Kadang, bila saya punya banyak masa. saya selalu merenung masa silam saya kemudian cuba andaikan masa depan saya. ataupun perkataan lain yang layaknya di sini adalah berangan. HAHA. tapi saya tak mahu gunakan perkataan berangan sebab eww tak akademik lah bunyinya. =P
Saya seboleh-bolehnya cuba bersikap positif dalam hidup. walaupun saya menyedari saya banyak buat pilihan yang salah. dalam perjalanan 23 tahun ni ( tak rasa 23 youuuu!!) saya lakukan terlalu banyak kesilapan. yang saya rasa kecil tapi kesannya memang menyakitkan, menakutkan. hemmm. tapi saya positif. SAYA TIDAK MAHU MENYESAL.
........saya melihat diri saya sepuluh tahun akan datang-masih lagi muda, harapnya tidak ada kedut di mata lagi, sudah gemuk (sedikit saja), masih sibuk di sekolah, sudah boleh memiliki 'Jurulatih' dengan saving sendiri, rumah berwarna putih dan tiba-tiba ada suara :
"awakk, anak menangis. "
dan saya boleh balas balik
"kan itu anak awk jugak. dodoikan pleasee?:
dan dia menjawab tanpa kompromi
"baiklahhh"
hikhikhikhik
kamu pula bagaimana? jangan tengok jauh sangat. sepuluh tahun di hadapan saja.