Saturday, August 29, 2009
Malas
Lupakan lah.
Em. Mahu bermula kat mana tah ni. Rasa dah macam dah lama sangat tinggal blog. Terus tak reti nak tulis apa. Kekok i. Kihkihkih.
Aku sebenarnya dalam mood malas.
Malas sangat-sangat.
Malas nak buat keje.
Wahh. memang malas gilerlah. tak tahu nak explen macam mana.huh!
Entah aku jangkit ngan sapa sakit malas ni. hahha sibuk nak salahkan orang lain jugak.
Tadi online kejap sempat chat ngan sorang classmet ni. Terus dia terjah tanya pasal asenmen. Ceh bukan nak tanya aku sihat ke tidak. dia dah siap pegi library buat research. katanya 50% in progress. Gigih ko yer pegi libraray cuti-cuti ni.
Aku? Soalan pon tak baca habis lagi. Uwaaaa.
Sekarang ni paksa diri belek soalan asenmen. Belek je. Bukan buat.
Dah la. Aku nak termenung jap. Mana la tau dapat ilham buat asenmen. Hohoo
Harap-harap bila dah termenung, aku akan tertido.
Kemudian, datang orang kenet ramai-ramai tolong aku taip asenmen. Ala yang macam tukang kasut ngan orang kenet tu. Tobat la weh, aku sokmo berangan cam tu. Bila lah nak jadinya ntah. huhuhu
Pastu bila bangun tido, gelabah-gelabah tak siap asenmen, tengok atas meja, asenmen dah siap print lagi.
Pandai orang kenet tu guna printer i.
Hoiiiiiiiii merepekkkkk apa ni??????
Kesian. Baca cerita merepek aku yang malas.
Tapi dalam hati tetap harap ada orang kenet baca blog aku. baca lah weii. i tunggu you all malam ni tau. hohoho
Monday, August 24, 2009
Kamu Bagi Tajuk...
Tapi baru semangat nak updet blog, baru tersedar yang terlupa bawa balik memory card reader la, chrger batt camera la. Balik kampung ari tu tergesa-gesa, lepas sahur ada hati lagi online konon nak buat research asenmen sebab dah tau internet kat umah lembab so nanti malas nak buat asenmen tapi end up bloghopping kat blog orang lain wish selamat berpose. Mesra kan aku? hehehe
Lagi, bila dah asyik sangat online, tengok jam dah lambat baru lah menggelabah tak mandi lagi, beg tak kemas., taxi tak call lagi. Tapi tak sangka betul Ipoh Taxi sungguh efisyen, baru kol lima minit mintak hantar taxi dan-dan tu jugak sampai depan rumah. Lagi la menggelabah. Terus teringgal macam-macam. Paling best aku ngan Ros lupa nak buang sampah kat dapur tuh . T__T Mati la sampah tu busuk bau satu umah. Mati la kena fire ngn bebudak ni. Hehehe
Dah pukul 3.15 petang. Kejap lagi mesti dipanggil ke dapur.
Nak masak pe ek?
Kejap lagi google resepi
Terasa sungguh beruntung menjadi anak gadis di zaman ciber.
Segalanya di hujung jari
Ekekeke.
“Yer lah carik resepi dekat internet, nanti cari aku jugak nanti tuuu kalo tak jadi” ma dah merajuk dengan aku ngan kakak bila kitorang sibuk cari resepi.
=P
Thursday, August 20, 2009
Saya Tak Suka Cikgu Azlin Kerana.......
Minggu ni minggu last di sekolah.
Teringat masa kecik dulu, ada cikgu praktikum kat sekolah. Bila cikgu tu dah nak abis mengajar , dia mintak kami keluarkan satu kertas dan buat dua kolum. Satu kolum dia suruh tu tulis SAYA SUKA CIKGU DINA KERANA….. dan satu kolum lagi SAYA TAK SUKA CIKGU DINA KERANA…..
