lagi sunyi sepi. aku memang tak berani nak kuar lagi. on laptop dan on9. dan aku tertido lagi-masih dalam sakit perut!

6.30 am
Rumet tak ada. Rumet dah bangun rupanya. kolej dah bising. dan aku tak takot dah. *^&52$#256 sungguh!!!!


Moral of the story, aku tak hingin lagi dengar cerita hantu!!!
Akibatnya aku menanggung sakit perut sepanjang malam tadi sebab takut nak pegi toilet!!!


Bongekkk ok!!!!


Perut aku sakit lagi ni. food poisoning ke ni?





Malam tadi aku melantak yong tau fu tak hengat. dan sekarang dengar nama pon aku dah loya. eiii

Friday, April 10, 2009

I heart 4 Akrab!

Penat aku gelak tadi. Budak-budak ni (student aku) buat lawak betul. Tadi masa aku ngaja aku ada wat permainan “Telefon Karat”.
Permainannnya mudah je. Aku bagi satu pesanan, sorang akan passkan pesanan kepada rakan-rakan yang lain secara berbisik dan orang yang terakhir akan bagitau aku pesanan tu. Nak compare betul ke tidak. Disebabkan student aku ramai (44 orang) aku pecahkan 3 kumpulan.
Dan pesanan aku berbunyi begini :

"Kerbau balau Pak Malau baru pulang dari Pulau Harimau. Pak Malau sembelih kerbau balau di belakang surau. Pak Malau ketawa hauhauhau."

Mudah jerk kan tapi aku sebagai cikgu yang tak berapa nak baik tambah gelak jahat kat belakang tu. Hauhauhau. Hambik korang ngafal beria-ria. Pastu ketua kumpulan pon pass kan la segala pesanan tu kat kawankawan diorang. aku menanti penuh sabar . 15 minit kemudian, student terakhir datang membawa pesanan.

Kumpulan Satu : Pak Balau ketawa hauhauhau.

Aku control gelak. Aduhaiii, banyak tu jer diorang ingat dah lar tertukar sana sini. Balau tu kerbau la murid-murid. Pak Malau okey bukan Pak Balau!

Kumpulan Kedua : Buaya makan harimau. Harimau makan Pak Malau . Jangan sia-siakan hidup.

Jawapan paling merapu diorang. Aku dah tak tahan. Gelak sampai berair mata. Sakit jiwa aku budak-budak ni. Pandai-pandai pulak diorang tambah pesanan tu. Merepek pulak tu. bila masa aku sebut buaya pon tak tau.

Dan pemenang adalah kumpulan ketiga. Pesanan diorang paling tepat jika dibandingkan dengan kumpulan lain.

Kumpulan Tiga : Kerbau Pak Malau baru pulang dari Pulau Harimau. Sembelih kerbau belakang surau. Pak Malau ketawa hauhauhau.

Okey, I can’t stop smiling during typing this entry. I heart 4 Akrab. They were my very first student that I will remember ever.

Okey cikgu lynn nak kuar beli hadiah kat kumpulan menang telefon karat ni. Pandai sangat janji nak bagi hadiah. kalo setahun aku ngaja bankrap la cikgu. LOL

Thursday, April 9, 2009

Aku Baru Tau lah..

Halamak aku ni ketinggalan sungguh. Depa dok sibuk cerita Kabinet Baru Najib pon aku tatau pape.Blame it on my works-sampai tak de masa nak baca paper. But thanks to our technology. Terus aku google cari Kabinet Baru Najib. Hoh! Banyak perubahan rupanya. Patutlah bising sana-sini. Seperti biasa aku mengambil dasar berkecuali dan memegang prinsip kita tunggu dan lihat saja.
Ye rakan-rakan dalam arena pendidikan, cikgu-cikgu, murid-murid, sematkan di minda menteri kita sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jangan tersasul sebut nama menteri lain. ingat tuh..hohoho

neway let's welcome our new PM. the beginning of Najib's era.
Doa rakyat Malaysia untuk kamu!
P/S: Aku terpaksa tambah label politic untuk entry khas ini. Aku tak suka politik. tapi ini bukan politik propaganda/murahan oke! i juz love being Malaysian!

