Saturday, November 15, 2008

Tagged Again

Kenapa neh suka main tag-tag neh?
Cik Na have tagged me, so begitu berbesar hati membuatnya untuk cik na
You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog,tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

  • Orang cakap muka saya macam sombong, garang, kerek, dan yang sewaktu dengannya..kalo orang tak kenal la tapi in person, saya tidak lah seperti itu sebenarnya. Jangan takut yer. Hihihi. Ok mungkin sebab saya susah nak senyum kat orang or rumet kata saya selalu buat muka taik. Hahaha...kadang-kadang saya sangat malas nak senyum dekat orang tak kenal. Peel huduh! Tapi bila dah kenal, ya Rabbi tak boleh nak tulis kat sini. Seram!!
  • Cepat terasa tapi tak akan luahkan pada sesiapa. Pernah cuba untuk berkongsi tapi rasanya tak serasi dengan diri ini. Ntahl a. biar la kutanggung duka ini sendiri..chewwahh
  • Suka mengira dalam hati kalo buat sesuatu kerja. Ermm contohnya kalo tengah gosok gigi ke,cuci muka saya akan kira 1-20 kali pastu tukar posisi. Then kira lagi sampai puas hati/bersih. Tapi saya hanya kira sampai 20. pastu ulang balik.kalo rush pun gitu gak tapi kira laju-laju sampai 20 kali. Habit ape tah.
  • Sangat concern pasal kesihatan diri tapi tak pernah praktik dengan disiplin.Tahun depan nak azam nak makan sayur banyak2X
  • Tak reti nak show love kat orang tersayang . tapi please la anda-anda semua(my famili, my buddies) i love y’all so much. Kalaulah anda tahu betapa anda semua begitu penting dan berharga…
  • Masa form 1, 2 penah membenci lelaki. Tak tau nape. Hormone maybe.
    Berjauhan dari famili sejak umur 13 tahun. So im not manja-kededek altho im the youngest in famili. Btw, saya sangat mengharap dapat ditugaskan ke kampung halaman kelak. Nak tebus masa dengan familli...

Tatau nak tag sesaper.tak nak tag bleh?

End Year’s Catch

Semester berakhir but my mind still think that we are in the end of the year. Belom lagik kan. 2 months left rite. Rasa cam esok lusa dah nak masuk new year. Have you done all your 2008’s resolution, friends?Not yet?Haha. Tak per.tak per taun depan la finish them. Kuikui

Alhamdulillah.My exam finally completely over.. Of course have to celebrate it.


Tell me sape tak hepi exam dah habis?We have double celebration-exam is over and MokSyok besday celebration in advance. But I felt something missing larh. Or maybe we all dah jemu sangat dah celebrate bufday kat McD and KFC?..huhu.nway dear MokSyok or her new gedik-manja name-ChotChot if you read this or never read dis coz i know you lah or what everlah-Happy 21 st Besday..


Andd as usual, I kennot stop myselft from SHOPPING! I like the word but I dislike the consequences after that RABAK+BENGKRAP. Sob3x. Saya sudah bankrap la.

Ala tak pe la, reward for myself-statement penyedap hati.

Kan dan jadik investor CIMB Invest and Save* droll eyes* ceh kalo dah subscribe pon kalo tak gheti nak saving pon tarak guna gak:(

These 4 items bikin saya sengkek. Betul-betul sengkek. Tapi kalo tak beli menyesal seumur idup. Sumpah menipu wakaka.

Just arrived-Nourifusion Nite Cream and Scrub

Juvanex™ 7-Day Program i- specially formulated to eliminate toxins from your body while providing support for healthy digestive and liver functions.Read more-Juvanex

And lastly...proudly present my very first s0-called designer bag..iyo lah tuu*wink*wink*

Wanna see inside?no need lah..it so ordinary bag but i jew yang extreme exited. kalo Coach tu harus la tayang kan.. Tapi kalo nak dapat Coach sebijik, i kena puasa setahun. hihi


Monday, November 10, 2008

Satu jer lagi!


Alhamdulillah..satu jer paper lagik.. alaaaaaa sedih la pulak. nak exam lagikkk(muahaha harus kena sepak ni!)..pasni rindu ah nak dengar ayat-ayat busuk member-member i yang malas study

"wei aku tido kejap je, jap agi kejut aku..aku tak study baaaaaanyak lagi"
"jangan tdo wei, nanti aku nak tido gak"
"alaa tak yah risau ahh, ti sok kuar jadik cekgu gak"-ayat yang slalu bikin i malas study :P
hehehe..
i have 1 more paper then jom rumet kita bergedik santai.hihi.i 've few plans to do with u, rumet n my gegediks team Makcik n Mok Syok n of cos with my clasmates. lets cheq it out. i wish we have time for them.
I miss dis lil gurl damn much. my only reason to back home cepat-cepat is to cubit pipi n geget si bulat ini

I think i will not update my babyblog for long time-since i will at home and no wireless connection there. i dont think i will use cabel/dial-up since i sangat takut tengok bil tipon nanti. hikhik.

So, before i post dis entry, i wanna do the assigntment given by miss zaza-
ules n condition tag nih :-




1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this

Haihh..im at JPP"s room rite now, dont bringing along dgcam/phone cabel with me. so how ah?
Thanks to my web cam built in my lappy-but i exactly follow the rules-hehahi3x




Hahaha-Blame on my we cam.tralalala~

Saturday, November 8, 2008

Siapa Kamal Altartuk?


KISAH HIDUP KAMAL ATARTUK

Teladan Dari Kisah Aidup Mustafa Kamal Attatuk

IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.


2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)


3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.


4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"


5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.


6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki


7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.


8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.


9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan


10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.


11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan


12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.


13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.


14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.


15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.


16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam .

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.


18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.


19. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKANDi saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.


2. Sakit jantung


3. Penyakit darah tinggi


4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.


5. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"


Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Renung dan fikirkanlah!

Artikel di atas dipetik dari www.geocities.com/eim83/mustafa.htm

Friday, November 7, 2008

Gotta New Look

I think i need to change a few things-especially backround color on my babyblog.
i seyesly 'penat' with the design. sangat serabut yet too green.
i do like green but not too rich juz like my old blog.it so greenlicious larh. saya nak tukar yg baru tapi being so0000000000 lazy la nak google yang maner besh. see how many lazy i am? haha
any idea tak.?
well sementara tu i guna yang classic jew.
simple yet chic. wakaka. tak ler berpinau mater ni.
kalau diikut tahap pemalas, nak guna yang ni forever.
melampau la tu kan..

