Tuesday, December 28, 2010

day 1

walau apa yang aku buat. masih jelas nmpak pincang nya.
entah di mana silap...

sabar lah hati.

Saturday, December 25, 2010

235 am: ______tido da?

25 Disember 2010.
Demam.
Demam ni degil sampai dari ubat hospital, klinik swasta pon masih belum mampu menyembuh.
haih.
datang pula dengan combo.
demam, batuk, dan paling seksa selsema.
haih lagi.
hari ni da nampak positif sikit. sebab da boleh mengadap internet . hehe.

Patah kaki.
ccm pegi hantar servis. da tak hantar pegi perodua da. entah bile mahu pulang. dah rugi hari ni tak leh keluar deting. hekkk
yang ade si why yang konpem aku tak mampu nak bawak. sebab manual  dan besar gabak.T____T
ari tuh dah berazam nak belajar balik manual tapi tak kesampaian. entah bila tah..

Universal Singapore Studio.
sebenarnya untuk upcoming holiday yang tak diplan pun lagi tuh. aku teringin nak peri USS. macam seronok ke tempat tu. nak-nak kalau pergi dengan yang tersayang. (okey, kawan-kawan tu yang tersayang la. jangan nak buat gossip liar). 
aku teringin nak peluk Shrek kat sana. boleh tak kawan-kawan??? simpan duhet ehhh. kite jenjalan :P

Guess
yang  ni aku nak meraung. si idaman hati tak boleh dibeli sebab aku jobless eh bukan  tak dapat gaji tiga bulan. tiap kali pegi ecm pegi guess department nak make sure si idaman hati dah dirembat ke belum. bg hint kat ma langsung tak lepas. abah apetah lagi. pesal la aku tak de bf kaya yg baik hati? 


LynnTheGudiGudiGurl:  aku rase aku tabah hari ni. ewahhh

Tuesday, December 21, 2010

Day 6..

entry ini tiada mengena dengan sesiapa. VERY NOT WORTH TO READ. so yo are allowed to leave now ;p
disebabkan aku tiada diari, aku tulis sini gak. hehehe

semalam, akhirnya aku dapat terima hakikat. aku yg over act. dan aku termalu sendiri. cisss betul.
dan aku sangat bersyukur Allah bagi aku pelbagai halangan sebelum menda tuh jadi kenyataan. 
kalau tak. memang free-free je. haih. sia-sia je. tp ingt pasal malam tu tobat la bes. hahaha daydreaming memang hebat okey. kikikikiki. stop mengarut..



LynnTheGudiGudiGurl : tak sabar nak tahun baru....

Monday, December 20, 2010

Day 5. Passed dengan susah payah.....

KENAPA KAU HEBAT SANGAT????????

:(

Saturday, December 18, 2010

I love him but I love HIM more....

Tadi terdetik nak update blog. chek kat list .ade satu post yang aku buat tapi sekerat jalan. seperti mana sekerat jalan kisah aku dengan dia. hek laa. bile baca balik seriously aku tersenyum pastu melelehhh. rase macam baru je berlalu. rasa macam tak percaya pon ada. hehehe.

post tu aku buat konon-konon nak declare aku dengan dia. konon la kan. tapi DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. gedik kan aku?kalo ade orang request suroh post entry tu, insyaAllah aku post. just for fun okay :D



He asked me to follow him for a short vacay. da dua kali dia ajak nih. tapi dia kata book bilik sendiri. cehhh.. kedekut. tak ape. tak kisah. tak nak pegi pon. lagi pon what for? heh!


LynnTheGudiGudiGurl: aku buat benda bodo lagi. i hate  myself. arghhhhhhhhhhhhhhhh

Saturday, December 11, 2010

tido lagi....

Everyday i think of you.
Everyday you cross my mind.
Everyday i see something that reminds me of you.
Everyday im missing you.
Everyday i wish you were mine.
Everyday i wonder what could of been.
Everyday i think of why you did this.
& everyday im getting stronger.
Everyday im moving on.
But everyday ill always miss you.


and im crying inside.... 

*quote adelah curik dari google. hehehe





LynnTheGudiGudiGurl: dumped. you are!

Thursday, December 9, 2010

Day 2- Passed

Hello world~
Day two passed excellently.

I am really thankful for all what i have now.

Redha dan kembali padaNya adalah jalan terbaik.

Tuesday, December 7, 2010

1 Muharram 1432 / 7 Disember 2010

Day 1- Passed.

Hijrah daripada perkara itu memang payah. sangat-sangat payah sebenarnya. 
tapi hari ni passed. Alhamdulillah

Tahun baru ni tahun yang istimewa sebenarnya.
Permulaan kerjaya aku mendidik anak bangsa..(serius aku seriau mase tulis ni.huhu)
Terkadang terfikir diri ini sebenarnya tidak layak mendidik
malah perlu dididik lagi.

hmmm.



Monday, December 6, 2010

hey hey hey ( hahaha aku da taleh nak pikir tittle lain dah ahaks)

Dua hari yang penuh dosa dah berlalu.Astaghfirullah..ape lah nak jadi dengan aku ni.

i just dont understand what;s going on..

Jangan pikir banyak-banyak menda remeh, nanti otak jadi biol. so malam ni kita buat tag. da lame tak buat. kali ni kena tag dengan akak Hanis yang mesti tengah berseronok cuti sekolah kat kampung tuh.
so here we go~

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?
Duit. Duit. Duit. Duit. Duit. Duit. Duit. macam mata duitan nau aku yek. hihih

2. Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
2 biji jambu batu kat pasar raya Terus Maju. sebab nak makan cecah kicap ngan gula. sedap woo.

3. Dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
Jawapan versi verangan : konsep fairy tale gitu. semua yang datang kena pakai baju warna putih cam angel. aku lak koya princess bersanding atas pelamin ngan prince charming. hambikk ko. memang verangan.
Jawapan logik akal:  kat rumah la. kampung's style. make it simple, small, dan paling penting tetamu datang meraikan tu doakan kesejahteraan perkahwinan aku kelak. aminnn..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
"no komeng..err plis off-record. saya tak suka kisah peribadi saya dijaja". kadang-kadang aku artis. korang ape tau? heh.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
as we long together :P kalo dah tak together, tak de makna aku nak cinta-cinta ko dah.hoho

6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
ade la dua tiga bijik novel aku beli online. a walk to remember-nicholas sparks tu boleh bikin mata masuk habuk.sobs.

7. Antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
ma ngan abah. mesra dua-dua. tapi dengan abah more to gedik. haha. aku manusia paling gedik dengan sesape saje yang aku rapat. dan kadang-kadang aku rasa aku nyampah dengan gedik diri sendiri. hehehe. 

8. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
Dia. Seyesly nak jumpa dia la.hekhek

9. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
mesti la basuh sendiri. tapi kekadang bile manja malas aku datang, ma atau kakak yang basuh. bukan satakat basuh , sidaikan, angkatkan  dan cantik terlipat di dalam wardrobe. pastu aku wat-wat terkejut 
"ma, sape basuh baju kite ni. kite boley basuh sendiri laaaa"
hikhik. pandai kan aku berdrama?

10. Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
syurga. Ya Allah, ampunilah dosaku dan jangan biarkan aku jauh tersasar.....

11. Pilih salah satu, peluk atau cium?
dua-dua. tamak aku nih :P

12. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
Kak Hanis :
1. Kakak Hebat
2. Cameron Highlands tu cantik kak. akak tak sejuk ke?
3. Jalan selut berlumpur-lumpur dan pandai naik moto. respek kakak!!!


14. 5 lagu yang korang suka dan selalu dengar?

1. White Horse - Taylor Swift
2. Salam Sejahtera - Samudera
3. U Belong With Me - Taylor swift
4. Andai Dapat Kuundurkan Masa-AXL
5. Billionaire-Bruno Mars

15. 3 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini ?
3. Follower yang baca. heh


LynnGudiGudiGurl: haha. dah tiga hari berturut-turu aku gila. kena g cek pakar kot aku nih :P

Friday, December 3, 2010

susah hati, risau. rindu.nak marah orang

saya selalu buat perkara bodoh saat saya susah hati, risau, rindu dan rasa nak marah orang.


dan semalam saya buat lagi..
saya tak tahulah ape nak jadi dengan diri sendiri.
saya rasa saya lemah, kalah dengan dengan diri sendiri.
kenapa ya bila saya berhadapan dengan masalah yang satu ni,
saya cepat mengalah...

Disaat Aku Mencintaimu......



dulu mase housemate pasang lagu ni kat umah, tak rase pape sebab tak tau lirik. hikhik
tapi bile dengar sambil tengok lirik OMG gile lagu ni rupanya. haih.



LynnGudiGudiGurl: jangan main api wehh..jangan nak try cuba pon. buruk padahnya.

Wednesday, December 1, 2010

a simple way to start a healthy living...

1. start ur day with water. 
yep. bagun tido terus capai air. so letak la air di kepala katil anda. kalo dulu, saya letak hujung kaki atas meja :P. ni amalan yang bagus sebenarnya. cara yang betul minum sebenarnya teguk air 3 kali dengan sekali nafas beserta selawat. amalan orang dulu2 untuk awet muda. saya tatau lagi keberkesanan amalan sebab im still young. hehehe.

Senang kan?
Sebenarnya nak start healthy living tak susah (jeling pada diri sendiri. grrrr). boleh buat dengan tanpa disedari pon. tapi bile kita dengar je healthy living sudah terbayang dalam kepala, no cakes, no ice-cream, no nuggets, no instant foods, no fries, and paling tak boleh terima hakikat no fast foods. hellooo saya muda remaja saya berhak makan ayam kepsi seblum saya menopouse. erkk...dan lagi satu yang paling orang tak suka buat termasuk saya adelah exercise.
Tapii...sebenarnya apa yang disebut di atas masih boleh makan cuma dengan satu amaran : berpada-pada!!. jangan lah hari ni awak tibai macchicken, esok masih nak makan ayam goreng kepsi. tu da melampau tu.

emm..kalo tang exercise tu saya mengaku saya jenis rajin bermusim. bila datang musim rajin tu, hari-hari pon rase nak turun pergi jogging. hehe tapi kalau dah malas tu, macam2 alasan :D

 tapi saya nak bagi simple way untuk kasi korang suke bergerak. ini exercise tapi macam bukan exercise. haih. amenda la aku cakap neh. 

korang selalu bergayut? tak kira la gayut ngn pakwe, mak, skandal or sape2 la. mesti la selalu kan. position mase tengah bergayut? mesti terlentang atas katil sambil tergelak-gelak. heh. 
so ape kata mulai hari ini, bile pakwe call je, try move sikit. jalan2 sikit dalam rumah tu. tapi jangan la berlari. nanti sesak napas pulak. nak manja2 ngan pakwe lagi. kang pitam terus. haishhh.
so kalau sekali bergayut 2 jam? bermakna anda da buat exercise 2 jam. wah wah wahhhh

simple kan? so, jom. lets start a healthy living with me now.. hehe

LynnTheGudiGudiGurl : bahagia itu macam rama-rama.............................................

