Thursday, April 30, 2009

Home Sweet Home!



Kerinduan yang menggila memaksa aku kembali ke pangkuan keluarga.
Berhujung minggu di rumah.
Home Sweet Home
Rasa macam tak percaya!


walaupun hakikatnya rumah manis aku cumalah .....


Oke..tipu..itu bukan rumah manis aku. tapi hakikatnya aku pernah mendiami rumah seperti ini (rumah felda zaman dulu) sebelum abah mampu membina yang lebih selesa.
memori aku tak mampu nak ingat kembali rumah aku yang dulu. mungkin gambar di atas boleh membantu. aku terlalu kecik masa tu
=(


Tapi, tujuan utama aku balik ingin berjumpa dengan bonda tercinta,
[terima kasih yang mendoakan kesihatan ma, demam ma makin baik tapi batuk yang terlalu teruk sehingga tak mampu buat apa-apa kerja. aku risau. aku mahu ma aku betul-betul sembuh :( ]

malam ni aku balik. mungkin subuh esok aku akan bersama di samping insan-insan yang aku cintai.

=)

Bye.
Update dari kampung kalau line broadband mengizinkan

Monday, April 27, 2009

:(

Hidup aku miserable sangat ni...

=(

My mom masih demam
Dah dekat seminggu
Doc cakap bukan denggi, cuma demam biasa.
Alhamdulillah.
Tapi kenapa lama sangat?

Setiap saat hati aku di rumah
cemas, risau dan tertanya-tanya.
Minta dijauhkan dengan perkara yang buruk-buruk..

Mungkin kamu boleh rasa apa yang aku rasa kan
Sebagaimana penting ibu dalam hidup dalam hidup kamu
Begitulah aku rasa kini.

Doakan kesihatan ibu bapa kita readers.....

Sunday, April 26, 2009

Kami Memang Jaguh Kampung!

Awal pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon
"Wehh, budak IPBA ajak friendly match futsal"
"Wahhh..bilaaaa?"
"Sekaranglah..cepat siap. before 10 tau kat Extreme Park."
Okey. Antara excited dan kelam-kabut. Cepat-cepat tukar baju. Eh baju kedut lah! Buka balik baju pastu iron baju ngan tudung dulu. (hahah sempat lagi tu). kalo baju kedut tak de mood nak main. Nanti kalah. Cheh!
Sampai extreme park diorang dah tunggu. salam2 semua terus main. Ehem. Kalo main ngan Geng Kampung Sebelah, apesal kitorang terer ek? Hahaha. tak pernah main sesopan tadi. semuanya kontrol perangai =P Tapi diorang memang power lah. selama ni kitorang main, asyik kitorang je menang (riak dan takbur tuh). hahaha before dis kitorang main suka-suka jer.gelak.jatuh.gelak.jatuh.gelak lagi tapi tadi main tak seronok langsung. serius jer. sudahnya kitorang kalah 15-4 okey!!
Fakta/Alasan kalah teruk tadi adalah disebabkan :
  • kitorang semua monyok tak dapat makan pagi. hahaha diorang tak tau ke kitorang ni tak cergas kalo tak dapat makan?fakta perut kami pukul 9 pagi mesti kena isi perut!!!
  • tak suka main pagi-pagi. selama ni kan main malam jer. terkejut tengok matahari pagi.
  • pagi-pagi tak de mamat-mamat ensem. tak de sumber inspirasi-Moksyok bagi alasan baik punya LOL
  • boys tak datang sokong. kitorang tak boleh main kalo boys tak datang support. hahahaha
  • Main tadi guna bola extreme park.tak suka. kitorang dah biasa ngan bola cap Nike pinjam boys punya =P
  • Tadi pakai baju seragam. kitorang masing-masing dah ada baju bertuah. tapi tadi tak dapat pakai.hikhik
Alasan...Alasan..Alasan.hahahaha
Tapi tak pe malam esok main lagi. Yay. Dah booking untuk 2 hours. kali ini menentang Geng Kampung Sebelah. mesti kitorang menang sebab kitorang kan jaguh kampung je..hohohoho

Friday, April 24, 2009

What If.....

