Penat aku gelak tadi. Budak-budak ni (student aku) buat lawak betul. Tadi masa aku ngaja aku ada wat permainan “Telefon Karat”.
Permainannnya mudah je. Aku bagi satu pesanan, sorang akan passkan pesanan kepada rakan-rakan yang lain secara berbisik dan orang yang terakhir akan bagitau aku pesanan tu. Nak compare betul ke tidak. Disebabkan student aku ramai (44 orang) aku pecahkan 3 kumpulan.
Dan pesanan aku berbunyi begini :
"Kerbau balau Pak Malau baru pulang dari Pulau Harimau. Pak Malau sembelih kerbau balau di belakang surau. Pak Malau ketawa hauhauhau."
Mudah jerk kan tapi aku sebagai cikgu yang tak berapa nak baik tambah gelak jahat kat belakang tu. Hauhauhau. Hambik korang ngafal beria-ria. Pastu ketua kumpulan pon pass kan la segala pesanan tu kat kawankawan diorang. aku menanti penuh sabar . 15 minit kemudian, student terakhir datang membawa pesanan.
Kumpulan Satu : Pak Balau ketawa hauhauhau.
Aku control gelak. Aduhaiii, banyak tu jer diorang ingat dah lar tertukar sana sini. Balau tu kerbau la murid-murid. Pak Malau okey bukan Pak Balau!
Kumpulan Kedua : Buaya makan harimau. Harimau makan Pak Malau . Jangan sia-siakan hidup.
Jawapan paling merapu diorang. Aku dah tak tahan. Gelak sampai berair mata. Sakit jiwa aku budak-budak ni. Pandai-pandai pulak diorang tambah pesanan tu. Merepek pulak tu. bila masa aku sebut buaya pon tak tau.
Dan pemenang adalah kumpulan ketiga. Pesanan diorang paling tepat jika dibandingkan dengan kumpulan lain.
Kumpulan Tiga : Kerbau Pak Malau baru pulang dari Pulau Harimau. Sembelih kerbau belakang surau. Pak Malau ketawa hauhauhau.
Okey, I can’t stop smiling during typing this entry. I heart 4 Akrab. They were my very first student that I will remember ever.
Okey cikgu lynn nak kuar beli hadiah kat kumpulan menang telefon karat ni. Pandai sangat janji nak bagi hadiah. kalo setahun aku ngaja bankrap la cikgu. LOL
9 comments:
1st!
aku prnah maen aktiviti ni tym kem motivasi dlu,
tpi group ktorang x lepas,sumenye kurg daya ingatan,haha
mr.shari :
oh jadinya lebih kurang samer ngan studentku saja la haha
mmg best..had played it too in my class b4... cute kn diorng...mmg bankrap practicum nie...
cause token tu mmg penting gak nk tarik minat diorang..
;DD
chenta_tiEha :
seronok kan..
hahaha sayang la plak nak tinggal diorang nanti
tsk
betul la
bankrap la praktikum ni
x pe la..
tym ni la nak rasa
hahahaha...
lucunye...
kalau sy mmg bantai gelak depan2 diowang sume tu...
hahahaha...
nway...salam perkenalan...
sy bz sgt sampai xsempat nk hupdate blog...
nk singgah blog nie pn lambat bru dpt...
thanks sudi jengah blog saya...
keep in touch yea...
emmacommey
okeys salam kenal juga!!
akak yang membaca pun dah tersenyum,
ini kan pula kalau akak ada dalam kelas tu...
mesti dah terguling2 dah
cahayaqaseh
betul tu kak
gelak memang tak control dah.ishh budak2 ni memang kalo bab merepek suka sangat!
Post a Comment