Monday, January 31, 2011

Kalut

as i writing this, keadaan dalam bilik serta ruang tamu umah berkecah hebat.
Tengah packing barang nak mulakan hidup baru.
Yes, i am about a week fly (hekk) to Kuala Lumpur.
Bapak nye semangat kan. 
Padahal nak pergi lagi seminggu.
Berkemas awal bukan la pilihan aku.
tapi start esok sampai 6hb aku busy amat. attend bff wedding, balik kampung, hang out ngn kekawan for last time, tuntut orang nak belanja :P, bla bla bla dan blah. haih.

tetiba rase semua benda penting dan nak angkut semua barang bawak g sana..
dan telah buat reseach online rate house rental kat sana. jawapannya : aku tak akn hidup kaya di sana T_T

okey lupakan yang itu.

okey menda lain.
yang buat aku terpikir panjang sebelum nak tidur semalam.
dia kata aku akan culture shock dan lupa semuanya,

haih. 
dia lupa aku nih cikgu agaknya...


LynnTheGudiGudiGurl: malam tadi aku makan nasi 4 kali tambah. a record. phewww

Sunday, January 30, 2011

Saya cikgu yang mengajar di Kuala Lumpur..:D

KUALA LUMPUR
SAYA DATANG!
TUNGGUUUUUU!!!!!!!

Thursday, January 27, 2011

jatuh ditimpa tangga..bertimpa timpa


 JATUH DITIMPA TANGGA...
sakitnya, Allah saja yang tahu....

Tuesday, January 25, 2011

Aku dibomohkan ke?

25 tahun lalu.

masih tiada apa yang boleh dibanggakan.

yea.

malam ni malam emo aku.


tapikenapakaubuatakumacamnilahanat....



Sunday, January 23, 2011

Contest Hitam Putih Paling Cool


Hello!
Saya masuk contest si gadis bermata coklat! ni. hehehe
Just go to the link dan boleh join contest yang dianjurkan beliau.

So , saya kasi gambar ni yang saya rasa sangat cool. kununnye la. hehe








 taraaaa


haaa ini la gambar nye.
kenapa saya kata cool?
sebab saya rasa pic ni macam seksi gitus
eh tapi penganjur nak pic cool bukan seksi
erk.
aci la kot. hihi

Korang nak tahu tak hadiah apa penganjur nak kasi?
RM100 beb!
Kepada penganggur terhormat cam saya neh, RM100 tu besar nilainya.
tetiba rase malu kat penganjur sebab student pon leh anjur contest cenggini. hikhik
lepas tu penganjur kata sile berikan ape hadiah yang saya nak kalo boleh menang RM100 nih.

Baiklah.

kalau saya menang RM100 nih, saya nak kawen.
eh bukan-bukan.

Kalau saya menang RM100 nih saya nak beli sijil simpanan premium supaya sy boley menang lagi dan lagiiiii!!!!

Oke done. eh ade lagi.
kena tagg  5 orang kawan.

Saya berbesar hati membuka peluang ini kepada :
1. Nurul Izzah
2. Elis Afia
3. Muhammad Juhairi
4. Tuan Aunz
5. Rosniwati.



Rahsia Awet Muda 1

Cara-caranya :
Selongkar peti ais di rumah.
jumpa sebiji tomato yang masak ranum tak?
Ade? Bagus.

Belah dua.
Sebelah sapu kat muka buat mask.
Sebelah tu makan.
Kalau rasa tak boleh telan, cuba makan dengan nasik. buat ulam.
Aku suka makan tomato dengan mee goreng. lovelinesss

Senang kan?
Guna saja ape yang ade kat rumah untuk petua kecantikan.
tak payah nak membazir nak buat facial kat salon yang hasilnya belum tentu menggembirakan.

Aih. aku kat umah banyak masa terluang. abis semua petua aku buat. sebab tanak tua cepat.
so far, petua ni paling bess. paling senang. paling murah.

Okaylah. yours truly aku tak nak tua cepat. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

Saturday, January 22, 2011

Khurafat

Baru pulang dari menonton Khurafat bersama bonda. ya anda tak tersilap baca. menonton Khurafat bersama bonda dan seorang teman lain. 
Kali ni memilih menonton di Teruntum. First time aku tengok kat Teruntum. hehe
Dan ini first time tengok wayang ngan ma. Pelik jugak at first. ma pun tanak pegi tapi dipujuk dengan ayat power
barula nak pergi. 
diam je mak aku tgok wayang.suka la tu. konpem lepas ni ajak lagi. huahuahuahua

Okey. seperti biasa. review secara peribadi

1. Filem hantu versi Melayu terbaik setakat ni. mind you, aku adelah peminat setia cerita hantu, seram. so aku boleh buat perbandingan dengan telus sekali.

2.Biasanya dalam citer hantu biasa, kita cepat dapat predict sape jahat sape baik..tapi kali ni sampai dekat habis baru tahu sape jahat..hmmm..credit..tepuk sikit...

3. Hantu dia keluar dari setiap ceruk. kiri kanan atas bawah. hekkk laaa. aku sampai peluk kuat2 pop corn takut tercampak. adoiii..