What if you woke up and your life was perfect?
Errr....

juz like u're tuning from selebet-beret girl to damn gorgeous lady like Jessica Alba (aku suka dia tu pasal aku kata dia cantik =P)







holding celebs or datins designer bag. ori lah wei. fake punya tak main yah!!!







kad kedit sepah-sepah



juga drive memandu jentera ini *drooling*




lagi...punya karier gempak gilak








dan....paling penting a husband. not just a husband but a Armani-good looking husband.hohoho




Okeh..sekian cerita merepek hari ini. hahha. aku tengah bosan giler. okey itu semua adalah hak milik watak Lexi Smart dalam novel ini. aku tumpang berangan sajork


im just finished Remember Me by Sophie Kinsella (read : aku dah ulang 3 kali )..bosan lah. tapi kalo betul-betul jadi kat aku tak apa lah..aku redha..hahahha

P/S: Aku bukan manusia materialistik lahhh.

Wednesday, April 22, 2009

Aku Rindu Ma dan Abah


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk merekaYa Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar ataskesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalahmereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu
ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberisyafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediamanyang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih…………
Amin Ya Rabbul Alamin..
***Jasad aku di sini tapi hati aku di sana..merindui setiap saat waktu suka duka di samping ma dan abah dan juga famili tercinta
***Ma demam hari ni. dah 2 hari. hati aku risau sangat...Ya Allah ringankan kesakitan yang ditanggungnya.
***Aku dah homesick sangat-sangat dah ni =(

Tuesday, April 21, 2009

Kenapa Suku Sakat Jerawat Suka Aku?


Geram lah. Kenapa jerawat makin suka kata aku ni. Sesuka hati diorang pakat-pakat naik atas dahi la, pipi lah. Aku tak pasti lah sebab apa diorang minat sangat ngan aku ni. Eii tensenlah. Memula memang aku biarkan. Aku rasa it’s normal lah having seketul dua jerawat. Barulah meced. LOL. Tapi diorang ni memang kejam. Mentang-mantang aku tak buat apa-apa tindakan, habis suku sakat diorang diajaknya bermastautin secara tetap kat muka aku ni. Whiteheads, blackheads, acne, pimples -sungguh muhibbah muka aku sekarang. Hoh!



memang muhibbah kan? sigh



Tapi aku rasa aku ada buat silap besar. Dua tiga bulan lepas, masa tengah online memang tak sah la kalo tak merayap ke blog skincare, beauty product, health product etc. kan. Being a girl la katakan. cis tu lah padahnya. Kalo dapat internet bukannya rati nak mencari bahan/asenmen tapi habis diredahnya mende-mende merepek yang buang masa dan duit. Okeh..aku membebel.



Nak dijadikan cerita, aku telah TERjumpa satu produk ini-katanya boleh melenyapkan segala jenis masalah kulit dalam masa 3 minit. Malas aku nak inform produk pe nanti diorang tak boleh carik makan plak =P . bila aku baca testimonials diorang, lagi lah aku semangat nak beli. Masa tu muka aku ok lagi. Jerawat sumer tu segan lagi nak naik.biasa ler, kalo dah nama manusia tu, bukannya reti nak bersyukur. Aku beli. Mahal nak mampuih. RM70 untuk seketul sabun besar kiub Knorr tu. Aku ingat bila mahal plus produk internasional ok la resultnya tapi hampehhh..bermula la episod duka dalam hidup aku..tsk tsk.


Ok lah aku berprasangka baik. Kulit aku tak sesuai kot. Dah lah. benci….



Aku pergi Guardian. Rasa macam terdesak sangat. Aku beli benda alah ni. Kalo dulu, jangan kata nak pandang, jeling pon tak nak kat pimple treatment cream yang bersusun kat rak tuh. Aku tak rasa akan selesaikan masalah tapi aku kena beli sebab nak puaskan hati. hohoho



Biar je lah. Tak serius sangat kot tapi bila tengok latest pic taken during holiday ari tu (close up) aku rasa nak hantuk kepala kat dinding tak pon terjun lombong…waaaaaaaaa

Sunday, April 19, 2009

Lets Call It...A Great Weekend!