Thursday, November 6, 2008

Serabut hotak

As IPIP’ s boringgggg tradition, end of semester, the students (of coz me too!) have to clear and clean la sangat the room to give way to cekgucekgi use the room during the semester break.
I don’t really mind and care about that. yang tu i consider lagi.
Bilik tu bukan bapak i yang punya pon.
Ambik la nak guna pon. Hahaha




So, nape nak kecoh-kecoh neh?




Hah..the point is they didn’t provide any store at each block to keep all the student stuff!
Before this, we used the TV and study room as store.
But dis tym, the one and only store is JPP room which located quite far from my block. Naikturun tangga lagi tu.
Mati semput la nak angkat semua barang.
And to make more drama..our things will mix up with the boys punye.
Iskk..bilik kecik tu nak sumbat semua barang?
Barang i ngan my rumet saje dah selori
Cuba imagine kalo -+500 students sumbat barang kat situ?
Saper la punye idea ni!!
Very brilliant!*hentak tangan kuat2 ats meja*
Bengkek sungguhhhh hati kawann!

Dan i akan sangat faham bahawa my luvly-sweet room ini





akan menjadi kacau-bilau-kusut-masai-selebet-beret seperti ini -




Adat la tu kan..layankan je la karenah birokrasi tu. karenah birokrasi?Ape tu?Macam besh je bunyik i main taruk jek. haha

kebenda tah merepek ni.


I have 2 more papers to let go.Tapi study spirit takde lah.
Penat study paper berderet-deret hari tu pon tak habis lagi.
Kasi can otak hepi-hepi sikit.hahaha.kalau nak ngelat tu ada jer alasan.
Now I nak enjoy bloghopping and Friendster-ing.

Wednesday, November 5, 2008

Saya Hilang Duit!

Hwaaa......
Sedih la
Malas nak tulis ape dah!!

Thursday, October 30, 2008

Exam!Exam!Exam!Exam!

Good Luck to me and everybody! Rileks ar..exam jer pon..hihihi

Monday, October 20, 2008

Ramblings In the Evening

I reallly want to update my babyblog as frequent as I can
But the student title that I hold rite now and another 2 years,
it would be impossible.
Busy or wat-wat busy?hihi
Plus..the internet connection at my college/hostel is REALLY poor
Penat tau dengan wire-less ni.kejap laju, kejap macam siput sedut
Haihhhhh

Tak suka lar..
Benci tol L
The wireless connection at my hostel is under construction.
Tak lamer lagi ok larh kut.
Yippiee
Tapaya dah nak usung lappy g café or class after dis.
Tapi kalo dah malas tu, juz blame on me larh..hihi

Okeh..cut the crap.

Dah tengok KAMI The Movie?
Movie separa-basi kat panggung tu finally dapat tengok
Yess! Sukehati!Sukehati!Sukehati!
I love the part Abu and Ali cakap Kelantan tuh
Cam sweet giler .hihi
I’ve watched KAMI the series yang main kat TV tuh from 1st episode til the last episode
Thanx to my clasmet yg gigih download citer tuh.
Memang besh lah. Reality life of urban teenage
Dah tengok series tu, haruslah kena tau ending dia camneh kan

Hurmm
Seriously, I am not a kaki-wayang person..
Spent RM6/RM8 for a movie?plus pop corn + coke lagi..
Kalo movie best cam KAMI ok larh tapi kalo hampeh cam 9 September?
What a waste!Baik aku beli fake CD kat flea market!
Hahahaha

Eh reason tengok wayang kali ni?
It because of Ali (Syarul Ezani) laa *kenyit mata sket*
He’s damn cute!
People with dagu lekuk ni memang cute ah =P
He being very cool in the movie
Alahai angau sat ngehngeh
How I wish pasni ada KAMI The Movie 2 lagi.
For the sake of Ali, I support tengok kat cinema
Muahahaha

Ah better stop before y’all geli tekak
hahaha

Tuesday, October 14, 2008

I am Futsal Lover


Ehemm..

Wahh ayat..kann main lagi
Baru main 3,4 kali dah ngaku futsal lover

suka ati arr

tengkiu a lot to the boys at my class yang dulu slalu ajak maen
tapi we all bolayann
hihihi
sorry boys
tu dulu
n now..
we all winduuu sangat nak sepak bola (menjerit bagai nak rak adalah wajib!)
after a month berehat n gantung boot (ader boot ke kiter wehh?)
yer lah..hormat Ramadhan..(tapi boys belasah jer!!)

NOW WE ARE BACK

once again

WE ARE BACK

to menjerit-histeria-tak-hengat at Extreme Park
ouhh
our first match...dengan Team Kampung Sebelah lagi?
malam ni
yerr..
malam ni
i.juz.can't.wait
kalah tu lantak ahhhhhhhhh

Sunday, October 12, 2008

im good in cook *wink*

harus bangga pada diri sendiri ..wahhaha

A week at home.
Don’t say I don’t do anything.
Jangan fikir saya mengular 24/7.
No. Salah tu.
Saya sangat rajin turun ke dapur =)
Bukan untuk makan+minum yer tapi agenda menolong ibu di dapur =P.
But masak nasik+lauk pauk ni i don’t reallyyy interested and not my thing too.
Lagipon, tak suka tadah telinga bila my family especially abah n Lan komen saya masak.
Ni masin lah, yang tu pedas lah...
Err, nak sedap-sedap masak sendiri, tqvm.
Tapi menda alah ini saya sangat suka buat sebab i love jelly.
Agar-agar sirap+laici.

Simple giler tapi sedap=P.

Hoho me not poyo kay..Kejap jerk abis.

Ermmm…seronot sangat kalo apa kita masak orang habiskan.
Sedap tak sedap ker lain citer lah. Now baru i tau how my mum felt if i tak selera makan masakan dia.
Err..actually I never tak selera with her cook but sometimes sindrom mengada-ngada tu datang. Hiks!!