Monday, November 29, 2010

menulis lagi..

rindu pada blog.

tunggu sy betul2 bersedia untuk kembali menulis,
malam ini mungkin :)

Wednesday, November 17, 2010

aish tak tahan la hidup macam ni..

sengkek melampau-lampau
tapi nafsu serakah nak shopping menggila-gila.

nak wedges baru
nak heels baru
nak tops baru
nak shawls baru
nak henfon baru
nak laptop baru
nak jam tangan baru
nak glasses baru
nak bra baru

okeyhh. tarikk napasss...lepas pelan-pelan.

ape nih asyk pikir duniawi je ni. ishk ishk ishk!!

okey tanak shoping dah. :]

Thursday, November 11, 2010

make over by me ..

semalam pegi belajar mekap
hari ni terus praktis.
semangat tak aku?


jangan semangat dua tiga hari sudah la
hehe

disebabkan make-up item tak complete lagi, so aku tanak la nak tunjuk step by step.
just nak bagitau barang yang guna jek:

1. Krayolan Foundation 4W
2. Miyami two way cake
3. ZA two way cake
3. In2iT liquid eyeliner in dark brown
4. Maybelline pencil liner in dark brown
5. Brand-less pencil liner in white
6.Maybelline Volume Express Mascara
7. manly palette eye shadow/blusher

and brushes and sponges!

Lets see the result. do comment. i wouldnt say anything, dear!


my model today cik rose :)
after make over.    
its only my first trial..
so? what say you?
hehehim still learning and of course i dont have complete make-up set .
and i dream fot it. haishh.




and presenting yours truly. make up done by me right after the make up class finished. and of course under Erlina's supervising :)


first tym mekap betul2 kat muka sendiri :)
 oke la kot. kan?

LynnGudiudiGurl: what say you too? haih. you supposed to know this very well before other people do. haih again.

Wednesday, November 10, 2010

sy attend class mekap :D

baru semalam buat entry nak pergi kelas pergi, hari  ni dah pegi dah..
heheh alhamdulillah syukur walaupun dah melayang RM
aish. kalo pasal ilmu, janganlah berkira sangat kan..
walaupun terpaksa pandang sipi-sipi je duit tadi bertukar tangan dekat Erlina
tapi saya dapat soooooo banyak tips mekap
and i have to buy a few makeup's items . just to complete my set.
duhet lagiii :(

disebabkan baru lepas kelas, semangat nak belajar mekap ni terus berkobar-kobar.

okay lets just see Erlina Rahmat
shes only 22.
having bridal boutique and now open make up class.
secretly, i am sooo envy her.
haih.
nak jugak macam tu :D


ouh. pics during make-up class will upload later
esok i nak practise make-up my housemate.
wish me luck ppl!

Tuesday, November 9, 2010

saya bercita-cita menjadi mekap hartis....

saya adelah teringin menjadi mekap hartis
atau  mak andam.
teringin sangat-sangat..
kalau kat tv ade show pasal make-over, memang saya melekat la

eh. ini sebenarnya wishlist saya yang ke-89 daripada 109. hahaha
tapi kalo pon saya tak berjaya jadi mekap hartis, cukupla sekdar saya mekap reti sendiri kalo nak pergi dinner. tak lah jadi macam kejadian saya pergi dinner ari tuh, saya pergi mekap dekat salon tapi result dia memang hampeh.
(nanti kalo saya rajin, saya upload pics ea)

so, orang cakap, semua kejayaan bermula dengan impian kan.
so saya dah ada impian, cuma belum mulakan je lagi.
so saya nak mulakan la nih :)

alat mekap dah beli. walopon tak complete lagi tapi saya rasa dah cukup la as a beginner.
tapi saya ada zero knowledge pasal mekap ni.
sekarang ni kalo saya mekap muka sendiri, saya main hentam sesedap rasa.
syukurlah setakat ni tak ada lagi orang pitam terkejut ingat saya ni pontianak ke ape ke.

dan saya rasa saya perlukan makeup class. sangat-sangat.
saya dah tau ada makeup class will be held this weekend.
saya nak pergi.
saya nak pergi sangat.
haih


before
after.. wahhh gojesss
before...
after. wah wah wah.. i likeeeeee :)

pic taken from Erlina Makeup Touch



if jadi la kelas mekap tu, saya bakal berkelas dengan Erlina lah.
wahhhh tak sabar nye.
doa-doakan jadi dan tiada halangan wang ringgit yek.
kalo rajin, saya kongsi tips. hihihihi.


LynnGudiGudiGurl: Exam dah habis. horayyyyy. :P

Monday, November 8, 2010

berbelah-bahagi

di kanan prinsip
di kiri sayang  melampau-lampau tahap guling-guling.




Entahlah.