Wahh lamer giler rasanya tak holiday ngan besties. Kononnya every sem kena spent time/money pergi holiday. Tapi sem ni tak sempat pegi mana-mana since sangat lah sibuk dengan asenmen serta tak de tarikh baikk punya. Betul la sem sungguh tough-pergi JJ ngan IP pon boleh kira!!


Since Isnin ni Perak cuti, we had extra weekend. My classmate dah planned nak ke sana ke sini. aku tak kesah je pon pegi maner. tak pegi maner2 pon tak ape je sebab operasi kemas bilik tak siap-siap(macam mana nak siap, mulanya pon blom.. hohoho) We all dah tatau dah nak redah mana lagi kat Perak ni, rasanya semua tempat besh dah pergi. akhirnya dek tak ada idea sangat nak pegi mana-mana tapi still gigih nak pergi holiday we all pergi Bukit Merah Lake Town- 2nd time for me! hermmmmmmm...


Disebabkan dah penah pegi, kadar keterujaan tu rendah la sikit. rasa cm nak ngelat tak nak pergi pon ada hihihi. tapi aku tak la sekejam tu. dah plan kan. aku kan spesis manusia yang tak suka hampakan orang LOL.

Lets the pictures do da talking yah. moi penat. ceh macam ler i drive all the way dari ipoh ke Taiping. pic tak byk pon..







meet us!


Mr.Button the clown.cuba teka mana satu yang baju belang pink atau hitam hahaha



oppss...bes pic of the day mesti ade..

exclusive!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*

tak senonoh =P

Saturday, April 18, 2009

It's Over, It's Over, It's Over!!



Aku mahu simpan kenangan yang indah-indah sahaja di SK Perpadua*n.. hehehe
Tapi soalnya ada ker yang tak indah?

My dear 4A student,
sebagaimana kamu sedih nak berpisah ngan cikgu, macam tu lah yang cikgu rasa.
ececececehhh..
ketahuilah kamu semua yang cikgu sanggup bangun tengah-tengah malam nak siapkan cendera mata ni kat kamu? oh ngungkit pulak~




for boys




for girls


Aku dan rumet dan print siap-siap muka kitorang kat bookmark tu. dengan alasan diorang tak lupakan cikgu diorang ni serta memang sikap kami berdua ni gila glam. kahkahkah


Alkisah pasal cenderamata ni, aku dan rumet pilih pendekatan paling selamat-buat bookmark muka sendiri ditambah hadiah iringan- ni dah berjaya buat budak happy kan main..hohoho. eh ada lagi..


untuk student cemerlang sahaja.Blockquote

Aku tau. setakat pencil ngan ruler BEN10, mak bapak diorang pon boleh beli. tapi ni lain. cikgu yang bagi. ader sentimental value tu. teringat aku zaman sekolah dulu, cikgu bagi candy sebijik pon rasa cam best giler. rasa cam nak frame pembalut candy tu pon ader-kalo mak aku tak mengamuk la hahaha..so begitu la situasinya sekarang. sekadar nak motivate budak-budak.

Okey.

Dah habis dah. dah boleh simpan balik name tag cikgu tu. hohoho.Happy? mestilah aku happy. at least untuk sebulan dua ni tapaya pikir nak buat lesson plan lagi.Tapi tipu la aku tak sedih. Sebenarnya aku dah sakit rindu ni. baru je sehari tak pergi sekolah aku dah rinduuuuu.


Hoih la..kan?




Friday, April 17, 2009

Eii Nak Kena Ni

My previous post 'bout cekgu-cekgi gedik terpaksa diremove.
bukan aku buat entry tu.
tapi si sakit mental yang terlebih rajin mengupdate untuk aku.


Ehem..



its over.
aku nak online sampai pengsan ni
saper mau join?

Thursday, April 16, 2009

Aku Jawab Tag!