4. shamsul yusof tak kontrol macho langsung tapi dia macho secara semula jadi dlm citer tuh. terjatuh cinta la pulak..shamsul. jum kapel nak?

5. aku ngntuk laaa. penat nk review. pergi tgok sendiri boley???
wawawawaw



LynnTheGudiGudiGurl: rase nk meletup. jelesssssssssss uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

Thursday, January 20, 2011

senyum la. esok masih ada.

Entah mengapa, tahun 2011 berlalu macam angin. kosong. tiada apa-apa..
entahlah. 
terlalu awal untuk aku katakan 2011 bukanlah tahun yang indah untuk aku. 

ujian demi ujian datang.
masalah posting yang tak habis-habis
dan sekarang masalah famili......

Ujian/Dugaan.
sama ada balasan atas dosa silam 
atau
hikmah yang mendatang.


Allah tak akan menganiaya hamba Nya  :)

Wednesday, January 19, 2011

mimpi yang tak sudah..

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
aku!
........................................






da bangun dari mimpi semua?
sudah?
bagus.

aneh dunia nih.
haihh



Monday, January 17, 2011

Bukit Gambang Water Park

Ini cerita dua bulan lepas.
tapi biasalah aku 
baru nak update padahal tatau nak update ape tapi teringin nak update jugak
ni susah kalo mood rajin datang ni.
sehari sampai dua tiga kali update. hihi
harap-harap aku akan terus rajin dan boleh diiktiraf sebagai blogger.
kalo takat updet seminggu sekali just like old me jangan gatal2 nak ngaku blogger tegar.

Tahu tak kat mana Bukit Gambang tu? ahhaa. Kat Gambang Pahang. +- 30 minutes from Kuantan.

Aku tak tahu nak mula dari mana tapi disebbkan aku da pergi ke taman tema air yang lain, kecenderungan untuk membandingkan tempat-tempat ini adelah tinggi.
so pada aku BGWP adelah bes tapi Lost World of Tambun (Perak) is better :P
but its fun anyway since i went there with family and all the expenses adelah FOC :P

Oh ya, aku ade nasihat peribadi untuk sesiapa yang teringin nak pergi ke mana-mana taman tema air.
DONT GO DURING PUBLIC HOLIDAY/WEEKEND. kalau tak siap sedia la untuk melihat umat manusia yang selok nak main air. macam aku ari tu, beratur nak beli tiket saje dah dekat sejam. q sampai entrance. haihhh. terus hilang mood nak bersuka ria. pastikan pakaian anda sesuai. aku of cos la pakai bikini. bila lagi nak tayang body kan. ingat Fasha Sandha sorang je ke nak berbikini bagai. aku pon nak wawawa.


okela. untuk melengkapkan entry, terima la saya berbikini bergambar dengan kekasih hati.. 

*



*



*



*




*




*




aih. seb baik la aku bukan artis. kalo tak letih nak melayan gossip 
hehehe


LynnGudiGudiGurl : gigih mencari petua awet muda. .wakaka

saya perlukan cinta..


is it true?
kejap2. tengok pic atas kejap
kenapa love yang girl 'betul'?
kenapa love yang boy 'terbalik'?
tak puas hati neh..
grrrrr.

aih. whateever it is. 

lelaki kan suka macam-macam.
T__T



LynnTheGudiGudiGurl: thanks you make this week alive. dan tiba-tiba rasa daydreaming adelah tak buang masa :P tiba-tiba rasa takot dengan hari Jumaat neh. wahhhh.. tiba-tiba rasa nak mintak lambat la berjalan minggu ni. tiba-tiba rasa macam eh betul ke aku ni?..tiba-tiba rasa  aku koya sorang-sorang padahal it nothing. takpe aku selamat tiba-tiba rasa heyy ko saje nak beli hati aku yekk.. Okeh. stop the craps. bape kali tiba-tiba daaaaa

Saturday, January 15, 2011

2011 tolong beri sesuatu...

Kenapa kita selalu bersedih dengan apa yang kita tak dapat?

Itu persoalannya. 

Sebenarnya kita selalu sangat memandang langit..sebab itu kita sentiasa cemburu dengan orang lain..
Sesekali, kita perlu memandang ke tanah..supaya kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang..




LynnTheGudiGudiGurl: speechless.....

Tuesday, January 11, 2011

Kebakaran di rumah

Kebakaran kecil di rumah.
mesin basuh terbakar.
mesin kelapa terbakar
tv rosak.
peti ais rosak.

berlaku sekelip mata. sekelip mata rugi dkt 8k.

betul la orang kata. kalo Allah nak tarik sesuatu menda tu, sekelip mata je.tak lewat sesaat pon.
kesian ma. fobia betul dia. berkali-kali dok terpikir 'bala' apa ni di awal tahun ni. haish.
jangan pikir bukan-bukan...

sekarang ni tugas suri rumah aku bertambah.
basuh baju pakai tangan. 
huhuhuhuhuhu



LynnTheGudiGudiGurl: nampak dia. tapi tak excited langsung.. mungkin rasa tu da mati........

