Saturday, August 15, 2009

Makan Sate!



Meraikan hari bebas di Sate Kajang. bukan di Kajang nun, Ipoh ni jer.



Hampir sebulan bersama berkongsi hidup di rumah tercinta, baru hari ni dapat keluar bersama-sama. Maksud aku, kami keluar berlima. Lihat, betapa kebizian berpraktikum mencuri masa kami bersama =(

Praktikum belum habis. minggu depan habis lah. tapi kami sudah diobserve akhir oleh lecturer masing-masing. lega. lega sangat-sangat. harap tiada lagi tidur lewat hingga 4,5 pagi. harap tiada lagi muka monyok RPH, BSPP tak siap..harap tiada lagi rumah sepah-sepah alasan tak de masa nak kemas, HARAPNYA lah..dan untuk diri sendiri harap dapat makan banyak-banyak sebab hati sekarang dah tenang =)

Mood untuk blogging, online makin kurang.entah mengapa. tapi gagahkan juga untuk tatapan hari tua. ceh ceh ceh.

Thursday, August 13, 2009

Maaf La..Terlepas Pandang

Saya berjanji mahu update dengan lebih rajin /tiap-tiap hari walau hanya dengan sepatah ayat. bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri sendiri jugak.

Occay entry menipu. Abaikan.

Rupa-rupanya aku ada berderet list tagging game yang tak buat dalam draft. Bila selongkar balik, mak aii banyaknya tak buat..hee sori mesti dah serik nak tagged aku. Oke mungkin start entry ni, aku buat sikit-sikit since bosan asyik cerita pasal sekolah je kan.

Aku ditagged oleh seseorang yang aku dah tak ingat dah saper. LOL. Tak pe la kan. Aku buat juga akhirnya. hehe

Random questions.

1) apa perasaan sekarang?
1. Geram pada line celcom...karang saya curang kat wimax baru tahuu!!
2. Risau..mata kanan saya sakit tapi tak bengkak..dalam kepala dah fikir bukan-bukan.


2) saya nak makan?
SR banana choc. orang tu ckp nak belanja kalo tolong dia rakam suara nak mengajar esok..

3) saya tak suka?
Listerine yang warna hijau tu. Pedas lah. boleh terbakar mulut tahu??

4) impian saya?
Kawen dengan guru besar. apa? kawen dengan si Perancis tu? lupakan saja.
Ok. Serius la. Bahagiakan ma dan abah saya sehingga ke hujung nyawa saya..

5) haiwan yang saya tidak suka?

banyak betul. tapi tak sampai hati nak tulis kat sini. kesian dia kalo baca kat sini terasa hati. Ape benda aku merepek ni?

6) saya harapkan?
bangun pagi esok, mata tak sakit dah. dannnn
Tiada lagi kes H1N1. Sungguh. Risau betul saya. Lagipun saya dah penat pakai mask.

7) jika boleh diputarkan masa?
saya buat betul2 masa SPM tu. tak main2. saya sedih betul tak dapat study kat Jepun.ehehe

8) saya pada 10 tahun akan datang?

tetap begini juga. tidak mahu tua. boleh?


9) hp saya adalah
shining blue. sangat tidak minat warna itu. paksa brother kedai enset tu carikkan warna lain tapi dia kata dah habis.nak tak nak kena ambik jugak. housemate saya pon beli yang sama juga. dua tiga hari kemudian, Arip si budak UPSI bergegas beli yang sama juga. Kadang-kadang mahu ketawa juga bila jalan-jalan dengan rumet/housemet semua benda nak sama. Kalo tak sama nanti saling jeles menjeles. Ok stop. Orang tanya pasal hp sebok nak cerita pasal rumet sekali.

10) saya pernah bercinta sebanyak?
safayafa benfencifi befetulful lafa oforangfang tafanyafa mafacamfam nifi!!

11) saya suka pada?
Listerine yang warna biru tu. Tak pedas lah. Ehh kenapa asyik nak cerita pasal Listerine ni?

12) kawan-kawan saya?
perangai supo bokbong sore-sore. gode ke baghu tau..
Saper boleh translet saya belanja Slurpee 7E.

13) pernah dikhianati?
apa plak tak pernah. sajer je kan nak jawab belit-belit. kalo jawab pernah terus kan senang =P

14) apa yang hendak dilakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?

bunuh terus

=P

Biarkan dia. saya tak berhak nak hukum orang.

15) senaraikan 8 orang untuk di tag...

..........Kamu Yang Follow Saya............

Tuesday, August 11, 2009

Iye..aku tengah bersabar ni.


BSPP buat puzzle yang menuntut kesabaran maha tinggi.


2.45 am.

Masih tekun menghadap laptop. Menyiapkan portfolio dan juga lesson plan untuk selian akhir. Namun, masih banyak yang kurang. bahan bantu mengajar masih bersepah-sepah.
Longlai rasanya. Lembik, lesu, layu, lemah, longlai... ehh kenapa semua perkataan ni bermula dengan huruf 'L'. haihh.. macam perli kat diri sendiri. Lynn-lemah, lesu, longlai, layu..eii tak mahulahh!!!!

Kosong.
Perlukan ruang untuk bernafas seketika.
hehhe..
update blog pon terapi apa?

Agak-agak pukul berapa lah aku tidur ni.
Atau langsung tidak?

Rindu hidup normal aku. Sangat rindu.



P/s: Blog aku pon rasanya penat juga. macam-macam dah hilang ni.

Sunday, August 9, 2009

Hari Bosan Sedunia

Banyak mahu bercerita. Tapi ideanya mati tiba-tiba. Loceng rumah berbunyi. Owner rumah datang nak baiki tandas tingkat bawah. Haihh. Terus lupa apa nak ditulis. malas sungguh terima tetamu berkromosom XY ni. Itu lah kalau classmet datang, jangan harap kami nak keluar..main jerit-jerit ikut langsir rumah. hehe

Nak bermula dari mana ya..