Katanya untuk kami menilai dia dari mata seorang murid. Bukan lecturer je boleh nilai. Murid pon boleh nilai jugak. Malah aku rasa penilaian mereka lebih innocent sebab mereka lagi dekat dengan kita. Bukan lecturer. kan?
So, mengambil pendekatan yang sama, aku buat juga kat murid aku juga. (Cikgu Dina, terima kasih)
Masih guna cara yang sama. Satu kertas buat kolum dua. Mind you..kelas aku kelas hujung, jadi aku tak harapkan mereka menulis bahasa sastera bunga-bunga cuma tulis dengan jujur. JUJUR. Jangan nak bodek aku sebab nak hadiah. Tulis saja apa yang kamu rasa suka dan tak suka dengan aku. (wehh, aku tak cakap aku-kau la ngan murid.)
Dah banyak kali pesan kamu tulis saya suka cikgu bukan cikgu cikgu lawa ke, baju cikgu cantik ke, cikgu baik ke. Tu ayat bodek tu.
Tapi..diorang buat jugak..Adoii. Apelah sangat budak 11 tahun boleh fikir kan.
Dalam 32 orang murid, tak satu pon cakap aku tak baik. Alahai. Tak payah cakap la, cikgu tau cikgu baik =). Kalo nak tulis semua sini, mau pitam aku. Dah la aku suruh buat dua kolum, dibantainya buat kad ucapan siap bunga-bunga, otromen, segala. Sabar jer lah. So aku ringkaskan sajer.
Saya suka Cikgu Azlin kerana :
1. Cikgu baik.
2. Cikgu tak garang
3. Cikgu peramah
4. Cikgu baik hati
5. Cikgu cantik
6. Baju cikgu kemas dan cantik
7. Cikgu comel
8. Cikgu selalu ketawa bersama saya.
9. Cikgu sayang kami walaupun kami bising
10. Cikgu penyayang
11. Cikgu nak balik maktab, sedihla.
Banyak jugak yang tak menjawab soalan. Malas nak taip kat sini. kang kontroversi.ahaha.
Saya tak suka cikgu Azlin kerana:
1. Bila cikgu marah.
2. Cikgu naik angin.
3. Cikgu pilih kasih
4. Cikgu tak bagi saya berjalan dalam kelas.
5. Tak ada
6. Tak ada
7. Tak ada sebab saya memang suka cikgu.
Malas la aku nak komen part saya suka cikgu Azlin tu. Bodek sungguh. Mentang-mentang dah tau aku nak bagi hadiah, kemain lagi yer korang memuji yer.
Satu jer yang buat aku terpaku..”Cikgu saya tak suka cikgu pilih kasih”. Sebenarnya inilah yang aku mahukan daripada mereka. Pengakuan jujur seperti ini. Dan aku tahu nota itu ditulis oleh murid perempuan. Eh aku pilih kasih? Nampak sangat ke? Mungkin murid tu murid yang jarang sekali disebut namanya dalam kelas.
Aku pernah main2 dalam kelas. Biasanya kalo aku mintak murid baca petikan dalam teks, diorang berebut-rebut nak baca. So aku terpaksa pilih secara halus
“Okey, cikgu nak murid yang paling cikgu sayang bacaaa….”
Semua diam. Terpaku. Tunggu siapa yang kena sebut nama. Aku seronok betul kelas senyap. (ingat senang ke kelas 5P nak bagi diam??) dan terlupa ayat aku tadi rupanya makan dalam..
“Azirullll”
Serentak, diorang mengeluh…
“Alaaaaaaa..cikgu sayang Azirul sorang jer.”