Thursday, October 9, 2008

The Gudigudi Boy Interprem

hai..sempena syawal yang mulia ini, saya mewakili cik su saya yang pemalas ingin mengucapkan
selamat hari raya aidilfitri
&
mahap zahir dan batin

p/s:cik su saya bagi duit raya RM1 hapdet blog ni!


Wednesday, September 24, 2008

Nak Ni Boleh?

Alahai..baru kul 12 tapi kat hotak ni dah pikir macam-macam nak makan pe buka karang..nak ni..dari semalam kempunan tak dapat. sanggup meredah umat manusia kat bazar ramadhan cari menda ni tapi tak de..hari harus pergi carik lagik.tak kira!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

see..tang telur puyuh tak boleh blah tu..=P

Tuesday, September 23, 2008

Ramadhan Terakhir..

Lewat petang semalam, I got a call from my sis. Using her happy number, so I think the conversation will take 45 minutes as usual. I grabbed my hp and wondering what she want as the time to berbuka nearly come. …….but it was not usual conversation yg biasanya dilimpahi gelak tawa kitorang…


the most part that I will remember, ever..

MySis: Ermm..dengar berita tak?
Me :Berita aper? *sambil bacer blog di lappy*
MySiS: Ayah Suhana dah tak de..Accident
Me : Hah? *menggeletar tangan*shocked*
MySis: Betul..ma tepon aku tadi. Bla.bla..bla
Me : Betul ke?*blurr*
MySis: Betul..bla..bla..jadi kes polis..bla bla ader penagih terlibat…bla..bla.


Maser tu, saya dah blank. Suhana adalah kawan zaman childhood saya. Ayah dia saya kenal sangat. Rumah pun selang sebuah je..

Teringat peristiwa kehilangan orang tersayang dua tahun dulu. Terasa kenangan dulu datang balik. Terbayang depan mata macam mana keluarga saya menerima berita sedih. Suramnya hidup kami masa tu hanya DIA yang tahu. Tengok wajah ma yang basah ngan air mata, saya gagahkan hati.. Ma hilang anak, saya hilang abang! Kalau saya sedih, sedih ma berganda. Walau perit sekalipun hidup tetap diteruskan. Demi Allah, saya terlalu takut untuk menerima kehilangan lagi..


Tapi ada hikmahnya di sebalik kedukaan ini, kami sekeluarga semakin menunjukkan kasih sayang, saling mengingati bekalan hari esok dan ucapan jaga diri, take care yg dulu sekadar ayat penyedap menjadi begitu penting dan bermakna di akhir bicara, lewat di telefon atau SMS.



Satu perkara harus direnung bersama, life ie short, make it always sweet tapi jangan sesekali lupa pada-NYA....

Friday, September 19, 2008

My Name in Japan's style

Ermm..seronok wat neh..rasanya benda ni dah lama dah but saya baru terkedek-kedek nak wat. biasalah out-dated sokmo i neh..huhu


Website ni akan tukar nama korang dalam Jepun. Nama Jepun saya ialah Naora Ajibana. Rasa cam besh la pulak ader nama Jepun ni hehhe. Enjoy~ Link here

Breaking Fast Together-Gether

Hari ke 16 poser, baru we all dapat spent maser buka poser together-gether. nak kumpul 20 manusia pelbagai peel+taste ni bukannya senang deii..Rasa cam lamer giler tak outing sesamer.So dapat grab peluang kumpul ni, terus arrange agenda-tak-berapa-cantik. Hehhe.Pas buka poser, sepatutnya beridah di masjid yer kawan-kawan bukan di bowling centre dan bukan juga di panggung wayang!!
Ermm..kitorang lepas tekanan actually. Rasa free giler pas submit asenmen Linguistik! Fuhhh lega sesangat. Sekelas kena redo asenmen. Serabutnya kepala masa tuh *sigh*
Pas boling, bergedik santai-koya model, supper kat McD then headed to Extrem Park tengok boys main futsal. (note : turn kiter biler plak?).haha cam tu upenya diorang maen. Tak adenya terpekik-terlolong cam korang maen. wahhaha..erm..best la pulak kuar ramai2. Jom lagi nak??
Riadah pas boyotkan perut

Agenda wajib mengetest kamera baru!


me n my rumet, elis in action..but remember, pin di depan bukan di belakang!

hohoho


model ESPRIT?Sorry girls, u better sedar diri,!

Tuesday, September 16, 2008

Tagging Game

Hi, Miss Zaza tagged me with this tagging game thingy. I've been all excited to do it since I haven't been tagged by anyone.(haruslah kan..i’m still budak mentah dalam blogland ni, rite?) but the questions all about zaman-gilang-gemilang-remaja sekolah-lima-tahun-lampau.. Haa nak buat ni ni mau kena bukak diari lamer..muehahaa.

So...let us just proceed with these survey. it is all about u in school


these 7 questions will bring u back to the school memories enjoy!!!



1) 5 tabiat buruk anda time skolah
  • Tak suka school prefect.dan tak penah ader klik pon golongan-golongan ini..suka nyebok hal orang! (ampon ya pengawas-penngawas sekolah semua!)
  • Tak suka bawak segala jenis buku teks ke sekolah. konon dah matured. pe kellas bawa buku besar gabak tu. tapi sekarang kalo bakal student i wat camni..haruslah i marah *grrr*
  • suka rebel kalo ader peraturan baru dikuatkuasa
  • tak suka warden. suka denda jalan itik.tapi i ok je kena denda. tak kecoh sampai nak keluar paper...tak cam dak 2 sekarang.



2) 3 favourite subject anda...kenapa?
  • Kimia- cekgu sempoi giler!
  • Ekonomi Rumah Tangga Form 3-ingat lagi cikgu puji i sebab pandai jahit baju kurung padahal ma i yang wat wahhaha..
  • Biology-tapi tak score A pon tym SPM..sob3x


3) 3 subjek yang anda tidak suke..kenape
  • sejarah-cikgu bapak bekeng. dah lah suka main soal2 dalam kelas..eii tak suka ar
  • Bahasa Arab- satu haram pun tak paham ustaz/ustazah cakap pe
  • Fizik- tak pandai
  • Nak tambah satu lagi- Add Math-Sumpah tak nak belajar AddMath lagi. Scary giler!