Okey..ader satu tag lagi tak buat tapi yang tu susah serta malas sikit (hehhe) nak buat. yang ni sonang ..tempek gambar jer..so here we go :

1. tampal gambar korang

anggap jer la manusia kat atas tu dua-dua tu aku.kekeke

harap paham la yek kenapa makhluk tu menyengih kat situ

=P

2. explain kenapa korang pakai baju dalam gambar tersebut
aku dan rumet tetiba teringin nak jadi detective.
sengal tak?
Siapa yerk pencipta tag ni. heran aku.
Eh satu keje pulak nak pikir
Ok aku pass tag ini pada :
1. Naa
2. ChEnta_tiEha
3. Cik Aida
4. Putera
5. Afun
6.Influenza
...dan sesiapa nak buat

Wednesday, April 15, 2009

Saya Sedang Senyum Ni

Perkara hebat yang buat saya tersenyum hari ini
  1. Aku sudah diobserve. Final observation for 1st practicum. Alhamdulilah. Everything went very well. Students semuanya mendengar kata dan bagi kerjasam.ehem. Ada cerita di sebalik 'kebaikan' mereka. a day before, aku dah bagi warning plus psiko diorang supaya tak nakal maser lecture aku datang observe. Kali ni aku tak garang-serius macam dulu. garanglah kononnya. ahaks. (aku benci jadi garang-pronounciation aku akan jadi tunggang terbalik dan im not being my real me) tapi lebih pada psiko (jotaan terima kasheh juga buat my partner friend yang juga begitu pakar membeli hati budak) supaya kasihan pada aku. hehe. menjadi ok. soalan pertama yang aku dpt dari Fahmi (student aku) lepas perbincangan dengan pensyarah.********cikgu lulus ke?********** Terus aku terkesima. Bagus. Prihatin juga korang ye..
  2. Otak aku boleh rest dari pikir ABM, RPH kawalan kelas bla bla bla...-oh bukan aku tak suka tapi nak rest kejap please!
  3. Aku dapat layan tenet sebebas-bebasnya. masa praktikum layan gak tapi mesti selit-selit google cari bahan video ke audio juga untuk ngaja. LOL
  4. Aku boleh jadik manusia normal balik. dah sebulan rasanya hidup aku lintang-pukang. makan ke mana, tido ke mana. dalam sehari TAK PERNAH tak terpikir pasal observe.RPH,BSPP.

Cuma aku rasa senyuman aku ni hanya sampai ke hari Jumaat-hari terakhir aku di SK Perpadu*an. Aku dah start sayang budak-budak tu wei..tsk tsk

NoteLuv : Tak habis-habis cerita pasal sekolah kan..tak per sampai jumaat ini sahaja.

Sunday, April 12, 2009

Aku Tak Suka Bila Orang Cerita Pasal Hantu...

dalam seminggu dua ni isu histeria dan hantu masih belum reda di kolej.
bermula dengan sekumpulan junior aku kena histeria (pertama kali dalam sejarah hidup ku menyaksikan sendiri apa itu histeria dan aku sangat takut!)
kami tak henti-henti bercakap pasal tu sehingga kini seawal jam 9 malam
masing-masing dah takut tak ke toilet sensorang!

dan malam tadi, masa dinner di gerai yummy-yummy topik utama perbualan masih lagi cerita yang sama-hantu dan histeria. Aku masih lagi cool dan bersikap eleh-tak de-pape la.
Tapi, hakikatnya aku tak cool. memang tak cool langsung.


10.30 pm
Tetiba aku rasa sakit perut. okey aku tak takut. aku ke toilet. Ramai lagi manusia kat toilet.hehehe


12.00 am
Sakit perut datang lagi. Kali ni aku memang confirm tak akan ke toilet lagi. kolej dah sunyi sepi. manusia-manusia yang suka bergayut di telefon pon langsung tak kelihatan malam tadi. pelik aku. Rumet pon dah lama ke alam mimpi. tapi kalo diberi pilihan pon aku tak akan kejut manusia penakut tahap gaban tu. aku tak boleh imagine lah kalo dia teman g toilet.

ini tak boleh jadi. takkan aku nak tunggu sampai pagi.
aku cuba beranikan diri. tapi bila melangkah keluar dari dari je pintu bilik, serentak 25 CD hantu yang telah kutonton terbayang depan mata. gile lah!!! aku masuk bilik balik tarik selimut dan tido..yea dalam keadaan sakit perut gila!!!

4.30 am
Aku terjaga. Masih lagi sakit perut. kolej masih lagi sunyi sepi. aku memang tak berani nak kuar lagi. on laptop dan on9. dan aku tertido lagi-masih dalam sakit perut!