Friday, November 5, 2010

feeling-less

Today. 
5.11. 2010
Deepavali Day 
and Happy Birthday to you.
sorry i couldn't make it happen and i know i owe you
imNOTstupid. imNOTstupid.imNOTstupid.
and i hope so.
last saying
IM NOT A STUPID GIRL
full stop.
whatever. life must go on. as you always said :)

okey sudah.
i had window shopping with my buddy, Ayu. seriusly window shopping time sengkek adalah sangat mencalar balar hati sendiri!  i had to say NO berjuta kali bila saya nampak baju dan kasut kegemaran di depan mata. i want that shoe and i want that , and that, and that tops. BENCI!

okey. tengah-tengah window shopping tiba-tiba saya emo. i only have 16 days left dengan diorang.
nanti bila da habis study, saya nak kuar shopping dengan sapa?
sapa yang nak kritik cakap "eiii geli laa baju neh" "eii gedik tau baju neh" "haaa..baju neh cantekk"
seriusly, i will miss  all the moments pergi shopping pusing satu mall dan masuk every kedai dengan diorang.
lepas neh, kena belajar shopping sorang-sorang :(

one thing bes kuar dengan Ayu dia sangat teliti and she want the best.
so faedahnya today, i get the best top at the cheapest price. yayyy..
and plus this necklace.


RM11 only!
terharu i duit tak habis banyak.hehehe



and..i want this top. bukan yang ni but similar to this.
nak sangattt!!




 P/S: i want to start blogging back. yeahh. since my classmates da rajin upadet blog, so i tambah semangat nak berblog. and i promise, i will too open about my feeling.. as i said : i am a band new me. ecewah.

LynnGudiGudiGurl:  kalo setakat nak puaskan  nafsu hati sendiri, tak payah lah. better not. but im still mentimun. shit!


 

Monday, November 1, 2010

uncool exam.

exam.
shhhhhh. 
i secretly want a comfort wish as i always get before i fight myself with so uncool questions. but nay!
but hey wake up....i am move on. am i? i trying to be coool. hoh!


okeyh.
this would be my last exam for my deg study .so yayy for it..
and ya Allah i found myself being so lazy to do any revision.


dah la. malas da cakap pasal neh. tunggu 9 haribulan nak jerit merdeka :P


LynnTheGudiGudiGurl: i am deleting memories... :(


Monday, October 25, 2010

indah

kata teman gambar tidak menggamparkan kehidupan.. 
benar. memang benar.

Thursday, October 21, 2010

hello world!

developing...
a brand new me.
insyaAllah..sooner :)
no more tears.....

Saturday, October 9, 2010

mentimun

hakikatnya saya kini ibarat seperti mentimun
menggelek terluka
digelek pon pasti terluka juga.

entah bila saya mahu jadi durian.




saya sedih. luka saya tak dalam. tapi masih ade bekas. ambik masa nak hilang. maafkan saya.

Thursday, September 30, 2010

open house rumah saya

comel tak??? HAHAHA tanya soalan mintak lempang. hee





The menu :
bihun tomyam cecikgu comelmomel
mee kari kerang busuk tapi licinnn
trifer taksempat beku
popia sardin murah Giant tapi habis licin juak :P
sirap semerah cinta stiletto. [tak memasal]
kuih raya bermacam jenis semua rembat mak punya


rugi korang tak join :P

Monday, September 27, 2010

im a boys lover. eh..books


dua kawan saya punya. yang lain tu semua saya rembat. hehe


tengok. tengok novel yang saya beli hari tu. tapi baru sempat baca satu. biziiiiiiii.
lepas antar action research ni saya nak pulun novel-novel ni pulak. hehe
da penat da mata ni asyik ngadap laptop. sy nak kasi can mata menatap novel lak
hehehe

dulu, saya pernah jadi hantu buku/novel/magazines tapi sejak internet melanda dunia saya da tukar hobby pulak. hobby reading books dah jadi reading blogs pulak. hehe.. tapi sekarang saya nak switch balik hobby saya ni. saya nak kembali jatuh cinta dengan buku. ehem ehem. :P
dulu saya berkira nak beli buku tau. tapi sekarang saya buat-buat buta je keluar duit beli buku. beli mekap kasut baju tak pandai pulak nak berkira kan


LynnTheGudiGudiGurl: saya selalu salah mentafsir. saya ingatkan instinct saya betul tapi tak. maafkan saya.  err atau saya yg sebenarnya terlampau lembut hati? emmm

Friday, September 24, 2010

Saya sudah tonton Magika

saya baru balik menonton cerita Magika.
tadi sebelum nak tengok cerita tu siap osom ngan kengkawan sebab tatau nak tengok Magika ke Legend of Guardian.
hehehe
saya ingatkan cerita tu boring macam Hotel Mania
tapi..
saya gelak dari awal cerita sampai cerita  habis
hehehe
so tak rugi kot. 


err resident evil saya da tengok. saya jadik bisu tengok citer tu sebab.. sebab.. sebab.. hehehe :P


TheGudiGudiGurl: 19th days. i juz love the way you are. oke?

Wednesday, September 22, 2010

I am nervous

Tomorrow
my VIVA.
Damn nervous!!

haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Friday, September 17, 2010

Hari ini tiba juga akhirnya....

16 September 2010
5 Syawal 1431

My fairy tale story just begin.
saya harap, biarlah ia jadi permulaan yang baik.
saya tidak mahu kehilangan pelangi ni.
walaupun masih kabur dengan apa yang bakal berlaku di kemudian hari,
saya akan simpan hari ini sebagai hari yang paling bermakna..


 macam mana ya, saya tidak mahu kehilangan tapi belum bersedia dengan komitmen.




TheGudiGudiGurl: eh eh pics hari raya. saya tak ada gambar. sedih. ishk ishk

Wednesday, September 8, 2010

hari ke 5, sayang! sedar tak?