(4) Menarik pada kamu...
Saya adalah seorang yang civic-minded. semua cikgu dan pengawas sekolah sayang saya!! i pon lebiu oll..hahahha


5) Kamu paling suka..
Ari jumaat-ader nasik ayam kat dewan makan..


6) Anda tidak boleh hidup tanpa..
My crazy friends- The Pink Solehah Metal (hohoho..nama tak boleh blah)

7) Setiap malam sebelum tidur,siapa yang anda hubungi
tym i dulu maner ader main call2 ni (student kan sengkek), missed call lagi glemer! Nak-nak berlumba tembak (missed call) sampai beratus-ratus kali. Sekarang ni tak koser nak wat tu sume. Tak de keje ok!

Ermm..err seem everyone dah buat neh..so im tagging everyone yang bacer entry neh..jangan ngelat!

Monday, September 15, 2008

Rumet"s New Catch

She got this and.......

Me got this...at the cheapest price..hohoho!

Friday, September 12, 2008

KRS Camping

Ekspedisi masuk utan

water confidence. serius tak soka kayak!!


Malam Fantasia. Seperti biasa sy diberi watak org na na na ganu kiter!


Leftenan Muda KRS. Sempoi ahh


setting the gadgets

kawad time..psst..ni pon aku tak soka!


the gadgets..boys yng buat..i tak reti larhh dengan ikat mengikat ni


masak lam utan


Saya benci camping. again..benci...huhu tapi tak de pilihan kena g gak. Camping ni dah lamer. about a month but being so lazy plus asenmen menimbun plus malas giler nak edit pics nak post dis entry. Well pasni takde dah camping+kawad semua ni..sebab i dah naek pangkat jadik Leftenan Muda KRS. weeweeeet!!

F.E.V.E.R

Rumet yang tengah pening
work station yg serius messy giler

Saya benci kondisi bilik seperti ini. Semua orang tidak peduli pada persekitaran dan hanya menatap laptop semata-mata hanya kerana ASENMEN. Ohhh plis...im sick!!

Wednesday, September 3, 2008

My HL-NouriFusion Testimonial


Pic taken last two weeks.

I’ve been using NouriFusion about 1 month++.
I really don’t know either it work on my skin or not but I feel very comfortable with ‘em.
Simple and easy.
What I need just cleanser+toner+moisturizer.
As easy as ABC.
Tak payah nak tempek macam-macam kat muka.
Tapi I really sakit mata tengok my open pores.
Macam kulit roti andd my sunburn..oh plishhh..
i really need to do something on my face before it getting worse.
Any idea ppl?
But plis don’t ask me to change my skincare product. Sayang OK!
Or mebi I’ve to wait until this NF set finish then I ‘ll see the result?

Elaun Oh Elaun

I know everyone at my college especially my classmates really can’t wait (of coz me too!) for our incoming allowance. It supposed in August but my college facing some problems like account or something like that so our duit ribu riban-but still-not-enaf disejukbekukan until god-know-when.*sigh* .

After bought macam-macam things last week, I realized that my PAMA’s allowance only enough for another 2 weeks. Giler weih! Thing happened like this, my college director announced that we will get our allowance soon but he didn’t mention the exact date. So my fren just like mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
Konon pegi Giant hanya beli foods for Ramadhan but it end up with lots of unlist things. Huuu tu baru pegi Giant. Tak pegi JJ, IP etc lagi tu. Tapi rasa cam lamer giler tak shopping mopping.

The problem is I really don’t want my parent do bank-in some more money again.What will they say if im always asking for duhet?? Huhu
Kalo terpaksa juga, I’ve to korbankan my saving lah. No new hp larh jawabnyer..Sob.sob.sob

Tuesday, September 2, 2008

Salam Ramadhan

My Bro Wedding

Keluarga saya menerima ahli baru. My big bro, Lan finally met her dream girl-kak Dila to be his queen; officially. Alhamdulillah. Majlis akad nikah+sanding berlangsung di Kuala Terengganu (umah nenek Kak Dila,). Diorang tamau wat kat Kuantan atas sebab-sebab tertentu. Herrrm…journey from my house to K.Trg sangat penat dan berjaya mencairkan mekap serta mengedutkan baju huh!As promised by them the majlis very simple. Just akad nikah and sanding. Nothing over than that. Side kitorang pun samelah. Buat yang wajib jer. Paling haru, my digicam abes bateri elok je tym diorang sanding. Sungguh sakit hati. Geram sangat terus pegi melantak. So gambar saya tiada langsung lar jawabnyer.nvm larh..tak kesah pon sebenarnya =P

Ni sajer sempat snap=(

P/S: Selamat Menempuh Hidup Baru To Lan and Kak Dila!

Friday, August 29, 2008

Malas Hapdet!

Banyak mender nak merepek tapi tatau nak stat maner..heh!
Me dalam mode penat+malas lepas balik camping!
Camping sangat lamer 4 hari 3 malam.
Tak suka!Tak suka!Tak suka!

Saturday, August 9, 2008

Hey Orang Kampung..I'm back!!

Saya tiba di bumi Kuantan tepat 3.36 pm tadi. 7 hours straight from Ipoh. Wahhh sangat penat. Nak patah pinggang. Lamer giler tak balik umah..Im waiting for my sis neh. Dia cakap kat kul 6 baru sampai..Waaa lamer giler tuh..Hehe dah lamer tak balik bleh lar saya demand nak makan spesel tetiap hari..hiks.

Friday, August 8, 2008

08.08.08

Tarikh paling spesel dalam tahun 2008. Ramai yang tunggu 080808 ni kan?Saya percaya ramai di luar sana ambil tuah sempena tarikh ni untuk hari paling indah dalam hidup diorang. Contoh terdekat kawen ke, tunang ke, declare relationship ke etc...But apa yang terjadi pada diri saya pada hari ini?*think*think* Emmm rasanya tak de kot..Tapi tadi saya ponteng kelas(lec tak masuk!) Adakah itu dikira hari spesel dalam hidup saya?Ponteng kelas di tarikh 080808.hihii. Out of topic! But truly yours im waiting sumthing spesel+happy lompat2 happen today. Before 12am. Please. Hoping. Nak sangat!! Juz like.....
*
*
*
*
*
Bradd Pitt leave Angelina Jolie for me. Im willingly look after the kids for you dear. Heh!
*
*
*
*
Henpon Sony buruk ku turn to N95 or at least SE K660i
*
*
*
*
Blinkk..Tetiba semua asenmenku siap sedia untuk disubmit!
*
*
*
*
*
Cikgu Zahari(my driving teacher) call my driving licence sudah siap tanpa perlu menghadap JPJ. Siyes saya desperate tak nak blajar drive.huhuu
*
*
*
*
*
Cek kat ATM..Soploh juta?Saper TERsalah cashdepositkan ni?. konpem saya tak lapor balik kat bank. hohoho
*
*
*
*
*
Saya berada di rumah sambil makan roti cecah pengat durian..Waaa...nak balik umah!!!!
P/S : How your day on 080808 ppl?

