Tuesday, March 10, 2009

Cerita Hari Ini

Nampaknya entry kali ini kena cepat, padat dan tepat. aku rushing nak buat asenmen.
Sungguh gigih aku mengupdate blog walopon deretan asenmen sedang menanti.
bagus kan aku =P

Aku dan hari ini...



1. Sukaneka.


kelas aku organise sukaneka untuk Pendidikan Jasmani. Kononnya bila pergi sekolah esok, dah tau nak handle situasi nak buat sukaneka untuk anak murid.(terasa syahdu menulis perkataan ni LOL). so yang jadi budaknya adalah classmet aku sendiri. seronok. group aku handle main belon terbang. isi air dalam belon, pastu baling ke belakang. hehe merasa la diorang kena mandi kalo belon pecah. ada 4 permainan semuanya. budak-budak ni main ngalahkan budak kecik.


biar gambar je lah bercerita..




main kaki lipan. group aku sumer pompuan tapi still tak menang. tali putus.





main ape tah tapi kena tutup mata n passing getah guna straw. bapak payah. group aku kalah gak =P


tak menang dapat hadiah gak .weee sukee


2. Olahraga Lompat Jauh

Aku, Danial n Joe yang handle ajar lompat jauh. Tapi Joe yang take part banyak. hihii. aku tak reti ah lompat jauh ni. Tapi lecture aku, Cik Siah macam marah ngan budak pompuan sebab katanya kami mcam tak serius. haii tunggu je lah result GERKO sem ni.

3. Seminar Blogstarz kat Hill City Hotel.

Aku tatau tindakan aku join Blogstarz ni cerdik ke tak. Rasa cam bongek jer tapi nak buat camner nasik dah jadik bubur. RM100 dah melayang. haihh..betul la orang kata Melayu ni senang kena pengaruh. Melayu itu aku lah.. waaa rugi duit aku...

Dah.

Aku kena berhenti. Aku nak buat asenmen.

waghhh aku sungguh malas =(

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul Bloggie!

Assalamualaikum

Aku terpaku dengan artikel yang diambil dari sis Na Shari ni. Thanx a lot. Seperti kata beliau, sharing is caring. so, demi cinta dan kasih aku pada Junjungan Besar entry sempena Maulidur Rasul ni aku share artikel ini bersama untuk renungan.

Nabi Muhammad SAW adalah sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.
Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.
Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu.
Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad SAW yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini.
Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja.
Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci.

Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda SAW

*Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
*Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
*Seandainya kamu melihat Rasulullah SAW, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
*Aku pernah melihat Rasulullah SAW di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah SAW jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
*Rasulullah SAW seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah SAW.
*Apabila Rasulullah SAW berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
*Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
*Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
*Wajahnya seperti bulan purnama
*Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
*Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
*Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
*Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
*Mulut baginda sederhana luas dan cantik
*Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
*Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya*Janggutnya penuh dan tebal menawan
*Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
*Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
*Rambutnya sedikit ikal
*Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
*Rambutnya terbelah di tengah
*Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
*Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa*Seimbang antara kedua bahunya
*Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
*Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah SAW.
*Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
*Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
*Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
*Warna kulitnya putih tapi sehat
*Kulitnya putih lagi bercahaya
*Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
*Badannya tidak gemuk
*Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
*Perutnya tidak buncit
*Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
*Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.
Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah SAW.

Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda SAW.

Saturday, March 7, 2009

Ai Tensen!

Aduiii..awat la asenmen kali ni payah sangat.
Payah. Payaher. Payahest.
Tu dia grammar baru. Sila guna dalam exam =P
Kalo lah aku tak disangka giler menjerit tengah malam buta ni..dah lamer aku jerit kuat-kuat
biar sumer orang tau aku tengah tensen..
tapi aku tau orang akan cakap
*ADAAKUKESAH?*
Tapi aku tak la se gila itu..
Masih normal dan harapnya terus normal sehingga lah
  • MORFO
  • SINTAKSIS
    PJ
  • MORAL

dapat disubmit dengan jayanya~Amin~

Friday, March 6, 2009

Resdung Treatment, Fake GUESS Purse, Futsal

It happened by a day =P
After class, went to Giant to buy hamper for Sukaneka which will be held on this Tuesday.
After grabbing that thing and that thing, we finished our shopping within half an hour.
Terasa sungguh terer. Shopping is my thing.LOL.
I had my lunch at MB and got time to berpoya-poya during waiting that two girls doing their bussines. I wish im not doing mistake when I instantly agree to do resdung treatment.


Tak pikir dua kali terus buat.