6.30 am
Rumet tak ada. Rumet dah bangun rupanya. kolej dah bising. dan aku tak takot dah. *^&52$#256 sungguh!!!!


Moral of the story, aku tak hingin lagi dengar cerita hantu!!!
Akibatnya aku menanggung sakit perut sepanjang malam tadi sebab takut nak pegi toilet!!!


Bongekkk ok!!!!


Perut aku sakit lagi ni. food poisoning ke ni?





Malam tadi aku melantak yong tau fu tak hengat. dan sekarang dengar nama pon aku dah loya. eiii

Friday, April 10, 2009

I heart 4 Akrab!

Penat aku gelak tadi. Budak-budak ni (student aku) buat lawak betul. Tadi masa aku ngaja aku ada wat permainan “Telefon Karat”.
Permainannnya mudah je. Aku bagi satu pesanan, sorang akan passkan pesanan kepada rakan-rakan yang lain secara berbisik dan orang yang terakhir akan bagitau aku pesanan tu. Nak compare betul ke tidak. Disebabkan student aku ramai (44 orang) aku pecahkan 3 kumpulan.
Dan pesanan aku berbunyi begini :

"Kerbau balau Pak Malau baru pulang dari Pulau Harimau. Pak Malau sembelih kerbau balau di belakang surau. Pak Malau ketawa hauhauhau."

Mudah jerk kan tapi aku sebagai cikgu yang tak berapa nak baik tambah gelak jahat kat belakang tu. Hauhauhau. Hambik korang ngafal beria-ria. Pastu ketua kumpulan pon pass kan la segala pesanan tu kat kawankawan diorang. aku menanti penuh sabar . 15 minit kemudian, student terakhir datang membawa pesanan.

Kumpulan Satu : Pak Balau ketawa hauhauhau.

Aku control gelak. Aduhaiii, banyak tu jer diorang ingat dah lar tertukar sana sini. Balau tu kerbau la murid-murid. Pak Malau okey bukan Pak Balau!

Kumpulan Kedua : Buaya makan harimau. Harimau makan Pak Malau . Jangan sia-siakan hidup.

Jawapan paling merapu diorang. Aku dah tak tahan. Gelak sampai berair mata. Sakit jiwa aku budak-budak ni. Pandai-pandai pulak diorang tambah pesanan tu. Merepek pulak tu. bila masa aku sebut buaya pon tak tau.

Dan pemenang adalah kumpulan ketiga. Pesanan diorang paling tepat jika dibandingkan dengan kumpulan lain.

Kumpulan Tiga : Kerbau Pak Malau baru pulang dari Pulau Harimau. Sembelih kerbau belakang surau. Pak Malau ketawa hauhauhau.

Okey, I can’t stop smiling during typing this entry. I heart 4 Akrab. They were my very first student that I will remember ever.

Okey cikgu lynn nak kuar beli hadiah kat kumpulan menang telefon karat ni. Pandai sangat janji nak bagi hadiah. kalo setahun aku ngaja bankrap la cikgu. LOL

Thursday, April 9, 2009

Aku Baru Tau lah..

Halamak aku ni ketinggalan sungguh. Depa dok sibuk cerita Kabinet Baru Najib pon aku tatau pape.Blame it on my works-sampai tak de masa nak baca paper. But thanks to our technology. Terus aku google cari Kabinet Baru Najib. Hoh! Banyak perubahan rupanya. Patutlah bising sana-sini. Seperti biasa aku mengambil dasar berkecuali dan memegang prinsip kita tunggu dan lihat saja.
Ye rakan-rakan dalam arena pendidikan, cikgu-cikgu, murid-murid, sematkan di minda menteri kita sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jangan tersasul sebut nama menteri lain. ingat tuh..hohoho

neway let's welcome our new PM. the beginning of Najib's era.
Doa rakyat Malaysia untuk kamu!
P/S: Aku terpaksa tambah label politic untuk entry khas ini. Aku tak suka politik. tapi ini bukan politik propaganda/murahan oke! i juz love being Malaysian!

