Monday, July 27, 2009

Canting Batik Tak Susah =P

Sabtu lepas, kursus LADAP di Fauzi Batik, Chemor. Agendanya : mencanting batik. Hati separuh rela nak pergi. tapi pikirkan kehadiran kami adalah satu kewajipan dan arahan veto Guru Besar, terpaksa jugak lah pergi. Pujuk hati kononnya tambah pengalaman canting batik padahal dah 3 kali pergi sana. Tapi masih tak terer jugak canting batik. campur yang ni dah ada 3 kain yang dicanting sendiri. Mak aku cakap dia nak frame tapi tak frame-frame sampai sekarang. (aku tak tau dia cakap nak frame sekadar nak amik hati atau memang terpukau dengan kehalusan lukisan batik aku :)


Tengok. Ni hasil karya dua tahun dulu. satu jer jumpa pic. yang satu lagi taktau kemana. dalam gigil-gigil tangan tak reti nak buat, aku hentam bunga tak tau nama ni. sekarang baru aku paham kenapa ma tak frame-frame lagi batik aku.huuuuuuuuu.


Tapi masa bengkel canting batik hari tu, seronok aku tengok cikgu-cikgu yang dah pangkat mak-mak ni teruja lukis batik.siap ada sketch bagai..heee




kain putih suci sebelum dicemari dengan cantingan batik tangan-tangan kayu kami =P


peralatan mencanting. warna, berus, bendalah canting (tak ingat nama). dalam banyak-banyak warna aku amik merah dan hijau je. malas nak berebut. dah pergi tak ikhlas tu, asyik nak malassss je.


Nak tengok karya aku hari tu? dibuat dengan penuh dengan rasa jengkel dan tak puas hati kena paksa pegi LADAP. Buang masa, buang duit betul. Tak habis lagi geram kat GB.


ehemm. aku tak paham kenapa asal lukis batik, mesti nak kena lukis bunga tak tahu nama ni..batik sangat la tu!



see..siap dua kuntum lagi tu bunga tak tahu nama.


err...batik-batik saya tidak dijual. tolong jangan rayu untuk beli
ahaks


P/S: tak sabar nak wat balik karya ketiga pulang ke rumah. Mungkin bila tengok yang ni, ma terbuka hati nak frame cepat-cepat?ekeke

P/P/S: Kalo diberi kelas intensif mencanting batik, aku rasa mungkin pengusaha batik di Malaysia terpaksa tutup/gulung tikar..hahaha

Sunday, July 26, 2009

New Hair Style

cewah entry tak boleh blah.
*wink*
Tengah hari tadi, tengah busy buat RPH, tetiba
"jom gi potong rambut!"
"jommm"
Ehehhe. nasib baik housemate pon datang angin merapu tadi. Lama giler tak potong rambut. i mean super short.
Sampai kat salon..(lagi satu sebab sayang umah baru, salon dekatttttttt sangat ngan umah) kasi tau kat hair dresser "Suka hati u. Potong pendek tapi sesuai ngan muka i". Ceh redha gila. tapi dalam hati memang nak pendek cam MokSyok. Puas hati! tapi tak terkeluar kat amoi tu.


mesti amoi tu tak sampai hati buat rambut aku jadi gaya gini.
LOL. Tak geng la kita MokSyok!


Aku dah agak, dalam dia dok cantas rambut tu, mesti rambut aku dia buat style minah ni. Haiii tak merasa lah nak rambut super short!



complain amoi tu, rambut aku hair loss teruk.tak bleh simpan panjang.ekeke. tauu..
lepas ni tak de masalah hair loss lagi. Housemate aku yang dua orang lagi tu, aku paksa pegi potong rambut jugak. tak payah nak sapu dari tingkat atas sampai bawah kutip rambut. hohohoho

Saturday, July 25, 2009

Update la Sikit..

Lamenya tak update. Padahal hari-hari mengadap internet. Tade mood nak blog. baca blog orang lagi bagus. dua tiga orang kawan komplen yang aku ni macam sibuk sangat. baru jadik cikgu praktikum dah bizi kalahkan menteri. Alahai. nasib baik yang komplen tu teman tapi mesra. kalo tak ader juga yang kena H1N1 versi aku. wohho...bajet ganaz....

Berbalik cerita busy. Memang aku busy lah. Sungguh tak tipu..tak caya cubalah cek.