Thursday, August 7, 2008

Cuti

saya happy
saya bakal balik umah
the day after tomoro
saya windu femili saya
tapi..
sem break saya tak ceria
asenmen menimbun=(
PLBM
BMM
EDU
PJM
ELM-MORAl
naik cuti trus submit =(

next week kena g sekolah
haihhh..first tym g sorang
waghhhhhh
dahlah sal pend moral
kat sekolah tu x ader moral
adehhh..camner nak observe budak moral?
*pening*

Kami Belasah Team Kampung Sebelah

Date : 5th August 2008
Venue: Extreme Park, Sunway City
Time : 5-6 pm
Ehemmmm..c'mon everybody..cheers..Hiphip hoooraayyyy!! Meh nak habaq, Team Durian (kami ler tu) belasah Team Kampung Sebelah 10-8!! Dun believe? hahaha..saya pun macam tak percaya. Tapi berkat training ngan support padu dari coaches Joe, Famie and Mirul, kami menang first match itteww. Hillarious. Enjoyful. Gempak. Gege-riuh. Wahhh..kami dah addicted nak main futsal sokmo. LOL. Act, kemengan kami ni rasanya macam dah dijangka(berlagak tak beragak=P) tapi kami bolos 8 goals kat diorang!! Tak per lenkali main, weol make sure diorang putih mata nak sumbat goal. Ohh tidakkk..plis jangan sesaper dari Team Kampung Sebelah baca entry ini =)
P/S: Lepas musim durian ni, nak letak nak aper nama apa plak team kiter?hohoho

Saturday, August 2, 2008

A basi Holiday!

I spent my precious time with visiting Cameron Highlands!!. I was about 2 months ago but baru sekarang duk terkedek-kedek cari pics n post dis entry..ekeke lagipon my babyblog is newborn blog rite.Since I’ve nothing much idea to write, so I want to share dis =) It’s really exciting although my classmate said me can’t find any spesel places there. Hmmm..fakta yang agak sedih for me because it was my first visiting…Telling the truth, saya tak pernah pegi lagik Cameron Highlands..hehehe..So me with my besties Syok, Ayu, Makcik, Elis keraskan hati nak pergi jugak..Peduliklah apa orang kata, yang penting kami enjoy! Dahlah travel guna transport awam dan SEMUA di antara kami belum lagik menjejakkan kaki ke situ. (nasib baik gak diorang tak penah pegi lagi, kalo tak for sure diorang tamao pegi jugak). Pasni kalo orang tanya dah penah pegi kew CH, so sy dengan kembang idungnya dapat menjawab dah!! (tapi pada umo sy yg dah 22 tahun) Hohoho. Disebabkan masalah pengangkutan itu, kami pon sebulat suara untuk travel by CSL travel yang tawarkan tourist guide ke empat tempat menarik kat CH tu. Diorag bawak ke buttrefly park, rose garden, strawberry farm, tea plantation..err ape lagi eh? Luper lah. Dah lamer kan =P

Sebenarnya kitorang dah planned every semester, kena pergi holiday. Tempatnya tak kisah ler kat mana yang penting tak le jauh sangat dari Ipoh dan most important affordable..Yelah..kalo nak melancong jauh-jauh mau kena saving lebih...Pergi CH ni pun kekonon tak mau beli pape tapi bila sampai sana sumer gelap mata. Teh yang berlambak kat supermarket kat sini pon borong sakan. Tu tak masuk ngan souvenirs untuk diri sendiri..Hahaha..Semua ni akibat balas dendam sebab tak dapat shopping kat Sarawak itu hari..kekekke. Overall, agak best la jugak. Alaa ok la tu untuk student sengkek_elaun_ciput cam kitorang ni. Walaupun boys kat class tu ala-ala kutuk kemain, kami tetap enjoy..Okeh now ,memasing pikir sem depan nak pegi maner plak. Mine macam dah ternampak-nampak Langkawi..hihii


P/S: Entry tak bergambar..hihi when it comes to upload pichas, i'm really lazy to edit lots of them.nak2 kalo guna photoshop. sangat penat wokeh. err is there any way to make the work easier?LOL

Friday, August 1, 2008

My Little Kid

time ni umo 2 taun


si notty dah umo 4 taun..
Olololo rindunye kat dia..tak sabau nak balik next week. nak gocoh ngan Aus. ngehehee. Act nie la anak buah saya yang teramat la notty sampai cik su dia ni slalu hangin neh..Aus. Sangat notty+degil+talkative+hyperactive..wahhlaaa tatau lah nak explain camner. me bolah tahan 2 hari jew tak gaduh dengan budak ni pahtu haaa siap la hari-hari raksasagorgon ni menjerit macam nak pecah umah (paling ganaz tym ini budak sentuh laptop saya!!) hahaha.But serius, anak buahku ini sangat la spoilt. Serik ok kalo bawak dia gi mall ke, pasar malam ke, kedai ke mesti dia nanges guling-guling nak toys. Paling saya ingat insiden kat Kuantan Parade, dia nangis bagai nak giler nak beli kete kontrol. Saya aper lagi, terus ler marah (dah guna psikologi tak jalan!)Bukan aper, kat umah tu dah bertimbun2 kete kontrol. Macam2 kaler+saiz. Iskk terbakar hati tau. Last2 saya wat dunno jew. Dia boleh menjerit2 kat ground floor tu sambil nanges.."cik su tak beli..cik su tak beli..".tapi yang kelakarnya dia ikut je mana saya pergi. Saya wat muka tembok masuk kedai kasut, belek2 kasut walhal mata2 yang memandang tu tok sah citer lah..malu deyy..Tapi saya kuatkan hati tak nak tewas kat budak kecik tu..truly yours sebelum ni, saya selalu mengalah beli toys kat dia kenkonon kesian..Dia memang gigih betul nak kete kontrol tu, so dia non-stop nanges. Lagi la cik su dia ni berapi tapi saper tak cair hati kan biler dia tunjuk RM10 yang atuk kasi pastu siap cakap.. "Aus nak kete..Aus tak mboh KFC". Adoihh..ni saya lemah nih..So cik su dia ni separuh rela tarik kat booth jual toys tu (weihh apek..lenkali lu pigi jual toys jauh2 maa..sikilang saya manyakkk susahh ooo) dapat jugak dia kete kontrol tu BUT regenye RM89.90 yer bukan seploh hengget. sakit jiwa. haruslah cik su dia claim kat atuk..ngehehehe..Pastu jangan harap cik su bawak g jalan lagi! geram..grrrr..but..saya slalu sayang dia neway..haihh dak tak sabar nak balik ni. tadik saya kol umah, Aus yang jawab kol. tak nyempat2 jawab salam saya terus terjah "Cik su dah beli jaket Aus ke?" lalalalala..Padan muka saya janji nak belikan jaket-rempit cam Ayah Chik lagi. saya tak jumpe saiz dia larh but saya dah gantikan dengan baju tido. boleh wat rempit gak tu. hahaha. pandai la saya kelentong nanti cakap cik su tertukar baju masa nak bayar..ihihii..

