Selama ni kalo nak beli tiket balik Ipoh, jangan harap pergi kaunter transnasional sebab dah tau Trans takde jual tiket one way pergi Ipoh. mesti kena transit kat KL dulu. tak suka pergi Pudu sebab otak dah set orang kat situ jahat-jahat. ahahah. adoi kena maki jugak kang ni... so semalam pergi tuju kaunter Utama Ekspres dulu tapi brother tu cakap tiket DAH HABIS. tapi tak tersangka pulak trans dah buat perjalanan Kuantan-Ipoh.
sepatutnya semua bas ekspres kena wat sistem online.
ni tiket Lan. bukan tiket aku. dia hantar aku balik Ipoh. ape baik benar hantar aku balik nih? ahaha
Barang , bag tak packing pon lagi. Aku tak tahulah nak gerak balik Ipoh bila. Esok atau lusa. Kalau esok maknanya hari ni hari terakhir menikmati cuti di hari terakhir tahun 2009. Err maknanya esok aku akan tiada di rumah lagi? sebab hari ni mungkin hari last di rumah, aku bagi can budak dua orang tu beli aiskrim yang lalu depan umah tuh. selama ni aku tak bagi Firdaus beli sebab aku rasuah otak dia kata dalam tangki aiskrim tu dia letak ular sawa. sebab tu lah aiskrim tu sejuk.. (sebenarnya masa aku kecik ma cakap benda ni kat aku pastu aku turunkan aje lah kat Firdaus) . Kalau tak cakap macam tu, setiap kali bunyi loceng aiskrim dia dah stand by depan rumah jerit "Berhentiiiiiiiiiiiiii".. Hehe. Kalau lama-lama lagi aku baby sitterkan Firdaus dengan Umairah mesti banyak lagi kisah dongeng merapu yang aku rasa sampai mati pon diorang akan ingat. ehee. nanti ciksu simpan link ni bagi Aus baca ehh. wawawa.
emak korang dulu tak pernah ke tipu kan korang aiskrim ni dengan ular sawa. tak tahu lah dalam banyak2 haiwan, ular sawa juga dipilihnya.
Semakin aku berblog, aku rasa semakin aku tak tahu kenapa aku berblog. dulu aku tetapkan niat tidak mahu blogging pasal personal life sebab aku rasa aku bukanlah someone special macam hartis yang orang akan baca every crappy words dia tulis tapi lately, entry aku semakin ke arah itu.. patutkah aku tulis ayat klise yang kadang-kadang aku annoying baca: blog aku, suka hati akulah nak tulis ape. entah aku tak suka kot dengan ayat tuh. ehehe sori eh.
Misi nak gemuk tak berapa nak menjadi. aku hilang lagi sekilo kat rumah. camaner tuh? Aku rasa cuti ni macam semua orang bila jumpa aku akan tanya soalan yang sama."kenapa kurus sangat." "nak buat macam mana kurus mcm ni?". Malas tau nak jawab. Payah sangat aku jawab je "Putus cinta" . Senang. Kalau jawab macam tu automatik aku jawabkan sekali untuk soalan bila nak tunang, kahwin. etc. Kalau pasal kurus-gemuk ni aku tak risau sangatlah. orang yang di sekeliling tolong risaukan. ahaks.
baiklah, aku ada misi lain. jahit baju. yeahhh tipu..yang ni aku ralat sangat. kenapa lah kuah tak tumpah ke nasik? ma aku pandai jahit. sepanjang aku hidup ni, baju kurung+kurung moden memang dia yang jahitkan. kalo tak sempat sangat baru aku upah Kak Pah tak pon nyonya kat pasar tu.. bukan tak penah belajar. penah lah. tapi setakat ni aku pandai potong+kelim je. kalo aku jahit mesti lengan pendek sebelah la. senget la ape la. sudahnya mesti ma aku jugak yang sudahkan baju tu. ehh jap. ade kot baju aku betul-betul buat sendiri. tapi semuanya ma yang tunjuk satu-satu. ehehe.