Mungkin sebab itu juga aku dikatakan pilih kasih. Ingat aku sayang Azirul sorang saja. Tapi bagus juga. Si Azirul, murid yang kononnya aku sayang tu memang baik betul dalam kelas lepas tu. Sebelum ni memang dia nakal. Kejenya asyik nak berjalan dalam kelas je. Peneguhan positif =)
“Azirul ni kan, rajin lah. Cuma nakal sikittttttttt je”
“Alamakkk..cikgu cakap saya rajin laaa”
Dan-dan tu juga buat latihan yang aku bagi dan murid pertama siap. Tengok..bagus kan?
Tapi takkan aku nak puji semua murid dalam kelas kot?? Plastik lah tu. Tapi kelas ni jujur aku katakan separuh nakal sikit, separuh nakal banyak, separuh nakal melampau dan yang betul-betul baik senyap seorang dua saja. Hebat betul aku bertahan dua bulan dengan diorang.
=P
Saturday, August 15, 2009
Makan Sate!
Meraikan hari bebas di Sate Kajang. bukan di Kajang nun, Ipoh ni jer.
Hampir sebulan bersama berkongsi hidup di rumah tercinta, baru hari ni dapat keluar bersama-sama. Maksud aku, kami keluar berlima. Lihat, betapa kebizian berpraktikum mencuri masa kami bersama =(
Praktikum belum habis. minggu depan habis lah. tapi kami sudah diobserve akhir oleh lecturer masing-masing. lega. lega sangat-sangat. harap tiada lagi tidur lewat hingga 4,5 pagi. harap tiada lagi muka monyok RPH, BSPP tak siap..harap tiada lagi rumah sepah-sepah alasan tak de masa nak kemas, HARAPNYA lah..dan untuk diri sendiri harap dapat makan banyak-banyak sebab hati sekarang dah tenang =)
Mood untuk blogging, online makin kurang.entah mengapa. tapi gagahkan juga untuk tatapan hari tua. ceh ceh ceh.
Thursday, August 13, 2009
Maaf La..Terlepas Pandang
Occay entry menipu. Abaikan.
Rupa-rupanya aku ada berderet list tagging game yang tak buat dalam draft. Bila selongkar balik, mak aii banyaknya tak buat..hee sori mesti dah serik nak tagged aku. Oke mungkin start entry ni, aku buat sikit-sikit since bosan asyik cerita pasal sekolah je kan.
Aku ditagged oleh seseorang yang aku dah tak ingat dah saper. LOL. Tak pe la kan. Aku buat juga akhirnya. hehe
Random questions.
1) apa perasaan sekarang?
1. Geram pada line celcom...karang saya curang kat wimax baru tahuu!!
2. Risau..mata kanan saya sakit tapi tak bengkak..dalam kepala dah fikir bukan-bukan.
2) saya nak makan?
SR banana choc. orang tu ckp nak belanja kalo tolong dia rakam suara nak mengajar esok..
3) saya tak suka?
Listerine yang warna hijau tu. Pedas lah. boleh terbakar mulut tahu??
4) impian saya?
Kawen dengan guru besar. apa? kawen dengan si Perancis tu? lupakan saja.
Ok. Serius la. Bahagiakan ma dan abah saya sehingga ke hujung nyawa saya..
5) haiwan yang saya tidak suka?
banyak betul. tapi tak sampai hati nak tulis kat sini. kesian dia kalo baca kat sini terasa hati. Ape benda aku merepek ni?
6) saya harapkan?
bangun pagi esok, mata tak sakit dah. dannnn
Tiada lagi kes H1N1. Sungguh. Risau betul saya. Lagipun saya dah penat pakai mask.
7) jika boleh diputarkan masa?
saya buat betul2 masa SPM tu. tak main2. saya sedih betul tak dapat study kat Jepun.ehehe
8) saya pada 10 tahun akan datang?
tetap begini juga. tidak mahu tua. boleh?