6.oo pagi : Dah bangun siap mandi. Ulang. Siap bangun dan mandi.. Rumah ni memang ada 3 bilik air, tapi kalo lima-lima bangun serentak, berebut juga. nak2 sorang-sorang mandi lama kemain. agaknya segala mandi wajib, sunat, makruh semua dipulun pagi2 tu. =P


7.oo pagi : Dah siap nak ke sekolah. Selalunya aku yang jadik manusia last kuar umah. So pagi2 tu aku last,akulah AJK Elektrik ngan AJK Keselamatan kat umah tu. Tutup lampu, kipas segala kemudian pastikan segala jenis pintu, grill gate dikunci barulah ke sekolah dengan senang hati. yer senang hati. tiada kesilapan bahasa di sini. iskk



7.40-1.30 : waktu di sekolah. ceritanya sama. masuk kelas. layan kerenah budak2 yang nakal sikit, nakal banyak, nakal melampau. kadang-kadang stress. selalunya aku dapat kelas ganti. selalu kena ganti kelas hujung. penat. kadang-kadang aku biarkan jer kelas macam pasar. sakit tekak jerit suroh kelas diam pon buang masa. kecewa dengan diri sendiri jugak. haihhhh. kang aku garang cubit pipi kang haaaa..tapi tak boleh amanat ayahanda tercinta sentiasa diinati
"marah macam mana sekalipun, jangan angkat tangan." angkat tangan je tak boleh. mungkin kaki boleh kot =P



1.30 petang: Waktu aku balik. tapi jarang je dapat balik terus sebab selalu ada kereta lain blok depan kereta. untuk makluman, sekolah aku tu tempat parking nya unik sungguh. kalo tak percya datang berkunjung ke sekolah.



1.30-3.oo petang : tapi selalunya aku balik dalam kul 3 dan ke atas ada meeting , kursus LADAP, mesyuarat persatuan, uniform dan macam-macam..



4.00 petang: mungkin boleh bersantai di rumah. tapi tak boleh. kena pikirkan P&P esok pagi. buat ABM, buat folio..buat-buat sibuk.hehhe.tak tak..memang sibuk pon. tapi selalunya rumah akan sunyi sepi sebab penghuni selalu beradu. sebab keletihan....=P



8.oo malam : Lepas dinner semua. Okeh tak masak. beli kat kedai je biasanya. tak sempat. Hujung minggu mungkin sempat. On internet dan semua penghuni menghadap laptop di meja ABC masing-masing. Selalu aku lepak di ruang tamu. Masing-masing perah otak pikir nak mengajar apa esok. Yang ni korang kena percaya. Selalunya rumah bising dengan sesi perbincangan (agak ilmiah bunyinya=P). Kena rancang betul-betul. Murid sekarang ni demand.........................



10.oo malam: baru mula menulis RPH. ABM tak buat lagi. alahai.



2.00 pagi: Iron baju nak pegi sekolah.



3.00 pagi : Sambung buat ABM. Kalo lecturer datang observe, persediaannya lagi teruk. sampai tak tido. Selalunya terus tertido di ruang tamu. lupakan saja tilam empuk di bilik atas. huuuuu



6.oo pagi: Hari baru bermula..Sila baca dari mula.



Hahahah. poyo plak rasanya buat diari camni. Diari seorang cikgu praktikum. ceh.
Macam orang lain tak sibuk. hehehehe. Aku sajer je buat diari ni supaya orang yang selalu kondem propesyen cikgu kat paper cakap-keje cikgu rileks suroh keje macam ofice hour tu bermuhasabah diri dan belajar-belajar lah memahami.





Sunday, July 19, 2009

Sibuk Pun Sempat Masak Ape?

Tapi lepas seminggu masuk la. To be honest, dapur kat umah baru berasap. Bukan malas tapi sibuk. klise kan. tau tapi tu je alasan yang ada. Niat memang ada (murninya hehehe) plus ni je peluang ada nak asah bakat memasak. eleh. masak. semua orang boleh buat. antara sedap ngan tak sedap je. haha berlagak.


Tomyam, telur dadar, kangkung terlebih belacan. konpem laki i tak kebulur esok-esok
=P

Wednesday, July 15, 2009

Meh Tengok Rumah Baru Saya



Disebabkan terlalu teruja dah move in umah baru, dengan housemates yang samer kepala, jiran sebelah kanan Melayu-cikgu-baik hati kasi pinjam sliding door nyer curtain (tapi tak sempat nak pasang lagi hehe mekasih), jiran belah kiri- Chinese-tak friendly ada anjing suka buat bising tapi tak kesah pon, taman dekat ngan keperluan asas-dobi, restoran, bookstore, mini market, dah buat aku sayaaaaaaaaang sangat kat umah baru. disebabkan entry dah terang2 ajak tengok umah baru....so ini lah dia.

