Tuesday, March 31, 2009
Sunday, March 29, 2009
Aku Bukan Tak Bersyukur...
Aku faham bila ramai kakitangan awam yang bersara awal dari golongan PENDIDIK
kerana aku kini sebahagian dari mereka
Tapi tak bermakna aku sekarang tengah giler ataupun bercadang untuk keluar dari propesen ni.
Eh tak lah…
Aku punya minat untuk jadik cikgu sejak kecil
Tapi aku ingatkan di sini, kalau hanya minat tanpa usaha..tak payah mimpi lah.
Kadang-kadang aku piker aku tak layak untuk jadi cikgu
Kerja cikgu itu mulia
Dan aku tak mahu cemarkan kemuliaan itu dengan keluhan aku menghadapi dunia perguruan
Dan aku janji walau apa pun halangan , cabaran yang datang aku akan tetap kuat di sini..
Kerana ini adalah jalan yang aku pilih..
p/s: sejak 2 -3 hari ni aku emo tak tentu pasal. sebab aku tengah struggle giler wat lesson plan ngan ABM. Esok lecturer datang observe. Kengkawan, doakan aku….
Friday, March 27, 2009
Tuesday, March 24, 2009
My 1st Day at School...
Cikgu-cikgu yang da pegi praktikum kalo rasa nak flashback n compare pengalaman, sila baca
Sesaper yang langsung tade kena mengena dengan propesen cikgu tapi rasa nak buang masa di sini pon, sila baca la jugak tapi bagi amaran dulu-bosan!! Aku yang menaipnya pon bosan apetah lagi yang membaca =P
7.15 am
Sampai skola. Murid-murid dah penuh beratur kat dataran tunggu assembly. Bajet macam dah terror selok-belok sekolah, menonong je g office nak jumpa guru besar. Sorri la pak guard, khidmat anda tak diperlukan lagi nak menunjuk arah. PK Hem yang sambut(ke?) kedatangan kitorang pastu terus diajak ke assembly yang dah nak start.
7.30 a.m
Saturday, March 21, 2009
Saya da Balik
Penat wei 7 hours staight from Kuantan to Ipoh.
Tak sempat langsung nak hapdet dari umah.
Memang dah niat tak nak update pon..hehehe
Seminggu cuti seminggu la bersawang bebyblog aku.
Aku balik awal sehari.
Alasaannya nak bersedia untuk PRAKTIKUM
My very first praktikum.
Tetiber jer rasa tak sedap hati sebut sal praktikum ni.
Naper entah
Nak kata tak sedia, dah 3 taun aku study, maser ni lah nak tunjuk skill (hohoho)
Dah terang-terang aku g skolah bukan dressing cam ni =P sajer amik feel
Herrmm tetiber mood nak blogging ilang la pulak..
Esok la sambung =(
Friday, March 13, 2009
Hoorayy!
Thursday, March 12, 2009
Tuesday, March 10, 2009
Cerita Hari Ini
main kaki lipan. group aku sumer pompuan tapi still tak menang. tali putus.
main ape tah tapi kena tutup mata n passing getah guna straw. bapak payah. group aku kalah gak =P
tak menang dapat hadiah gak .weee sukee
2. Olahraga Lompat Jauh
Aku, Danial n Joe yang handle ajar lompat jauh. Tapi Joe yang take part banyak. hihii. aku tak reti ah lompat jauh ni. Tapi lecture aku, Cik Siah macam marah ngan budak pompuan sebab katanya kami mcam tak serius. haii tunggu je lah result GERKO sem ni.
3. Seminar Blogstarz kat Hill City Hotel.
Aku tatau tindakan aku join Blogstarz ni cerdik ke tak. Rasa cam bongek jer tapi nak buat camner nasik dah jadik bubur. RM100 dah melayang. haihh..betul la orang kata Melayu ni senang kena pengaruh. Melayu itu aku lah.. waaa rugi duit aku...
Dah.
Aku kena berhenti. Aku nak buat asenmen.
waghhh aku sungguh malas =(
Monday, March 9, 2009
Salam Maulidur Rasul Bloggie!
Aku terpaku dengan artikel yang diambil dari sis Na Shari ni. Thanx a lot. Seperti kata beliau, sharing is caring. so, demi cinta dan kasih aku pada Junjungan Besar entry sempena Maulidur Rasul ni aku share artikel ini bersama untuk renungan.
