Tuesday, February 23, 2010

25 Fakta Bosan Diri Sendiri

Saya teringat. Saya ditagged oleh Syud si owner dimple yang cukup saya adore.

Rules: once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 10 people to be tag :





  • Saya tidak suka refill ink printer. tau tak perkara paling sakit hati bila kita dah siap buat asenmen pada pukul 4 pagi  dan dah ready nak print pastu ink habis. lepastu kita pon terpaksa refill ink. biasalah dah pukul 4 pagi mulalah sindrom blurr terjadi sampai ink tertumpah kat tangan sampai nak makan nasik pon geli dan ink juga tumpah atas lantai. masa tu rasa nak hentak-hentak kaki sambil berikrar "tobatlah aku tanak beli dah ink refill. aku nak bei ink ori....huuuu". tetapi, bila tiba masa nak beli ink, mesti akan guna ayat ni" buat ape nak membazir. beli yg refill sudah la." dan tak teringat dah insiden pukul 4 pagi. itu sebab orang kata melayu mudah  lupa kot.haihhh
  • Tahukah anda kertas A4  mana-mana brand pon adelah bahaya? sy berkata begitu kerana saya sudah banyak kali menjadi mangsa ketajaman kertas itu. bunyinya macam lucu kan? iya. saya cakap betul ni. sepanjang siapkan fail MQA tu dah banyak kali kertas tu hiris tangan. dan rasa pedih itu berganda apabila terkena sabun apabila mandi atau membasuh baju. sabo je lah.housemates pon kena weh. so ini fakta.
  • i love tea. hot tea. ice tea. ice lemon tea. green tea, jasmine tea, chrysanthemun tea (bapak payah nak eja. ape susah sebut teh bunga kekwa je??)
  •  im nasik lover. tekak adelah sangat melayu ok. kalo satu hari tu tak hadap nasi jangan paksa nak makan burger, spagheti,macaroni, ciken chop ape kebenda tah tu.
  •  i am homely person. konsep rumahku syurgaku sangat saya praktikkan walau rumah bersepah macam dilanggar taufan. alah bukan selalu rumah kitorang sepah. critical tym je. lagi satu pada saya biar lah rumah sepah daripada berbau busuk. sama juga macam kereta. kat luar bersih berkilat oleh betulkan tudung pada kilauan cat kereta tapi bila masuk dalam omaigoimaigodomaigod...campuran air freshner dengan asap rokok tak wangi oke?
  • suka Yakult. Iklan cakap "saya minum dua untuk perut" tapi saya bantai empat. so perut saya akan sihat berganda-ganda. kan? heeee"
  • kat taman rumah sewa saya ni, ader pasangan suami isteri yang jual jambu potong. tapi sejak kitorang dengar isteri dia panggil suami dia 'yang' (merujuk pada sayang) terus kitorang panggil kedai itu ' kedai jambu yang'jugak. sengal
  • saya khatam quran ketika berusia 10 tahun atau 11 tahun. lambat kan? sebab zaman saya dulu tiada kelas iqra' macam sekarang. firdaus, anak buah saya yang umur 6 tahun tu lagi sikit nak khatam quran. sistem pendidikan kita makin hebat, kan? alhamdulillah.
  • saya ex-smka. yer. im proud to confess this. walaupun saya produk yang tak berapa nak menjadi saya cuma  bangga menjadi sebahagian warga smkatj. apa yang saya belajar banyak pengaruh dan corakkan hidup saya walaupun tidak banyak. alhamdullillah saya bersyukur (psst.. Bahasa Arab Tinggi aku 3B tau. salah langkah sikit je. kalo tak dah jadik ustazah ajar allughatul al'arabiah dah ni.heh )
  •  saya tak penah makan char keow teow goreng sepanjang-panjang saya hidup ni. tengok. ejaan pon aku belasah je betul ke tak. tak minat dan tak tahu rasa dia macam mana. sedap ea?
  •  oblong tu ape? saya tahu tu sejenis makanan. tapi apekah itu? secara terengganunya natang gape tuh? secara kelantannya nate gapo tu?, secara kedahnya menatang pa tu? holoh comel sungguh rakyat Malaysia ni. kan? err berbalik pada soalan. oblong tu ape benda?
  • word sayang/rindu. yup easy word but deep meaning. saya malu nak sebut words ni. pada siapa-siapa lah. panas muka. so jangan paksaa. hahahahahaha.
  •  im not gadget lover. tak penting kot. cewah. padahal tak mampu. tahukah kalian semua gadget (hp, laptop, printer, digital cam) saya usianya sudah dianggap old skul? ini juga bukti yang saya pandai jaga harta benda =P.
  • Finally. saya hampir menyiapkan tag panjang ini. fakta terakhir. sebenarnya saya nak buat entry khas  pasal ni. kononnya kesinambungan entry bajet tu. tapi dah alang -alang ni saya bagitau kat sini je lah. Lelaki kidal adalah adorable. okey. saya merujuk pada anak buah saya, Firdaus. dia kidal. kalau tulis nombor 5 mesti terbalik. so bila dia mula menulis 1, 2, 3, 4 dan sampai pada nombor 5 dia akan tukar tangan, tulis dengan tangan kanan sebab taknak bagi nombor lima dia terbalik =_= dan dia kelihatan sangat kesian bercampur comel bila dia terpaksa sedaya upaya makan dengan tangan kanan. mind u, budak tu baru 6 tahun =)