Sepasang Kasut Itam dan Sepasang Uniform KRS

Kelihatan agak janggal atau tidak ini sepasang baju KRS yang sungguh tentera ini digandingkan dengan sepasang kasut bling-bling itu?



sepasang uniform KRS yang sungguh tentera yang HARUS dipakai setiap Rabu menjadikan aku terasa menjadi askar wataniah.

*opss adakah anda lihat paku di bahuku itu?Ye..mata anda tak silap. AKu bergelar Leftenan Muda KRS..hohoho


dan kerana masih mahu mengekalkan imej cekgu la sangat, aku bantai pakai dengan kasut ini

*bling-bling di kasut aku tercabut satu hari tu. mujur ada cikgu lain jumpa. benci betul

Tak sesuai?Aku sudah bantai pakai dua minggu berturut-turut. LOL

Sunday, April 5, 2009

Ayahanda, Anakanda dan Celcom Broadband

Anakanda : Abah..semua kawan kat maktab dah ada broadband. Tengah ada PC fair ni. Celcom
wat promosi murah.
Ayahanda : Hah..beli lah..kalo nak buat belajar beli lah
Anakanda : Kita dah kira..dekat ujung-ujung bulan tu, baru tak cukup duit
Ayahanda : Kalo tak cukup duit bagi tau lah…
Anakanda : Tak membazir ke bah?
Ayahanda : Kalo guna buat belajar tak membazir la..bunyi macam susah nak cari bahan




Ohh..Anakanda tersentuh ayahanda. Sesungguhnya ayahanda bapa paling memahami di dunia ni. anakanda cinta sama kamu ayahanda!!!



Selepas perbualan tersebut, si anakanda terus menSMS rakannya, Rose serta Joe untuk meredah lautan manusia di PC Fair kat Stadium Indera Mulia, Ipoh. Sebenarnya ini pengalaman kali pertama si anakanda ke PC Fair. Memang si anakanda ini bukan pencinta gadget terbaru pon. Baginya, hidupnya sudah cukup sempurna dengan laptop dan printer berusia 3 tahun, digicam 7.1 megapixel, serta henpon cabuk (walaupun si anakanda begitu teruja dengan Iphone, anakanda ini masih sedar diri).




Dan tak pasal-pasal si kawan anakanda, Rose turut membeli sama broadband itu. Hohoho.







anakanda dan rakan, Rose completing segala jenis forms






dan akhirnya...

broadband Celcom ini dalam genggaman. kat ulu kinta tolong la lajuuuuuuuu


Untuk membalas jasa ayahanda membenarkan anakanda membeli broadband, anakanda telah membeli sehelai kemeja untuk ayahanda sebagai penghargaan dan terima kasih. (Nasib baik mega sale ayahanda, anakanda save 70% tuu) Semoga ayahanda gembira. Untuk bonda nanti-nanti la dulu. Nanti anakanda cek pitih dalam bank dulu yek.





semoga kehenseman ayahanda makin terserlah dengan kemeja ini..hoho

Aku sangat sweet atau kaki bodek ya rakan-rakan?

Saturday, April 4, 2009

Korang Nak Tau Tak

Instead of novel-novel chenta-jiwang -karat Aisya Sofea, Anis Ayuni, Sophie Kinsella and currently Kelly Humphrey, aku sebenarnya adalah peminat setia novel-novel (oh adakah patut disebut buku cerita?) pakcik Enid Blyton.




sebahagian buku cerita aku baca ari tu. banyak lagi tapi tatau kat maner.


Kalo balik umah, mesti aku aku sepah-sepahkan almari sebab nak cari buku cerita kesayangan aku ni. sebenarnya aku dah boleh hapal cerita tu tapi aku bacer ulang-ulang sampai puas hati. Dan sekarang tiba-tiba aku rasa macam nak balik rumah dan nak baca buku cerita itu sambil mengunyah keropok cecah sos. dan keropok itu haruslah keropok asli dari Terengganu...haihhh
tak pasal-pasal kan kuar citer kopok...

Friday, April 3, 2009

Award!








Semua award dari Mr Shari blog
Thanx ya.

Dan..aku pass kan segala jenis award ini kepada
mereka-mereka ini!
1. Cik Syazni
2.Chenta_tieha
3. CikWahida87
4. Kak Syifa
5. Cahaya Qaseh
6. Zack
7. mie