Lately,i noticed i always had pimples. tak putus-putus. be it on forehead, cheek, chin and even on my eyebrow. Sungguh sakit hati.
Ingatkan ini angkara stress nak amik lesen ari tu so i let them bermaharajalela.
But, after i obtained my driving licence successfully (hehehe), jerawat itu makin ganas membiak.
Dan paling wat gua panas, they leave cop mohor sampai my friends start to complain
"weehh..naper banyak jerawat"
"hahha..kena kencing manis ker..manyak parut!"
Eiii banyak la hang kencing manis!
Aku tak pikir aku tengah perubahan hormon. aku dah matured enuff meh!~
Tapi mungkin kegilaan aku pada makanan tradisi buat aku camni
Makanan tradisi?
Ye lah sambal belacan, budu, aku belasah sajork!I am truly Malaysian!*rolling eyes*
So resdung la penyebabnya. agaknya la..pape pun aku dah spent RM80 for it
Haihhh..bankrap aku macam ni =(
*
*
*
*
*
*
Ops, aku terbeli FAKE guess purse! Hampun yer fan guess. bukan niatku untuk menjadi begitu cheapskate tetapi ekonomi global memaksa aku! hikhik. Wei saper tak mo authentic brand.
Since my old purse was really burok and the pink color turn to greyish, i just can't wait for the ORI one. ala tak pe la kan, student tak boley lebih 2 kang tak berkat duit elaun. *defensive statement tuh*
Lagipon my friends said my new purse chantek, tak macam seploh hengget..
hahahha kantoi...............
*
*
*
*
*
*
Futsal lagi. baru lepas main ni. seperti biasa Extreme Park la lokasinya.
Aku tak main beria pun. Aku tak nak kejar bola so aku tengok jer diorang pakat kejar bola sambil terjerit-jerit.burok peel.
ishh gelak je lebih. Tapi penat jugak. Penat ketawa.
team aku kalah. kalah sebab aku yang gatal jadik keeper=( aku nak team dulu. team aku yang giler itu.
Ape?Girls tak sesuai main futsal. Sorry but we love it!
Extreme Park offer RM30 per hour for girls on Sunday and Monday.
Kami Sukaaa!!!
P/S: I wanna upload the pic but alahai..wireless connection sangat trouble.hemmm





Thursday, March 5, 2009

Aku Tak Suka PMS!

Aku benci perasaan ini
Aku tak suka menjadi emo..melayan perasaan dan kecewa dengan hidup
Aku juga tak suka nak mempersoalkan takdir
Aku juga tak suka bila aku tiba-tiba merasa benci pada diri sendiri.
Aku juga tak suka mencari kelemahan diri dan membandingkan dengan diri orang lain
Tapi..bila sesekali perasaan itu datang
Aku tak mampu nak menghalang
Dan aku juga manusia yang jauh dari kesempurnaan untuk merasa puas dengan apa yang aku miliki…
Dan aku juga tak boleh untuk menipu diri sendiri.....


"Ada kalanya kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar utk ketawa... "

"Ada kalanya kita juga perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata.."


Tuesday, March 3, 2009

we''re rowk

aku suka tengok pic ni. tak spesel pon. cuma bila aku tengok balik, mesti aku senyum sorang2. taken past 2 years. alahai..buruk ghupanya bila korang rowk yek..hahah



Sunday, March 1, 2009

Hantu..

Pernah tengok hantu?
Kena usik ngan hantu?
atau korang memang hantu?

erk..

aku memang hantu..
hantu movie seram..
Sejak bergelumang dengan movie hantu tu, macam 2 jenis nama hantu aku tau
kuntilanak la, hantu jerut purut la, tali pocong perawan la, suster ngesot la..
tapi serius..aku tak pernah tau rupa hantu itu sebenar-sebenarnya
Bila hantu keluar, aku tutup muka, tutup mata..

hehehe

dan semalam aku dan members lepak tengok movie hantu lagi.
CD haram beli kat pasar malam la. Seperti biasa, movienya mestilah seram dari Indon. Kalau tak seram tak syok. Cerita kali ni Bangku Kosong. Citer dah lama tapi hanya tu yang ada.
Tengah melepak tengok CD, tetiba aku boleh terlelap.

Dan aku taktau aku mimpi ke hape tapi aku tiba-tiba tak boleh bergerak dan bercakap.
Kaku dan bisu.
Aku jerit tapi suara tak keluar.
Mati-mati ingat diorang mainkan aku.
Aku terjaga tengok CD dah pon habis dan aku siap boleh tanya citer ni caner?
Sebab malam dah lewat, aku diamkan saje.
Aku takut kalo aku cerita, tak pasal-pasal kena berkampung kat bilik Chot
Padahal asenmen banyak gila lagi.

Paginya, aku bagitau Ros..
"Aku kena tindih weiii......"
Ros senyap..
"tak..mainan perasaan tu"
Aku tatau itu jawapan ikhlas atau saja nak kaver takut =P

Persoalannya,
Err..apekah itu peristiwa ditindih?
Aku tatau sebab tak pernah kena
Atau malam tu aku memang ngantuk?
Namun, serik ke aku?
tidak kot.
Satu CD lagi tak tengok.
Lepas anta esenmen EDU, kita bukak panggung lagi Ok!