saya nak tagged:

1. ayuni yang  suka tukar-tukar lagu kat blog. rajin dia .
2. malay mok apabila diterjemah ke BM jadi Melayu Mok?? err
3. kak aida yang dah ader bisnes online jual tudung skrang.
4. zue anak sudin yang tiba-tiba aku rasa macam mahu buat juga : lynn anok pok mat.
5. asada ryuto yang aku pon sudah berbelit2 mahu tulis namanya
6. ain nia yang entry dia cenonet2 dan buat pembaca diselubungi misteri
7.greenhall yang namanya johan adam. baru tau.
8. Saerah nun jauh di Besut.
9. dieha bakal lawyer
10. Ahmad Syahril. kalo nak buat lah sebab sy rasa blog dia bukan kategori personal kot. ehe

err maaf. tak sempat mahu link blog kamu semua. masa mencemburui saya.


p/s: lama gila nak siapkan tagged ni tahu. sehari buat satu fakta. so aku peram entry ni kat draft dalam 25 hari lah. itu pun kalo korang nak percaya. hehe

p/s: aku menyampah tengok entry ni pnjang sangat, terus edit jadi pendek. sikit. lah. haha

14 comments:

greenhall said...

betul.. cantik tu subjektif. langsung xda pilihan a,b,c,d tu.. haha

s.c.h.u.l.t said...

perempuan kidal adorable tak? lepas tu kita tambah beliau ada aset lesung pipit. adorable tak? :D

crysanTIMUN air apa? HAHAHAHA

oblong tu bukan tray yang berbentuk bujur ke? T__T muka syud pon oblong gak neh.

okay.

dah habis merepek. thanks gudi sebab jawab tag ;)

Unknown said...

greenhall:
ouhh. ko sempat baca entry yang maha panjang sebelum diedit eh??

cantik itu subjektif. aku masih tak puas hati

ainnia said...

wahahaha..jgn biarkn hidup anda di selubungi misteri :P

Aida Manap said...

hahaha...sangkaku mau melepak membaca saja..rupanya namaku pun dimention sekali ke? :D

Cik Bayu said...

hahahaha..klu peram lagi lama, boleh buat jeruk.sedap tu!

Unknown said...

schult:
tanak. nak lelaki kidal jugak. hahaha

eh oblong tu bukan makanan ke??

Unknown said...

ain:
xleh. anda dah memang misteriP

Unknown said...

Aida:
yup kak aida. sile buat =)

Unknown said...

enuLwanie:
heee. ye. jeruk. memang sedap. lamer x makan jeruk kelubi. kehkeh tetiba

Syahril said...

nama i ada laa... hehehe...

mynameisdiha said...

hehe. thanks kak lynn for tagging me ;D

Unknown said...

Ahmad Syahril:
yes. nama u ade. err.

Unknown said...

dieha:
ala. dah buat ea??