dulu mase sekolah subjek ERT kena buat baju sekolah kan. aku suruh ma aku yang buatkan. wahh. kemain lagi aku kena puji dengan cikgu. dia ckp jahitan aku kemas la. dapat markah 95/100. nasib baik cikgu tak suruh demo.hehe
Tapi aku suka lah tengok orang menjahit. kalau ma aku jahit baju (nak-nak kalo baju aku) mesti aku tolong menyibuk sekali. Aku rasa nak belajar betul-betul la. mane tau esok aku dah tak jadi cikgu dah. aku amik upah jahit baju. heeeee. pastu kan kat ruangan hobi nanti aku boleh isi menjahit baju. comel je. wakaka. tapi orang kata kalo tak minat tuh payah sikit nak pandai kan.
baju aku tu. selagi tak siap selagi tu la aku dok menyeper kat situ
Nak kuar jap. pergi carik tiket balik Ipoh. hadoiiii. sungguh malas. lagi nak pergi carik birthday present Elis dan mahu pergi potong tali jam. kate dah kurus kan. terus jam dah longgar jadi macam gelang.
emm.. azam baru. banyak benda aku nak berubah. banyakkkkk tahu. semuanya ke arah kebaikan seiring dengan pertambahan usia la. malu la pulak nak heboh lebih-lebih kat sini. ngeeeeee. insya Allah.
okay. got to go now. kuar lewat-lewat mesti payah nak dapat parking. tirulah macam aku. parking dekat Mydin kau jalan kaki dekat satu kilometer nak pergi Berjaya Megamall. ahaha. itu petua kurus dari aku padahal takut nak parking dekat sesak-sesak. ehe.
Hahaha. Dengan cuti berbaki beberapa hari ni aku nak menjoin segala contest yang terdapat di alam blog ni. kalau rajin.
Sementara mood rajin ni datang (kalo tak aku rajin bercucuk tanam atau menjaga zoo serta memberi pet makan kat Facebook saje lah. =P) eloklah aku terus join.
Contest pon senang je. carik gambar candid pastu post. btw, aku baru jumpa jer blog ni. segan je. tak pasal2 terus masuk contest. tak pe. cuti ader lagi so nanti pergi menyibuk kat blog anda yer encik halim =P
2. Namakan entry sebagai Candid Photo Contest-done
3. Copy gambar kat atas dan paste kat blog-done
4. Kemudian, postkan satu your own candid pic.-done
aku pilih pic ni. antara puluhan gambar candid yang semuanya stok fokus kat bibir aku tym muncung. err. tidak mahu letak pics tu semua. tapi pic ni.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
candid cam!
Olololo. kenapa memasing seperti itu? Dah hilang skill nak bagi pose gedik poyo kah? ahaha
Nak tau kenapa muka sensorang terkemut-kemut sampai macam tu sekali? Boys baling belon yang ada air elok je tym kitorang posing. Terus posing terencat. Pendengki!!!
Pic tade kena mengena dengan cerita. aku dah pesan minah ni jangan over eksaited sangat. kan dah blur.
Rabu lepas di Kuantan seorang penunggang motorsikal maut digilis lori kontena(?) sebab nak elak lubang.
Tak ingat bila, di Seri Bandi, Kemaman seorang pemandu terjatuh dalam parit sebab terlanggar lubang.
Semalam kawan aku datang rumah muka masam mencuka. Bila aku tanya sebab ape. “Kete aku langar lubang Berdentummm. Aku ingat cermin pecah dah” “ Dah tu.mende yang pecah?” "Tayar lahhh”. Oh kesian. Kereta dia bau kedai lagi,
Dan semalam jugak kereta aku ( oh ok. Bukan keta aku sbb bukan aku byr. aku miskin takde duit la) langgar lubang . dan tayar dah bengkak. dan terasa bersalah sebab keta tu baru umo sebulan dan tak sempat 1st servis pon lagi, ..alahaii.dah la aku buat. Bukan tak nak elak. Dah elak. Tapi bas kat belakang poyo sangat dah bagi lampu bila aku brek elak lubang. Mentang-mentang kau besar gabak kau eksyen ek.