9) hp saya adalah
shining blue. sangat tidak minat warna itu. paksa brother kedai enset tu carikkan warna lain tapi dia kata dah habis.nak tak nak kena ambik jugak. housemate saya pon beli yang sama juga. dua tiga hari kemudian, Arip si budak UPSI bergegas beli yang sama juga. Kadang-kadang mahu ketawa juga bila jalan-jalan dengan rumet/housemet semua benda nak sama. Kalo tak sama nanti saling jeles menjeles. Ok stop. Orang tanya pasal hp sebok nak cerita pasal rumet sekali.
10) saya pernah bercinta sebanyak?
safayafa benfencifi befetulful lafa oforangfang tafanyafa mafacamfam nifi!!
11) saya suka pada?
Listerine yang warna biru tu. Tak pedas lah. Ehh kenapa asyik nak cerita pasal Listerine ni?
12) kawan-kawan saya?
perangai supo bokbong sore-sore. gode ke baghu tau..
Saper boleh translet saya belanja Slurpee 7E.
13) pernah dikhianati?
apa plak tak pernah. sajer je kan nak jawab belit-belit. kalo jawab pernah terus kan senang =P
14) apa yang hendak dilakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
bunuh terus
=P
Biarkan dia. saya tak berhak nak hukum orang.
15) senaraikan 8 orang untuk di tag...
..........Kamu Yang Follow Saya............
Tuesday, August 11, 2009
Iye..aku tengah bersabar ni.
BSPP buat puzzle yang menuntut kesabaran maha tinggi.
2.45 am.
Masih tekun menghadap laptop. Menyiapkan portfolio dan juga lesson plan untuk selian akhir. Namun, masih banyak yang kurang. bahan bantu mengajar masih bersepah-sepah.
Longlai rasanya. Lembik, lesu, layu, lemah, longlai... ehh kenapa semua perkataan ni bermula dengan huruf 'L'. haihh.. macam perli kat diri sendiri. Lynn-lemah, lesu, longlai, layu..eii tak mahulahh!!!!
Kosong.
Perlukan ruang untuk bernafas seketika.
hehhe..
update blog pon terapi apa?
Agak-agak pukul berapa lah aku tidur ni.
Atau langsung tidak?
Rindu hidup normal aku. Sangat rindu.
P/s: Blog aku pon rasanya penat juga. macam-macam dah hilang ni.
Sunday, August 9, 2009
Hari Bosan Sedunia
Nak bermula dari mana ya..
Err tak tau lah.
Mungkin isu yang tak sudah-sudah ni. H1N1. Buka mata la masyarakat. Takkan bila dah kena baru terhegeh-hegeh nak pegi beli mask, nak jaga kebersihan? Kalo tak nak pakai tak pe, tapi duduk diam-diam boleh? Jangan mengutuk, mengata. Tapi ingat, nyawa kamu tiada spare part. tak boleh beli mana-mana kedai kedai hard ware. Mentaliti masyarakat susah nak baca. Pelik aku.
Im losing my weight. 4 kilos untuk praktikum sebulan lebih.. gila ah. balik nanti teruk la kena bebel..
"Makan la banyak sikit..kesian tengok tau kurus-kurus ni"
Kesian yer.
Rindu. Rindu rumah. Rindu si kecik Umairah ni yang katanya dah pandai membebel. pandai merajuk. pandai pukul Firdaus sampai menangis. eh..dah pandai macam-macam yer.
Wednesday, August 5, 2009
Mungkin Aku Tak Perlu Lagi Cerita Pasal Ini
Dengan budak-budak, kita jangan lembut sangat. Kena berkeras sikit.
Rasanya sebelum ni aku bukan lembut sangat pun. Cuma aku jarang atau mungkin tak pernah marah budak. Ceh. Bukan nak kata aku baikmacammalaikat. Tak. Aku memang tak reti marah budak.
Baiklah. Berkeras sedikit.