Monday, January 10, 2011

Cinta Itu Buta



sape layan cerita cinta buta kat TV3 slot Cerekarama mesti tau lagu neh kan.
yer. aku tengok citer tu dari awal sampai awal. cerita dia soooo 'childish', boley predict dia punya ending tapi comellllll la .hehehe

dan sudah teraddict dengan lagu neh.
best sangat-sangat :)

Persoalannya di sini:
Kalau anda mencintai si dia, adakah anda sanggup berkorban apa sahaja?
hmmm...

Kalau anda mencintai si dia adakah anda menerima apa sahaja kekurangannya dan sanggup menerima cakap2 orang?
hmmm...

Oke done with this.


Monday 10th January 2010
I am still jobless.
Damnnnn!!!

AJL 25 : Apa yang bias nya?

Dah terjawab. Ana Raffali si awek yang suka berkebaya sambil main gitar tu yang menang
so what?
kenapa nak bising2 kat fb tak puas hati,
aku serius tak paham.

hehehheeh

Sebenarnya aku lagi berkenan Yuna yang menang.

ByeNunyte alls :)

Friday, January 7, 2011

Kereta Baru ..

Kereta yang diidam-idamkan akhirnya dah sah jadik milik aku. rase macam tak percaya black beauty nih dah jadi milik mutlak aku..Kalau diberi seribu pilihan pun aku tetap nak kereta ni. Dah jatuh cinta tahap tak boleh nak berpaling dekat kereta lain dah. hehehe. Dapat je kereta ni aku janji nak jaga betul2. taknak langgar divider, taknak langgar gate..hehehe. Pastu tak biarkan si black beauty ni kotor macam belacan. biar shiny sokmo-sokmo. ehemmm...



okey la. tak nak banyak bunyi. now proudly presented my new black beauty :)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


taraaaaaaaaa 



Cantik kan?



 Mesti la cantik. tengok la keta sape kan. tapi kejap-kejap aku nak tampar laju-laju pipi aku

PANGGGGG!!!!!!

tolong la berenti berangan pompuan!!!!!

Sudahlah jobless, makan minum mengharap belas ihsan mak bapak ade hati nak pakai Honda City. hahaha. 
sudah-sudah.

err tapi semua impian bermula dengan angan-angan kan?

erkk..si ccm tau ni mesti kecik hati dia ni. hehe
esok nak mandikan dia la. dah rupe belacan dah tu. haih.



LynnTheGudiGudiGurl: Tahun baru 2011 aku stat esok. ye esok. cukuplah seminggu di awal tahun baru yang penuh kesedihan. sobs.

Tuesday, January 4, 2011

....

missing you to the death. crying.


bodohnya rasa.

Saturday, January 1, 2011

Countdown New Year di Teluk Cempedak ..

tahun baru tiba lagi.
sambut tahun baru tahun ni dengan kawan-kawan.
tahun lepas sambut dengan makhluk tu depan laptop.. tapi dia rushing nak pegi main futsal. aikkk.boley  ingat  aku yek.perghhh...

tahun ni aku rase bes gile.
celebrate dengan kawan-kawan sekolah rendah merangkap kawan sekampung.
even keluar bertiga je tapi riuh rendah. hehehe
memula singgah East Coast Mall . niat asal mesti la nak layan muvie tapi semua muvie macam da tengok jee so plan cancelled!. so layan karok, window shop, makan-makan, bising-bising (harus!!!)
lepas tu blurrrr. tak tau dah kat Kuantan ni nak pegi redah mana. so pegi mengimbau memori dekat Kuantan Parade.. zaman remaja dulu Kuantan Parade kira da cukup bes dah. hihi
dan  tak pasal-pasal pegi karok lagi sekali. nak pecah anak tekak aku. haih.
lepas tu blurr lagi. nak pegi mana lagi nihh..
at last aku bagi cadangan yang agak mengong.
countdown new year dekat Teluk Cempedak!!!!
wakakaka.
tapi as usual TC tetap happening memalam. 
kalau ikut hati kitorang, nak lepak situ sampai pagi nak borak-borak tetapi memasing mak bapak da bising suro balik cepat terpaksa la balik..
overall, tahun ni tahun terbaik aku sambut tahun baru :)


opss ade cerita sensasi
a day before da pusing ktn dengan gewe lame. jengjengjeng. hahaha. tak tersangka fb temukan balik. jumpa kat fb hari ni, mintak no tepon, contact2, gayut-gayut. esok dating. hah setel. sehari jek proses. hahahaha express gile. 

dan adekah aku kini dalam hatinya ada taman?
tak ada maknanya T_T
kuar dengan mamat tu tak rase pape pon?!!
sebab Moksyok kata if kita ade chemistry/something dengan orang tu, kita rasa dupdapdupdap bile jumpa tapi aku non-ada.
asyik gelak 24/7 nak rase berdebar hapenya. haishh!
T___________T

LynnTheGudiGudiGurl: tadi dengan kawan-kawan semua buat sesi luahan hati. luahan hati dikecewakan jantan.....ape kau pikir kau hebat sangat. grrrrr