Mari dengar komen jujur aku pula. hohoho
Aku cuma nak merungkai misteri di sebalik PMS. Hahaha misteri la sangat. Tapi serius la, bagi aku PMS ni sangat lah misteri. Misteri sebab kau pun tak paham kenapa la tiba-tiba kau akan dapat sakit mendalah ni walau kau dah bersedia dengan menelan evening primrose oil tiap-tiap hari.
Err kejap. Semua dah tahu ke sebenarnya PMS ni apa? kang penat cerita nanti tak paham pulak. ala senang cerita perubahan hormon wanita sebelum period yang libatkan perubahan emosi dan fizikal. (perubahan emosi:marah, sedih, risau, sakit hati, benci etc. Perubahan fizikal: nafsu makan menggila, x lalu makan, pening, loya, sakit pinggang etc) Gila macam pregnant kan? Aku dah bagi ringkasan dah tuh bagi senang paham. Tak paham jugak pegi google lahhh.
As for me, walau macam mana kau nak elak sekalipun mesti akan kena tempias jugak. Tak banyak pon mesti ada sikit. Selalunya libatkan perubahan emosi la. Rasa sedih, marah, risau, sakit hati, bimbang datang silih berganti. Rasa sedih dan marah tu pulak adalah yang tak masuk akal. Contohnya tiba-tiba rasa bergenang air mata tengok orang dah grad. tak pasal-pasal. dan yang paling diorang suka ejek aku masa tengok movie dulu. Diorang ajak tengok pukul 9.30 tapi tiba-tiba awalkan jadik 9.15 terus aku sentap dan rasa geram gila terus tarik muka tak bercakap-cakap sepanjang movie. Paling tak leh blah boleh meraung sakit hati sebab salah beli barang padahal dalam game pet society je pun. Haha.
Dan aku percaya perkara ni bukan berlaku kat aku sorang je. Korang pun kan. Kot2 lagi merapu dari aku. Tauuu. Xyah sorok. Huhuhu.
So, guys jika tetiba gf/wife /adik wat perangai tiba-tiba tu, layankan ajelah. Ala sebulan sekali je. Cubalah memahami, ok. Tapi kalo hari-hari buat perangai tuh sampai melalak hentak-hentak kaki kat lantai tu, yang tu bukan PMS dah. Tu peel hudoh namanya. Atau yang tu dinamakan gedik mengada syndrome. Anda dibenarkan mencari gf lain kot. Ahaha.
And girls, amaran keras jangan sesekali gunakan alasan ni nak pergunakan mereka sewenang-wenangnya. Sikit-sikit dah lah. Ahaks. Kalo lebih-lebih kang, memang stok nak kena madu la tuh. Haa takut tak? Takut tak?. Haha tak la. Kalo rasa tak leh kawal emosi sangat tu, banyak-banyak la istighfar oke.
Harap artikel ini dapat membantu pasangan yang suka bergaduh.
#Hosemate aku tuh kan, bila dia PMS, mesti dia jadik benci gila kat tunang dia. Eii seram betul la ko punya PMS.
19 comments:
ehehehee.. dlu i mmg xleh control my pMS.. tp pk pk blik~ senanye.. sng je nk control tu.. jgn ikut sgt perasaan sensitf tu..huhu..
so, skng i leh handle pmS ngn baik da..;)
setiap kejadian pasti ada hikmahnya...
p/s:kenal Allah... phm ciptaan-Nya... so PMS ke MMS ke... no hal...
biasa la kot jd camtu.. tp selagi blh control, kita control.. kan..kan..kan..
alahai... kalu mcm tuh sbulan skali laa haku masuk ICU
setuju!:P
http://hyperbuatduit.blogspot.com/
wah! post yg perfect timing! hahah.. skg ni pon sy pon camtu. rase nak nangis je. baru dpt 3 assignment, da nak nanges. kalo org tak berckp ngan sy, sy rase mcm di sisihkan pastu emo sorang2. hahaha... selipar putus pun sedih. padahal bole beli baru. biase la tu kot...tp, abnormal. =p
perempuan mmg unik! hihi..
handle with care.
pms = proses menyehatkan saluran.
tieha:
yup. dulu bila kena PMS memang haru la.
but now dah boleh handle. jgn ikut sngt perasaan tu.
Ahmad Syahril:
ehee. okay =)
ladymiaka86:
kalo boleh control tu control la. kesian orang kat sekeliling. ehehe
KIDBrush:
kata sayang gf. tym ni la nak tunjuk. kerana awekku PMS, rela masuk ICU. hahaha
BatDuitSenang:
=)
zue anak sudin:
perempuan unik
lelaki pelik
....dlm cara mereka sendiri.
ehe
greenhall:
PMS:proses menge'pau' suami laaa
klo pms ada rasa bergulir dalam hati. pastu sket2 nak nanges :D
oke oke. lelaki.maafkanlah kami. huhu
sangat betul.. ayu pun mengalami PMS neh. tiap bulan..tiap bulan menangis dan tiap bulan rsa nak pengsan..huhu~
* bg wanita, anda pun perlu memahami dan jangan memerli atau jgn bercakap besar... sebab selalunye wnita yg serik mengejek akan mengalami 2 kali ganda kesakitan.. xtipu..hee~
schult:
aah. lelaki maafkan kami ehh
eheheh
ayuni:
ahaah. betul2.
rasanya semua pompuan kot kn PMS ni. tapi seronok gak nak2 kalo ngan kawan-kawan. diorang sangatttttttt la memahami kalo tiba-tiba tarik muncung. ekeke
ayuni:
ahaah. betul2.
rasanya semua pompuan kot kn PMS ni. tapi seronok gak nak2 kalo ngan kawan-kawan. diorang sangatttttttt la memahami kalo tiba-tiba tarik muncung. ekeke
Post a Comment