Assalamualaikum

Saya sedar, saya saat saya menulis entry entry ini, hati kalian semua tengah fikirkan hari raya.
tapi bagi saya, selain hari raya ,saya tunggu satu hari yang bakal berlaku dalam syawal ini juga.
hari yang bakal mengubah hidup saya secara total.
bahagia atau atau tidak, saya serahkan pada Nya.
dan pahit macam mana pun yang berlaku pada hari itu saya harus terima dan belajar terima kenyataan.
dan saya sedang mempersiapkan diri untuk itu.
eh2 korang jangan nak memandai-mandai saya nak kawen pulak.
salah sama sekali.
heheheh
insyaAllah saya akan berkongsi di sini kelak berita itu.
doakan hati saya terbuka nak bercerita :P

oh ya. perjalanan balik kampung. alhamdulillah semua selamat kecuali kejadian silap jalan dan mendaki genting hingga ke puncak! nasib baik puasa kalo tak harus dah berpoyapoya dulu baru turun.
hmmm saya dan sesat jalan memang tak dapat dipisahkan kot. haih.


saya beria-ia nak buat kuih raya tapi emak saya tak kasi .katanya takut tak 'menjadi' dan tak sedap. dah membazir. ewahh. tercabar saya tau. sudahnya, saya buat jugak kuih tu. tapi bukan kat umah la. tapi kat Taman Kerang, Kuantan. 3 bekas RM50. wohhooo. (pegi beli masa malam raya lagi bes kot, diorang jual longgok je tapi malam raya saya bizi di dapor. ewahh)


LynnTheGudiGudiGurl : menu feberet raya saya nasi impit ngan kuah kacang. tade benda lain tak kesah tapi kalo benda dua ni tak ada di pagi raya rasa  macam nak merajuk pegi beraya kat London. huuu

Sunday, September 5, 2010

pulang raya dengan gembira, takut , cemas dan berbunga bunga

Saya sedang menunggu kakak dari Kuantan. dia sampai Ipoh dalam pukul 3 pagi.

then we are heading home. yeaaa


i will driving all the way from Ipoh to Kuantan
to be honest, this is my first ever experience drive for long journey.
(my sis tak reti drive!)
tolong doakan keselamatan saya dan kakak. 
dan kamu semua pon sila berhati-hati di jalan raya.

salam sayang dari perantau yang hatinya berbunga-bunga ewahh

LynnGudiGudiGurl. love.

Friday, September 3, 2010

perjanjian hati

3 September- 3 Oktober 2010.
biar la yang baik-baik saja
 

saya takut sebenarnya. tapi kalo tak dibuat begini, sampai bila?



LynnTheGudiGudiGur l: saya harapkan doa kalian. yang baik-baik je oke?

Thursday, September 2, 2010

i love being a girl

78 colours. yahoo abeslah muka warna warni pasni. ehehe


green+brown mesti jadik favvy colours punya. eheee    

saya beli ini di sini
 Kryolan makeup product at cheapest price. trust me :)


mendalah ni da duduk dalam wishlists saya dekat setahun. baru dapat beli tapi tak dapat MAC tak pe. kita belasah pakai yang ni dulu. da kaya raya sok baru kita beli mac tak pon mary kay okey. hehehe
harap-harap da beli ni saya istiqamah la nak  pakai. dah selonggok beli mekap tapi tak pernah nak pakai proper sampai bendalah tu da expired date. membazir!




LynnTheGudiGudiGurl: i love being girl sebab bile beli mekap tak de sape nak marah walopon tak pakai. heeeeee :P

Tuesday, August 31, 2010

Hello Bad Day!

Careless.
Saya reverse keta tak pandang belakang dan tak alert dengan reverse sensored berbunyi. So DAAAAAMMM..i hitted keta nyonya mana tah yang terlebih cerdik parking tengah-tengah jalan. Haih.
Saya salah. Dan nyonya tu pon salah jugak. bapak awak punya jalan ke nak parking sesuka hati?? Haih.

Tapi luckily, saya langgar slow je. langgar ala-ala manja (ceh!) tapi still bagi kesan kat keta pompuan tuh tapi alhamdulillah keta kecik saya tu tak kena ape-ape. langsung tak ade stratch! fuhhhh so boleh tutup buku tak payah bagitahu ma abah. kalo tak, panjang la ceritanya :(
kena simpan rahsia ni sampai mati. ahaks.

oke. tipu la cakap saya tak gabra. but hello saya tak nanges okey. cuma saya terkilan je kenapa saya boleh cuai sampai macam tu sekali padahal keta saya tu da siap ade reverse sensored.jalan pulak bukan sempit pon tapi saya pegi juga cium keta orang. ish ish ish

thing happened for a reason kan..
so, beringat la weh. nak2 kalo berurusan dengan orang bukan sama kaum kita ni (saya bukan racist tapi sekali terkena, i hate forever. heh!) lagi2 kalo tu salah kita, memang dia sangat carik point nak makan kita. ingat tuh!. btw menda nih da setel. i paid her. grrrrrrrrrrr

err terima kasih semua yang menolong saya di tempat kejadian. saya gabra tak sempat ucap time kaseh pon. heee.


LynnTheGudiGudigurl : jangan berangan masa memandu. Nasib baik langgar keta buruk, kalo langgar BMW ke Merc hemm. memang tak beraya la hakuu tahun neh. 