Tadi masuk kelas, aku buat muka ketat. Letak buku dan stare muka sorang-sorang.. Diorang duk menyengih-nyengih aku tak pandang. Lawak bodoh diorang aku tak layan. Mengajar tadi tanpa secebis senyuman pon. ohh..sungguh tak profesional tapi hasilnya...kelas tadi sunyi-sepi. Terkejut mungkin tengok cikgu diorang ni dah berubah karekter. Bila disuruh buat latihan semua menurut tanpa mengomel macam biasa.
Aku puas hati.
Tapi dalam diam....aku sedih.
Aku tak suka aku layan mereka macam tu.
Mereka budak-budak. sentiasa mahu perhatian. aku faham tu.
Tapi mungkin selama ni aku terlampau beri muka.
Sekarang tidak lagi.
=(
Ha kaan..sape suroh buat cikgu sakit hati-mengamuk- lagi????
***************************************************************************************
Bila aku mengomel itu ini pasal budak-budak , mungkin ada yang berkata..”alahhh dah nama pon cikgu..terima la”.
Aku bukan nak kompelin aku tak suka ngan prosfesyen aku. Tidak sama sekali. Aku cuma berkongsi. Berkongsi dengan kamu semua apa yang alami di sekolah. Lagi pula, aku kan hijau gila dalam hal remeh-temeh ni..Tapi kadang-kadang aku pon rasa poyo pada diri sendiri. Benda macam ni pon nak blog.
Lagi..aku faham cikgu tugas tu mulia. Lagi mulia kalau tak perlu mengeluh macam aku. Kalo tidak, mana mungkin aku pilih untuk berada di sini..
Hehhe. Dah lah.
Poyo je aku rasa. Dah dua kali berderet post entry pasal budak-budak degil. Cerita pasal benda lain lah. heh!
Eh, H1N1 makin risau. Aku dah kemana-mana dengan mask, kamu semua sila la jaga keselamatan juga!
Tuesday, August 4, 2009
Asyik-Asyik Kompelin Pasal Budak Degil
P&P tadi. Observe dengan pensyarah.
Geram. Sedih. Marah.
Penat tido 4 am dua hari berturut-turut tak berbaloi.
Budak-budak ni kang.....
haiiiiiihhhhhhhhhhh
Mula-mula dah macam ni.
"Okey..duduk tempat masing-masing" sorang pon tak dengar. Okey mungkin diorang tak dengar suara merdu aku T_T
"Cikgu kata duduk tempat masing-masing!". Masih berlembut dan tarik senyum plastik.
"Duduk tempat kamu..Kerusi tu jangan pusing-pusing!!!" .
"Tak dengar ke, duduk tempat kamu lah.." aku dah angin..
"oiiiiiii tak dengar ke, cikgu suruh kamu duduk tempat masing-masing!!!!!! Kali ni dah cekak tangan kat pinggang, tak ingat dh lecturer kat belakang.
Lima kali arahan baru nak dengar.
Sudahnya...
Terus aku tak ada hati nak kontrol kelas. Lantak la nak jadi apa. Sudahnya P&P tadi aku entah hape-hape. Lain yang diharap.Lain yang jadi. Pensyarah pon komplen muka aku masam mencuka tadi..
benci betul.
Tapi tak tau nak benci kat siapa.
=(
Saturday, August 1, 2009
Jangan Berhenti Berharap
Tak semua yang kita impikan kita dapat.
Tak semua yang kita idamkan kita capai.
Tapi..
dalam kita mengejar impian, kita jarang menghargai apa yang kita ada...
Aku hipokrit di sini.
Selalu aku tenangkan hati
"Tak pe lah..rezeki masing-masing"
Tapi sayang, itu cuma hanya di mulut, sedangkan di hati
"kenapa aku begini?"
"kenapa aku begitu"
"kenapa dia begini"
"kenapa dia begitu"
Puas pujuk hati sendiri. kadang-kadang tewas juga. penat dan sedih.
Belajar menghargai...
Belajar menerima...
Belajar untuk terima hakikat...