Nabi Muhammad SAW adalah sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.
Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.
Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu.
Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad SAW yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini.
Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja.
Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci.
Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda SAW
*Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
*Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
*Seandainya kamu melihat Rasulullah SAW, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
*Aku pernah melihat Rasulullah SAW di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah SAW jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
*Rasulullah SAW seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah SAW.
*Apabila Rasulullah SAW berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
*Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
*Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
*Wajahnya seperti bulan purnama
*Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
*Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
*Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
*Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
*Mulut baginda sederhana luas dan cantik
*Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
*Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya*Janggutnya penuh dan tebal menawan
*Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
*Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
*Rambutnya sedikit ikal
*Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
*Rambutnya terbelah di tengah
*Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
*Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa*Seimbang antara kedua bahunya
*Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
*Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah SAW.
*Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
*Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
*Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
*Warna kulitnya putih tapi sehat
*Kulitnya putih lagi bercahaya
*Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
*Badannya tidak gemuk
*Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
*Perutnya tidak buncit
*Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
*Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.
Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah SAW.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda SAW.
Saturday, March 7, 2009
Ai Tensen!
- MORFO
- SINTAKSIS
PJ - MORAL
dapat disubmit dengan jayanya~Amin~
Friday, March 6, 2009
Resdung Treatment, Fake GUESS Purse, Futsal
After class, went to Giant to buy hamper for Sukaneka which will be held on this Tuesday.
Thursday, March 5, 2009
Aku Tak Suka PMS!
Aku tak suka menjadi emo..melayan perasaan dan kecewa dengan hidup
Aku juga tak suka nak mempersoalkan takdir
Aku juga tak suka bila aku tiba-tiba merasa benci pada diri sendiri.
Aku juga tak suka mencari kelemahan diri dan membandingkan dengan diri orang lain
Tapi..bila sesekali perasaan itu datang
Aku tak mampu nak menghalang
Dan aku juga manusia yang jauh dari kesempurnaan untuk merasa puas dengan apa yang aku miliki…
Dan aku juga tak boleh untuk menipu diri sendiri.....
"Ada kalanya kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar utk ketawa... "
"Ada kalanya kita juga perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata.."
Tuesday, March 3, 2009
we''re rowk
Sunday, March 1, 2009
Hantu..
Kena usik ngan hantu?
atau korang memang hantu?
erk..
aku memang hantu..
hantu movie seram..
Sejak bergelumang dengan movie hantu tu, macam 2 jenis nama hantu aku tau
kuntilanak la, hantu jerut purut la, tali pocong perawan la, suster ngesot la..
tapi serius..aku tak pernah tau rupa hantu itu sebenar-sebenarnya
Bila hantu keluar, aku tutup muka, tutup mata..
hehehe
dan semalam aku dan members lepak tengok movie hantu lagi.
CD haram beli kat pasar malam la. Seperti biasa, movienya mestilah seram dari Indon. Kalau tak seram tak syok. Cerita kali ni Bangku Kosong. Citer dah lama tapi hanya tu yang ada.
Tengah melepak tengok CD, tetiba aku boleh terlelap.
Dan aku taktau aku mimpi ke hape tapi aku tiba-tiba tak boleh bergerak dan bercakap.
Kaku dan bisu.
Aku jerit tapi suara tak keluar.
Mati-mati ingat diorang mainkan aku.
Aku terjaga tengok CD dah pon habis dan aku siap boleh tanya citer ni caner?
Sebab malam dah lewat, aku diamkan saje.
Aku takut kalo aku cerita, tak pasal-pasal kena berkampung kat bilik Chot
Padahal asenmen banyak gila lagi.
Paginya, aku bagitau Ros..
"Aku kena tindih weiii......"
Ros senyap..
"tak..mainan perasaan tu"
Aku tatau itu jawapan ikhlas atau saja nak kaver takut =P
Persoalannya,
Err..apekah itu peristiwa ditindih?
Aku tatau sebab tak pernah kena
Atau malam tu aku memang ngantuk?
Namun, serik ke aku?
tidak kot.
Satu CD lagi tak tengok.
Lepas anta esenmen EDU, kita bukak panggung lagi Ok!