P: why did u not tell me? 
hmmm. who are you then?

Friday, August 27, 2010

my life is not like fairy tale...

yeah, hidup saya bukan macam cerita dongeng
walaupon saya  selalu berangan begitu di mana pengakhiran cerita pastinya begini
....and then they live happily ever after
hmmm


haih gigit kang, grrrrrrr   






                                                       










semakin saya mengenali dia, semakin jauh saya dengan dia.
hahaha. ape maksudnya tah.


LynnTheGudiGudiGurl: saya da addicted dengan coke lately. adeh. tanak la. saya sayangkan diri saya. huhuhu

Wednesday, August 25, 2010

saya nak bela ini :D

kalo saya dapat dia, saya nak bagi nama DikCing jugak. hehhehe


Flashback.
Dulu saya pernah ada kucing. Saya bagi nama dia AdikCing sebab saya tak ada adik
So, saya anggap kucing tu macam lah adik saya lah :P
tapi yang kelakarnya satu famili pon panggil kucing saya DikCing.
Saya punyala sayang kat DikCing sampai mana saja saya pegi DikCing saya ikut. 
kekadang sampai nak bawak pegi sekolah. hehehe

tapi itu semua dulu. 
saya malas nak ingat cerita sedih macam mana saya boleh terpisah dengan DikCing :(
sekarang lepas berbelas-belas tahun, keinginan nak bela si comel ni tetiba je datang.


tetapiiiii
housemates saya tak kasiii
dioranggg kejammmmmmm!!!!!!



Tuesday, August 24, 2010

if i can respect your privacy, then you should too..

sebetul-betulnya, 
i am pissed off.
bila saya kata jangan dan saya maksudkan betul-betul jangan tapi dia buat jugak, saya adalah marah.
saya sedang marah
saya tak mahu cakap dengan orang buat saya marah sebab saya tau akibatnya.

Bergurau.
Jangan over the limit. selagi gurauan anda not humiliating any people, saya considered itu gurauan . 
im not blaming anybody (of course im not blaming my flesh and blood friends too. u are too special)
but just put yourself in my shoes
ape rasa?
saya rimas.


LynnGudiGudiGurl: but hey there something waiting for me, the novels sudah sampai. senyum. :)


Sunday, August 22, 2010

Nangis dapat duit :P

Okey, saya curi masa 10 minit nak updet blog.

My life is extremely bz rite now. esaimen yang berlambak dan pastinya action research yang wajib submit sebelum raya memang tak lepas dalam otak sekarang. saya penat. haih!

Ouh ini cerita minggu lepas. hari tu saya emo melampau-lampau dan teringat dekat rumah, ma, abah dan segala-galanya la dan  saya menangis macam orang mati laki. saya pon tak tahu kenapa saya perlu menangis. padahal sebelum ni saya kuat macam Otomen. 

kemudian saya telefon ma kat kampung. Of course la si ibu tu dapat detect anak di perantauan ini baru lepas nangis. hahah da suara serak tak boleh cover da. tapi saya cakap saya tak sihat, macam nak demam. hissh. saya tipu. kalo saya tak tipu nanti macam-macam pulak ma saya fikir. Lepas cakap dua tiga minit. saya ingat saya boleh cool down tapi makin murah pulak ayaq mata. haih drama sungguh. cepat-cepat saya end up the conversation. ishkk

tapiii... esok pagi 

a msg received
ma bank-in duit dalam acct Maybank. ma suro beli baju raya- kakak.


erkk. adekah ma saya fikir saya nangis sebab tak ada duit nak beli baju raya?
hmm 
hmmm
hmmmm
hmmmmmm
hmmmmmmm

kaitannya. nangis=dapat duit. dann saya perlu menangis lagi la untuk mintak duit neh? baju raya tak dak lagi nehh. adohaiii.

Thursday, August 19, 2010

Saya Nak Kawen

Saya rasa jaga laki lagi bes kot dari buat action research.

Stress nyaaa aku.!!!!!!!!!!!

Hati. tolong jgn menangis.

kenapa berubah di saat saya mula memberi peluang?

Bosan barangkali.

tapi sy tak pernah rasa bosan. tak pernah.

Saturday, August 14, 2010

Saya cun dan hot..

3 hari Ramadhan. baik-baik saja.
Saya suka ramadhan. sangat-sangat.
jangan pergi cepat sangat.

emm
sekarang ni saya obsessed with milk. and novelsss. 
nak tido kena baca novel walau dua tiga baris ayat.
pastu da kawan dengan BooksforcharityNizida kat fesbuk.
hari-hari nampak novel baru. hari-hari rasa nak beli novel :P
dan da booked novelssss sama harga dengan baju raya. adoiii :(

so taun ni tatau da nk cekau mane beli bj raya. pakai novel je la kang raya esok. huuu
pinjam duet weh. da gaji sok saya bayar balik :P


LynnTheGudiGudiGurl: Housemates saya menggila hack account FB saya. korang rasa nak meraung tak bile tengok2 kat update status terkini : Saya cun dan hot. dan beserta dengan komen-komen. saya bersabar je lah beserta niat nak balas dendam. siap la korang






Wednesday, August 11, 2010

New Hope

Semalam kita menangis teresak-esak like hell. macam dalam dunia hanya kita yang punya masalah berpikul-pikul; tak mampu nak selesaikan.