Happy Friendship Day!!



Hey people out there, Happy Friendship Day!! I really don't remember dat today is the day to appreciate friends =( It was about 1230, while me get ready to bed, I had a cute sms from Izz wish me about the day. I just like.."eh, hari nih frenship day ker?" hihi. Sorry la geng, saya terlupa..But, believe me, i do not really celebrate friendship day because for me, everyday is always friendship day!!..So everyone, HAPPY FRIENDSHIP DAY!!

Tuesday, July 29, 2008

BIG

Date =24-27 July 2007
Venue: De Awra Camp Site, Kuala Kurau Taiping
Occasion: BIG Program

To all teacher_to_be ni mesti tahu pasal Bina Insan Guru (BIG). Kan?kan?. Since sekarang saya di sem 4, saya dah melalui 3 kali program BIG yang merangkumi camping, program anak angkat dan com service. Before dis, i had my BIG at Pangkor, Taiping Hosp, Rumah Anak-Anak Yatim, Pusat Perlindungan Haiwan. Dan sem ni we all pilih yang dekat ngan kolej sajork. Yours truly memang takde hati+malas giler nak pi camping kali ni. Pulak tu musim-musim ujan camni. Leceh weh. Seb baek 3 hari jer. Dan hanya semalam sahaja bermalam di khemah selebihnya tido kat umah famili angkat. Tapi yang speselnya, we all dapat family angkat kat sana. Me wit Azam are adek beradik angkat. Mak+ayah angkat saya sungguh baik sekali dan sangat terharu dengan layanan dorang. Terima kasih mak ngan ayah =P Dan...saya sangat teruja dengan Kampung Air Hitam, Batu Kurau. 3 hari kami berada di sana, hari-hari ada kenduri sampai tatau nak sumbat makanan kat mana. Sebut pasal makan-makan ni, paling spesel di Batu Kurau semestinya buah durian. Ya Rabbi, saya melantak durian tak hengat. Serius saya tak pernah mentekedarah durian sebanyak itu seumur hidup saya. Buah durian kat sana memang superb larh. Tu belum lagi masuk buah rambutan, manggis, langsat, star(kundang), memang bersepah-sepah kat sana. Saya sungguh teruja!! Tak pernah dalam idup ni tengok buah-buah banyak-banyak camtu.btw, saya memang ORANG KAMPUNG tapi kampung saya takde buah-buah gila banyak camtu!! Sungai kat sana pun best!! Aktiviti makan durian+mandi sungai takleh luper hiihii. Here a pic..satu je larh sbb malas nak upload banyak2+malas edit+internet slow amat =P

Thursday, July 24, 2008

Rahsia Roti Canai

Saya terjumpa article ni..dan rasa agak menarik untuk dikongsi bersama..Pasal roti canai. Since saya pun selalu makan roti canai..Nampak remeh tapi saya tak pernah terpikir kannya..

Setiap makhluk yang bernyawa memerlukan makanan untuk hidup, itulah fitrah kehidupan. Haiwan dengan seleranya dan manusia dengan selera manusia. Bagi kita orang Islam, makanan itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu makanan halal dan makanan haram. Makanan haram telah kita sedia maklum seperti yang kita belajar disekolah dahulu.
Adapun yang halal dan haram itu terdapat juga makanan yang shubhah ataupun makanan yang was-was halalnya, maka dituntut kita menjauhi dari memakan makanan itu. Dalam Al-Quranul Karim juga menjelaskan "daging yang tumbuh dari sumber yang haram, api nerakalah layak untuknya".Saudara yang dikasihi sekalian, ramai yang tidak sedar setiap hari kita memakan makanan yang haram walaupn dari segi zahirnya nampak halal. boleh dikatakan sebahagian besar orang melayu menggemari makanan ini, termasuk juga mereka yang bergelar ustaz.
Apakah makanan itu??.... Makanan yang saya maksudkan itu adalah roti canai dan murtabak. Izinkan saya menerangkan kenapa ianya haram. Setahu saya, pembuat roti canai ini berminyaktangannya, apabila dipesan "Roti telor satu"... maka dengan tangan berminyak itu juga dicapainya telor dan dipecahkan telor kemudian dengan tangan itu juga dia mengibarkan tepung roti canai. Sedarkah kita bahawa telor itu tidak dibasuh terlebih dahulu??.. Telor yang tidak dibasuh akan berserta taik ayam dipermukaan kulit telor tersebut. Maka tangan yang basah berminyak tadi memegang kulit telor yang bernajis dan dilenyek bersama roti itu tadi, ini bermakna roti tersebut sudah terkena najis. Oleh itu memakan roti tersebut samalah memakan najis, memakan najis adalah HARAM hukumnya. Jadi roti canai tadi juga HARAM dimakan.
Nasihat saya kepada saudara sekalian, maka berhati-hatilah dengan benda makanan ini, pastikan telor itu dibasuh terlebih dahulu. Nasihat saya kepada pembuat roti canai pula, basuh lah telor dahulu sebelum anda menghidang kepada pelanggan anda. Perlulah diingatkan apabila makanan yang haram anda jualkan, maka rezeki anda juga HARAM. Nasihat saya ini bukan kepada sajian roti canai sahaja, malah semua makanan yang bersumberkan telor hendaklah dibasuh terlebih dahulu, kerana bila memecahkan telor tersebut pastinya akan berserta apa yang melekat dikulitnya, samada kelihatan atau tidak.
Mulai dari sekarang ubahlah cara kita menyediakan makanan, pastikan anda membasuh telor sebelum menyediakan apa sahaja hidangan. Ingatlah Allah itu Maha Penganpun lagi Maha Pemaaf bagi mereka yang tidak tahu.
So lepas ni..nak makan roti canai tak? hehehe