Oke . Aku paham lah kot sekarang musim ujan. Jalan pon tak cantik. Tapi bila dah ramai orang kompelin bahkan dah libatkan nyawa pon tolong la buat something. Pengguna jalan raya yang berkereta mungkin terpaksa pertaruh wang ringgit tapi pengguna motorsikal mereka pertaruhkan nyawa bila langgar lubang-lubang maut ni..
Ini ke jaringan jalan raya terbaik di Asia Tenggara dan sistem lebuh raya terbaik di Asia. (geog PMR aku A. tu pasal aku ingat sangat fakta yang auta ni)
Wahhhh terbaik la sangat. Sesape nak pegi Trg cuba la drive ikut highway Jerangau-Jabor sekali. Aku konpem korang mencarut istighfar banyak-banyak. seperti menunggang unta di padang pasir. eh? lantak la tak relevan ponn.
Mana JKR?
Bila korang nak datang turap lubang-lubang puaka tu?
Takkan nak tunggu Najib nak lalu jalan tu baru nak datang turap kot?
Yea..Yes bakal melabuhkan tirainya. Aku tak faham kenapa asal sale, aku pokai? Asal sale je aku papa kedana, asal sale je aku kering? Padahal memang pokai tiap hari2 pon. Senang citer T____T
Selepas selongkar bawah tilam, kasut, celah kain batik, dalam bekas sabun, dalam tin biskut, dalam balang gula (yg ni memang tipu melampau) terjumpa saki baki rezeki yang ada. Terus semangat YES membara. Here, I list down things yang dah berjaya melicinkan saving kawin aku.
1.Tudung nur barakah. Tu ek nama dia? Tapi kenapa ko mahal sangat. Tak mampu den nak menyakan. Ni pon bukan cap ariani. Kalo tak aku gigit jari je la jawabnye. Tapi kalo murah cam shawl pon aku still tak mampu. Still. Adoiiiii. Awatla hidup cheq menderita sampai lagu ni?
2.Sepasang wedges yang aku aim nak pakai masa practicum. Lantak tak kira nak pakai juga walo dah tau takleh pakai.
3.Sebuah purse yang sungguh girly. Pink urghhh. Takkan aku nak beli hijau kot. tak masuk dek akal sungguh. Bukan Carlo Rino. Bukan Guess. Bukan Bonia. Bukan juga Esprit. Elle apetah lagi. Tapi cap Parkson yang apekebenda punya brand pon aku tak tahu.
4.Bag .yang aku beli mesti akak aku kata cantik. “eaa macam Carlo Rino lah " padahal Roberto Carlos. Hahha. Tidak la. Tidak ada brand puas aku kelebet bag tu still tak jumpa apa-apa tag. So bag saya adalah brandless. . Aikkk kata hari tu nak beli bag bla b la bla. Dah sudah. Stop complaining. Orang kat Somalia tu jangan kata nak beli bag, nak makan pon tak mampu kau tahu takkk??
5.Beau product. (er ada org nasihat stop consume Felisa. Teruskan je ngan Herbalife tapi masalahnya aku dah pokai. Sempat ke muka aku jadi permukaan bulan sebelum dapat order HL nih?)trrr..trrr..trrrr > ini adalah efek takut yer. Harap maklum.
6.Air mineral Guardian sebab tercekik tengok sale merata-rata. Sabo anok pokmat, sabo
7.A birthday present for Chot. Nasib baik on sale jugak. 50% tuh. Ehee. Aku rasa Chot suka kot present dia kali ni sebab aku pon bleh tumpang sekaki. Apekah itu? Tak leh upload kat sini nanti dah tak seperais.
8.A present for Nur Qaseh Sara, anak buah saya. Rasa nak gigit2 budak tuh. Geram ok. Tapi Lan asyik inspect je anak dia. Tak boleh dracula ni nak gigit. Kehkehkeh. Tengok la satu hari nanti. Tengok lah
9.A shirt from Kamdar. Kenapa selama ni aku tak perasan kamdar adalah best la jugak? Sebab tak penah masuk macam mana nak perasan? Ok aku jawabkan sendiri.