Tapi hari ini, kita senyum. ketawa bergembira seolah-olah kita tak pernah punya masalah semalam

Itulah kuasaNya. kalau kita percaya dengan kasih-sayangNya, insyaAllah kita tak pernah sendirian meghadapi hari-hari sukar.

Seminggu yang lepas, minggu paling sukar. dan dua tiga hari lepas  hari paling sukar sampai aku rasa lost sangat-sangat. hati selembut tisu, mudah sangat dirobek-robek dan semangat seringan kapas. hilang macam tu je bile kena tiup angin. sampai aku benci jadi diri sendiri astaghfirullah. haih

tapi kuasa DIA, tak siapa dapat jangka, tak siapa dapat teka, tak siapa dapat tolak.
Alhamdulillah.

Salam Ramadhan buat semua. Rebutlah keberkatan Ramadhan. Entah tahun depan berpeluang atau tidak.
Saya tahu saya juga jauh dari kesempurnaan, namun berpesan-pesan sesama saudara tuntutan agama :)



LynnTheGudiGudiGurl: Tanak miss solat tarawih. sayang.

Sunday, August 8, 2010

Berhentilah menghitung waktu



berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu
berhentilah menghitung waktu

waktu itu sudah lama tiba
berlalu tanpa sebarang makna......

LynnTheGudiGudiGurl: saya pecah hati lagi. lagi? heh!

Saturday, August 7, 2010

today. it is!

banyak benda nak buat hari ni. tapi i wanna share something.
Rahsia susu.
haha. tak ada rahsia sebenarnya cuma aku nak bgtau info yang baru aku tau ni
if you're below 30  and never consume milk/susu, u better drink now. before 30!
kenapa sebelum 30?
sebab kalo anda minum after 30, da tak bagi ape-ape effect kat korang punya body dah . emm.
so disebabkan takut terus aku laju-laju stat keta pegi giant beli susu. ehehe. dan ingat ye, susu tak menggemukkan!

kalo anda sayang tulang dan gigi anda, marilah kita minum susu bersama-sama.


dan kali ni aku beli Dutch Lady!

kenapa tak beli Anlene? sebab Anlene kat umah ade lagi tak habis dan bakal dibakulsampahkan sebab da expired date kot. hee. nanti aku bagitau Dutch Lady sedap ke tak sebab Anlene aku  da bosan rasa dia. =_=


LynnTheGudiGudiGurl : saya merindui ramadhan. saya pernah mengenali seseorang di blog ini ramadhan lalu. entah dia masih baca blog saya atau tidak. hehe

Friday, August 6, 2010

3 hari


mirror mirror on the wall,who the prettiest girl in the world?

the mirror : korang semua tak cantik. aku berkenan kat mamat belakang tu ha.

cehh!




saya ke Eye-Care Seminar For Teachers tadi. 10 pagi sampai 5 petang. sumpah bosan. tapi dia kata do something yang boleh lupakan dia and focus on something. saya da buat macam-macam. but still. youre the first person come in my mind when i open my eyes. its hard u know :(

Ya Allah, banyaknya keinginan dan kehendak saya belum tercapai. banyak sangat. kadang-kadang saya menangis tanpa sedar bila rasa saya tak mampu nak capai semua impian saya. loser kan?

saya dah puas didik hati saya suruh bersyukur dengan apa yang ada, tapi hati saya degil :(


LynnTheGudiGudiGurl :  minggu ni banyak betul saya mengeluh..minggu depan? saya tak kuat da nak bersabar!







Thursday, August 5, 2010

hey kamu di sana


rindu nak masak-masak weh.
da masuk ramadhan esok, nak rajin balik la masuk dapur.
saya memang la tak pandai  masak patin masak tempoyak,
tapi saya reti buat paprik ayam okeh!
pic kat atas tu paprik ayam buat masa bulan ramadhan tahun lepas.
tahun ni tak penah buat lagi. maksud saya kat rumah ni la.
ishk ishk

tak. saya masak tak penah pon orang kena food poisoning. mind you!


LynnTheGudiGudiGurl: imy imy imy :(  im just waiting u make the effort. i will not. saya da byk kali mengalah.

Wednesday, August 4, 2010

I am not agree!

Remaja perempuan 16 tahun dan remaja 18 tahun dibenarkan kahwin?
Oke. i am definitely NOT AGREE.
Reason?
Oh yea boleh kurangkan kes maksiat dan  pembuangan bayi. itu point nya. tapi sedarkah kita umur ini diorang tengah fight dekat sekolah dan there are so many things to learn except the household thingy? Kalo yang lelaki pulak, nak keje apa nak sara famili? hemm

Lagi pulak, saya rasa umur ni terlalu mentah nak fikirkan hal ehwal rumahtangga. umur tengah nak enjoy..
dan mungkin kadar penceraian pon akan meningkat dan tolong fikir anak-anak yang jadi mangsa penceraian.

Maksiat dan pembuangan bayi.
Sangat sinonim.
My dear girls (again, im begging) jangan la murah sangat.
Saya risau ni.
Sebab sekarang kalau tak hugs and kisses, itu bukan namanya bercinta?


Tuesday, August 3, 2010

im just an ordinary girl.

I'm just an ordinary Girl
Sometimes I'm Lazy, 
I get bored,
I get scared,
I feel ignored,
I feel happy,
I get silly,
I choke on my own words,
I make wishes,
I have dreams,
And I still want to believe,
Anything can happen in this world
for an ordinary girl 
 
LynnTheGudiGudiGurl:  i think i like my blog's new look. so im gonna stick on it.
 