My Nourifusion HL Testimonial

Huhhh..finally, saya dapat jugak skincare NouriFusion tu setelah hampir dua minggu menunggu. Dah pakai pon, of coz ler tak nampak paper kesan lagi. Just wait and see..

Friday, July 18, 2008

Rahsia Bulan Kelahiran

Izzit true?? tapi hampir 60% kena mengena dengan hidup saya. Betul lah kot. takkan lah orang nak kaji pulak kan???



MEI
* Keras hati & tegas.(saya tak berapa reti nak tegas ni...keras hati tu yer kot)

* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.(tak jugakk sebab kena motivate dulu!!)

* Pemikiran yang tajam.(kenkadang tu.hehehe)

* Mudah marah apabila tidak dikawal.(yepp..exactly true!!)

* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .(ermm..iyer ker?)

* Perasaan yang amat mendalam.(yesss...betul!!)

* Cantik dari segi mental & fizikal.(wahlaaaa..tatao nak explen. kang kata haku poyo plaks =P)

* Tidak perlu dimotivasikan.(tak betul..nak motivate esp from my parents)

* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.(betul2 aku senang noh ikut orang)

* Mudah dipujuk.

* Bersikap sistematik (otak kiri).

* Suka berangan.(alahai..yang ni hobi weihh)

* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.

* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.

* Daya khayalan yang tinggi.

* Permikiran yang tajam.

* Pandai berdebat.

* Fizikal yang baik.

* Kelemahan sistem pernafasan.( yang ni betul..slalu jer sesak napas tak pasal2)

* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.

* Tidak berapa suka duduk di rumah.(ouh no way..rumahku syurgaku ok!)

* Tidak boleh duduk diam.

* Tidak punya ramai anak.(erkkk???!!)

* Rajin dan bersemangat tinggi.

* Agak boros. (I do some saving!!)



Hermm..ada lah sikit kena ngan saya.

A Birthday Celebration

Happy Besday and may Allah always bless you..the wishes dedicated special to my friend Ros aka Makcik. who was celebrate her 21th besday on 17 July 2008. Semoga berada dalam lindunganNya selalu..aminnn =P. We all rancang a surprise besday party for her. So on her besday , tade sorang pon wish..konon2 luper lar ( tym besday aku camtu gak..dah lapuk!!) andd the malamnyer we all celebrate kat garaj bus..kekke.ape punya tempat lah korang pilih. And the best actress patutnya jadik milik saya sebab bersusah-payah+merapu+merepek membawa Makcik ke sana tanpa syak wasangka. hohoho.Simple but sweet and memorable... Ouh..I had my sinful treat -the icecream cake from Secret Recipe so super delicious ngeheee.

Happy Besday Makcik.. Present aku tak beli lagik hohoho


P/S: Taun depan suro aku berlakon lagi. aku terer weh..

Thursday, July 17, 2008

Busy As A Bee

Huhhhhhh..*sigh* . Yep..I’m really mean it. Busy amat!!.Saya rasa sangat banyak kerja MUST DO tapi saya macam di alam khayalan. Tatau nak start kat mana dah. Okeh..cool down..coll down..Altho saya masih di awal sem, loads of assignments + presentations + ISL (s) + tough subject to cover + comm. service + prog anak angkat + GERKO + coming PBS + driving classes + futsal practice ( yg ni tak pe, sy suka!!) anddd much more activities waiting for me..duhh..Tu tak masuk tengah-tengah sem lagi tu!! Every sem memang cam ni tapi sem ni memang sakit. Paling ngeri bila pikir exam. 8 tough subjects i tell youu!! Takot =( Kenkadang bila ingat balik, hermm hidup saya memang BOSAN. Sungguh tak tipu. Kenkadang tu rasa cam tamao buat pape. Rilex goyang kaki + munching + lepaking + bergelak ketawa 24/7 cam dunia nih bapak saya yang punya tapi sesungguhnya semuanya itu di luar logik akal. Hermm lagi 2 years to let go..i’m counting....desperately? ke?ke?

P/S: Today is Makcik 21 th besday. Happy besday. Sorry i cannot wish u as my phone abeh kedit today..hihii

Wednesday, July 16, 2008

Futsal Again!!

This is only quick n short update. saya bersiaran dari my college library. Wireless kat hostel hancuss kena apa tah..tensen larh..Kami menyerang Extreme Park lagi..We're really addicted..hihihi. nantikan kemunculan pemain-pemain futsal profesional tak lamer lagi.ngeheee. Ouh next week we all main lagi. tapi kali ni siap nak match nagn team kampung sebelah..hmmmmm tengok aper jadi yer. izzit diorang atau kami yang bakal menggediks..ngeheee