Tu je. Tu pasal aku tak beria sangat. Haa again! Cubalah bawa bersyukur sikit. Orang dekat Palestin tu bukan kata nak keluar shopping, nak pegi sekolah pon takut kena bom. Yerlah. Insap.(walopon aku tak paham kaitan bom dengan shopping)
Yang pasti senarai di atas dibeli bukan dengan sekali harung. Beli satu , balik umah korek tabung lagi. Pastu kalo ada orang ajak pegi window shoping, cek celah sarung bantal pulak. Ada sisa tak lagi. Gitu lah alkisahnya. Sadis kan? Jeles kot kuar dengan member yang dah keje. Sibuk nak cek gaji dah masuk ke belum. Berbulu ai okeyy..berbuluuuuuu!!!! Nak2 bila aku tarik bank card nak draw duit terus sound “ olohh..tak payah cek la. Loan tak masuk lagi tuhhh.hahaha” . Cissssss. Sabo anok pokmat, sabo.
Lepas ni sesaper ajak kuar terutama sekali dengan tujuan pegi teman shopping ke ape ke, tidak. Nehi. Anok pokmat ni dah surrender.
tetapiiiii kannn saya ternampak ini during doing my shopping. ehee
1.Elle purse sangat lawa. Sangat lawa. Sangat lawa. Sangat lawa. Sangat lawa. Ok dah la tuh. Orang paham kot lawa dia macam mana.
2.Carlo Rino handbag. In white color. Seolah –olah memanggil2 aku menyentuh, mencuba, menggamit salegirl, mencatat resit dan dibawa ke kaunter cashier. Come on girl, bag Roberto Carlos aku tu pon ok whattt!! Ahaks.
3.A dress in black n white. Sangat suit with my dinner color code. Tapi masalahnya dinner tu tahun depan punya occasion. Hohohoho
Terus I berkata dengan yakin.” Hello sweetie. We will meet again…er rr next year’s YES maybe?( tu pun kalo aku sempat selit sekupang dua dalam botol bedak laa) sambil I senyum kambing gurun memeluk bag Roberto Carlos tersayang….
Motip entry?
Sajer nak suruh korang pegi shopping. Treat yourself ppl!takyah la berkira sangat. bkn unt org lain. untuk awak jugak =)
**tetibe teringat dekat satu kedai perabot tuh. dia tulis harga promosi dgn ayat yang sungguh lawak tak leh blah HARGA PENING, HARGA RUNSING, HARGA DEMAM, HARGA POKET SAKIT., HARGA SEMUT HURUNG haihh macam2. aku agak owner tu mesti agak mental. ahaha
Panjang kot citer ni. Pegi la amik jajan sambil baca. Dinasihatkan baca ea. Jangan baca ngelat skip-skip, ok.
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..ma letih la..dah lewat ni, nak tido lah….”
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi.. basuh jap… susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air… sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah… tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…
baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check...baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…
ternampak pulak beg g keje…emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…
Tetiba dengar suara papa…”..ma buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu...bukak almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang… la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..
”..ma dah ngantuk ni..msk bilik dlu la.." dalam pada nak masuk ke bilik…owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi....ok dah …
ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…
aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting.. ahh…boring. ..panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…pa dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah…. So?? pengajarannye?? Hargailah wanita di samping anda- Ayat ni aku tak ubah. Hehe. Terasa berkempen mari menghargai wanita la pulak. ahaks.
*Cerita adalah dicuri dengan izin dari pemiliknya
**Situasi memang macam berlaku kan.Ok. Being fair. Taknak bias pada mana-mana pihak. Aku tersenyum baca komen yang kata papa tu tak salah tapi mama tu yang rajin sangat. haha.
***Kalo lelaki kata perempuan complicated, suka nak buat menda remeh-temeh, yup aku mengaku, betulla tu. perempuan memang begitu. tapi sedar tak menda yang remeh-temeh tu lah yang akan jadi besar kalo dipandang mudah. contoh. kalo beli rumah..lelaki mesti lagi runsing pikirkan kos, keluasan, keselamatan etc tapi aku rasa pompuan lagi runsing perabot, langsir warna ape, colour umah macam mana dia nak beli untuk umah dia.err gitulah kot. tapi end up benda yang pompuan runsingkan tu kadang-kadang berasas juga.