Err tak tau lah.
Mungkin isu yang tak sudah-sudah ni. H1N1. Buka mata la masyarakat. Takkan bila dah kena baru terhegeh-hegeh nak pegi beli mask, nak jaga kebersihan? Kalo tak nak pakai tak pe, tapi duduk diam-diam boleh? Jangan mengutuk, mengata. Tapi ingat, nyawa kamu tiada spare part. tak boleh beli mana-mana kedai kedai hard ware. Mentaliti masyarakat susah nak baca. Pelik aku.

Im losing my weight. 4 kilos untuk praktikum sebulan lebih.. gila ah. balik nanti teruk la kena bebel..
"Makan la banyak sikit..kesian tengok tau kurus-kurus ni"
Kesian yer.

Rindu. Rindu rumah. Rindu si kecik Umairah ni yang katanya dah pandai membebel. pandai merajuk. pandai pukul Firdaus sampai menangis. eh..dah pandai macam-macam yer.

Wednesday, August 5, 2009

Mungkin Aku Tak Perlu Lagi Cerita Pasal Ini

Kata senior :
Dengan budak-budak, kita jangan lembut sangat. Kena berkeras sikit.
Rasanya sebelum ni aku bukan lembut sangat pun. Cuma aku jarang atau mungkin tak pernah marah budak. Ceh. Bukan nak kata aku baikmacammalaikat. Tak. Aku memang tak reti marah budak.


Baiklah. Berkeras sedikit.

Tadi masuk kelas, aku buat muka ketat. Letak buku dan stare muka sorang-sorang.. Diorang duk menyengih-nyengih aku tak pandang. Lawak bodoh diorang aku tak layan. Mengajar tadi tanpa secebis senyuman pon. ohh..sungguh tak profesional tapi hasilnya...kelas tadi sunyi-sepi. Terkejut mungkin tengok cikgu diorang ni dah berubah karekter. Bila disuruh buat latihan semua menurut tanpa mengomel macam biasa.

Aku puas hati.

Tapi dalam diam....aku sedih.
Aku tak suka aku layan mereka macam tu.
Mereka budak-budak. sentiasa mahu perhatian. aku faham tu.
Tapi mungkin selama ni aku terlampau beri muka.
Sekarang tidak lagi.
=(

Ha kaan..sape suroh buat cikgu sakit hati-mengamuk- lagi????

***************************************************************************************


Bila aku mengomel itu ini pasal budak-budak , mungkin ada yang berkata..”alahhh dah nama pon cikgu..terima la”.

Aku bukan nak kompelin aku tak suka ngan prosfesyen aku. Tidak sama sekali. Aku cuma berkongsi. Berkongsi dengan kamu semua apa yang alami di sekolah. Lagi pula, aku kan hijau gila dalam hal remeh-temeh ni..Tapi kadang-kadang aku pon rasa poyo pada diri sendiri. Benda macam ni pon nak blog.

Lagi..aku faham cikgu tugas tu mulia. Lagi mulia kalau tak perlu mengeluh macam aku. Kalo tidak, mana mungkin aku pilih untuk berada di sini..


Hehhe. Dah lah.


Poyo je aku rasa. Dah dua kali berderet post entry pasal budak-budak degil. Cerita pasal benda lain lah. heh!

Eh, H1N1 makin risau. Aku dah kemana-mana dengan mask, kamu semua sila la jaga keselamatan juga!











Tuesday, August 4, 2009

Asyik-Asyik Kompelin Pasal Budak Degil



P&P tadi. Observe dengan pensyarah.
Geram. Sedih. Marah.
Penat tido 4 am dua hari berturut-turut tak berbaloi.
Budak-budak ni kang.....
haiiiiiihhhhhhhhhhh


Mula-mula dah macam ni.

"Okey..duduk tempat masing-masing" sorang pon tak dengar. Okey mungkin diorang tak dengar suara merdu aku T_T
"Cikgu kata duduk tempat masing-masing!". Masih berlembut dan tarik senyum plastik.
"Duduk tempat kamu..Kerusi tu jangan pusing-pusing!!!" .
"Tak dengar ke, duduk tempat kamu lah.." aku dah angin..
"oiiiiiii tak dengar ke, cikgu suruh kamu duduk tempat masing-masing!!!!!! Kali ni dah cekak tangan kat pinggang, tak ingat dh lecturer kat belakang.



Lima kali arahan baru nak dengar.

Sudahnya...
Terus aku tak ada hati nak kontrol kelas. Lantak la nak jadi apa. Sudahnya P&P tadi aku entah hape-hape. Lain yang diharap.Lain yang jadi. Pensyarah pon komplen muka aku masam mencuka tadi..

benci betul.

Tapi tak tau nak benci kat siapa.

=(

Saturday, August 1, 2009

Jangan Berhenti Berharap

Lumrah hidup..
Tak semua yang kita impikan kita dapat.
Tak semua yang kita idamkan kita capai.
Tapi..
dalam kita mengejar impian, kita jarang menghargai apa yang kita ada...

Aku hipokrit di sini.
Selalu aku tenangkan hati
"Tak pe lah..rezeki masing-masing"
Tapi sayang, itu cuma hanya di mulut, sedangkan di hati
"kenapa aku begini?"
"kenapa aku begitu"
"kenapa dia begini"
"kenapa dia begitu"

Puas pujuk hati sendiri. kadang-kadang tewas juga. penat dan sedih.
Belajar menghargai...
Belajar menerima...
Belajar untuk terima hakikat...