 

Sunday, August 1, 2010

Jogging@McD. ehehe


Petang tadi saya keluar joging.
Saya joging kat padang Polo. sape orang Ipoh mesti tau tempat tu meriah petang-petang
dan lepas joging saya singgah Mekdi


saya pesan GSC Large Meal. plus Apple Pie 

Saya bijak kan?

hehehehe

tapi bila saya teringat satu article kat Cosmo

its occay if sometimes u break the rules!
heh!
hidup ni tak payah la nak serius sangat kan?
chill people!
LynnTheGudiGudiGurl: im not ignoring u. im waiting you make the effort. alahai. saya tunggu nanti. tengokla macam mana nanti.


Saturday, July 31, 2010

 u, stop being sweet.
im afraid.
i'll lost

me, stop giving hope
stop praying hard for nonsense dream
im afraid
i'll lost


u, stop liking me (but, dont.)
me, stop hating the past
im afraid
i'll lost.



and we both know how the end of the story.











Wednesday, July 28, 2010

cantik saya hanya untuk suami .......

aku aku tertarik dengan ini dekat fesbuk. nak share dengan kalian :


Status updet by : Im not Barbie, Im Hijabie
Hjab!Hijab!Hijab! my dear sisters ♥ , Allaah wants your beauty to be preserved and saved for just one man to enjoy: your husband. ♥
 emm menarik kan. so my future husband, my beau juz for only u. (walaupon tak cantik. wakakaa) 
 
LynnTheGudiGudiGurl: Lelaki, selagi tidak dapat anda, selagi itu dia beli jiwa anda dengan macam-macam pujian yang kadang-kadang tak masuk akal. Contoh : saya nak bagi jantung saya pada awak nak suro awak jaga. banyak la kau. Contoh lagi: Awak cantik sangat-sangat macam bulan purnama (padahal dia perli kau muka kau macam kawah bulan) heh! 
So my dear girls, beware!
 
 
 

Sunday, July 25, 2010

shuuuuhhhh stress!!!

How to handle stress? Lets follow me :

1. Laugh often.
Okay. aku mengaku aku suka gelak. dan aku boleh gelak dengan menda2 simple. dannn aku thankful sangat-sangat aku dapat housemates yang semua kaki gelak dan suka buat lawak yang kitorang sendiri paham dan sendiri gelak. seriusly, umah ni tak penah sunyi tak lebih dari 10 minit kecuali tym tido. kesian oke jiran-jiran aku nih. 


2. Work-out/Exercise/Jogging/
okeh ni aku nak bagi penghargaan kat diri sendiri. hehhe. da dua minggu aku bz  practice aerobics sebab kena perform and conduct budak2 kat sekolah. dan semuanya went very well on dat that. alhamdulillah hehehe. bila da selalu aktif ni (mind you aku jarang gile exercise. pemalas nak mati walopon name je cikgu pj) aku jadi cepat lapar dan automatik selera makan bertambah.so chance aku nak gain weight adelah semakin cerah. wahhh. seronok2. please. nak 5 kilo je. barulah balance. haihh.

okey, biler da tak practise aerobics (serius sayang nak tinggal since aku da hapal gile steps2 tu semua.hemm) aku ganti dengan g kuar joging!!.its good though kuar joging wit ur BFF.



Okey kesimpulannya kalo nak handle stress cara cepat :  kau joging sambil gelak. heh! tapi pastikan orang kebaikan masyarakat tiada berhampiran.


LynnTheGudiGudigurl : lets ur ego control everything... i like it so muchhhhhh. buat la lagi. buat la.



Saturday, July 24, 2010

bodoh

Pagi tadi aku bangun dengan nekad biasa hujung minggu. bereskan baju-baju dalam baldi. aturan dia masih sama. baju kurung plus tudung  plus stokin plus hand  sock and etc wajib basuh tangan. dan pakaian lain aku campak dalam washing machine.. senang kan? and that simple works took me 3 hours straight. okey itu baju aku sorang. what if aku da kawen esok? 6 jam di bilik basuh?  hem. 

Sementara tunggu washing machine, aku longgok baju-bajan (perkataan ni xd dalam kamus dewan) depan tv. bancuh milo and cecah dengan sugar cracker. cet. kombinasi tak bagus langsung.tapi its wayy better dari suro aku stat enjin keta pegi beli breakfast. malas. ah okay. if kawen esok, aku buat breakfast! serius. 
Lipat baju sambil tengok cartoon on telly. tapi hape ke benda aku tak paham. Okay, washing machine dah siap wat keje. aku sambung sidai baju.tapi baju over loaded la pulak sampai tak cukup hanger. haih geram. finally. siap satu keje. 


Naik atas. cek henpon and  a missed call dari Lan. malas nak return call. housemate dah bangun. aku amik Shopaholic  Abroad. baca dua tiga bab. tetiba rase sedih tak memasal. sedih sangat-sangat. bukan sebab novel tu tapi err... bodo tau perasaan ni. aku rasa nak sepak diri sendiri but i cant. aku bukan gile lagi nak sepak diri sendiri. ni adelah sh*t feeling yang tetiba kau tak leh nak control. tak leh nak handle.


i hate it when i show care to someone, they think u just pretend to be nice. 
baiklah. tak payah. tapi aku buat jugak. bodo aku nih. haih
ouh seriously im not in good mood.





dan aku harap ini semua pms bodoh yang slalu ganggu every girl for every months.


and sorry for my words..