Okay umah still sepah2 tak sempat kemas. Umah sewa lah. bukan beli. Mr Gopal kata umah ni rege dlm 190k kot after renovation semua. Since we ol tak buat agreement langsung juz janji mulut sebab dia percaya kami ni cikgu-to be harapnya takde la pasni dia naikkan sewa umah takpon halau kitorang sebab dah ada buyer............ishk




periuk atas dapur tu poyo semata-mata. dapur tak berasap langsung sejak kitorang pindah masuk.hiks



satu bilik khas untuk PAKAIAN sahaja. sekali pandang dah macam asrama anak-anak yatim plak.hehe


tak senonoh ok bedroom kitorang. hujung tilam dengan meja ABC ngan laptop memasing. master bedroom tu kitorang sumbat 5 orang sekali. katanya safety first. so bayangkan 5 orang manusia satu bilik. tak ke tunggang langgang.


satu untuk stor. gila banyak barang. konon bilik ni nak wat bilik study tapi hampeh barang berterabur sana-sini. tunggu memasing free baru boleh buat bilik study. hah study lah sangat!!


Lagi satu sayangggggg sangat kat umah baru sebab kat taman ni ader macam2 kedai pelik. tadi kuar beli makanan dinner tak pasal2 tershopping kasut cute ni kehkeheh.


jangan pandang sebelah mata. kasut ni selesa tau. tak dapat shopping kat JJ, kat taman perpaduan pon jadii.
=P

P/S: Antara tugasan wajib cikgu praktikum kat sekolah ialah wat mural. ader pengalaman tk kamu semua?

Tuesday, July 14, 2009

Anak Murid Nakal, Cikgu Nak Buat Macamana?

Untuk soalan di atas, aku nak mintak diri sendiri jawab, tapi aku sendiri tak mampu nak jawab. So aku nak bukak soalan ni kat umum, tak kira apa jua propesyen anda.

huhu. alkisah..aku dapat kelas hujung yang muridnya rata-rata miliki personaliti berbeza. Macam2 karenah dalam satu masa. Tak menang tangan rasanya. Tapi aku tau diorang semua buat kerenah sebab nak carik perhatian. adoii..lotihhhhh.

Niat kat hati nak menayang rumah baru tapi tak boleh. Rumah bersepah-sepah dari atas sampai bawah. Biasala penangan praktikum............

Tuesday, July 7, 2009

Penat Cari Rumah Baru..

Bukan mak bapak aku nak pindah
tapi aku dihalau hostel

=(

Jahat sungguh diorang ni bagi aku pressure tym aku berperang ngan praktikum.
Tapi dah jumpa umah baru..finally.
Lepas berpusing-pusing hampir setengah hari mencari umah, dapat jugak umah. Tapi tak sesuai. Corner lot dan tiada grill. sangat tak relevan untuk kami si gadis ni.
Punya lah seksa sampai nak pitam, muntah, pening segala.

*yayy*

Akhirnya jumpa jugak . Safety rasanya tip-top. Environment pon bagus. Tapi tak naik umah lagi. Kunci pon belum dapat. Okey, first time duduk umah sewa. Tak mo culture shock. Petang-petang 7.00 malam dah kunci gril, amik wuduk n solat jemaah sesama housemate. hehehe

Tapi umah baru kami sangat besar. Sangat besar untuk kami berlima. 4 bilik 3 bilik air. Fuhh..boleh main futsal dalam umah. ekekeke.dan paling besh rent permonth affordable la wei..Percaya tak..umah aku sebijik cam ni cuma Rm 400 sebulan..hehehe..Real pic will upload later..kasi bukti biar jeles.
*nak kasi jeles kat saper pon tak tau*
huhuhu

Thursday, July 2, 2009

Dont Give Up

Empat hari di sekolah. Alhamdulillah. Segalanya ok je. So-so. Tak boleh nak bebel panjang sebab aku lama lagi kat sekolah tu. Niat kat hati kali ni nak updet hari-hari. Tapi hari-hari aku tak ada mood... Eii tak tau nak cakap apa feeling aku sekarang. Bercampur-baur segala. Nak menaip entry ni punya la susah. Aku tak suka lah rasa macam ni. Rasa tak best giler. Sangat-sangat.

Yer lah. Tak nak give up. Orang yang loser je suka give up ni. aku bukan loser.

P/S : Aku tanya betul-betul ni, tolong jawab seikhlas rasa, kenapa korang berblog? Tolong beritau aku dengan jujur. Jujur tahu! Aku reti nilai jawapan jujur ngan tak jujur ni!