Sepasang Kasut Itam dan Sepasang Uniform KRS

Kelihatan agak janggal atau tidak ini sepasang baju KRS yang sungguh tentera ini digandingkan dengan sepasang kasut bling-bling itu?



sepasang uniform KRS yang sungguh tentera yang HARUS dipakai setiap Rabu menjadikan aku terasa menjadi askar wataniah.

*opss adakah anda lihat paku di bahuku itu?Ye..mata anda tak silap. AKu bergelar Leftenan Muda KRS..hohoho


dan kerana masih mahu mengekalkan imej cekgu la sangat, aku bantai pakai dengan kasut ini

*bling-bling di kasut aku tercabut satu hari tu. mujur ada cikgu lain jumpa. benci betul

Tak sesuai?Aku sudah bantai pakai dua minggu berturut-turut. LOL

Sunday, April 5, 2009

Ayahanda, Anakanda dan Celcom Broadband

Anakanda : Abah..semua kawan kat maktab dah ada broadband. Tengah ada PC fair ni. Celcom
wat promosi murah.
Ayahanda : Hah..beli lah..kalo nak buat belajar beli lah
Anakanda : Kita dah kira..dekat ujung-ujung bulan tu, baru tak cukup duit
Ayahanda : Kalo tak cukup duit bagi tau lah…
Anakanda : Tak membazir ke bah?
Ayahanda : Kalo guna buat belajar tak membazir la..bunyi macam susah nak cari bahan




Ohh..Anakanda tersentuh ayahanda. Sesungguhnya ayahanda bapa paling memahami di dunia ni. anakanda cinta sama kamu ayahanda!!!



Selepas perbualan tersebut, si anakanda terus menSMS rakannya, Rose serta Joe untuk meredah lautan manusia di PC Fair kat Stadium Indera Mulia, Ipoh. Sebenarnya ini pengalaman kali pertama si anakanda ke PC Fair. Memang si anakanda ini bukan pencinta gadget terbaru pon. Baginya, hidupnya sudah cukup sempurna dengan laptop dan printer berusia 3 tahun, digicam 7.1 megapixel, serta henpon cabuk (walaupun si anakanda begitu teruja dengan Iphone, anakanda ini masih sedar diri).




Dan tak pasal-pasal si kawan anakanda, Rose turut membeli sama broadband itu. Hohoho.







anakanda dan rakan, Rose completing segala jenis forms






dan akhirnya...

broadband Celcom ini dalam genggaman. kat ulu kinta tolong la lajuuuuuuuu


Untuk membalas jasa ayahanda membenarkan anakanda membeli broadband, anakanda telah membeli sehelai kemeja untuk ayahanda sebagai penghargaan dan terima kasih. (Nasib baik mega sale ayahanda, anakanda save 70% tuu) Semoga ayahanda gembira. Untuk bonda nanti-nanti la dulu. Nanti anakanda cek pitih dalam bank dulu yek.





semoga kehenseman ayahanda makin terserlah dengan kemeja ini..hoho

Aku sangat sweet atau kaki bodek ya rakan-rakan?

Saturday, April 4, 2009

Korang Nak Tau Tak

Instead of novel-novel chenta-jiwang -karat Aisya Sofea, Anis Ayuni, Sophie Kinsella and currently Kelly Humphrey, aku sebenarnya adalah peminat setia novel-novel (oh adakah patut disebut buku cerita?) pakcik Enid Blyton.




sebahagian buku cerita aku baca ari tu. banyak lagi tapi tatau kat maner.


Kalo balik umah, mesti aku aku sepah-sepahkan almari sebab nak cari buku cerita kesayangan aku ni. sebenarnya aku dah boleh hapal cerita tu tapi aku bacer ulang-ulang sampai puas hati. Dan sekarang tiba-tiba aku rasa macam nak balik rumah dan nak baca buku cerita itu sambil mengunyah keropok cecah sos. dan keropok itu haruslah keropok asli dari Terengganu...haihhh
tak pasal-pasal kan kuar citer kopok...

Friday, April 3, 2009

Award!








Semua award dari Mr Shari blog
Thanx ya.

Dan..aku pass kan segala jenis award ini kepada
mereka-mereka ini!
1. Cik Syazni
2.Chenta_tieha
3. CikWahida87
4. Kak Syifa
5. Cahaya Qaseh
6. Zack
7. mie