Saturday, June 27, 2009

Praktikum Fasa 2-Aku Belum Sedia

Alahai..rasa baru kejap praktikum hari tu..ni nak kena balik pegi sekolah. Tadi pergi tengok jalan nak pergi sekolah. Sekolah tak de lah jauh sangat tapi memandangkan driver aku ni (hohoho) masih memegang pelekat P di Kembara kesayangan, kenalah pergi mengkaji struktur muka bumi sekolah tu. hehehehe

Okeh..Nak pegi sekolah. Nak pergi sekolah. Nak pergi sekolah. Nak pergi sekolah. Kena seru banyak kali sebab nak amik mood =P

Harap praktikum kali ni tak ada episod duka lagi. Harap tak ada lagi drama air mata tepon ma nangis-nangis tak tahan pressure. ei malu malu..Baru ngaja sebulan dah tak terurus hidup. Sebulan aku tak lalu makan kau..balik umah ma komplen muka aku cengkung (oh cengkung? sy bermuka lebar la ma..huhu). Habis tunggang langgang dalam bilik semata-mata nak siapkan lesson plan+BBM. Tapi manisnya tetap ada...>aku pernah cerita di entry lepas.> Klik Story Cikgu dekat label (bajet orang nak baca)

Pendek kata, aku masih belum dapat mood nak pegi sekolah. Mungkin malam ni kena punggah identiti cikgu-name tag, buku persediaan mengajar, rotan =P

tiga pasang kasut baru untuk sedia berbakti untuk aku untuk dua bulan berpraktikum. Kasut sukan-aku minor PJ kali ni, demand kat abah nak kasut sukan baru, kasut macam kasut nurse- aku tak pernah ader kasut warna putih jadi teringin suci macam nurse dan kasut kaler dark -perlu ada sebab nak sesuaikan dengan uniform ala tentera aku yg harus/wajib dipakai hari Rabu.

Aku nak buat dedication lah. Poyo.

Ehem. Kepada PISMP-IPGM ambilan Jan 07, diseluruh IPG seantero Malaysia, selamat berpraktikum yeaaghh. Jadilah cikgu yang sempoi disukai ramai...uhuhuu. Kalo dapat student nakal, sabar lah. jangan jentik anak orang, tampar je terus =P.


P/S: Aku dulu cukup benci cikgu main soal-soal dalam kelas sebab aku ada darah gabra+gemuruh, soalan yang dah tau jawapan pon jadi tak tau. Jadi aku tak akan buat begitu untuk anak murid aku (syahdu le pulak) . tengok walau aku tak baik sangat, belas tetap ada..kuikui.





Thursday, June 25, 2009

Aku Makan Babi?

Sejujurnya, aku tak begitu amik berat sal makanan yang aku makan. Pendek kata, aku memang malas nak baca nutrition fact kat plastik makanan tu. Sebab kalo dah nama pon jajan/chocs banyak mana la kan nutrien dlm tu. Baca pon buang masa. (Sekadar pandangan kurang bernas dari aku) Hahaha. Nampak sedap aku terus grab. Paling tidak aku hanya cek logo HALAL jer.

Tapi semasa bershopping makanan bersama rumet di Giant, terjumpa dengan 2 orang clasmet aku yang tekun giler menelek setiap makanan yang tersusun kat rak. Bila terjumpa aku, terus dia cek makanan yang kitorang dah amik dan hah kau....ada babi! Bukan ader seekor babi yang dibungkus(hohho) tapi ada lemak babi dalam kandungan makanan tu. BIAR BETUL?
Ye..inilah hakikat yang aku kena terima..dia maklumkan begitu banyak penggunaan lemak babi dalam makanan namun dilabel dengan kecik sekali untuk mengaburi mata orang ramai, Muslim khasnya. Antara lemak babi tersebut :

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Sebenarnya, isu lemak babi ni dah lama, cuma aku yang kurang peka. Sob3x. Dulu seingat aku gelatin babi banyak yang terdapat dalam supplement pills. Ni tak sangka lemak ni banyak guna dlm produk makanan plak =(
Selepas membuat pemerhatian secara rapi bersama rumet, BANYAK jajan/chocs peferet ternyata mengandungi senarai lemak di atas.
=(

Aku tatau dah banyak mana mendalah tu dah berternak dalam badan aku. padanlah selalu malas nak study, sedar pagi dah kul 6 tapi taknak bangun tunggu 6.45 br bgun subuh haihhhhhhhhh.

=(

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah : 169)




Okey, jom kita pakat cek makanan betul2 sebelum beli. Chocs yang telah dikenalpasti ada lemak di atas adalah Cadb**y dan Van Hou*en.
Adalah kalian semua ada info mengenai perkara ini atau ini sekadar khabar angin untuk memboikot mereka. Tolong la share. Nanti tym tension nak exam atau PMS, aku nak makan chocs apa lagi?



Monday, June 22, 2009

Ipoh, Saya Dah Balik!

New Sem Start..
Semangat Baru
Jiwa Baru



Tak mau malas-malas lagi yerr.



Wednesday, June 17, 2009

Inikah Yang Dikata Blur?