Monday, July 7, 2008

Beranak Dalam Kubur

Wohhhoo..the entry sounds little bit scary =P..okey..itu tajuk movie Indon. Dah lamer dah nak tengok but baru sekarang we all buka panggung. (READ : tengok CD haram).hihi.Hadoih buang masa ok tengok itu movie. Cam haram..i dunno larh izzit that movie is sooo hampehh or me not in mood that night. Oh-ho I got my peod so my mood so not stable. I knew my horror_muvie team- Haniza and Makcik noticed me not very happy even tak bercakap pun during the show...hahaha.Alkisahnya we all set time kul 10 nak tengok CD tapi cam lewat sangat-takut ngantuk I changed the time to 9.30. but tengah haku tengah syok layan lagu diorang ajak tengok la-la tu jugak..Maunya haku tak hangin..hahahha padahal tak pe jer pon sebab dat time pon about 9.15.kihkih.sajer jer nak ngamuk tak tentu pasal.ngehngeh..=P Tapi kalo mood aku hokey pon, I won’t watch dat movie, indeed!! Hantu dia asyik kuar jer..Dah tak suspens dah..
btw, we all nyer hobbie tym xde asenmen+exam selain daripada gossiping adalah menjerit sambil menonton cerita hantu. All of us sangat takut pada hantu ( sy tak pernah tengok hantu..bila part antu kua, I’ll close my eyes!!) so bila orang tanya antu tu caner, sy tatau nak jawab caner..hihihi.Err actually we all baru jer kumpul CD2 hantu ni. We all preferred hantu from Indon n Thai coz more realistic than omputeh. Start gila ngan citer horror ni sejak classmate pasang citer ni kat class last sem..So sy dengan rajinnya telah mengelist movie yang ditengok. Here we go..
  1. Hantu Jerut Perut
  2. Kuntilanak
  3. Kuntilanak Part 2
  4. Jangan Pandang Belakang
  5. Suster Ngesot The Movie
  6. Lagenda Sundel Bolong
  7. Lawang Sewu Dendam Kuntilanak
  8. Suster N Dendam Suster Ngesot
  9. Hantu_Telaga Setra Wingit
  10. The House ( Thai)
  11. Lantai 13
  12. Congkak- Tengok kat cinema.
  13. Beranak Dalam Kubur
  14. Long Khong 2
  15. Cintaku Forever…hahha camner boleh sesat tah citer ni ( Yusry and Bawang Putih as the hero n heroin) andddd the list will go on………Dalam banyak2 cerita tu aku paling suka Kuntilanak.Memang seram maut la. Saper sakit jantung dilarang sama sekali tengok citer ni. Ini pada my personal review yer..lain orang lain citarasa!! Yang lain2 tu ok larhh...

p/s : im reallyyyyy in good mood now =P krana sy br pulang dr driving skul..the best part is..sy tak jatuh titi lagi tadi..hehehehe

Sunday, July 6, 2008

Gol & Gincu

Date : 5 July 2008
Time : 4.00-5.30 pm
Venue : Extreme Park

The entry should be change to Gol & Lipbalm..(since no one from us using gincu yet!!)hahaha..This is my first visiting to Extreme Park actually. i am so exited nak sepak bola..hihii..Planning dah lamer sangat dah ngan the boys nak spend time main futsal tapi banyak jer tangguh..so semalam jadik jugak. a week before main kat court college..sangat happening (altho main ngan 'mulut')..Sangat penat kejar itu bola weh..bila dah dapat bola kat kaki langsung tak tahu nak pass cane dah..hahaha.btw thank to the boys yang tak jemu2 ajar kaki bangku-s ni..(notice the plural..means all the gurl memang tak pandai main!!)Tapi paling lawak pas main sekali dah ada hati nak masuk match pas ni..ngehngeh..Geli aku dengar..So disebabkan terlalu exited dis Tuesday we all main lagi..Practice makes perfect rite..

Saturday, July 5, 2008

Sy Nak Yg Baru!!





ermm..ni lappy sy yang dah tua..burok..tapi saya sangat sayang sebab it given by my beloved abah when I enter the college. owhh..im juz dreaming to have a new one..sony vaio in luxury pink..hihihi sangat comel yer..tapi sy tau sy akan kena marah kalo cakap kat abah nak tukar yang baru or dia akan suro saya simpan duit sendiri...so sy berangan-angan sj ler..tapi my lappy skang ni slalu sngat la wat hal..dah tengah2 asenmen menimbun ni la.saket jiwa tol have to format again!!.. err..lagi satu..saya juga mahu ini. dah 2 taun meroyan nak tukar phone tapi tak beli2!! hehehe

Im Gonna Using Herbalife..

Err..i think everybody pernah dengar sal dis global brand rite? yes..im gonna to use it by this week. im not using that to kecikkan my body..sy guna skincare nyer sajork..giler pening nak pakai skincare ape last2 terpengaruh dengan somebody soh try HL..Sy dah pedap dengan local skin care. Seriously!! Dulu sy pernah guna Sendayu Tinggi..ok la tapi tetiba jer kua berita kat paper product diorang ada guna hidrokuinon..terus stop..Lepas tu i realized semua produk tempatan (yg glemer2 la such as NV, Natasya, BML, Felisa..etc etc) sangatlah suka kuarkan produk yang boleh memutihkan muka dlm tempoh masa yg singkat...sy pernah baca dlm satu artikel, kalo produk ni boleh cerahkan muka dalam tempoh yang singkat cam gitu, ada lah yang tak kena tu..hehehe anda semua beware!!

Where To Start?

I dunno how to start!! really dunno..hahahha..giler what.tatau nak tulis hape ni..but..instead NOBODY at may college noe i ade babyblog, so sy dengan senang hati dapat tulis entry pasal diorng, my busy life at college..ekekke..bukannya apa..kalo diorang tahu ni..sy bakal jadi bahan untuk digelak+dikutuk sepanjang hari esp the boys..ishh..sowile korang biler haku dah ready aku kasi can korang belek2 babyblogku ini. ekeke.. hokey le..since ini adalah pengalaman pertama sy mempunyai babyblog, of coz la sy tatau pape pun the rules pasal blogland..dan sy pasti sy bakal terima kritikan terutama otai2 kat sini..ok i confess..im not a good writer but as i said before...i have nothing to share here juz my really bored-but-sweet life..so sy dengan rendah hatinya kat sini asking for your couragement and do tell me if i do sumthing yg tak betol..

My Baby Blog..

Why I’m blogging? Aku pun terpikir gak soalan ni sebelum aku buka account ngan blogspot ni. Others said, main menda2 camni bahaya lar, buang masa lar, nak show off personal life at the public la and bla..bla.bla.. Dulu pun aku slalu bagi comment negative camni BUT since aku selalu aje terjumpa blog2 yang menarik mase browse net, aku rasa melalui bog ni kiter boleh berkongsi dengan orang lain tanpa kita perlu kenal mereka dan paling penting aku SUKA DENGAN APA YANG AKU BUAT.