Aku agak ada yang tak kena ngan aku ni. Lately.
  • Aku nak kuarkan Rm100 dari ATM tapi aku terdraw RM1000. Tapi siap tak mengaku aku yang tekan RM1000 siap salahkan ATM bengong. Tapi mujur mak aku ada kat belakang tym aku draw duit "Memang tekan RM1000 lah tadi" Oh ye ke. hehhee . Baru nak melompat-lompat ingat aku dapat durian runtuh. huhuhu Tak pasal-pasal kena bank-in balik kalau takkkkkkkkkkkkkkkkkk.......hehehehhehehehehehe gelak setan.
  • Aku baca paper Metro penuh khusyuk dari muka depan sampai muka belakang. Memang sangat khusyuk sampai mak panggil suroh angkat phone pon wat-wat tak dengar.hehehe Ada yang tak kena la. Pesal semua berita dalam paper macam aku dah tau? Aku pelik ni. Aku dah ada kuasa cam Bio-Nik ke?LOL Aku bising kat kakak."Pesal citer dalam paper ni aku tau semua?".Dia tak jawab pon tapi tunjuk paper baru yang tak berusik atas meja. "Tu paper ari ni tu." Hoh? Aku baca paper semalam punya rupanya. Tapi kenapa aku boleh tak ingat dari muka depan sampai muka belakang? Kenapa? Kenapaaaaaaaaa?
  • Aku semayang zohor. Empat rakaat la kan.Siap bagi salam semua aku dengar kakak aku gelak kahkahkahkahakah. Pesal? Aku semayang zohor lima rakaat. Huuuuuuuuuuu
  • Hari nak ujan. Aku masuk bilik dan tutup tingkap sebab kalo tak tutup tempias. Mak aku tanya "tingkap kat bilik dah tutup?"Aku menonong masuk bilik dan konfius. Siapa tutup tingkap bilik aku ni? Korang agak saper?
.................Banyak lagi sebenarnya. Tak termasuk missplace barang salahkan orang dan macam-macam. Inikah agaknya blur? Ataupun petanda awal menopous? Ah tidak. Tidakkkkk.



Tuesday, June 2, 2009

Maaf Saya Busy..


Busy lah sangat. Tapi serius sampai tak sempat nak updet sampai berhari-hari. Bila dapat online, tak de mood nak blog.ehehe nak blog pun kena ada mood ke?
Seminggu dua ni bila online, rutin tetap hanyalah cek emel, dan kenkadang on YM melihat maner2 makhluk yang boleh diajak bersembang. hehehe.

Cuti kali ni mungkin cuti yang tak seronok. Yeaa tak seronok sebab banyak peristiwa tak diduga jadi kat famili aku. Aku tak bersedia nak bercerita di sini tapi cukuplah ..aku tak nak peristiwa tu berulang lagi. Titik.


Malas lah nak spoil mood ingat menda2 tak best ni. Nak citer yang best jer.
Cuti ni aku rajin tau..Aku rajin sebab selera makan aku sekarang merepek-repek. Nak makan tu la, nak makan ni la. DAHLAH DEMAND NAK MAKAN YANG HOME MADE PUNYA BUKAN BELI KAT KEDAI
Yea..tadi aku merapu nak makan bubur lambuk. Tak pasal-pasal teringat bulan pose. pose ganti tak habis lagi ada hati nak makan bubur lambuk cam bulan puasa. hohoho

Sebab merepek sangat nak makan macam-macam, mak seret ke dapur jugak. Tapi peliknya, semua makanan yang aku craving giler adalah makanan-selalu-jumpa-tym-bulan-pose. Tah. Kemaruk nak raya agaknya aku ni.


Tengok..tengok..tengok aku buat tu tapi di bawah pengawasan rapi bonda tercinta.huhu.kang ada yang masuk spital ngan air tangan aku (acecece)



Proudly presenting.....kuih tako. Nak makan kuih ni sebab tingat citer Seputeh Qaseh Ramadhan yang main mase bulan poser ari tuh. hehe Tak tahu utara panggil apa..huhu. Tak payahlah korang selidik pesal kuih tako aku ada yang slim ada yang chubby. Aku tak reti nak lipat mendalah daun pandan tu jadi cantik-cantik. Ok tak jadi sangat at least tade yang masuk spital. Firdaus tak nak makan sebab dia kata geli. Cis!





Badak berendam. Tapi kuih badak ni tak sempat berendam lagi dalam kuah aku dah snap gambar. Tapi tak de lah rupa macam badak kuih aku tu.hohoho. Name kuih ni aku rasa macam-macam pesen. ada yang panggil asam gumpal, kuih sagu. Entah lah. Apa pon kuih ni aku tak suka sangat tapi since ramai kat umah tu suka, aku RAJIN buat/belajar. Rumit la nak buat kuih ni. Lain kali malas la nak buat.huhu. okay, abah i kata sedap(malu..malu nyorok bawah selimut)LOL. Fidaus tak nak sentuh jugak kuih ni sebab dia kata kuih ni uduh. Cis2x!



Okay. ni inti karipap. Ada gambar inti je. Gambar karipap tak sempat nak snap sebab habis kena ngap dulu baru teringat nak amik pic. hiks. Firdaus suka plak karipap ni. Siap ada pesanan penaja.
"Ciksu, esok buat lagi karipap. Aus suka karipap"
"Tak hinginnnnn..Esok suroh atuk beli kat kedai."

...Ini antara sebab aku tak ada masa mengupdet. Hahhaa. Eh ada lagi..Lain kali sambung. Lan nak guna tenet. Mesti dia kata aku poyo nih. Ah lantakk kau la bedah..huuhu


Buhbye


Monday, June 1, 2009

Kenapa Tak Update?

Sejak balik rumah, dah tiga hari aku tak update blog dan aku dah kehilangan kenangan untuk 3 hari di masa tua esok. Hohoho.. Blah la. Dulu tak update berbulan-bulan ok jer. Tapi kini aku berazam berjanji taat setia untuk rajin untuk menulis. Tapi, sejak balik umah, impian untuk rajin untuk mengupdate terus berkecai. Bukan tak nak mengupdate tapi bila buka sajer laptop, terus dua orang budak kecik tu datang mengacau.
"Cu..nak tengok Upin"
"Cu..nak wonderpets"

Ye lah..Sudahnya aku melawat saja rakan-rakan blogger di blog list.

=)

Happy holiday u oll.